Nota Teknik Menjawab Soalan Komsas T5

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 8

Jilid 1 (Soalan 1 -15)

NOTA TEKNIK MENJAWAB SOALAN KOMSAS T5 (SILIR DAKSINA)


Soalan 1
Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh
pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dijadikan
teladan.

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Silir Daksina iaitu karya Nizar
Parman , terdapat dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan untuk pembaca.

Peristiwa pertama ialah Haiqal dan penduduk kampung Seri Purnama gigih
berlatih di balai raya pada waktu malam untuk menghidupkan semula sini zapin dan
ghazal di kampung itu. Peristiwa ini mendidik pembaca untuk gigih dan
bekerjasama dalam melakukan sesuatu.

Seterusnya, peristiwa Haiqal akan bercakap dengan menggunakan bahasa


yang sopan. Dia juga menghormati keputusan ibunya yang tidak mengizinkan dia
menziarahi jenazah ayahnya kerana dia menduduki peperiksaan UPSR pada masa
itu. Sungguhpun dia terlalu berkeinginan melihat jenazah ayahnya buat kali terakhir
namun dia masih akur akan permintaan ibunya. Peristiwa ini juga boleh dijadikan
teladan iaitu kita hendaklah sentiasa menghormati permintaan atau suruhan ibu bapa
supaya tidak melukakan hati dan perasaan mereka.

Soalan 2
Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari di tingkatan 5, jelaskan sebab peristiwa-peristiwa
tersebut menyentuh perasaan anda.

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajaridi tingkatan 5 iaitu Silir Daksina
iaitu karya Nizar Parman , terdapat dua peristiwa yang menyentuh perasaan
pembaca.

Peristiwa pertama yang menyentuh perasaan pembaca ialah peristiwa


Rafiqah, Walid dan Siti Asiyah menonton persembahan kesenian di Kampung Sri
Purnama. Contohnya, persembahan zapin jincat yang diadakan oleh Haiqal
bersama-sama See Hwa mendapat sambutan dan pujian daripada tetamu kehormat
dan orang ramai. Kedatangan mereka memberi semangat kepada Haiqal. Peristiwa
ini menyentuh perasaan saya kerana ibu Haiqal sudah mula menyokong Haiqal
dalam bidang seni dan hubungan menjadi menjadi akrab.
Peristiwa kedua yang menyentuh perasaan pembaca ialah keberanian Haiqal
menjejak warisan Abdullah Kayan. Misalnya, Walaupun Haiqal dihalang oleh ibunya
namun dia tetap berani pergi bersendirian ke Batu Pahat untuk menjejak kehidupan
arwah ayahnya. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana usaha gigih seorang
anak kandung demi mencari kebenaran susur galur diri dan keluarganya.

1
Soalan 3
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari di tingkatan 5, jelaskan sebab-sebab novel
wajar dibaca oleh golongan remaja. [ 6 markah]
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari di tingkatan 5 iaitu Silir Daksina iaitu
karya Nizar Parman , terdapat sebab-sebab novel in wajar dibaca oleh golongan
remaja.
Sebab pertama novel wajar dibaca oleh golongan remaja kasih sayang yang
dapat dipupuk antara ahli keluarga. Contohnya, Cikgu Amirulnizam sentiasa
mengingati anaknya walaupun telah lama terpisah dan menulis manuskrip pada
waktu malam di rumahnya untuk diserahkan kepada anaknya. Peristiwa ini jelas
menunjukkan bahawa kerinduan seorang ayah yang terpisah dengan anaknya Haiqal
sejak kecil membuktikan kerinduan dan kasih sayang seorang ayah terhadap
anaknya.

Selain itu, remaja wajar membaca novel ini ialah sikap kegigihan yang ada
pada seseorang individu menjamin kejayaan. Misalnya, Ai Ling menghadapi masalah
pernafasan gigih berlatih sajak dengan Cikgu Zam pada setiap hari. Ai Ling akhirnya
menang dalam pertandingan sajak tersebut. Peristiwa ini membuktikan bahawa
sikap kerajinan seseorang seperti Ai Ling ini menunjukkan kejayaannya dalam
memenangi pertandingan sajak meskipun dia ada menghadapi masalah pernafasan.

Soalan 4
Penulis berusaha untuk menyedarkan pembaca dengan mengkritik sikap sesetengah
masyarakat agar dapat memberikan pengajaran kepada khalayak pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari di tingkatan 5, jelaskan dua peristiwa
yang menunjukkan kritikan pengarang kepada masyarakat dalam novel ini.
[ 6 markah]
Novel yang saya pelajari di tingkatan 5 ialah Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat dua peristiwa yang menunjukkan kritikan pengarang kepada masyarakat
dalam novel ini.
Kritikan yang pertama ialah pengarang mengkritik masyarakat yang tidak
mengenang budi. Peristiwa tentang ibu Haiqal tidak mengizinkan Haiqal pergi ke
Johor untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Perkara ini
secara tidak langsung mendorong kita untuk menjadi insan yang tahu mengenang
budi orang tua kita walaupun mereka telah meninggal dunia.
Kritikan yang kedua ialah pengarang mengkritik masyarakat yang tidak
mempunyai nilai kasih sayang. Peristiwa tentang ibu Haiqal tidak memberikan
bantuan kewangan kepada Haiqal yang ingin pergi ke kampung arwah
ayahnya.Tindakan beliau sebenarnya telah menunjukkan ketiadaan kasih sayang
seseorang ibu terhadap anak dan memberi kesedaran kepada kita bahawa
pentingnya kasih sayang seorang ayah terhadap seorang anak untuk menjamin
kesejahteraan hidup sebuah keluarga.
2
Soalan 5
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari di tingkatan 5, jelaskan dua peristiwa
yang menunjukkan konflik yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini.
[ 6 markah]

Novel yang telah saya pelajari di tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina, karya
Nizar Parman. Terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utamanya, iaitu
Haiqal.
Konflik pertama yang dihadapinya ialah ibu Haiqal, iaitu Rafiqah yang tidak
membenarkan dia balik ke kampung halaman ayahnya, Abdullah bin Kayan walaupun
dia telah banyak kali menyatakan hasrat ini kepada ibunya . Cara penyelesaiannya
ialah dia memberitahu ibunya bahawa dia akan pulang ke Johor dan dia mendapat
sokongan danbantuan kewangan daripada walidnya.
Konflik kedua yang dihadapi oleh Haiqal ialah dia terpaksa mencari penari
zapin yang lain kerana seorang daripada ahli kumpulan zapin D'Pernama, iaitu Lazim
mengalami Program kemalangan jalan raya. Cara dia menyelesaikan konflik ini ialah
dia meminta bantuan daripada Ong See Hwa, anak Tauke Ong sebagai pengganti.

Soalan 6
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari di tingkatan 5, jelaskan dua
peristiwa yang memberikan kesedaran kepada pembaca dalam novel ini.
[ 6 markah]

Berdasarkan novel yang saya pelajari di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina, hasil
karya Nizar Parman. Terdapat dua peristiwa yang memberikan kesedaran kepada
pembaca dalam novel ini.
Peristiwa pertama ialah Tauke Lim menyerahkan segala harta yang
diamanahkan oleh Abdullah Kayan kepada Haqial Hakimi seperti buku bank dan
segala urusan tanah pertanian. Peristiwa ini membawa kesedaran kepada pembaca
supaya bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
Peristiwa kedua ialah cikgu Amirulnizam telah menumpangkan anak-anak
tauke Lim iaitu Ai Ling dan Ai Ching untuk pergi ke sekolah kerana bateri kereta tauke
Lim lemah. Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca agar membantu
orang yang mengalami kesulitan.

3
Soalan 7
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari di tingkatan 5, jelaskan dua
sebab pengakhiran cerita menarik minat pembaca. [ 6 markah]

Berdasarkan novel yang saya pelajari di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina, hasil
karya Nizar Parman. Terdapat dua sebab pengakhiran cerita menarik minat pembaca.

Antara sebab pengakhiran cerita menarik minat pembaca ialah Haiqal berjaya
mengadakan persembahan tarian zapin jincat di hadapan YB Saiful Azizi. Walaupun
menghadapi dugaan seperti kehilangan penari zapin yang juga sahabatnya, Lazim
kerana kemalangan, Haiqal masih berjaya mengadakan persembahan dengan
jayanya bersama dengan See Hwa. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana
Haiqal berjaya melaksanakan tugasan dengan sempurna walaupun berhadapan
dengan pelbagai dugaan.
Seterusnya, Umi, Walid, dan adiknya Nurul Asiyah datang dan menyaksikan
persembahan zapin jincat di Balai Raya Kampung Seri Purnama. Walaupun Haiqal
tidak direstui oleh uminya untuk menjejaki kehidupan ayahnya , akhirnya umi akur
akan kehendak Haiqal dan hadir menyaksikan persembahannya sebagai tanda
menyokong usaha Haiqal. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana Haiqal
berjaya berkumpul bersama dengan ahli keluarganya dalam keadaan harmoni dan
hubungan umi dan Haiqal semakin erat.

Soalan 8

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan kepincangan masyarakat


yang dapat menjejaskan kesejahteraan hidup masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut. [ 6 markah]

Novel yang saya pelajari di tingkatan 5 ialah Novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat dua peristiwa yang menerangkan kepincangan masyarakat yang
dapat menjejaskan kesejahteraan hidup masyarakat untuk dijadikan panduan kepada
pembaca.

Peristiwa pertama yang menunjukkan kepincangan masyarakat dalam


mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah
sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah
dengan ayahnya. Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat kepada
pembaca bahawa penceraian yang berlaku dalam sesebuah keluarga telah
menyebabkan seseorang anak tidak mendapat kasih sayang daripada ayah atau ibu
dan menjejaskan kesejahteraan hidup masyarakat.

4
Peristiwa kedua ialah peristiwa Rafiqah mementingkan diri sendiri sehingga
menyekat Haiqal untuk mengenali ayah kandungnya dan melawat arwah ayahnya
yang meninggal dunia. Haiqal hanya mengenali ayah kandungnya melalui manuskrip
yang dikirimkan oleh Ong See Hwa setelah 7 tahun ayahnya meninggal
dunia.Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat yang sanggup
mengetepikan perkara mustahak kerana sikap mementingkan diri menjejaskan
keharmonian hidup sebuah keluarga.

Seterusnya, peristiwa abang Tauke Lim yang terlibat dalam aktiviti judi.
Contohnya, Tauke Lim terpaksa berhijrah ke tempat lain bersama keluarganya
keranan harta peninggalan ayahnya habis dijual oleh abangnya yang gila judi untuk
membayar pinjaman daripada ceti haram.Peristiwa ini menunjukkan kepincangan
masyarakat bahawa berjudi mendatangkan keburukan malah menjejaskan
institusi kekeluargaan.

*Pelajar memilih dua contoh peristiwa sudah mencukupi*

Soalan 9
Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang memberikan pedoman kepada
pembaca. Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang telah anda
pelajari, jelaskan peristiwa yang boleh dijadikan pedoman hidup.
[ 6 markah]

Novel yang saya pelajari di tingkatan 5 ialah Novel Salir Daksina karya
Nizar Parman. Terdapat dua peristiwa yang boleh dijadikan pedoman hidup
kepada pembaca.

Peristiwa pertama ialah Haiqal Haqimi akan bercakap dengan menggunakan


bahasa yang sopan. Dia juga menghormati keputusan ibunya yang tidak mengizinkan
dia menziarahi jenazah ayahnya kerana dia menduduki peperiksaan UPSR pada
ketika itu. Sungguhpun dia terlalu berkeinginan melihat jenazah ayahnya untuk kali
terakhir, dia masih akur dengan permintaan ibunya. Peristiwa ini menjadi pedoman
hidup kepada pembaca agar sentiasa menghormati antara suruhan ibu bapa.

Peristiwa kedua ialah peristiwa Tauke Ong menoreh getah pada sebelah pagi
bersama-sama isterinya dan meraih hasil kampung seperti biji kopi, pisang, getah
beku dan sekerap untuk dijual di pekan pada sebelah petang. Hasil kegigihannya, dia
dapat membeli setengah ekar tanah kebun untuk dijadikan tapak rumahnya.
Peristiwa ini menjadi pedoman hidup kepada pembaca untuk sentiasa gigih berusaha
mengubah nasib diri dan keluarga demi kehidupan yang lebih baik

5
Soalan 10
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menggembirakan. *SPM2021* [ 6markah]
Berdasarkan novel yang saya pelajari di tingkatan 5 iaitu Silir Daksina karya
Nizar Parman. Terdapat dua peristiwa yang menggembirakan dalam novel tersebut.

Peristiwa pertama ialah umi, walid dan adik tirinya Siti Asiah yang hadir
menyaksikan Haiqal membuat persembahan tarian zapin di balai raya Kampung Seri
Purnama. Umi ahirnya mengalah dan merestui minat Haiqal dalam bidang budaya
dan sastera. Peristiwa ini menunjukkan bahawa hubungan yang renggang antara
anak dan ibu ahirnya dapat dipulihkan semula kerana ibunya telah mengubah
pandangan terhadap perjuangan orang seni.

Peristiwa kedua ialah keberanian Haiqal untuk pergi ke kampung arwah


ayahnya iaitu Kampung Seri Purnama seorang diri bagi menjejak kisah hidup
ayahnya. Peristiwa ini menunjukkan keberanian yang dimiliki oleh seorang anak
dalam menjejaki asal usul ayahya walaupun menghadapi cabaran dan risiko dalam
hidupnya.

Peristiwa Haiqal menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah


universiti di Bumi Kenyalang setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan STPM. Peristiwa ini jelas menunjukkan cita-cita seseorang yang telah
banyak berkorban akhirnya tercapai untuk meneruskan pengajian dalam bidang
sastera seperti yang diidamkan.

*Pelajar perlu memilih dua peristiwa sahaja dalam menjawab soalan ini*

Soalan 11
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang dihadapi
oleh watak utama dan cara watak utama mengatasi cabaran tersebut. [ 6markah]
Berdasarkan novel yang saya pelajari di tingkatan 5 iaitu Silir Daksina karya
Nizar Parman. Terdapat dua cabaran yang dihadapi oleh watak utama iaitu Haiqal dan
cara Haiqal mengatasi cabaran tersebut.
Cabaran yang dihadapi oleh Haiqal ialah Haiqal sejak kecil kerana dia tidak
pernah berjumpa dengan ayah kandungnya. Ketika berusia 12 tahun, bapanya
meninggal dunia. Umi dan bapa tirinya menziarahi jenazah ayahnya di kampung tetapi
tidak membenarkan Haiqal untuk ikut sama atas alasan dia menduduki ujian UPSR.
Seterusnya, cabaran semasa Haiqal menerima sebuah manuskrip dariapda
seorang gadis berbangsa Cina, Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke
kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat. Walau bagaimanapun , Umi tidak
bersetuju dengan permintaan Haiqal. Untuk mengatasi cabaran tersebut, Haiqal tetap
nekad untuk menjejaki sejarah hidup ayahnya itu. Dengan bantuan Walid, Haiqal
akhirnya berjaya ke kampung ayahnya di Batu Pahat.

6
Soalan 12
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari di tingkatan 5, jelaskan dua peristiwa
yang menunjukkan kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel ini.
[ 6 markah]

Berdasarkan novel yang saya pelajari di tingkatan 5 iaitu Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan masyarakat yang
terdapat dalam novel ini.
Peristiwa pertama ialah peristiwa perceraian yang berlaku antara Abdullah
bin Kayan dengan isterinya, Rafiqah. Abdullah bin Kayan lebih menumpukan
perhatian terhadap usaha menggerakkan budaya dan warisan manakala Rafiqah
lebih berfokuskan perniagaan batiknya. Oleh sebab tidak sehaluan, mereka bercerai.
Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat yang bermasalah dalam rumah
tangga.
Peristiwa kedua ialah peristiwa Rafiqah tidak membenarkan Haiqal
mengikutnya melawat jenazah ayah kandungnya, Abdullah bin Kayan yang meninggal
dunia ketika Haiqal berusia 12 tahun. Alasan yang digunakan adalah kerana Haiqal
akan menduduki UPSR. Haiqal menangis kerana tidak dapat melawat jenazah
ayahnya. Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat yang sanggup
mengetepikan perkara mustahak kerana mementingkan diri sendiri.

Soalan 13
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang dapat
menimbulkan perasaan simpati pembaca. [ 6markah]
Berdasarkan novel yang saya pelajari di tingkatan 5 iaitu Silir Daksina karya
Nizar Parman. Terdapat dua peristiwa yang dapat menimbulkan perasaan simpati
pembaca.
Antara peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca ialah
peristiwa Haiqal tidak dibenarkan oleh Umi untuk melihat jenazah ayahnya di
Kampung Seri Purnama buat kali terakhir. Umi tidak membenarkan dia menziarahi
jenazah ayahnya dengan alasan Haiqal sedang menduduki peperiksaan UPSR.
Pembaca berasa simpati kerana seorang anak tidak tidak pernah berjumpa dengan
ayah kandungnya sejak kecil lagi hinggalah ayahnya meninggal dunia.
Peristiwa kedua ialah peristiwa Haiqal menziarahi pusara ayahnya dan
membaca Surah Yassin dalam keadaan sebak. Peristiwa ini menimbulkan perasaan
simpati pembaca kerana seorang anak tidak dapat berjumpa dengan ayah
kandungnya semasa hidup. Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah
ayahnya.

7
Soalan 14
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
membanggakan anda sebagai pembaca. [ 6markah]
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari di tingkatan 5 iaitu Silir Daksina karya
Nizar Parman, terdapat dua peristiwa yang membanggakan saya sebagai pembaca.
Peristiwa pertama ialah peristiwa pendirian Haiqal untuk pergi ke kampung
ayahnya mendapat tentangan keras daripada uminya kerana uminya menyatakan
kepada Haiqal bahawa dia tidak akan memberinya wang saku walau satu sen pun ke
sana. Peristiwa ini membanggakan saya kerana walaupun Haiqal mendapat
tentangan keras daripada uminya, namun dia tetap dengan pendiriannya dan
mengambil keputusan untuk pergi ke kampung halaman ayahnya seorang diri.
Peristiwa kedua ialah peristiwa pengorbanan Abdullah bin Kayan yang sanggup
berpisah dengan isteri dan anaknya kerana cintanya terhadap sastera dan warisan
budaya iaitu tarian zapin yang ada di kampungnya iaitu Sri Purnama Batu Pahat,
Johor. Semasa di Batu Pahat, Abdullah bin Kayan telah berusaha mengembangkan
seni tarian zapin. Peristiwa ini membanggakan saya kerana beliau telah
menghidupkan semula kumpulan zapin jincat D’ Purnama dan menubuhkan Aksara
untuk mengembangkan kesusasteraan dalam kalangan masyarakat Kampung Seri
Purnama.

Soalan 15
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan ciri-ciri kepimpinan
yang terdapat pada watak berserta contoh peristiwa yang sesuai. [ 6markah]
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari di tingkatan 5 iaitu Silir Daksina
karya Nizar Parman, terdapat ciri kepimpinan yang ada pada watak Haiqal dan See
Hwa.
Ciri kepimpinan yang ada pada Haiqal ialah dia seorang yang berpendirian
tegas. Hal ini dikatakan begitu kerana Haiqal tetap dengan pendiriannya untuk pulang
ke Batu Pahat, Johor untuk menjejaki kampung arwah bapanya walaupun ditentang
oleh uminya malah diugut dengan tidak dibekalkan wang perbelanjaan sepanjang
berada di sana.
Seterusnya, ciri kepimpinan juga ada pada See Hwa kerana dia seorang yang
amanah semasa menjalankan tugas. Hal ini dikatakan begitu kerana See Hwa telah
mengirimkan manuskrip yang ditulis oleh Abdullah bin Kayan kepada anaknya,
Haiqal. Beliau juga sentiasa amanah memikul tugas untuk membersihkan rumah
arwah bapa Haiqal yang ditinggalkan.

-Selamat Mengulang Kaji -

Anda mungkin juga menyukai