Penjawat Awam
Penjawat Awam
Perdana Menteri berkata tidak seperti pada waktu sebelum ini, ekonomi negara
berada dalam keadaan kemerosotan dan ketidakstabilan yang dikatakan ada
kaitan dengan kelemahan pimpinan kerajaan terdahulu.
"Saya harap ini satu permulaan baru...negara ini memerlukan perubahan untuk
ke tahap yang pernah kita capai dulu malangnya merosot balik ekonominya,
baik kestabilannya ataupun disiplinnya.
"Tentunya Tan Sri Peguam Negara (Idrus Harun) tahu mengenai pelanggaran
hukum termasuk isu-isu penyelewengan dan rasuah yang kadang-kadang juga
ada kaitannya kerana kelemahan pimpinan serta kaitannya dengan peringkat
penjawat awam.
"Jadi saya ambil kesempatan ini untuk mengajak saudara dan saya merayu
supaya bersama dalam minat, semangat untuk membawa islah atau perubahan
ke arah kebaikan," ketika berucap pada perhimpunan bulanan di Dataran
Perdana Putra di Putrajaya hari ini.
"Saya manfaatkan waktu ini untuk menyeru dan merayu kerana saya tahu
kelemahan pimpinan ini kadang-kadang dia terlalu yakin. Dia merasakan hanya
berjaya dengan arahan tetapi tidak menjadikan contoh yang baik.
Pada masa sama, Anwar berkata, beliau akan menasihati rakan dalam Kabinet
yang bakal dipilih untuk menghormati pengalaman dan pandangan daripada
penjawat awam.
Katanya, andaian bahawa beliau sebagai Menteri Kewangan tidak akan dapat
dicapai tanpa tunggak perkhidmatan awam yang membantu.
"Kalau pun saya membuat cadangan balas atau teguran hanya selepas saya
menghadam apa yang berlaku berdasarkan kepada pengalaman mereka.
Kepintaran kita, kecekalan kita, minat kita tidak akan sama dengan
pengalaman.
"Sebab itu saya akan menasihatkan juga rakan-rakan yang akan dipilih sebagai
Menteri insya-Allah dalam masa singkat, masih di zaman gelora ini, untuk
menghormati proses itu," katanya.
SAUDARA PENGARANG,