Teks ucapan perasmian pelancaran Minggu Sains, Matematik & RBT Peringkat SKKCB pada 7 November 2022. Ucapan menekankan pentingnya program ini untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang sains, matematik dan RBT melalui aktiviti aplikasi dan kreativiti. Program ini juga bertujuan melahirkan murid yang berfikir kritis, kreatif dan berinovasi. Murid-murid dinasihati untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dirancang
100%(1)100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
49 tayangan2 halaman

Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2
TEKS UCAPAN PERASMIAN
PELANCARAN MINGGU SAINS, MATEMATIK & RBT PERINGKAT SKKCB.
7 NOVEMBER 2022
Bismilahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Yang dihormati En.Razami Bin Ramli, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang dihormati En. Mohd Zuffi bin Abdul Majid, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati Pn. Zaimaniza Binti Zainuddin, Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan guru- guru yang dihormati dan murid-murid yang saya kasihi sekalian. Al-Hamdulillahi Rabbil ‘Alamin, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah perkenan-Nya, dapat kita bersama dalam Program Pelancaran Minggu Sains, Matematik & RBT Peringkat Sekolah Kebangsaaan Kampung Cheras Baharu bagi tahun 2022. Minggu SAINS, MATEMATIK & RBT merupakan salah satu program tahunan yang diadakan sebagai salah satu usaha para pendidik untuk menjana kecemerlangan murid-murid dalam matapelajaran sains, matematik dan RBT. Program ini juga merupakan wadah bagi mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh para guru. Aktiviti-aktiviti yang dirancang tentunya lebih kepada berbentuk aplikasi dan mencipta bagi melahirkan murid yang ber”Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penglibatan aktif setiap murid dalam pelbagai aktiviti yang akan dijalankan adalah penting bagi melahirkan murid yang sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran. Dalam masa yang sama, program ini mampu mencetuskan kreativiti dan reka cipta murid melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Selain itu, murid-murid dapat mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif. Murid juga dapat menggabungjalin ilmu yang diperolehi dengan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan aktiviti yang didedahkan di luar bilik darjah seterusnya dapat menekankan pembangunan modal insan supaya murid sekolah ini memiliki minda kelas pertama. Murid-murid yang saya kasihi sekalian, Rebutlah peluang melalui Minggu SAINS, MATEMATIK & RBT ini untuk menyertai pelbagai aktiviti yang telah direncanakan oleh para guru. Kecemerlangan bukan hanya terletak pada catatan markah yang tertera pada keputusan peperiksaan sahaja, sebaliknya menjadi cemerlang haruslah memenuhi aspek Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani (JERI). Seterusnya, Dengan lafaz ”Bismillahir rahmanir rahim”, saya dengan ini merasmikan Pelancaran Minggu Sains, Matematik & RBT bagi tahun 2022. Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.