科学 实验报告

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 26

PECUTAN AKHIR

SAINS SPM
SOALAN ESEI NO 11 (MENGEKSPERIMEN)

SO-JA
SOALAN & JAWAPAN

PERCUBAAN NEGERI
2022
CIKGU SYAHIDA OMAR
SMA Saadah Al Diniah Al Islamiah
S A B K Negeri Kedah
PERCUBAAN PERLIS
Danial dalam keadaan tergesa-gesa keluar untuk pergi bercuti bersama dengan keluarganya.
Dia tidak sempat bersarapan dan meninggalkan roti yang disediakan ibunya di atas meja.
Setelah pulang daripada bercuti selama lima hari, dia mendapati keadaan roti yang
ditinggalkannya dan roti yang disimpan oleh ibu di dalam almari adalah seperti ditunjukkan
dalam Rajah 11.

Pada hari pertama


Pada hari pertama

Tompok hitam

Pada hari kelima Pada hari kelima

Roti diletakkan di bawah cahaya Roti disimpan di dalam almari

Rajah 11

Berdasarkan situasi dalam Rajah 11, anda diminta menghuraikan satu eksperimen untuk
mengkaji kesan cahaya terhadap pertumbuhan mikroorganisma. Huraian anda harus
mengandungi kriteria berikut:

(a) Tujuan eksperimen

Mengkaji kesan cahaya terhadap pertumbuhan mikroorganisma. 1m


(b) Hipotesis
Bakteria membiak aktif dalam keadaan gelap @ Bakteria menjadi
1m
tidak aktif dalam cahaya terang
(c) Radas dan bahan
Agar-agar nutrien, kultur bakteria, piring petri, kotak hitam dan
mentol. 2m
Nota :
4 -5 bahan dan radas – 2 markah
2-3 bahan dan radas – 1 markah

(d) Prosedur
Kotak hitam
Mentol
Piring petri

Agar-agar nutrien
+ kultur bakteria

1m
1. Masukkan agar-agar nutrien dan kultur bakteria ke dalam
kedua-dua piring petri A dan B.
2. Letakkan piring petri A di dalam kotak hitam manakala piring 1m
petri B di bawah cahaya mentol. 1m
3. Biarkan kedua-dua piring petri selama 3 hari
4. Perhati dan rekodkan bilangan koloni bakteria. 1m

(e) Penjadualan data

Kehadiran Bilangan koloni bakteria


cahaya
Ada

Tiada

1m
(f) Langkah berjaga-jaga
Basuh tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas
menjalankan eksperimen @ Pakai sarung tangan semasa
menjalankan eksperimen @ Sterilkan semua bahan buangan terlebih
dahulu sebelum dibuang @ Rendam semua radas yang digunakan
dalam disinfektan selepas menjalankan eksperimen. 1m
Nota : Pilih mana-mana 1 langkah.
PERCUBAAN KEDAH
Kaji situasi berikut.

Sudah tiga hari Amin demam panas dan masih tidak sembuh walaupun telah
mengambil ubat. Doktor mengesahkan bahawa Amin mengalami keradangan tonsil
dan merawatnya dengan sejenis antibiotik. Selepas seminggu, Amin sembuh
sepenuhnya.

Berdasarkan situasi di atas, anda diminta menjalankan satu penyiasatan dengan


menggunakan larutan kultur bakteria, agar-agar nutrien steril, ceper kertas
turas berkepekatan 10 unit penisilin, ceper kertas turas berkepekatan 30 unit
penisilin dan dua piring petri dengan penutup. Tulis satu laporan eksperimen yang
mengandungi:
(a) Tujuan
Mengkaji kesan kepekatan antibiotik terhadap pertumbuhan 1m
bakteria

((b) Hipotesis

Semakin bertambah kepekatan antibiotik, semakin berkurang


pertumbuhan bakteria @ Semakin bertambah kepekatan 1m
antibiotik semakin bertambah luas kawasan jernih.

(c) (i) Pemboleh ubah dimalarkan dan cara mengawalnya


1m
Pemboleh ubah dimalarkan : Jenis bakteria
Cara Mengawal : Menggunakan jenis bakteria yang sama 1m

(i) Pemboleh ubah dimanipulasi dan cara mengawalnya


1m
Pemboleh ubah dimanipulasi : Kepekatan antibiotik
Cara Mengawal : Menggunakan kepekatan antibiotik yang
berbeza @ Menggunakan penisilin berkepekatan 10 unit dan 30
1m
unit
(d) Lukis susunan radas dan bahan yang berlabel.

Piring petri

Agar-agar nutrien steril


+ larutan kultur bakteria
Ceper kertas turas berkepekatan
10 unit penisilin 1m

Piring petri

Agar-agar nutrien steril


+ larutan kultur bakteria
Ceper kertas turas berkepekatan
30 unit penisilin 1m

Nota :
Lukis lengkap – 1 markah
Label lengkap – 1 markah

(e) Dua langkah berjaga-jaga untuk memastikan penyiasatan yang adil

1. Basuh tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas


menjalankan eksperimen 1m
2. Pakai sarung tangan semasa menjalankan eksperimen
3. Sterilkan semua bahan buangan terlebih dahulu sebelum
dibuang 1m
4. Rendam semua radas yang digunakan dalam disinfektan
selepas menjalankan eksperimen.
Nota : Pilih mana-mana 2 langkah.
PERCUBAAN PULAU PINANG
Rajah 11.1 menunjukkan sebuah troli yang diletakkan dengan seguni beras telah ditolak
oleh seorang pekerja. Oleh sebab dia ingin menyelesaikan kerja tersebut dengan cepat,
dia bercadang untuk meletakkan tiga guni beras di atas sebuah troli seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 11.2. Pekerja tersebut mendapati troli yang diletakkan dengan
tiga guni beras sangat sukar ditolak berbanding dengan troli yang diletakkan dengan
seguni beras sahaja.

Rajah 11.1 Rajah 11.2

(a) Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat tersebut.

Adakah troli yang diletakkan dengan tiga guni beras lebih sukar
ditolak berbanding dengan troli yang diletakkan dengan seguni
1m
beras?

(b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan tersebut.

Troli yang diletakkan dengan tiga guni beras lebih sukar ditolak
berbanding dengan troli yang diletakkan dengan seguni beras. 1m

(c) Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk
menguji hipotesis anda dengan menggunakan plastisin, pengapit-G, bilah gergaji
penimbang elektronik dan jam randik.

Huraian anda haruslah mengandungi aspek berikut :


(i) Tujuan eksperimen
Mengkaji hubungan di antara jisim plastisin dengan masa yang 1m
diambil untuk 10 ayunan lengkap
(ii) Mengenal pasti pemboleh ubah
1m
Pemboleh ubah dimanipulasi : Jisim plastisin
Pemboleh ubah bergerak balas : masa yang diambil untuk 10
ayunan lengkap
1m
Pemboleh ubah dimalarkan : Panjang bilah gergaji
Nota :
Betul 3 pemboleh ubah - 2 markah (Maksimum)
Betul 2 pemboleh ubah - 2 markah
Betul 1 pemboleh ubah - 1 markah

(iii) Prosedur atau kaedah

Pengapit G
1m

Bilah gergaji
Plastisin

1. Apitkan bilah gergaji dengan pengapit G pada kaki meja secara 1m


mengufuk dengan ketat.
2. Lekatkan plastisin berjisim 30g pada hujung bilah gergaji.
3. Tarik hujung bilah gergaji dan lepaskannya supaya berayun 1m
secara mengufuk.
4. Catatkan masa yang diambil untuk 10 ayunan lengkap 1m
menggunakan jam randik.
5. Ulang langkah 2 hingga 4 dengan menggunakan plastisin berjisim
50g 1m

(iv) Penjadualan data

Masa yang diambil untuk 10


Jisim plastisin (g)
ayunan lengkap (s)
30

50
1m
PERCUBAAN PERAK (SET 1)
Kaji situasi berikut.

Hobi Faizal ialah memancing. Faizal mendapati, tali pancingnya sering putus
apabila beliau menarik tali pancing dengan kuat untuk menarik ikan yang besar.
Sebaliknya tali pancingnya tidak putus apabila menarik tali pancing untuk ikan
yang kecil.

Berdasarkan situasi tersebut, anda diminta menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji
hubungan di antara jisim dan inersia. Anda diminta menulis satu laporan eksperimen yang
mengandungi:

(a) Hipotesis
Semakin besar jisim objek, semakin besar inersia @ 1m
Semakin besar jisim plastisin, semakin besar inersia
(b) (i) Pemboleh ubah dimanipulasi dan cara mengawalnya
1m
Pemboleh ubah dimanipuasi : Jisim plastisin
Cara mengawal : Menggunakan plastisin yang berbeza jisim @
Menggunakan plastisin berjisim 30g dan 50g. 1m

(ii) Pemboleh ubah bergerak balas dan cara mengawalnya


1m
Pemboleh ubah bergerak balas : Masa untuk 10 ayunan
Cara mengawal : Membaca dan merekodkan masa untuk 10
ayunan menggunakan jam randik 1m

(c) Bahan dan radas


Plastisin, Pengapit-G, bilah gergaji, jam randik dan penimbang
elektronik 2m
Nota :
4 -5 bahan dan radas – 2 markah
2-3 bahan dan radas – 1 markah
(d) Lukisan susunan radas dan bahan yang berlabel

1m

1m

Nota :
Lukis lengkap – 1 markah
Label lengkap – 1 markah

(e) Langkah berjaga-berjaga untuk memastikan penyiasatan yang adil


1. Memastikan bilah gergaji yang digunakan sama panjang. 1m
2. Memastikan sudut ayunan adalah sama bagi plastisin.
3. Mengulangi eksperimen sebanyak tiga kali dan mendapatkan
nilai purata masa untuk 10 ayunan bagi setiap jisim plastisin.
Nota : Pilih mana-mana 1 langkah.
PERCUBAAN PERAK (SET 2)
Kaji situasi berikut.

Aminah mencuci dua helai baju menggunakan sabun cair dan sabun pekat. Dia
mendapati apabila menggunakan sabun pencuci yang lebih pekat, dapat
menghilangkan kotoran dengan lebih cepat.

Sebelum

Dicuci dengan Dicuci dengan


sabun cair sabun pekat

Selepas direndam selama 30 minit

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk mengkaji situasi di atas.


Sabun pencuci yang lebih pekat, dapat menghilangkan kotoran
dengan lebih cepat @ Sabun cucian yang pekat meningkatkan 1m
kadar tindakbalas

(b) Menggunakan larutan natrium tiosulfat pekat, larutan natrium tiosulfat cair ,
asid sulfurik 1.0 mol dm -3 , kelalang kon, kertas putih yang bertanda ‘X’ dan
radas lain , huraikan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan bahan tindak
balas terhadap kadar tindak balas berdasarkan kriteria berikut:
(i) Tujuan eksperimen

Mengkaji kesan kepekatan larutan natrium tiosulfat terhadap


masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan 1m

(ii) Pemboleh ubah dimanipulasi dan cara mengawalnya 1m

Pemboleh ubah dimanipuasi : Kepekatan larutan natrium tiosulfat


Cara mengawal : Menggunakan larutan natrium tiosulfat yang
berbeza kepekatan @ Menggunakan larutan natrium tiosulfat
pekat dan larutan natrium tiosulfat cair 1m

(iii) Pemboleh ubah bergerak balas dan cara mengawalnya

Pemboleh ubah bergerak balas : Masa yang diambil untuk tanda


'X' tidak kelihatan 1m

Cara mengawal : Membaca dan merekodkan masa yang diambil


1m
untuk tanda 'X' tidak kelihatan menggunakan jam randik.
(iv) Bahan dan radas
Larutan natrium tiosulfat pekat, larutan natrium tiosulfat cair ,
asid sulfurik 1.0 mol dm-3 , kelalang kon, kertas putih yang
bertanda ‘X dan jam randik 1m

(v) Lukisan susunan radas berlabel

Kelalang kon 1m
Larutan natrium
tiosulfat + asid Kertas putih
sulfurik cair 1m
Tanda 'X'
Nota :
Lukis lengkap – 1 markah
Label lengkap – 1 markah

(vi) Langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan keputusan yang jitu


1. Menetapkan isipadu larutan natrium tiosulfat yang sama.
2. Menggunakan kepekatan asid yang sama. 1m
3. Menggunakan jenis asid yang sama
Nota : Pilih mana-mana 1 langkah.
PERCUBAAN SELANGOR
Kaji situasi berikut.

Seorang wanita hendak membeli beberapa jenis makanan di pasar raya yang
sesuai dengan keperluan kalori keluarganya. Dia meneka bahawa mentega kacang
tanah mengandungi lebih banyak kalori berbanding roti.

(a) Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas.


Adakah mentega kacang tanah mengandungi lebih banyak kalori
1m
berbanding roti?
(b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.
Mentega kacang tanah mengandungi lebih banyak kalori 1m
berbanding roti.
(c) Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk
menguji hipotesis anda menggunakan 1g kacang tanah, 1g roti, air suling, kapas
kaki retort, tabung didih, termometer, plastisin, penunu Bunsen dan jarum.

Diberi rumus berikut:

Huraian anda harus mengandungi aspek berikut :


(i) Tujuan eksperimen
1m
Mengkaji nilai kalori bagi kacang tanah dan roti.
(ii) Mengenal pasti pemboleh ubah
1m
Pemboleh ubah dimanipulasi : Jenis sampel makanan
Pemboleh ubah bergerak balas : Perubahan suhu air suling 1m
Pemboleh ubah dimalarkan : Jisim sampel makanan
Nota :
Betul 3 pemboleh ubah - 2 markah (Maksimum)
Betul 2 pemboleh ubah - 2 markah
Betul 1 pemboleh ubah - 1 markah
(iii) Prosedur atau kaedah

Termometer

Tabung didih

Kaki retort
Air suling

Kacang tanah

Plastisin

1. Masukkan air suling ke dalam tabung didih dan kepitkan 1m

tabung didih menggunakan kaki retort.


2. Rekodkan suhu awal air suling menggunakan termometer.
3. Cucuk 1 g kacang tanah dengan jarum dan lekatkan pada 1m
plastisin di bawah tabung didih.
4. Bakar kacang tanah sehingga habis.
5. Rekodkan suhu akhir air suling menggunakan termometer. 1m
6. Hitung perubahan suhu air suling.
7. Hitung nilai kalori kacang tanah menggunakan rumus yang
diberikan. 1m
8. Ulang langkah 1 hingga 7 dengan menggunakan roti.
Nota : 4 markah maksiumum

(iv) Penjadualan data

Jenis sampel Perubahan suhu air suling (0C)


makanan
Kacang tanah

Roti

1m
PERCUBAAN NEGERI SEMBILAN
Kaji maklumat berikut berikut.

Siti dan Chong tinggal berjiran di satu kawasan taman perumahan yang baharu.
Sebelum menduduki rumah baharu, mereka telah memasang pagar rumah. Bagi
menjimatkan kos, Siti telah memasang pagar diperbuat daripada besi. Chong pula
memasang pagar yang diperbuat daripada keluli supaya pagarnya lebih tahan dan
nampak berkilat. Setelah beberapa tahun, pagar rumah Siti telah berkarat tetapi
pagar rumah Chong nampak seperti baharu.

(a) Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas.


1m
Adakah keluli lebih tahan kakisan berbanding besi?
(b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas. 1m
Keluli lebih tahan kakisan berbanding besi.
(c) Berdasarkan pernyataan yang diberikan, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk
menguji hipotesis anda dengan menggunakan paku keluli, paku besi, air dan dua
tabung uji.

Huraian anda harus mengandungi aspek berikut:

(i) Tujuan eksperimen


Mengkaji hubungan di antara jenis paku dengan kehadiran lapisan
perang pada paku @ Mengkaji kehadiran lapisan perang pada
paku besi dan paku keluli. 1m

(ii) Mengenal pasti pemboleh ubah 1m


Pemboleh ubah dimanipulasi : Jenis paku
Pemboleh ubah bergerak balas : Kehadiran lapisan perang
pada paku
1m
Pemboleh ubah dimalarkan : Masa paku direndam
Nota :
Betul 3 pemboleh ubah - 2 markah (Maksimum)
Betul 2 pemboleh ubah - 2 markah
Betul 1 pemboleh ubah - 1 markah
(iii) Prosedur atau kaedah

Air

Tabung uji

Paku keluli Paku besi

A B

1m
1. Masukkan air ke dalam tabung uji A dan B.
2. Masukkan paku keluli ke dalam tabung uji A dan
1m
paku besi ke dalam tabung uji B.
3. Biarkan paku selama seminggu. 1m
1m
4. Rekodkan kehadiran lapisan perang pada paku.

(iv) Penjadualan data

Jenis paku Kehadiran lapisan perang pada paku


Paku besi

Paku keluli

1m
PERCUBAAN MELAKA
Kaji situasi berikut.

En Lee menggunakan cuka untuk membuat jeruk mangga. Beliau mendapati jeruk
mangga boleh tahan lebih lama berbanding dengan buah mangga segar.

(a) Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas.

Adakah jeruk mangga boleh tahan lebih lama berbanding 1m


dengan buah mangga segar?

(b) Nyatakan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.


Jeruk mangga boleh tahan lebih lama berbanding dengan 1m
buah mangga segar

(c) Berdasarkan pernyataan yang diberi, huraikan satu eksperimen untuk menguji
hipotesis anda. Anda diberi asid hidroklorik cair, air suling, bubur nutrien,
kultur bakteria dan kapas.

Huraian anda harus mengandungi aspek berikut:

(i) Tujuan eksperimen


1m
Mengkaji kesan nilai pH terhadap pertumbuhan bakteria.
(ii) Mengenal pasti pemboleh ubah 1m
Pemboleh ubah dimanipulasi : Nilai pH @ Jenis bahan
Pemboleh ubah bergerak balas : Kekeruhan bubur nutrien 1m

Pemboleh ubah dimalarkan : Jenis bakteria


Nota :
Betul 3 pemboleh ubah - 2 markah (Maksimum)
Betul 2 pemboleh ubah - 2 markah
Betul 1 pemboleh ubah - 1 markah
(iii) Prosedur atau kaedah

Kapas

Tabung uji

Asid hidroklorik Air suling


Bubur nutrien
+ kultur bakteria

A B
1. Masukkan 20 cm 3 bubur nutrien ke dalam tabung uji
A dan B. 1m
2. Tambahkan dua titis kultur bakteria ke dalam
tabung uji A dan B.
3. Tambahkan lima titis asid hidroklorik ke dalam 1m

tabung uji A dan lima titis air suling ke dalam tabung


uji B. 1m
4. Letakkan kedua-dua tabung uji ke dalam almari
tertutup selama dua hari.
1m
5. Perhatikan dan catatkan kekeruhan bubur nutrien.
Nota : 4 markah maksiumum

(iv) Penjadualan data

Jenis bahan Kekeruhan bubur nutrien


Air suling

1m
Asid hidroklorik

PERCUBAAN PAHANG

Seorang suri rumah membeli dua buah beg yang diperbuat daripada kulit yang
sama. Beliau menyimpan sebuah beg di dalam almari manakala sebuah beg lagi
disangkut pada dinding rumahnya. Setelah sebulan, didapati keadaan kedua-dua
beg kulit adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11.

Tompok kulat Tiada tompok kulat

Beg kulit yang disimpan Beg kulit yang disangkut


di dalam almari pada dinding rumah

Rajah 11

Berdasarkan situasi dalam Rajah 11


(a) Nyatakan satu pernyataan masalah
1. Adakah beg kulit yang disimpan di dalam almari ditumbuhi kulat?
2. Adakah beg kulit yang disangkut pada dinding rumah tidak 1m
ditumbuhi kulat?
Nota : Mana-mana satu jawapan

(b) Cadangkan satu hipotesis yang sesuai.

1. Beg kulit yang disimpan di dalam almari ditumbuhi kulat.


2. Beg kulit yang disangkut pada dinding rumah tidak ditumbuhi
kulat. 1m
3. Keadaan gelap menggalakkan pertumbuhan kulat.
4. Kehadiran cahaya merencatkan pertumbuhan kulat.
Nota : Mana-mana satu jawapan
Dengan menggunakan dua tabung didih, kapas, 5 cm 3 bubur nutrien, 1 cm 3
kultur bakteria, mentol dan kotak hitam, huraikan satu eksperimen untuk menguji
hipotesis di 11(b) berpandukan kriteria berikut:

(i) Tujuan eksperimen


Mengkaji kesan kehadiran cahaya terhadap pertumbuhan 1m
bakteria.
(ii) Pemboleh ubah dimanipulasikan dan cara mengawalnya
1m
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Kehadiran cahaya
Cara mengawal : Meletakkan tabung didih di tempat gelap dan
terang @ Meletakkan tabung didih di dalam kotak hitam dan di
1m
bawah cahaya mentol

(iii) Pemboleh ubah dimalarkan dan cara mengawalnya


1m
Pemboleh ubah dimalarkan : Jenis bakteria
1m
Cara mengawal : Menggunakan jenis bakteria yang sama

(iv) Lukisan susunan radas dan bahan yang berlabel

1m

1m

Nota :
Lukis lengkap – 1 markah
Label lengkap – 1 markah

(v) Cara untuk menjadualkan data

Kehadiran cahaya Kekeruhan bubur nutrien


1m
Ada

Tiada

PERCUBAAN JOHOR
Kaji pernyataan berikut.

Sebelum ditambah baja fosforus Selepas ditambah baja fosforus

Seorang petani mendapati pokoknya kurang menghasilkan buah. Dia kemudiannya


menambah baja fosforus untuk mengatasi masalah tersebut. Setelah beberapa
minggu, dia mendapati pokoknya telah menghasilkan buah yang banyak.

(a) Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas.


1. Adakah kekurangan fosforus menyebabkan pokok kurang
menghasilkan buah?
2. Adakah kehadiran fosforus menyebabkan pokok menghasilkan
buah yang banyak? 1m
Nota : Mana-mana satu jawapan

(b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.


1. Kekurangan fosforus merencatkan pertumbuhan tumbuhan.
2. Tumbuhan memerlukan fosforus yang mencukupi untuk
pertumbuhan yang baik 1m
Nota : Mana-mana satu jawapan

(c) Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk
menguji hipotesis anda dengan menggunakan tabung didih, larutan kultur
lengkap, larutan kultur tanpa fosforus, anak benih jagung, kertas hitam dan
kapas.

Huraian anda harus mengandungi aspek berikut:


(i) Tujuan eksperimen
Mengkaji kesan kekurangan fosforus terhadap pertumbuhan anak
1m
benih jagung.
(ii) Mengenal pasti pemboleh ubah 1m
Pemboleh ubah dimanipulasi : Jenis larutan kultur
Pemboleh ubah bergerak balas : Ketinggian anak benih jagung 1m
Pemboleh ubah dimalarkan : Jenis anak benih
Nota :
Betul 3 pemboleh ubah - 2 markah (Maksimum)
Betul 2 pemboleh ubah - 2 markah
Betul 1 pemboleh ubah - 1 markah

(iii) Prosedur atau kaedah

Anak benih
jagung

Kapas

Larutan Larutan
kultur Kertas kultur tanpa
lengkap hitam fosforus
A B 1m
1. Masukkan larutan kultur lengkap ke dalam tabung didih A
dan larutan kultur tanpa fosforus ke dalam tabung didih B. 1m
2. Masukkan anak benih jagung ke dalam kedua-dua larutan.
3. Balutkan kedua-dua tabung didih dengan kertas hitam.
4. Letakkan kedua-dua tabung didih di tepi tingkap. 1m
5. Biarkan selama dua minggu. 1m
6. Rekodkan ketinggian anak benih jagung.
Nota : 4 markah maksiumum

(iv) Penjadualan data

Jenis larutan kultur Ketinggian anak benih jagung (cm)


Larutan kultur lengkap

Larutan kultur tanpa fosforus


1m
PERCUBAAN TERENGGANU
Puan Siti mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan persaraannya. Salah
satu menu makanan yang dihidangkan kepada tetamu ialah buah epal. Setelah dia
memotong buah epal tersebut dan direndamkan ke dalam dua jenis air yang
berbeza serta dibiarkan selama 1 jam sebelum dihidangkan kepada tetamu, beliau
mendapati hirisan epal tersebut adalah seperti Rajah 11.

Direndam dalam air garam Direndam dalam air suling


Rajah 11

Berdasarkan situasi dalam Rajah 11, anda dikehendaki menjalankan suatu penyiasatan
untuk mengkaji pengoksidaan hirisan epal. Anda diminta untuk menulis satu laporan
eksperimen yang mengandungi:
(a) Pernyataan masalah
1. Adakah hirisan epal yang direndam di dalam air garam tidak
berubah warna?
2. Adakah hirisan epal yang direndam di dalam air suling berubah
warna?
3. Adakah hirisan epal yang direndam di dalam air suling berubah
menjadi gelap 1m
Nota : Mana-mana satu jawapan
(b) Hipotesis
1. Hirisan epal yang direndam di dalam air garam tidak berubah
warna.
2. Hirisan epal yang direndam di dalam air suling berubah warna.
3. Hirisan epal yang direndam di dalam air suling berubah menjadi
gelap. 1m
Nota : Mana-mana satu jawapan
(c) Pemboleh ubah dimanipulasi dan cara untuk mengawalnya
1m
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Jenis cecair rendaman
Cara mengawal : Merendamkan hirisan epal ke dalam air suling
dan air garam 1m

(d) Bahan dan radas


Buah epal, 2 buah bikar, air garam, air suling, pisau dan jam randik
Nota : 2m
5-6 bahan dan radas – 2 markah
3-4 bahan dan radas – 1 markah

(e) Lukisan susunan radas dan bahan yang berlabel

1m 1m
Bikar
Air suling
Air garam

Hirisan epal Hirisan epal


1m
tidak berubah warna berubah warna

Nota :
Lukis lengkap – 1 markah
Label lengkap – 1 markah
Dua keadaan hirisan epal berbeza - 1 markah

(f) Penjadualan data

Jenis cecair Warna hirisan epal selepas 1 jam


rendaman
Air suling

1m
Air garam

PERCUBAAN KELANTAN
Kaji situasi berikut.

40 minit 20 minit

Sebiji kek yang berjisim 500 gram dan empat biji kek yang juga berjisim 500
0
gram dibakar dalam oven pada suhu 180 C secara serentak. Didapati kek yang
bersaiz kecil lebih cepat masak. Ini menunjukkan saiz bahan mempengaruhi kadar
tindak balas.

(a) Nyatakan satu pernyataan masalah berdasarkan pernyataan di atas.


1. Adakah kek yang bersaiz besar mengambil masa yang lebih lama
untuk masak?
2. Adakah kek yang bersaiz kecil mengambil masa lebih cepat untuk
masak? 1m
Nota : Mana-mana satu jawapan

(b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.


1. Kek yang bersaiz besar mengambil masa yang lebih lama untuk
masak.
2. Kek yang bersaiz kecil mengambil masa yang lebih cepat untuk
masak. 1m
Nota : Mana-mana satu jawapan

Berdasarkan situasi dalam rajah di atas, anda diminta untuk menjalankan satu
penyiasatan untuk menguji hipotesis anda dengan dibekalkan 2g serbuk marmar, 2g
3
ketulan marmar, asid hidroklorik cair 0.1 mol dm , kelalang kon 250 cm ,
-3

silinder penyukat 50 cm 3 , penyumbat getah dengan salur penghantar, buret,


besen, jam randik dan kaki retort dengan pengapit.

Anda diminta untuk menulis satu laporan eksperimen yang mengandungi:


(i) Tujuan eksperimen
1m
Mengkaji hubungan di antara saiz marmar terhadap kadar
tindakbalas
(ii) Faktor yang diperhatikan dan cara mengawalnya
Faktor yang diperhatikan : Masa yang di ambil untuk mengumpul
1m
3
30cm gas
Cara mengawal : Membaca dan merekodkan bacaan masa yang di
3
ambil untuk mengumpul 30cm gas menggunakan jam randik 1m
(iii) Lukisan susunan radas dan berlabel

1m

1m

Nota :
Lukis lengkap – 1 markah
Label lengkap – 1 markah

(iv) Penjadualan data

Saiz marmar Masa yang di ambil untuk mengumpul 30cm3 gas (s)
Kecil

Besar

1m
(v) Langkah berjaga-jaga untuk memastikan penyiasatan yang adil
1. Menetapkan suhu larutan sama
2. Menetapkan jisim marmar sama
3. Menetapkan kepekatan asid hidroklorik sama
4. Menetapkan isipadu asid hidroklorik sama
Nota : Mana-mana dua jawapan 2m
Selamat menduduki
PEPERIKSAAN
SPM 2022
Semoga bahan ulangkaji ini dapat membantu
anda memperoleh markah penuh untuk soalan
esei nombor 11 (kemahiran mengeksperimen)

Ikhlas:
Cikgu Syahida

Anda mungkin juga menyukai