Bidang Tugas Guru Kanan Kemanusian
Bidang Tugas Guru Kanan Kemanusian
Bidang Tugas Guru Kanan Kemanusian
BIDANG TUGAS
Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang
berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik.
Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan bidangnya.
Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang
berkaitan dengan bidangnya.
Kurikulum
Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal / Mingguan dan
lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
Mempengerusikan mensyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.
Membimbing guru terlatih , guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-
tugas mereka.
Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan.
Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan
sewajarnya
Membantu dalam pemilihan buku Teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan
bahan-bahan pendidikan lain.
Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang diarahkan oleh
Pengetua.
Kokurikulum
Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat
akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.
Pengurusan
Membantu menentukan serta menagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang
dan kawalannya.
Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru.
Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan segala jenis
perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan , barang atau bahan yang
berkaitan dengan bidangnya.
Menentukan aspek –aspek menyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah
dan sekolah.
Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga
keceriaannya.
Melengkapkan bilik pergerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua
pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil .
Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan ,penyediaan jadual
waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
Melaksana segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Tugas-tugas Khas