Forum 2
Forum 2
Pembentukan insan berakhlak mulia berteraskan tiga domain iaitu: penaakulan moral,
emosi moral dan perlakuan moral. Huraikan ketiga-tiga domain tersebut beserta contoh
yang sesuai dengan mengaitkan teori perkembangan moral Kohlberg.
Penaakulan Moral
Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur atau berkonflik nilai demi mengenal
pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau salah. Keupayaan mental dapat
merungkai dan menyelesaikan masalah atau isu moral sebaik mungkin secara autonomi,
rasional dan objektif berdasarkan kepada prinsip moral.
Emosi Moral
Kesedaran emosi moral melahirkan kepedulian dan hati nurani yang menyebabkan insan
berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan
sesuatu yang tidak betul. Emosi moral melahirkan motivasi moral dan niat untuk bertindak
berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang lain. Emosi moral ini boleh diekspresikan
dalam bentuk luahan perasaan, fikiran, gerak geri dan sebagainya.
Perlakuan Moral
Perlakuan moral adalah tindakan moral berkaitan antara penaakulan moral dan emosi
moral. Ia dilakukan secara rela hati dengan rasa bertanggungjawab, akauntabiliti dan
berintegriti moral.
Contoh: Ali menolong ibunya mengemas rumah kerana ibunya berjanji akan
menghadiahkan dia ais krim apabila dia menolong ibunya mengemas rumah