Profil Sekolah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

PROFIL SEKOLAH

VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidk, Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTO SEKOLAH
Ilmu, Iman, Amal
 ILMU : Melahirkan insan yang berilmu

 IMAN : Ilmu perlu diamalkan untuk kebaikan individu, masyarakat dan negara
 AMAL : Insan yang berilmu pengetahuan dapat menabur bakti kepada masyarakat
dan negara

SLOGAN SEKOLAH
SK Bambangan Malingkat
 MANTAP penampilan berintegriti
 ASPIRASI generasi maju
 LESTARI pendidikan yang berterusan
 INSPIRASI kreativiti pencetus inovasi
 NEKAD berjuang ke arah kebenaran
 GIGIH berusaha meningkatkan pencapaian
 KENTAL semangat untuk terus berjuang
 AMANAH dijulang demi martabat bangsa
 TEKAD bersama menuju kecemerlangan
 Elemen MALINGKAT harus sentiasa diterap, dihayati dan diamalkan supaya
menjadi budaya warga sekolah yang mengutamakan kecantikan dalam pelbagai
aspek sama ada dalam bidang pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan ko
kurikulum. Penerapan nilai kecantikan iklim sekolah mampu melahirkan generasi
yang berkeperibadian mantap dan sentiasa gigih untuk berusaha mencapai
kecemerlangan dalam semua aspek ilmu.
LOGO SEKOLAH

Bulatan Kuning:-
 Muafakat antara pihak sekolah dengan masyarakat.
Obor Sukan:-

 Melahirkan insan yang hebat dalam bidang kokurikulum.


5 Gerigi Putih:-
 Teknologi menerajui kemodenan.
 5 Prinsip Rukunegara
Buku :-

 Membaca Jambatan Ilmu


Bunga Raya:-

 Bunga Kebangsaan
Warna Biru :-

 Keharmonian
Tahun 1970 :-

 Tahun sekolah mula ditubuhkan


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bambangan , merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang
terletak di Kampung Bambangan, Batu 11, Jalan Seguntor, Sandakan Sabah. Sekolah ini
dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) dan sekolah luar bandar. Jarak antara
sekolah ini ke Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan adalah sejauh lebih kurang 20 kilometer
yang mengambil masa selama 30 minit perjalanan untuk sampai ke sekolah ini dengan
menaiki kenderaan darat.

Sekolah ini dibina pada tahun 1970 dan mula beroperasi pada 15 Februari 1971dengan
diterajui kepimpinan Guru Besar Encik Mohammad Yusof Bin Aliwangsa yang berasal daripada
Pulau Tambisan. Bangunan pertama sekolah adalah satu bangunan kayu sahaja yang
menempatkan ruang pejabat, bilik guru dan kelas. Pengangkutan untuk sampai ke sekolah
pada ketika itu adalah menggunakan jalan laut dengan menaiki bot dari pelabuhan bandar.
Jumlah murid perintis adalah seramai 35 orang sahaja. Murid pertama yang bersekolah di
sekolah ini yang kemudiannya menjadi guru dan bertugas di Sekolah Kebangsaan Bambangan
adalah Cikgu Abdul Malik Abdul Rasid. Manakala murid lain yang bersekolah di sekolah ini dan
bertugas sebagai guru sehingga sekarang ialah Mohd Ali Bin Omar, Amilali Bin Omar dan
Fatimah Binti Abdul Rahim. Sekolah Kebangsaan Bambangan pernah mendapat pencapaian
terbaik sebagai Sekolah Harapan Negara pada tahun 2003 dengan pencapaian 100 % keputusan
UPSR di bawah kepimpinan guru besar Encik Mohd Salehan Bin Mokhtar.

Sekolah ini juga telah membuat The Malaysian Book of Record pada tahun yang sama di
mana warga sekolah telah berjaya menyusun sebanyak 20 000 kulit kerang dan lokan untuk
membentuk jalur gemilang seluas padang tenis.
PIAGAM PELANGGAN
Kami, warga SK Bambangan Sandakan dengan ini berikrar akan :
1. Memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan mesra.
2. Bersikap terbuka menerima pendapat dan cadangan demi kecemerlangan perkhidmatan.
3. Mengutamakan sikap penyayang, berdisiplin dan berfikiran positif.
4. Menyediakan prasarana yang lengkap dan kondusif.
5. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selesa, selamat dan harmoni.
6. Memastikan setiap pelajar diberikan didikan dan layanan yang sempurna dan adil.
7. Memberikan pendidikan yang berkualiti untuk membentuk insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
8. Berusaha memperkembang potensi setiap pelajar ke tahap yang optimum.
9. Bersedia untuk meningkatkan profesionalisme perkhidmatan diri dari semasa ke semasa.
10. Mewujudkan hubungan yang erat dan harmoni dengan ibu bapa, masyarakat setempat dan
agensi lain.
11. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan lancar selaras dengan matlamat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
2.5 CARTA ORGANISASI

2.6 PELAN INSTITUSI PENDIDIKAN


2.7 TAKWIM INSTITUSI PENDIDIKAN
PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN
LAGU INSTITUSI PENDIDIKAN
Terpencak megah,
Sekolah ku Bambangan .

Tempat ilmu dicurah,

Masa depanku cerah.

Tersergam indah,

Sekolahku Bambangan .

Mendidik anak desa.

Jadi harapan bangsa.

Kan ku sanjung Budi baikmu,

Kan ku kenang Jasa baikmu,

Mengizinkan aku berteduh ,

Untuk menuntut ilmu.

Inilah janjiku, Inilah sumpahku

Sebagai warisanku, Ku harumkan namamu selalu.

Anda mungkin juga menyukai