Emcee Text Koir

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA

MAJLIS PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK PERINGKAT SK JALAN 3


TARIKH : 12 SEPTEMBER 2023
TEMPAT : DATARAN ASPIRASI SEJATI

BIL PENGACARA ANN CATATAN

Pengumuman dari semasa ke semasa

Perhatian kepada semua murid, anda diminta


untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia
kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.
Terima kasih.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis

Irama beralun gendang dipalu,


Langkah diayun berpasang-pasangan,
66 tahun telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan

Bismillahirahmannirrahim....Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.
Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani !

Yang Berusaha
PUAN ROZITA BINTI AHMAD
PUAN NURNAHDATUL SALWA BIN

Barisan hakim ,
Barisan guru berdedikasi, para peserta serta murid
- murid yang dikasihi sekalian

SELAMAT DATANG KE PERTANDINGAN


KOIR LAGU LAGU PATRIOTIK PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN 3

Hari ini memugal jagung


Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana


di atas limpah kurnia Nya dapat kita sama-sama
berkumpul di DATARAN ASPIRASI SEJATI untuk
menyaksikan bakat anak-anak MURID TAHUN 5
SEJATI dalam bidang nyanyian koir.

Majlis Nyanyian Lagu Patriotik Peringkat Sekolah


Kebangsaan Tedong dimulakan dengan
menjemput peserta pertama ........... dengan pilihan
lagu bertajuk ____________

Majlis diteruskan dengan menjemput murid-murid


dari kelas ________ yang akan mendendangkan
lagu bertajuk ___________ Dipersilakan.

Peserta seterusnya yang akan mengambil tempat


di atas pentas bakal menyampaikan sebuah lagu
dari _________. Oleh itu, dijemput murid-murid
kelas _________ dengan lagu __________.

Kehangatan majlis pada pagi ini diteruskan lagi


dengan mempersilakan murid-murid dari
____________ yang akan mempertaruhkan lagu
bertajuk ________________. Dipersilakan.

Peserta seterusnya telah memilih untuk


mendendangkan lagu berjudul ___________
Untuk maksud itu dipersilakan murid-murid dari
____________ ke pentas pertandingan.
Dipersilakan.

Kini tibalah giliran peserta dari tahun _________


untuk bersedia di atas pentas bagi menyampaikan
lagu bertajuk ____________. Dipersilakan.

Kemeriahan majlis kita pada pagi yang berbahagia


ini diteruskan dengan menjemput murid-murid
tahun _________ yang bakal mempersembahkan
lagu pilihan mereka bertajuk ________________
Dipersilakan.

Peserta seterusnya yang bakal menghangatkan


lagi pentas pertandingan kita pada hari ini telah
memilih untuk menyampaikan lagu Standing In The
Eyes of The World. Oleh itu, dipersilakan murid-
murid tahun ____________ untuk bersedia di atas
pentas.

Setelah sekian lama bersedia, kini tibalah giliran


murid-murid ___________ untuk berdiri di atas
pentas pertandingan dengan mempertaruhkan
lagu pilihan mereka yang bertajuk ___________.
Dipersilakan.

Peserta terakhir kita pada hari ini telah memilih


untuk menyampaikan lagu bertajuk
_______________. Oleh itu, dipersilakan
_________ ke pentas pertandingan.
Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka
tamatlah sudah pertandingan nyanyian KOIR
Lagu Patriotik Peringkat Sekolah Kebangsaan
JALAN 3.

Keputusan pertandingan telah pun berada di


tangan saya. Kita mulakan acara penyampaian
hadiah PERTANDINGAN KOIR LAGU LAGU
PATRIOTIK SEMPENA Sambutan Bulan
Kemerdekaan

Oleh itu dijemput _______________ , guru


penolong Kanan PENTADBIRAN untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Senarai pemenang..........
Hadirin sekalian, dengan berakhirnya upacara itu
tadi, maka sempurnalah sudah PERTANDINAN
KOIR LAGU PATRIOTIK PERINGKAT SEKOLAH
SK JALAN 3 ANJURAN PANITIA MUZIK
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi, di lain acara

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz


suci....................................................

Anda mungkin juga menyukai