Contoh Surat Tawaran Kerja

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

La Moda Tailor,

Blok F-B-6,
Apartment Seremban Putra,
Jalan Sikamat,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.

_____________________________________________________________________________

4hb Feb 2020

Siti Ros Narizan,


Kg Baru Kandis,
16310 Bachok,
Kelantan.

Cik,

PER : SURAT TAWARAN KERJA

Merujuk perkara di atas, dengan sukacita “la moda tailor “ berbesar hati untuk menawarkan jawatan sebagai
tukang jahit kepada pihak Cik. Kami percaya bahawa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman anda akan
menjadi antara aset kami yang paling berharga dan kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan.
Anda dikehendaki mendaftar di syarikat kami pada 1 Mac 2020 dengan melengkapkan borang penerimaan
tawaran yang dilampirkan.

Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:

1. Jawatan

Tukang Jahit sepenuh masa

2. Tempoh Bekerja

Tempoh bekerja adalah tetap, anda akan melalui tempoh percubaan


(probation) selama sebulan.

3. Gaji dan Elaun

I. Gaji pokok RM1000 sebulan (Tempoh Percubaan)

II. Gaji pokok RM1200 sebulan (Selepas Tempoh Percubaan)


III. Komisen 10% daripada Nilai Jualan

Sebarang kenaikan atau percubaan gaji (jika perlu), akan dibincangkan bersama dengan pihak
pengurusan syarikat.

4. Tempat Tinggal

Disediakan dengan bayaran sewaan sebanyak RM300 sebulan, tidak termasuk bil utility (api & air).

3. Potongan KWSP dan SOCSO

Akan dilaksanakan diatas persetujuaan di antara kedua-dua belah pihak.

4. Cuti Tahunan

Anda diberikan cuti tahunan sebanyak 14 hari setahun yang diberikan secara pukul rata
(prorated). Permohonan cuti hendaklah dibuat dalam tempoh 2 minggu lebih awal.

5. Hari dan Waktu Bekerja

Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan syarikat.

Hari Bekerja : Selasa hingga Ahad


Cuti : Isnin
Masa : 10.00 pagi-6.00 petang

Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja (jika ada), akan dimaklumkan kepada

6. Tugas dan Tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak
pengurusan. Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Kami
yakin anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika anda menghadapi
sebarang kesulitan, anda dialu-alukan merujuk kepada pihak pengurusan.

7. Penamatan Kerja

Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua-dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan melalui
pembelian notis tiga (3) bulan lebih awal.

Yang benar,

.......................................
Nama :
Jawatan :
Nama Syarikat :
______________________________________________________________________________

Perakuan dan Penerimaan

Saya ______________________________nombor kad pengenalan_________________________. Dengan ini


menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian.

Tandatangan : .............................

Tarikh : ...........................

Anda mungkin juga menyukai