Persiapan Majlis Anugerah Cemerlang
Persiapan Majlis Anugerah Cemerlang
Persiapan Majlis Anugerah Cemerlang
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang. Beberapa orang pelajar terlibat
dalam persediaan majlis tersebut. Ramai murid akan menerima hadiah pada hari bersejarah itu. ( 20 patah )
Zahra dan Lili menyapu lantai dewan supaya bersih. Abu dan Ali pula meletakkan kain batik di atas sofa. Siti
dan Fara menghias pentas dengan bunga plastik dan reben. (25 patah )
Adib menggantung gambar pada dinding. Sofea dan kawannya menyusun hadiah dan trofi di atas meja urus
setia. Dua orang pelajar perempuan menggantung kain rentang. (21 patah)
Cikgu Hamzah dan Cikgu Ismail mengangkat podium untuk diletakkan di tepi pentas. Hafiz dan Hanif
mencantas pokok bunga yang dijadikan sebagai hiasan dengan teliti. Pakcik Firas memegang tangga bagi
menstabilkannya. (25 patah )
Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan. Mereka berharap
program itu akan berjalan dengan lancar. (13 patah)
(104 patah perkataan )
Sekolah saya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan. Guru besar telah memilih kelas saya untuk
membantu persiapan majlis tersebut. Saya dan rakan – rakan diberi tugasan tersendiri.
Saya dan Ali diarahkan untuk mengangkat sofa ke dalam dewan manakala Huda dan Nuri menggantung kain
rentang di atas pentas. Mak Cik Umi menyapu lantai supaya bersih.
Cikgu Syida membalut hadiah dengan pembalut yang cantik. Sementara itu , Mei dan Sofea menghias pentas
dengan bunga plastik. Raju memanjat tangga untuk menampal gambar pada dinding.
Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memastikan persiapan majlis sempurna. Kami berharap
majlis akan berjalan dengan lancar. Selepas itu, Cikgu Syida memberi kami makanan sebagai tanda terima kasih atas
kerja yang kami telah lakukan.
SK Taman Bukit Maluri akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada 31 Jun 2020. Pengawas
sekolah ditugaskan untuk menghias dewan. Mereka diberi tugasan masing-masing mengikut kumpulan.
Hasneena dan Nurul menyusun hadiah dan trofi mengikut tahun. Hadiah diletakkan di meja urus
setia. Sementara itu, Ramia dan Sofia menyapu lantai supaya bersih.
Cikgu Himilah dan Cikgu Rosli menghias sekeliling pentas. Mereka menggunakan bunga plastik dan
kain berwarna-warni. Dua orang pelajar membersihkan sofa.
Dua orang pengawas mengangkat podium dengan berhati-hati. Mereka meletakkannya di tepi pentas. Pada
waktu sama, Afrin dan kawannya mengantung kain rentang pada dinding di tengah dewan.
Guru dan ahli pengawas berganding bahu menjayakan program itu. Mereka bekerjasama bagai aur dengan
tebing.
*jika
perkataan lebih boleh potong kata adjektif yang tidak penting. Kata nama khas dikira sebagai satu
perkataan.