Hadis Hafalan
Hadis Hafalan
Hadis Hafalan
Diriwayatkan hadith ini oleh dua orang Imam hadith iaitu Abu
‘Abdullah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah
Ibn Bardizbah al-Bukhari dan Abu al-Hussain Muslim Ibn al-
Hajjaj Ibn Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi dalam kitab sahih
keduanya, iaitu kitab yang amat sahih di antara segala kitab
yang pernah disusunkan.
Dari Abi ‘Amru dan ada dikatakan pula dari Abi ‘Amrah
Sufyan bin ‘Abdullah r.a. katanya: Kataku, ya Rasulullah!
Katakanlah kepadaku tentang Islam satu perkataan yang
tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang
lain daripada engkau. Sabdanya: Katakanlah, aku beriman
kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Diriwayatkan oleh Muslim.
10 hadis-hadis pilihan untuk dihafal dan difahami
No. Hadith Terjemahan
23 Tajuk Hadis: Pkr mengenai Kesucian, Pujian & Al-Quran
Dari Abi Malik al-Harith bin ‘Asim al-Ash’ari r.a katanya: Telah
bersabda Rasulullah s.a.w.: “Suci itu sebahagian iman, dan
Alhamdulillah memenuhi timbangan, dan Subhanallah dan
Alhamdulillah keduanya memenuhi atau memenuhi ruang
antara langit dan bumi, dan sembahyang itu cahaya, dan
sadaqah itu keterangan, dan sabar itu sinaran, dan al-Qur’an
itu hujjah (dalil) bagi engkau atau atas engkau. Sekelian
manusia itu berpagi-pagi maka ada orang yang menjual
dirinya, lalu dimerdekakannya atau dibinasakannya.
Diriwayatkan oleh Muslim.