BAHAGIAN B (Kertas 1)

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN B

(30 Markah)

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.

lalu kerana atau jika

supaya dalam pada dan

Ibu bapa perlulah sentiasa memantau tingkah laku anak-anak. Hal ini penting
__________________ anak-anak tidak melakukan perkara yang negatif. Anak-anak yang
sudah meningkat remaja mungkin terjebak dalam gejala sosial. Mereka mudah terpengaruh
oleh rakan sebaya. Dalam hal ini, mereka akan mengikut segala perbuatan rakan tanpa
memikirkan kesan __________________ akibatnya. Mereka melepak, merokok, meragut
_____________ minum arak. Malah, mereka akan bertindak lebih jauh ___________________
ibu bapa bersikap lepas tangan.

(4 markah)

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat Tanya:

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Jawapan : Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Perak akan diadakan pada 23 Mac 2016.
(2 markah)
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Jawapan : ___________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_____________________________________________________________________________________
(2 markah)
Soalan 23

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Di dalam sebuah hutan, tinggal sekumpulan haiwan. Haiwan-haiwan tersebut hidup


dalam suasana yang aman dan harmoni. Apabila ketua mereka Sang Gajah mati, mereka
bersepakat untuk melantik ketua yang baharu.
Haiwan-haiwan itu berbincang. Hasil daripada perbincangan tersebut, mereka
sepakat untuk memilih Sang Monyet sebagai ketua. Hal ini demikian kerana Sang
Monyetlah haiwan yang paling tua di hutan itu. Selain itu, Sang Monyet amat bijak. Semua
haiwan segan akan Sang Monyet.
Pada suatu hari, semua haiwan berkumpul. Haiwan-haiwan tersebut meluahkan
kebimbangan tentang perbuatan manusia yang memusnahkan tempat tinggal mereka
secara berleluasa. Jika hal ini berterusan, haiwan-haiwan tersebut bukan sahaja kehilangan
tempat tinggal, tetapi nyawa mereka terancam juga.
Sebagai haiwan yang berpengalaman, Sang Monyet mencadangkan agar mereka
berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Oleh itu, mereka dikehendaki masuk ke dalam
hutan yang lebih jauh. Sang Monyet berpendapat bahawa hutan rimba yang bergunung-
ganang tidak mudah dicerobohi oleh manusia.
Tanpa berlengah, semua haiwan menuju ke kawasan pergunungan. Mereka
berharap manusia tidak akan dapat menjejaki mereka. Mereka berterima kasih kepada
Sang Monyet. Ketua baharu mereka itu telah Berjaya menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh mereka.

a. Ketua haiwan-haiwan itu yang baharu ialah ______________________________________


(1 markah)
b. Apakah perkara yang telah dilakukan oleh manusia?

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan
sebagai contoh.

Sang Monyet haiwan yang paling tua di hutan itu.

Semua haiwan segan akan Sang Monyet.


Betul

Sang Gajah mencadangkan agar mereka berpindah ke


kawasan yang lebih selamat. Salah

Haiwan-haiwan itu berpindah ke kawasan pergunungan


(2 markah)
agar tidak dapat dijejaki oleh manusia.
Soalan 24

Baca petikan cerita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Umi jadi datang atau tidak?” tanya Damia.


Damia berbual dengan ibunya melalui telefon sahaja. Sudah menjadi rutin bagi
Damia untuk menghubungi ibunya setiap hujung minggu. Dahulu, semasa mula-mula
tinggal di asrama, Damia akan menelefon ibunya hampir setiap hari. Damia satu-satunya
anak perempuan dalam keluarganya. Oleh itu, Damia amat manja dengan ibunya.
“Sebenarnya, hari Sabtu depan umi dan abah ada program di sekolah. Namun
begitu, umi akan usahakan untuk datang ya...” jawab ibunya di hujung talian.
Damia diam sahaja semenjak menamatkan perbualan dengan ibunya tadi. Damia
mengharapkan kehadiran ibunya. Dia amat merindui wanita itu. Tambahan pula, Damia
akan menduduki peperiksaan akhir tahun dua minggu lagi. Selama ini, ibunyalah yang
banyak memberikan kata-kata perangsang kepada Damia. Ibunya selalu menasihati Damia
supaya belajar dengan tekun dan sentiasa menghormati guru.
“Damia, mari kita menonton televisyen. Ada cerita menarik hari ini,” kata Airis kawan
sebilik Damia.
“Maafkan saya, Airis. Saya mahu mengulang kaji pelajaran. Dua minggu lagi kita
akan menghadapi peperiksaan,” kata Damia menolak ajakan Airis.
“Baiklah, Damia. Kalau begitu, marilah kita mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Semoga usaha kita membuahkan hasil,” balas Airis.
Damia tersenyum apabila mendengar kata-kata Airis. Airis kawan baik Damia sejak
tinggal di asrama. Dia memahami keinginan Damia. Dalam pada itu, Damia tetap
mengharapkan kehadiran ibunya. Damia memanjatkan doa agar ibunya dapat
menjenguknya di asrama sebelum peperiksaan kelak.

a. Perkataan rutin dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


_________________________________________. (1 markah)

b. Mengapakah Damia mengharapkan kehadiran ibunya?


_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
(2 markah)
c. Apakah nasihat ibu Damia kepada Damia?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(2 markah)

d. Adakah anda sayang akan ibu anda? Mengapa?


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

(3 markah)
Soalan 25

Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lubang disangka perigi buta,


Tempat simpanan harta karun,
Berbudi bahasa budaya kita,
Jadi amalan turun-temurun.

Anak gadis menghiris halia,


Pisau tajam terkena tangan,
Kasih sayang sesama manusia,
Berbeza taraf bukan halangan.

Kalau memanjat pohon kelapa,


Atur langkah jangan terjatuh,
Hormat-menghormati bertegur sapa,
Semangat kejiranan semakin utuh.

Habis terbakar seluruh istana,


Akibat angkara seorang puteri,
Sikap sombong tidak berguna,
Saudara hilang kawan pun lari.

Asyiknya kumbang menghisap madu,


Hampir ditangkap pahlawan perkasa,
Semua bangsa bersatu padu,
Negara makmur sepanjang masa.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

(2 markah)

b. Bagaimanakah semangat kejiranan dapat diperkukuh?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(2 markah)
c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (×) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
pantun tersebut.

Bertegur sapa dengan jiran

Bersikap sombong terhadap saudara

(1 markah)

Semua bangsa bersatu padu,


Negara makmur sepanjang masa

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(2 markah)

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

................................................... ...................................................... .......................................


(MOHD HARMAN B. MD RODZI) (HJH. ROSAINI BT. ABDUL MAJID)
Guru BM Tahun 5 Ketua Panitia BM
SK Sultan Yussuf SK Sultan Yussuf

Anda mungkin juga menyukai