Resepi Raya

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

Bahan-Bahan:

 1 ekor ayam (saiz besar)


 1 senduk cili kisar
 1 mangkuk besar santan pekat
 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
 3 sudu besar kerisik
 2 helai daun kunyit
 2 helai daun limau purut
 garam dan gula secukup rasa
 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
 Bahan-bahan untuk rempah tumis:
o 2 batang kayu manis
o 3 kuntum bunga lawang
o 5 biji buah pelaga
 Bahan-bahan untuk kisar halus:

o 1 biji bawang besar


o 8 biji bawang merah
o 5 ulas bawang putih
o 2 inci halia
o 3 ketul kunyit hidup
o 2 inci lengkuas
o 2 batang serai

Cara Penyediaan:

1. Cara-cara untuk rendang:

1. Bersihkan ayam dan toskan.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar.
Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan
tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar
sedikit semasa proses ini.
4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api
sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan
gula secukup rasa.
6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Tips:

 Jika anda takut ayam menjadi hancur, boleh keluarkan ayam yang sudah masak dan masak
kuah sehingga menjadi pekat.
 Untuk gula pula, boleh gunakan gula melaka sebagai ganti dan rasanya memang sangat
sedap.

Resepi Daging Dendeng Perak Style

Bahan-Bahan:
1 kg daging (tak mo yang banyak lemak yer)

– Rebus hingga lembut, pastu potong, jangan potong tebal-tebal yer.


– Kemudian renjiskan kicap manis pada daging gaul rata.

– Panaskan sedikit minyak, goreng daging sekejap, angkat dan toskan.


– Kemudian tumbuk daging guna lesung batu, deng..deng..deng.. jangan tumbuk sampai hancur
pulak tau

Bahan Lain:

6 batang serai diketuk, pastu goreng sampai agak perang toskan (serai memang kena banyak baru
original dendeng)
10 helai daun limau purut (yang ni saya saja buh nak bagi wangi)
1 cawan air rebusan daging
2 sdb gula
1 sdt garam
1/2 cawan air asam jawa (sederhana cair)
Sedikit bahan perasa
Kicap manis
Kicap masin
1 dan 1/2 cawan bawang goreng, lagi banyak lagi sedap.

Bahan Kisar:

25 tangkai cili kering (nak pedas boleh tambah)


3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
5 batang serai hiris (bahan utama dendeng jangan skip tau)
1 cawan minyak masak

Cuba Resepi Ni: Resepi Kerabu Daging Ala Nyonya


– Kisar semua bahan ini

Caranya:

1. Masukkan bahan kisar dalam kuali. Kemudian, masukkan 5 helai daun limau purut yang dah
dicarik-carik dan serai yang dah digoreng. Masak hingga naik minyak dan berubah warna.

2. Masukkan gula, garam, air asam jawa, masak lagi hingga agak garing. Bila dah agak garing
masukkan air rebusan daging.

3. Renjiskan kicap manis (kicap manis kena lebih yer) kemudian, renjiskan sedikit sahaja kicap
masin (sekadar nak bagi gelap).

4. Bila dah pekat dan hampir kering terus masukkan daging dan baki daun limau purut, gaul sebati.

5. Masukkan pula bawang goreng, gaul sebati. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Boleh buang lebihan minyak.
Bahan bahan

Udang kering
1 kg daging - potong kecil dan rebus
1/2 kg kacang tanah
1 cawan cili kisar - 25 tangkai cili kering
1 gelas air asam jawa - dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam halus
3/4 - 1 cawan minyak mazola

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

Cara cara:
Kacang tanah disangai tanpa minyak atau dibakar di dalam oven. Buangkan kulit dan dikisar serta
sedikit ditumbuk supaya tidak terlalu hancur. Jangan kisar terlalu hancur.

Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga
kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan
kuah tidak menjadi cepat kering.

Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing dengan minyak mazola, setelah garing, masukkan cili
giling, goreng lagi hingga cili benar benar masak.

Masukkan daging dan kacau rata. Setelah keluar minyak, masukkan sedikit air rebusan daging, air
asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak dengan api perlahan. Sesuaikan
rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru
sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.

Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang.

Nota:
Boleh masukkan dalam bekas bertutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan
datang.
Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam
Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih
Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
Bahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis

Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak:
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar
serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang
telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan
juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah
yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan
biarkan nasi masak.
Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
Cara untuk air asam:
Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.
Tips:
Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.

Anda mungkin juga menyukai