Teori Motivasi

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 32

MOTIVASI Secara umumnya, ramai menyedari akan kepentingan motivasi di dalam diri mereka.

Hal ini kerana, motivasi merupakan salah satu makanan tambahan untuk minda, emosi dan juga hati. Tidak mustahillah ramai di antara kita boleh merasakan kekosongan dan tidak bermakna dalam diri sendiri. Maka demikian, kita memerlukan motivasi untuk diri sendiri agar kita dapat menikmati hidup dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Sebenarnya motivasi bukanlah untuk kepentingan diri kita sahaja, malahan penting juga untuk semua. Motivasi terlalu luas skopnya tetapi walau apa sekalipun motivasi itu, motifnya tetap sama iaitu untuk mengisi kekosongan hati. Dalam blog ini, anda akan disajikan beberapa ketagori motivasi yang boleh anda ambil sebagai salah satu makanan tambahan minda. Posted by UUMotivasi at 1:08 AM 5 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Friday, August 13, 2010 UUMotivasi : TEORI Motivasi ialah satu proses untuk mengggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlamat yang tertentu.Setiap teori motivasi berusaha untuk menghuraikan gelagat manusia.Para Ahli teori perilaku berpendapat bahawa dalam setiap perilaku manusia mempunyai tujuan yang hendak dicapai.Dengan tujuan tersebut,menjadi tumpuan sinergi dengan para ahli teori motivasi yang berusaha berfikir dan mencari cara agar manusia dapat menyumbang untuk memenuhi kebutuhan dan keinginan organisasi. Untuk memahami tentang motivasi,kita akan bertemu dengan beberapa teori antara 2 jenis iaitu Teori isi dan Teori Proses.Teori isi terdiri daripada 4 pendukung iaitu Teori Hierarki Keperluan,Teori E-R-G,Teori Tiga Motif Sosial,Teori Dua faktor:manakala Teori terdiri daripada 4 teori pendukung iaitu Teori Keadilan ,Teori Harapan,Teori Penetapan Tujuan,Teori Pengukuhan.

Teori Hierarki Keperluan dikemukakan oleh Abraham H.Maslow yang

menyifatkan manusia bekerja dengan dimotivasikan oleh keperluan yang sesuai dengan waktu,keadaan serta pengalamannya.Keperluan individu dapat disusunkan dalam satu hierarki yang terdiri daripada 5 paras yang dikenali sebagai Hierarki Keperluan Maslow.Manusia merupakan makhluk sosial yang berkeinginan,keinginan akan dimulakan dengan dorongan dari paras bawah,setelah kepuasan tersebut tercapai, keperluan yang belum tercapai akan menjadi alat dorongan dan motivasi.Keperluan yang mesti dicapai terdahulu adalah Keperluan Fisiologi iaitu keperluan yang diperlukan untuk kelangsungan hidup seseorang seperti makan,minum,pakaian dan tempat tinggal.Apabila keperluan fisiologi dicapai maka keperluan keselamatan,keamanan dan perlindungan perlu dicapai,iaitu bebas daripada bahaya,terlindung daripada sebarang ancaman.Keperluan ketiga ialah keperluan sosial yang merangkumi hubungan sesama lain dan interaksi.Selepas itu,Keperluan penghargaan iaitu motif utama yang berhubungan dengan penghargaan dan rekognis,penghormatan ,harga diri di mata orang lain.Keperluan yang menduduki hierarki di puncak piramid ialah keperluan penghargaan diri yang bermaksud keperluan untuk memenuhi diri sendiri dengan penggunaan kemampuan maksimum,keterampilan dan potensi.Keperluan-keperluan saling bergantugan,keperluan yang telah dipuaskan akan diganti oleh keperluan selanjutnya.

Clayton Alderfer mengemukakan Teori ERG yang berdasarkan keperluan keberadaan(existence),hubungan(relatedness)dan pertumbuhan(growth).Keperluan keberadaan berhubungan dengan keperluan dengan teori Maslow yang menekankan keperluan fisiologis dan keamanan.Manakala keperluan hubungan mengutamakan kepentingan hubungan antara individu dan bermasyarakat yang meliputi interaksi antara anggota keluarga,sahabat.Keperluan untuk pertumbuhan dan kemajuan dalam keinginan intrinsik dalam diri seseorang untuk maju atau meningkatkan kemajuan dirinya.Alderfer menyatakan bahawa apabila keperluan keberadaan tidak dipenuhkan maka individu itu akan terdorong untuk memenuhi keperluan tersebut.Semakin sulit untuk memuaskan keperluan yang tinggi semakin tinggi keinginan untuk memuaskannya.

Teori Tiga Motif Sosial dikemukakan oleh David McClelland yang berpendapat bahawa karyawan mempunyai cadangan energi berpotensi dan teori bercabang kepada 3 keperluan iaitu keperluan prestasi,kekuasaan dan afiliasi .Bagi keperluan prestasi,masyarakat yang ingin berprestasi tinggi akan mengambil risiko tinggi,berkeinginan untuk mendapat timbal balik tentang hasil kerja.Keperluan akan kekuasaan berhubungan dengan keperluan untuk mencapai satu posisi kepemimpinan.Karyawan yang memiliki motivasi ini berpengaruh terhadap lingkungannya dan berperanan untuk memimpin.Keperluan untuk berafiliasi atau bersahabat berhasrat untuk berhubungan antara peribadi yang ramah dan mempunyai interaksi sosial yang tinggi.

Teori Dua Faktor iaitu Teori Higiene yang dikemukakan oleh psikologi Frederik Herzberg.Menurut teori ini,motivasi yang ideal dapat merangsangkan usaha adalah peluang untuk melaksanakan tugas yang lebih kepada keahlian dan peluang untuk mengembangkan kemampuan.Teori ini terbahagi kepada faktor motivasi dan faktor higiene.Faktor motivasi adalah hal-hal yang mendorongkan prestasi yang bersifat intrinsik yang bersumber dari diri seseorang dan mencapai kepuasan dalam pencapaian.Faktor termasuk prestasi,pengakuan,tanggungjawab,kemajuan,kemungkinan berkembangan.Faktor Higiene adalah faktor-faktor ekstrinsik yang bererti bersumber dari luar diri yang menentukan perilaku seseorang dalam kehidupan. Dalam lingkungan Teori Proses,Teori Keadilan yang dikemukakan berdasarkan andaian bahawa orang-orang dimotivasikan oleh keinginan untuk diperlakukan secara adil dalam pekerjaan.Individu bekerja untuk mendapat timbal balik dari organisasi.Teori keadilan menekankan bahawa perbandingan usaha mereka dan hasil yang diterima dari usaha dan hasil yang diterima orang lain dalam persekitaran kerja yang sama.Pendek katanya iaitu layanan yang adil dan saksama. Teori Harapan yang dikemukakan oleh Victor Vroom yang berargumen bahawa keluaran dari suatu kecenderungan untuk bertindak dengan suatu care tertentu bergantung pada kekuatan dari suatu pengharapan bahawa tindakan itu akan diikuti oleh suatu keluaran tertentu ,dan pada daya tarik dari leluaran bagi individu tersebut.Teori pengharapan

menyatakan seorang karyawan dimotivasi untuk menjalankan tingkat upaya yang tinggi apabila mendapai penilaian yang baik dan mendorong ganjaran-ganjaran yang memuaskan tujuan peribadi karyawan. Teori Penetapan Tujuan Locke menekankan penetapan tujuan yang akan membawa kepada kinerja yang lebih tinggi.Kespesifikan tujuan itu akan bertindak sebagai ransangan internal.Edwin Locke mengemukakan bahawa dalam penetapan tujuan memiliki empat jenis mekanisma motivasi seperti tujuan-tujuan mengarahkan perhatian,tujuan-tujuan mengatur upaya,tujuan -tujuan meningkatkan persistensi dan tujuan -tujuan menujang strategi-strategi dan rencana-rencana kegiatan.Individu yang mempunyai tujuan akan berusaha mencapai tujuan .Tujuan tersebut akan mempengaruhu usaha yang dilakukan dan perilaku individu.

Teori Penguatan berdasarkan 'hukum pengaruh' iaitu hubungan antara sebab dan akibat dari perilaku dengan pemberian kompensasi.Rangsangan yang diperolehi akan menghasilkan suatu konsekuensi yang berpengaruh pada tindakan selanjutnya.Teori ini dikaitkan dengan ahli psikologi B.F Skinner dan teori pengukuhan terbahagi kepada pengukuhan positif dan pengukuhan negatif iaitu perubahan pengukuhan terhadap frekuensi perilaku.Dalam pandangan ini,tingkah laku seseorang terhadap situasi merupakan penyebab dari perspepsi tertentu. Berdasarkan teori-teori motivasi di atas,motivasi diumpamakan sebagai satu penggerak dari hati seseorang untuk mencapai sesuatu tujuan.Motivasi setiap orang adalah berbeza-beza.Para ahli teori motivasi mempunyai pandangan tersendiri tetapi berkait antara sama lain ,juga terdapat persamaan dalam teori dan model yang dikembangkan seperti pandangan Alderfer dan Maslow terhadap pembahagian keperluan.

Disediakan oleh:Lee Chai Xin(196470)

Posted by UUMotivasi at 1:03 AM 2 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Thursday, August 12, 2010 UUMotivasi : DIRI

Apabila kita berdiskusi tentang motivasi diri, pasti tiada noktahnya. Banyak perkara yang perlu dibincangkan untuk menjelaskan bagaimana sesungguhnya peranan motivasi diri dalam kehidupan seharian kita. Terdapat contoh dalam kehidupan ini bagaimana seorang yang biasa boleh menjadi luar biasa kerana motivasi. Terdapat juga orang yang melakukan sesuatu perbuatan itu juga salah satunya kerana motivasi. Motivasi diri adalah suatu dorongan yang datang dari dalam mahupun dari luar diri kita sendiri, untuk menjadi manusia yang lebih baik dan dapat mencapai tujuan yang diimpikan. Motivasi diri perlu untuk kita bangun supaya ketika kita menghadapi kesulitan, sudah jatuh ditimpa tangga, namun kita perlu tahu apa yang harus dilakukan. Masih wujud tenaga dan semangat dalam luar biasa yang boleh digunakan untuk bangkit, terus maju dan berusaha mencapai yang diinginkan. Bayangkan apa akan terjadi jika hanya menghadapi masalah kecil yang sebenarnya boleh diselesaikan tetapi kita terlalu fokus terhadap masalah sehingga masalah kecil tersebut tampak begitu besar dan tak dapat diselesaikan. Bagaimana cara memotivasikan diri sendiri??? Terdapat banyak cara untuk memotivasi diri sendiri, namun harus diketahui cara seseorang dengan yang lain berbeza. Ada orang yang termotivasi ketika dia mengalami ketakutan yang ada dalam dirinya, sehinga ia harus mengatasi ketakutan tersebut dengan melakukan sesuatu perbuatan. Terdapat juga orang yang termotivasi ketika dia berada atau di bawah pimpinannya. Sikap kepimpinannya menjadi teladan yang harus dicontoh dalam kehidupannya. Pentingkah motivasi diri? Hmmtentulah sangat penting. Boleh dilihat bahawa ramai orang yang mahu membayar harga untuk sebuah tiket seminar bernilai ratusan malah ribuan ringgit hanya semata-mata untuk dua- tiga jam

mendengar pakar motivasi berbicara. Ini merupakan salah satu bukti bahawa motivasi itu begitu penting dalam hidup. Adakah anda sudah ada bayangan bagaimana memotivasi diri sendiri, dan apa yang harus anda lakukan saat ini dan pada masa akan datang. Saya akan kongsikan tips sederhana bagaimana cara saya memotivasi diri sendiri. 1. Bergaulan dengan orang-orang yang baik. Berteman dengan penjual minyak wangi maka akan terbawa harum juga. Begitulah gambaran jika bergaul dengan orang-orang positif. 2. Rajinlah membaca buku yang memotivasi. Ini yang sering saya lakukan ketika saya sedang sedih, kecewa, patah semangat dan dalam keadaan teruk. Membaca buku positif dapat mengalahkan tenaga negatif yang sempat menghinggap pada diri saya. 3. Motivasi diri anda dengan kata-kata anda. Bahasa lainnya adalah afirmasi. Afirmasi adalah kata-kata positif yang kita ucapkan dengan sedar dan penuh semangat sehingga memberi dampak positif terhadap alam bawah sedar. Misalnya: Saya harus sukses, kalau saya belum sukses maka saya harus telus belajar. Boleh juga Hari ini saya akan membuat orang lain tersenyum kerana saya atau saya akan bekerja keras dan terus belajar untuk mencapai cita-cita 4. Fokus pada impian anda. Jika anda ingin menjadi pembisnes internet maka belajarlah dengan orang yang mengerti bisnes internet dan lakukan sesuatu. 5. Mulai buat matlamat sederhana. Mulai buat rancangan program keberhasilan yang ingin anda capai. Mulailah dari yang sederhana. Membuat website merupakan salah satu matlamat saya yang sudah tercapai saat ini. 6. Berusaha mewujudkan cita-cita anda. Lakukan matlamat yang anda buat. Belum berhasil setelah melakukan jauh lebih baik daripada tidak berhasil kerana tidak mengambil sebarang tindakan. 7. Terus berusaha dan berdoa. Selain langkah-langkah diatas, saya juga melakukan dengan berdoa. Meskipun doa saya belum dikabulkan, tetapi saya yakin Tuhan tidak akan menolak namun menunda doa saya (doa yang baik tentunya). Setelah menulis tips berkaitan motivasi diri, tiba-tiba melayang sesuatu perkara yang menerjah ke dalam fikiran saya. Saya jadi teringat pada masalah gejala social yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja masa kini terutamanya golongan pelajar yang baru menginjak kealam

keremajaan. Dara muda yang masih panas mudah melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesannya kepa diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Jadi, saya ingin berkongsi tips mengenai cara memotivasi diri dalam berhenti merokok. Semoga apa yang dikongsi dapat mengurangkan masalah penagihan rokok. Antara tips-tipsnya ialah: 1. Kurangkan jumlah batang rokok yang dihisap per hari. Memang tidak mudah, yang boleh dilakukan dengan segera. Namun ingatkan diri anda bahawa bagaimanapun juga tubuh anda akan terkondisikan oleh nikotin yang mengandungi racun rokok ke dalam tubuh anda. Maka mulalah mengurangi jumlah rokok yang anda hisap. Misalnya sehari menghabiskan 25 batang, kurangkan 20 dan pertahankan sampai satu minggu atau lebih. Minggu kedua kurangkan jadi 15 batang dan seterusnya. Secara tidak langsung dengan cara itu anda boleh mengurangi kadar nikotin yakni dengan mengurangi perbatangnya tiap hari. Dengan kadar tar dan nikotin rendah maka kebergantungan akan beransur rendah. 2. Giat berolahraga berguna untuk menstabilkan metabolisme tubuh yang pastinya sudah berubah ketika dalam keadaan transisi dari perokok dan berkurang. Luangkan waktu 30 menit untuk bersenam disekitar rumah secara rutin. Boleh jadi jika bosan olahraga lain lakukanlah dengan ikut fitness dan hobi olahraga yang lain. 3. Kurangkan tidur larut malam, kerana orang dewasa sulit untuk tidur terlalu lewat. Kebiasaan jika tidur terlalu larut malam maka keinginan anda untuk merokok makin bertambah. Kadang kala kerana ingin mengusir rasa ngantuk maka merokok dianggap efektif menghilangkan rasa mengantuk itu. 4. Jika anda benar-benar bertekad untuk berhenti dari ketagihan rokok maka bertemanlah dengan sahabat anda yang pernah merokok namun boleh berhenti dari ketagihan rokoknya. Khabar baik itu sebaiknya anda umumkan kepada teman-teman atau keluarga bahawa anda ingin berhenti merokok. Sehingga teman anda boleh membantu memberikan saranan-saranan penting bagi anda dalam proses berhenti merokok. 5. Hindarkan sesuatu yang berkaitan dengan rokok baik dari barangbarang mahupun kebiasaan yang membuat anda merokok. Cubalah bersihkan rumah dari barang-barang berkaitan rokok seperti bungkus

rokok dan punting rokok. Kerana bau rokok akan merangsang anda untuk tergiur merokok kembali. Termasuk singkirkan kebiasaan anda ditempat-tempat yang membuat anda ingin merokok. misalkan merokok dalam cafe atau restoran, maka alihkan perhatian itu pada tempattempat yang tak memungkinkan anda merokok pergi ke perpustakaan atau yang lain. Hal ini boleh menekankan kebiasaan merokok kerana situasi dan keadaan. 6. Mengingatkan selalu akan tekad awal anda untuk berhenti dari rokok. Ingatkan dengan misalkan motivasi diri anda dengan pengeluaran bajet yang akan anda keluarkan untuk membeli rokok boleh digunakan untuk membeli keperluan yang lain. Motivasi tidak dalam satu bentuk saja namun lebih pada diri dan tekad untuk benar-benar lepas dari ketagihan rokok. 7. Dalam tahap ini memang akan terasa berat namun bersabarlah, khususnya dalam 1 hingga 2 minggu pertama. Kerana biasanya bawaan emosi tinggi itu ada, terkadang hingga ada perselisihan dengan keluarga yang menginginkan anda berhenti merokok. Dengan tips ini, jika anda konsisten maka keinginan anda akan tercapai untuk berhenti merokok. Walaupun demikian persekitaran hidup masih tetap menjadi faktor mempengaruhi untuk kembali merokok. Untuk itu persekitaran hidup anda harus menyokongnya baik dari teman mahupun keluarga. Di antara ini merupakan peranan teman dan keluarga yang ingin menyokong seseorang yang berhenti dari rokok: 1. Terus ingatkan akan bahaya rokok dan kesan yang harus ditanggungnya ketika dia terus merokok. Biasanya paling berkesan ingatkan pada sakit akibat rokok seperti kanser yang tak boleh sembuh atau pengalaman buruk berkaitan dengan rokok. 2. Berikan banyak pujian dan penghargaan kepada keluarga atau pasangan anda yang berusaha berhenti dari rokok. Misalkan mengucapkan selamat atau ungkapan kekaguman atas perjuangannya atau hadiah-hadiah kecil. 3. Biarkan dia mencurahkan isi hati dan perasaan mereka pada anda. Ketahui bahawa berhenti merokok sama dengan kehilangan sahabat setia. Untuk itu tak ada salahnya anda berusaha menggantikan sebagai

sahabatnya

tersebut.

4. Ajaklah melakukan kesibukan atau jalan-jalan agar ia melakukan aktiviti fizikal pada waktu-waktu biasanya dia merokok. Tujuannya untuk memperbaiki mood dan mengurangi gejala ketagihan. Hal tersebut merupakan cara-cara berhenti dari rokok, namun secara keseluruhannya bergantung tekad anda untuk berhenti dari rokok. Namun jika berhasil dan kembali normal, maka manfaatnya akan anda rasakan rumah dan sekeliling anda anda menjadi lebih bersih dan wangi. Keluarga sihat juga akan tercapai, percayalah dia akan sangat berterima kasih kepada anda.

Setelah menghabiskan penulisan saya berkaitan motivasi berhenti merokok, saya jadi teringin meneruskan penulisan saya berkaitan motivasikan diri dalam mengurangkan berat badan. Ramai beranggapan, dengan merokok boleh mengurangkan berat badan atau, dengan mengambil pil-pil pelangsing sebagai makanan seharian, berat badan akan berkurangan. Ya, sudah semestinya anda silap tetapi tidak mengapa. Jangan risau kerana kita akan berkongsi cara-cara yang lebih berkesan dalam memotivasikan diri dalam mengurangkan berat badan. Berikut adalah tips mudah untuk mengurangkan berat badan: 1. JADI REALISTIK! Pastikan matlamat pengurangan berat badan anda realistik. Mulakan dengan matlamat dengan kecil seperti 1kg dalam masa 2minggu. 2. BAJU LAMA! Buka almari dan keluarkan baju lama anda yang cantik tetapi tidak muat lagi. Jadikan ia sebagai azam untuk anda. Jadi, suatu hari nanti anda akan memakainya semula!!! 3. BELI BUKU! Keluar dari rumah dan beli buku atau majalah. Dengan pembelian buku, ia boleh menjadikan pendorong semangat untuk mulakan kehidupan yang baru. BUKU YANG MANA SATU? Pastilah buku Kurangkan 10kg Dalam Masa 8 Minggu untuk RM29.90. selain itu, boleh juga didapati secara online di laman web tertentu. 4. JANGAN TERLALU MENGEJUT! Bila menyusun jadual pemakanan ataupun senaman yang baru, jangan terlalu drastik. Buatlah perubahan yang sederhana supaya ia tidak memberikan kejutan kepada diri anda. 5. DAPATKAN INSPIRASI. Dapatkan inspirasi daripada mereka yang telah berjaya mengurangkan berat badan. Tetapi pastikan kajian

berkenaan sesuai dengan gaya hidup anda. Contohnya, kisah keluarga atau rakan anda yang berjaya mengurangkan berat badan boleh dijadikan inspirasi tetapi jangan tertipu dengan produk2 komersial and televisyen. 6. GAMBARKAN DIRI. Bayangkan diri anda apabila sudah kurus dan kelihatan mantap . imaginasi anda perlu menjadi pendorong utama sebagai petunjuk matlamat. Selepas anda bayangkan diri anda yang kurus, simpan imej tersebut di dalam kepala anda dan mulakan transformasi anda. 7. TIDAK TERLALU LAMBAT UNTUK MEMULAKANNYA. Jangan lengahkan masa lagi. Andalah pendorong dan motivator diri anda yang nombor satu!. 8. KAJI SELIDIK! Buatlah research mengenai keburukkan, penyakit dan macam-macam masalah yang boleh dihadapi sekiranya anda tidak mengurangkan berat badan ke tahap normal. Jadika ia sebagai motivasi untuk anda menurunkan berat badan. 9. JANGAN SIMPAN MAKANAN RINGAN DALAM RUMAH! Makanan ringan adalah racun atau kelemahan semua orang. Sebagai langkah permulaan, buang segala makanan ringan. Aktiviti membuang makanan ringan pun sebenarnya boleh menjadi simbolik dan motivasikan anda. Kepada pembaca, harapan saya setelah anda membaca artikel ini, anda akan termotivasi untuk mencari langkah-langkah yang harus dilakukan supaya dapat memotivasi diri sendiri. Setelah anda mendapatkan cara untuk memotivasi diri sendiri, maka berkongsilah dengan orang di sekeliling anda supaya dapat dibaca oleh yang lain. Berkongsi ilmu, semoga boleh menjadi amal ibadah.

disediakan oleh:Nur Fitriyah bt Abu Bakar (199564) Posted by UUMotivasi at 1:01 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Nick Vujicic

Posted by UUMotivasi at 1:00 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Posted by UUMotivasi at 12:26 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Posted by UUMotivasi at 12:15 AM 0 comments

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Wednesday, August 11, 2010 UUMotivasi : Adakah Pelajar Memerlukan Motivasi??

Sebenarnya, pelajar memerlukan motivasi. Motivasi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu motivasi intrinsik serta ekstrinsik. Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman manakala kewujudan motivasi ekstrinsik adalah daripada rangsangan luaran. Motivasi intrinsik terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap atau meminta sebarang ganjaran. Bagaimanapun, bukan semua motivasi jenis ini diwujudkan secara semula jadi, terdapat juga yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman. Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru untuk mendapat gred yang baik. Selain itu, mereka juga suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan atau bimbingan guru. Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu mewujudkan suasana akademik yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengawal. Tambahan pula, guru juga boleh menentukan pelajar itu dapat melakukannya dengan cemerlang dalam keadaan itu. Jadi, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar tersebut mempunyai persepsi yang diri mereka berkebolehan. Walaubagaimanapun, guru hanya memainkan peranan yang kecil dalam meningkatkan motivasi intrinsik dan yang paling penting tetap

adalah pelajar itu sendiri. Cara-cara yang membolehkan pelajar memotivasikan dirinya adalah seperti berikut: Visi yang jelas Pelajar perlu memastikan tujuan belajar dan harapan selepas menamatkan pelajarannya. Dengan berbuat demikian, mereka akan berusaha penuh dalam melakukan sesuatu tugas yang diarahkan. Konsep belajar bukan kerana paksaan Pelajar harus menjadikan belajar sebagai makanan, di mana mereka akan lapar jika tidak melakukannya. Jika menjalaninya dengan ikhlas, maka lama-kelamaan mereka akan menikmati proses pembelajaran. Oleh itu, jadilah belajar sebagai satu aktiviti yang menyenangkan, bukan suatu paksaan. Fokus Dengan berfokus, maka pelajar akan lebih tajam dalam menentukan sasaran. Selepas itu, mereka boleh berjuang untuk sasaran yang ditetapkan itu.

"Kehidupan tidak akan pernah menjadi luar biasa tanpa fokus, dedikasi dan disiplin."
Prinsip tidak ada kamus menyerah Setiap orang pastinya pernah mengalami kegagalan. Tetapi, kejayaan pasti akan mendatangi kepada sesiapa yang tidak takut terhadap kegagalan. Pergaulan dengan orang-orang yang berfikiran positif Biasanya, pelajar akan lebih bersemangat, gairah dan optimis jika sering bergaul dengan orang yang berfikiran positif. Ini bermakna pelajar akan bersifat optimis semasa menghadapi halangan-halangan dalam pembelajaran. Motivator Pelajar boleh mencari atau bertemu dengan orang yang mampu memotivasikan dirinya seperti mentor, kaunselor mahupun ahli keluarga apabila menghadapi masalah yang tidak mampu diatasi sendiri. Maka, mereka akan meneruskan usaha untuk berjaya.

Motivasi ekstrinsik diwujudkan dengan tujuan menggerakkan seseorang supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred serta membentuk suasana dan iklim persekitaran yang konduksif bagi mendorongkan pelajar. Peneguhan merupakan suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkah laku seseorang pelajar. Di dalam kelas, guru perlu memastikan jenis peneguhan yang hendak diberikan dan sekerap mana ia perlu diberikan. Untuk meningkatkan motivasi ekstrinsik pelajar, guru boleh mempraktikkan pendekatan-pendekatan seperti berikut: Penerangan yang jelas Guru perlu menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan tugasan yang diberikan, kaitan suatu subjek dengan kehidupan, penilaian terhadap hasil kerja dan memastikan pengetahuan mereka mantap. Penetapan matlamat Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Kemudian, guru akan mengikuti perkembangan pelajar dan memastikan mereka mampu merealisasikan matlamat masing-masing. Perasaan mengambil berat Pelajar akan memberikan tindak balas yang positif terhadap guru yang mengambil berat tentang diri dan masalah mereka. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan bertanggungjawab. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, guru boleh memastikan mereka memahami supaya semua orang akan melakukan kesilapan dan menjelaskan bahawa manusia yang berjaya ialah yang belajar dari kesilapan.

"Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin terhadap mereka."
Penglibatan pelajar Salah satu kunci motivasi ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Jadi, guru perlu merangsang pelajar untuk terlibat dalam

aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan lain-lainnya. Pembelajaran visual Penerangan dalam bentuk visual harus diberikan oleh guru agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Pendekatan ini adalah menggunakan bahasa visual, gambar, lakaran, graf, carta, imej 3D dan yang lainnya. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap topik baru dan seterusnya menimbulkan minat serta meningkatkan pengalaman mereka. Strategi dan teknik belajar Guru boleh mengajarkan pelajar tentang teknik pelajaran yang berkesan, pengurusan masa, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Konsep "Belajar itu mudah" harus ditanam. Sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibat terpengaruh oleh pendapat orang lain seterusnya dapat dipecahkan. Kata- kata perangsang Ciptaan kata-kata jaya akan merangsang pelajar supaya berjuang untuk kejayaan dalam pelajaran.

"Melakukan yang terbaik pada masa kini akan memberikan anda yang terbaik pada masa hadapan." "Tiada sesiapa yang merancang untuk gagal tetapi banyak yang gagal untuk merencang. Jadi, marilah merancang kerja kita dan melaksanakannya." "Masalah dan kesusahan memberi menjadi lebih kuat, baik...dan tabah." peluang untuk kita

Dalam bidang pembelajaran, pelajar mahupun guru memainkan peranan masing-masing bagi menumbuhkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Pelajar harus berinisiatif untuk memotivasikan diri sendiri tanpa bergantung kepada guru. Di samping itu, guru perlu mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar demi memenuhi kehendak mereka. Dengan sedemikian, kepuasan belajar dalam keperluan motivasi dapat dicapai dan seterusnya menanam minat pelajar untuk mengembangkan potensinya.

Disediakan oleh: Teo Chiew Yan (196467) Posted by UUMotivasi at 9:22 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Tuesday, August 10, 2010 UUMotivasi : SUKAN

Sukan menjadi semakin penting pada masa kini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan dapat didenifisikan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan oleh seseorang individu untuk meningkatkan daya ketahanan di samping mencergaskan rohani serta minda seseorang. Aktiviti sukan terdapat di mana-mana tempat sahaja. Antara sukan yang terkenal di dunia ialah bola sepak, seni mempertahankan diri, bola keranjang, dan golf. Contoh atlet yang terkenal di seluruh dunia ialah Tiger Wood dan David Beckham. Setiap negara berusaha menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam bidang sukan kerana mendatangkan pelbagai kebaikan serta terdapat pelbagai faktor dalam motivasi sukan. Walau bagaimanapun, prestasi atau mutu sukan negara masih belum

mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil dalam motivasi sukan.

Antara kepentingan dalam motivasi sukan ialah apabila seseorang pelajar itu bersukan, mereka akan lebih mudah menerima pelajaran. Ini adalah disebabkan apabila mereka bersukan, otak mereka akan menjadi lebih cerdas dan dapat menerima pelajaran mereka dengan baik. Sukan juga dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh badan dan menjadikan seseorang itu sihat dan bertenaga. Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk. Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangan sukan seperti kasut, baju, raket, bola, stoking, dan pelbagai produk sukan yang lain. Sukan juga dijadikan alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang berlainan, sukan merupakan salah satu wadahnya. Semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalin hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Antara faktor motivasi sukan adalah kehidupan masyarakat kini yang sibuk mencari rezeki telah menyebabkan ramai orang tidak mempunyai masa untuk bersukan. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan tabiat hidup yang tidak bersukan. Terdapat juga orang yang menganggap bahawa bersukan adalah satu aktiviti yang membuang masa. Anggapan ini adalah salah kerana sukan mempunyai pelbagai kebaikan. Masyarakat pada masa kini banyak yang makan makanan yang berkolesterol tinggi serta makanan yang berlemak. Semua tabiat hidup di atas adalah buruk dan akan membahayakan kesihatan badan kita. Janganlah apabila sudah dijangkiti penyakit barulah hendak bersukan, bak kata pepatah "sudah terhantuk baru terngadah." Oleh itu, motivasi sukan adalah penting.

Usaha yang telah diambil dalam motivasi sukan ialah penubuhan sekolah sukan. Pelajar-pelajar yang berbakat dalam pelbagai bidang

sukan dapat dicungkil dan dikumpulkan untuk diberi latihan yang sistematik. Sekolah sukan mempunyai kemudahan sukan yang canggih dan lengkap. Dengan ini, pelajar dapat menjalani latihan dengan teratur dan terancang yang dapat meningkatkan kecerdasan pelajar. Para pelajar juga dapat dilatih oleh jurulatih yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing di mana mereka yang pernah menjadi pemain atau atlet di peringkat negeri, negara, atau antarabangsa. Dengan ini, bakat mereka dapat diasah melalui bimbingan duru-guru sukan. Oleh itu, penubuhan sekolah sukan boleh melatih atlet muda yang cemerlang dalam bidang sukan agar menjadi pelapis negara dan seterusnya mengharumkan nama negara di perseda sukan antarabangsa.

Selain itu, usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam motivasi sukan ialah memberi ganjaran yang setimpal kepada atlet yang berjaya mengharumkan negara dalam sesuatu pertandingan di peringkat antarabangsa seperti sukan SEA, Asia, dan Olimpik. Hal ini berlaku demikian kerana ganjaran yang diberikan tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka. Dengan ini, sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru serta sebagai dorongan kepada atlet untuk lebih berusaha supaya mencapai kejayaan yang lebih baik. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golangan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Oleh itu, ganjaran atau insentif yang diberikan kepada atlet yang cemerlang perlu diwujudkan untuk dijadikan sebagai tanda penghargaan dan satu bentuk motivasi untuk semua agar lebih giat berusaha. Usaha lain ialah kerajaan boleh mengambil jurulatih dari luar dalam meningkatkan mutu sukan negara. Pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman luas. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang terbaik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa

perubahan drastik terhadap mutu sukan negara kita di mana dapat mendedahkan para atlet negara kita dengan prosedur dan teknik-teknik terkini untuk menggondolkan kejuaraan di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat antarabangsa yang merupakan satu bentuk motivasi sukan.

Di samping itu, kemudahan sukan perlu ditingkatkan. Prasarana sukan yang lengkap dan canggih dapat membantu atlet lebih berlatih dengan selesa dan efektif. Sebagai contoh, pembinaan kemudahan sukan seperti gelanggang, kolam renang, gimnasium, stadium, dan sebagainya yang tidak disediakan secara menyeluruh di semua kawasan perlu diubahsuaikan supaya masyarakat dapat menggunakan kemudahan tersebut pada bila-bila masa yang dapat motivasi dalam bidang sukan. Oleh itu, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa di mana merupakan satu motivasi dalam bidang sukan. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa mutu sukan negara kita masih dapat ditingkatkan sekiranya usaha-usaha tersebut dibuat berterusan. Kerajaan dan masyarakat juga seharusnya berusaha mencari cara dalam motivasi sukan supaya bendera negara kita akan berkibar di kejohanan antarabangsa pada suatu hari kelak bukan sahaja kesihatan masyarakat dijamin. Sehubungan dengan itu, para atlet haruslah meningkatkan disipin diri dan bermotivasi tinggi semasa latihan dijalankan. Jika semua pihak berganding bahu dalam meningkatkan mutu sukan, matlamat motivasi dalam sukan dapat dicapai.

Disediakan oleh: Chin Siau Mi (197409)

Posted by UUMotivasi at 9:18 PM 1 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Posted by UUMotivasi at 8:48 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Monday, August 9, 2010 UUMotivasi : ORGANISASI

Motivasi dalam Organisasi Sebelum kita meninjau dengan lebih mendalam tentang motivasi organisasi secara menyeluruh, eloklah jika kita memahami dengan lebih jelas tentang apakah itu organisasi. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan organisasi sebagai kesatuan(susunan dan sebagainya) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dan lain-lain) dalam sesuatu pertubuhan(perkumpulan, perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan-tujuan tertentu(kepentingan bersama dan sebagainya), pertubuhan. Contohnya, organisasi kaum wanita dan organisasi politik. Terdapat tokoh-tokoh lain yang mendefinisikannya adalah sistem kerja yang dianggotai oleh dua orang atau lebih(Chester I.Barnard), sebaran bentuk permuafakatan atau kerjasama untuk mencapai tujuan bersama(James D. Mooney), ataupun satu pendekatan bagi perhubungan sosial yang bersifat tertutup dan tidak terbuka secara meluas kepada semua orang untuk menganggotainya melalui peraturan keanggotaan yang telah digariskan terlebih dahulu dan definisi-definisi yang lain(Max Weber). Secara umumnya, organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial yang mana ahli-ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergauntungan dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama. Kefahaman tentang organisasi itu penting kerana motivasi dan organisasi merupakan satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan untuk mencapai tujuan yang dipersetujui bersama. Wujudnya sesebuah organisasi itu sama ada organisasi kecil atau besar, swasta atau awam pun memerlukan motivasi. Tanpa adanya motivasi dalam diri seseorang, maka dapat dipastikan bahawa orang itu tidak akan bergerak sedikitpun dari tempatnaya berada,umpama kereta tanpa petrol. Begitu juga dalam kehidupan berorganisasi, motivasi organisasi sangat mutlak adanya. Tambahan pula, dalam kehidupan harian manusia, tiada seorang dapat terlepas dari lingkungannya. Keperibadian seseorang akan dibentuk pula oleh lingkungannya dan agar keperibadian tersebut mengarah kepada sikap dan perilaku yang positif tentunya harus didukung oleh sesuatu norma yang diakui tentang kebenarannya dan dipatuhi sebagai pedoman dalam bertindak. Pada dasarnya manusia atau seseorang yang berada dalam kehidupan organisasi berusaha untuk menjalankan atau menjayakan sesuatu tugas, "Bumi mana yang tidak ditimpa hujan,langit

mana tidak pernah dihentam bunyi guruh", kesilapan dan rintangan memang sesuatu yang tidak dapat digelakkan, sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa memerlukan motivasi, sudah tentu tugas yang dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari segi kualiti dan kuantiti. Contohnya, tak kira sehebat apapun recana yang telah dibuat oleh ketua organisasi, apabila dalam proses aplikasinya dilakukan oleh anggota yang kurang atau tidak memiliki motivasi yang kuat, maka akan menyebabkan tidak terealisasinya rencana tersebut.

Motivasi dalam organisasi adalah bertujuan untuk mendorong semangat para anggota organisasi, meningkatkan produktivi, kedisiplinan, dan menciptakan kesejahteraan organisasi agar tercapai tujuan organisasi dengan baik. Berkaitan dengan motivasi organisasi, kita perlu fahami empat fungsi utama pengurusan yang amat penting dalam organisasi iaitu merancang, mengatur, memimpin, dan mengawal. Pada pelaksanaannya, setelah mendefinisikan tujuan untuk menetapkan prestasi masa depan rencana dan menentukan tugas dan sumber yang diperlukan untuk mencapaikannya(merancang) dan, menugaskan tugas, mengelompokkan tugas dalam jabatan, dan memperuntukkan sumber daya untuk jabatan(mengatur), seterusnya menggunakan pengaruh untuk memotivasi anggota organisasi untuk mencapai matlamat organisasi(memimpin),dan akhirnya memantau aktiviti anggota organisasi, menjaga organisasi agar menuju tujuannya, dan membuat pembetulan yang diperlukan(mengawal). Memotivasi organisasi merupakan kegiatan memimpin yang termasuk di dalam fungsi pengurusan. Kemampuan ketua organisasi untuk memotivasi anggotanya akan sangat menentukan efektif ketua. Ketua harus dapat memotivasi para anggotanya agar pelaksanaan kegiatan dan kepuasan kerja mereka meningkat. Jika anggotanya dibiarkan berjalan tanpa motivsi, maka biasalah menemukan kegagalan program kerja, bahkan terancam bubar. Oleh sebab itu, motivasi organisasi memegang peranan yang tidak boleh diremehkan. Banyak cara boleh dilakukan, baik secara formal mahupun tidak formal mahupun secara personal. Peranan motivasi sangat penting dalam hal ini, sehingga tidak ada anggota yang merasa terpaksa menjalankan roda organisasi. Apalagi, jika organisasi bersifat sukarela, tidak ada upah kerja untuk anggotanya.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi dalam Organisasi Faktor utama yang mempengaruhi motivasi dalam organisasi, antaranya adalah :
1. Budaya Budaya organisasi padar asalnya mewakili orma-norma perilaku yang diikuti oleh para anggota organisasi, termasuk anggota organisasi yang berada dalam hierarki organisasi. Norma tersebut dapat dilihat dari kebiasaan-kebiasaan yang diterapkandari organisasi. Budaya organisasi mampu menjadi faktor kunci keberhasilan organisasi tetapi juga menjadi faktor utama kegagalan organisasi. budaya ini berbeza-beza setiap organisasi, ada yang memiliki budaya yang kuat dan ada yang pula memiliki budaya organisasi yang lemah. Budaya organisasi banyak berpengaruh pada pola perilaku dalam bidang nilai-nilai perusahaan(masalah baik-buruk dan etika),dan bidang suasana organisasi(bagaimana orang merasa dan beraksi) serta bidang gaya kepimpinan dalam melakukan tugas. Budaya organisasi yang mengharuskan seseorang untuk berada dalam suatu organisasi dikatakan sebagai bahagian dari motivasi dalam berorganisasi. Walaupun sekiranya seseorang pada awalnya hanya mengikuti arus, tetapi suatu saat mungkin saja orang itu akan mencintai organisasi yang diikutinya. 2. Kepimpinan Jika lihat pada konteks kepimpinan, hal yang saling terkait adalah adanya unsur penggerak, adanya peserta yang digerakkan, adanya komunikasi, adanya tujuan organisasi dan adanya manfaat yang tidak hanya dinikmati oleh sebahagian anggota. Pada dasarnya, setiap tindakan yang diambil oleh ketua organisasi mempengaruhi iklim dalam beberapa hal, seperti aturan-aturan, prosedur-prosedur organsasi terutama masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah peribadi, gaya komunikasi, caracara yang digunakan untuk memotivasi, teknik dan tindakna pendisiplin, dan interaksi pengurusan. Jadi, seseorang pemimpin harus dapat menciptakan suasana kerja yang kondusif di dalam organisasi agar para anggota dapat menjalankan roda kegiatan dengan baik, kemudian juga harus mampu memahami psikologi dasar tentang motivasi dalam organisasi. 3. Iklim Organisasi

Iklim organisasi adalah berkaitan dengan deskripsi dari karakter organisasi yang membezakan sebuah organisasi dengan organisasi lain yang mengarah pada persepsi masing-masing anggota dalam memandang organisasi yang berpengaruh terhadap motivasi pada perlakuan organisasi. Ada empat prinsip faktor yang mempengaruhi iklim organisasi, iaitu pimpinan, tingkah laku karyawan, tingkah laku kelompok kerja dan faktor luaran organisasi. Terdapat faktor-faktor organisasi : lain yang mempengaruhi motivasi dalam

1. Keluarga atau orang terdekat Dorongan orang terdekat selalu menjadi keutamaan kepada seseorang melakukan sesuatu hal. Termasuk dalam motivasi untuk berorgansasi. Sebagai contoh, ada teman saya yang masuk ke dalam sesebuah organisasi hanya untuk mengejar pujaan hatinya. Namun, dia malah tenggelam dan semakin mencintai organisasi tersebut. 2. Keinginan untuk maju Dalam diri setiap individu pasti ada keinginan yang kuat untuk berubah atau menjadi lebih baik, dan organisasi pasti menjadi media yang tepat untuk mengembangkan potensi atau pengembangan diri. 3. Faktor lingkungan Linkungan yang tidak sesuai dengan hati naluri seseorang dapat memicu orang itu mengubah lingkungan tersebut ke arah yang lebih baik, dan sekali lagi lingkungan organisasi menjadi media motivasi yang dapat memenuhi keinginan itu. Faktor-faktor lain yang boleh diwujudkankan untuk menimbulkan motivasi dalam organisasi : 1. Tujuan Visi, misi dan tujuan yang jelas akan memotivasi suatu organisasi. Anggota organisasi akan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Namun hal ini belumcukup jika visi, misi dan tujuan yang ditetapkan tidak sejalan dengan keperluan dan tujuan anggota organisasi. 2. Tantangan

Manusia mempunyai mekanisme pertahanan diri yang kuat, iaitu ketika diberikan suatu tantangan, secara naluri manusia akan melakukan suatu tindakan untuk menghadapi tantangan tersebut atau menghindar. Dalam banyak keadaan tantangan yang ada merupakan suatu rangsangan untuk mencapai kejayaan. Dengan kata lain tantangan tersebut merupakan kebangkitan motivasi. 3. Keharmonian Maksudnya adalah keharmonian dan keakraban dapat menjadi suatu perkara di mana seetiap anggota dapat bekerja sesuai dengan suasana hati yang baik, dari sanalah akan tercipta motivasi yang besar dalam organisasi. Para anggota yang saling sukai akan berusaha keras dalam organisasi. Faktor-faktor di atas hanya sebahagian kecil dari banyak faktor yang dapat menpengaruhi motivasi dalam organisasi. Dan, apakah faktor yang mempengaruhi motivasi anda dalam organisasi ? : ) Kesimpulannya, "Motivasi dalam organisasi" adalah dorongan psikologi penting yang terdapat dari dalam diri seseorang mahupun lingkungan sekitarnya ,mahupun untuk memecahkan masalah bersama dalam media organisasi.

Disediakan oleh :Low Ren Hua (205677) Posted by UUMotivasi at 9:21 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Sunday, August 8, 2010 UUMotivasi : KEPIMPINAN

Apa itu kepimpinan? Kepimpinan merupakan fungsi pengurusan yang sangat penting setelah pelan dibentuk, struktur perhubungan dalam organisasi diwujudkan, dan pekerja yang boleh direkrutkan. Kepimpinan bukan sahaja dilakukan selepas proses perancangan dan pengorganisasian,proses ini juga penting kepada kejayaan fungsi-fungsi yang berkenaan. Kepimpinan merujuk kepada penggunaan pengaruh untuk memotivasikan pekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan bermaksud mewujukkan budaya dan nilai yang dikongsi bersama, menyalurkan maklumat mengenai matlamat kepada semua organisasi melalui proses komunikasi, dan menanamkan dalam diri pekerja semangat berusaha kearah tahap prestasi yang tinggi. Kepimpinan melibatkan proses memotivasikan keseluruhan jabatan, bahagian dan individu yang bekerja rapat dengan seseorang pengurus. Kebolehan untuk membentuk budaya, menyalurkan maklumat dan memotivasikan pekerja adalah kritikal kepada kejayaan perniagaan terutama dalam era ketidakpastian, pengecilan saiz organisasi,persaingan antarabangsa, dan kepelbagaian dalam tenaga pekerja. Motivasi kepimpinan merupakan satu proses untuk menggerakkan diri seorang pemimpin atau orang lain supaya timbul satu keinginan yang kuat untuk berusaha kearah pencapaian matlamat individu dan organisasi. Terdapat pelbagai persoalan yang akan timbul apabila motivasi kepimpinan di lakukan antara persoalannya ialah 'motivasi perihatin kepada apa yang menggerakkan perlakuan manusia'. Kedua, 'apa yang membawa perlakuan ini ke arah sesuatu matlamat'. Ketiga,'bagaimana perlakuan ini dapat dikekalkan'. Tujuan motivasi kepimpinan ialah untuk membentuk kakitangan berasa seronok menjalankan tugas dan memberi sumbangan sepenuh hati kepada organisasi.Seteruanya kakitangan akan mengeluarkan seluruh potensi yang di miliki supaya tugas terlaksana dengan baik dan barkesan. Robert J House menekankan bahawa kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada keberkesanan menggunakan kebolehan di samping dapat meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja kepada para pekerja. Seorang pemimpin yang bermotivasi mempunyai kuasa yang berunsur kebolehan tersendiri. Antaranya ialah:-

Mentaliti - Motivasi kepimpinan membentuk pemimpin yang bijaksana atau berkebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berpandukan pertimbangan ilmu dan pengalaman. Selain itu,motivasi juga mewujudkan pemimpin yang berani dan sanggup menghadapi cabaran yang dihadapi berdasarkan kelemahan dalaman atau luaran seorang kepimpinan itu sendiri. Seterusnya, mempunyai inisiatif sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya untuk bertindak dalam melakukan sesuatu tugas. Kretiviti tersendiri amat penting kerana memudahkan seseorang kepimpinan menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi.

Kemasyarakatan - Kepimpinan motivasi membuatkan seorang pemimpin bersedia menerima teguran serta bersedia mengakui dan membetulkan kesilapan diri. Motivasi juga membentuk pemimpin yang tidak mendahului kepentingan diri dan memandang rendah terhadap kebolehan pekerja. Seterusnya,tidak mempunyai prasangka dan peka terhadap keadaan sekeliling. Di samping itu,motivasi menjadikan pemimpin lebih tekun dan sabar.

Moraliti - Merupakan ciri-ciri paling penting yang perlu terdapat pada seorang pemimpin yang bermotivasi untuk menilai seseorang pemimpin itu baik atau buruk,berkesan atau tidak dan boleh bertahan lama atau tidak. Ini bermaksud seorang pemimpin yang baik mempunya disiplin diri yang ungul untuk membentuk organisasi yang kukuh. Kemudian, kebersihan jiwa juga amat penting dalam melaksanakan tugas dengan adil,amanah,ketenangan,kesabaran,keteguhan pendirian dan ketahanan diri. Bagi pemimpin yang beragama islam haruslah mempunyai keimanan yang teguh dengan niat di hati memimpin sesuatu organisasi untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Empati - Merupakan kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati ke atas mereka yang dalam kesusahan.

Seorang pemimpin perlu sedar akan kelemahan serta kekuatan diri sendiri dan mengetahui tentang bagaimana dirinya dianggap oleh orang lain,dengan itu barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul. Di samping itu, pemimpin mempunyai kebolehan untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota yang lain. Motivasi kepimpinan membolehkan pemimpin memperbaiki kemahiran dan pengalaman secara berterusan. Pemimpin lebih mengharapkan kualiti kerja yang cemerlang dalam kumpulannya serta menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas.

Mempraktikkan sikap motivasi dengan mengamalkan perkara yang diketahui,dilihat dan diterima sebagai baik. Seorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari sesiapa sekalipun tentang sesuatu yang tidak di ketahui kerana seorang pemimpin itu boleh terus mempelajari ilmu menerusi latihan dan pengalaman. Seterusnya, pemimpin yang hebat mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasi. Di samping itu, seorang pemimpin perlu bijak membahagikan masa bertugas dan di luar tugas. Ini bertujuan pemimpin itu bertindak bersesuaian dengan keadaan yang di hadapi,hal ini bagi mengelakkan pemimpin itu merasa rusing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.

Kesimpulannya, kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain dengan memberi motivasi kepada pekerja bawahan untuk berfikir,merasa, dan bertindak dengan cara-cara tertentu. Keadaan ini menunjukkan pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang bekerja dengannya serta menitikberat pencapaiaan matlamat kumpulan melalui motivasi. Seorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya melalui penglibatan dalam kumpulan yang kerap untuk berinteraksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinan. Akhir sekali, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang bijak mengawal sesuatu organisasi dengan baik serta memotivasikan pekerja bawahan untuk bersama-sama melakukan tugas dengan semangat.

Disediakan

oleh:

Nur

Faizah

Bt

Abd

Hamid(206044)

Posted by UUMotivasi at 9:20 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Saturday, August 7, 2010 UUMotivasi : BEKERJA

Pencapaian individu dalam sesuatu perkara adalah berbeza di antara satu sama lain. Setiap individu mempunyai bentuk pencapaian yang berbeza berdasar kepada beberapa faktor, seperti pengalaman bakerja, minat terhadap kerja, kesesuaian dengan jawatan yang disandang, kebolehan fizikal dan intelektual yang berbeza dan perbezaan tahap motivasi pekerja. Segala tingkah laku individu semasa bekerja banyak dipengaruhi oleh tahap motivasi individu terhadap tindakan yang dilakukan. Motivasi dalam hal ini merujuk kepada kepuasan yang individu diperoleh dan dicapai apabila melakukan sesuatu tugas. Bagi pekerja, motivasi merupakan satu istilah yang digunakan untuk mengembangkan suasana pengurusan yang optimum ama ada daripada sudut pengiktirafan ataupun pemupukan minat bekerja. Pemupukan minat dalam bekerja adalah sangat penting kerana minat merupakan satu elemen yang akan mendatangkan kesan dalam motivasi seseorang untuk terus bertindak dan merasai kepuasan dalam pekerjaan.

Kepentingan motivasi terhadap setiap individu boleh dilihat dalam beberapa sudut. Motivasi akan menyebabkan individu sentiasa mempunyai minat untuk mengejar kejayaan sama ada terhadap benda atau individu lain. menurut Atkinson (1965) apabila individu mula menghadapi situasi mengejar sesuatu perkara, benda atau orang, terdapat dua jenis motivasi yang bertentang akan timbul pada masa yang sama semasa bekerja iaitu motivasi mengejar kejayaan dan motivasi mengelak kegagalan. Fenomena psikologi ini dasebutkan sebagai konflik menuju-mengelak. Motivasi boleh dianggap sebagai motif penggerak kepada individu dalam pengurusan untuk membangkitkan minat dan semangat dalam berurusan. Motivasi ialah proses dalaman yang mewujudkan segala tingkah laku individu seharian. Tingkah laku dilakukan oleh individu berpunca daripada tahap motivasi yang ada pada dirinya. Sekiranya tingkah laku yang dipilih dapat memberi kepuasan dan ketenangan kepada individu, maka tingkah laku itu akan dilakukan secara berterusan dan berulangulang kerana minat untuk melakukannya wujud. Ini kerana minat akan wujud setelah sesuatu tindakan itu dapat memberi kepuasan disebalik tingkah laku yang dibuat. Motivasi juga sangat penting kerana dapat mewujudkan penumpuan dan perhatian yang sepenuhnya terhadap apa yang dilakukan dan bukannya perlakuan kerana terpaksa. Individu yang mempunyai motivasi akan melakukan sesuatu tindakan secara bersemangat tanpa perlu disuruhsuruh atau diarahkan oleh pihak majikan. Di samping itu, motivasi sangat perlu dalam bekerja kerana mampu mewujudkan nilai persaingan yang sihat dan positif di kalangan individu. Motivasi menjadi asas kepada tenaga penggerak individu untuk bekerja dan mancipta sesuatu persaingan yang positif di tempat kerja. Terdapat beberapa ciri penting terhadap motivasi dalam bekerja. Ciri pertama ialah pembentukan matlamat dalam bekerja. Seseorang individu terdorong untuk melakukan sesuatu tindakan apabila mempunyai matlamat atau tujuan yang jelas. Matlamat merupakan satu bentuk tenaga psikologi yang akan mendorong individu untuk melakukan sesuatu tingkah laku yang sesuai. Matlamat seseorang pula berkait rapat dengan tahap keinginan individu untuk cuba memenuhi segala aspek keperluan dalam hidup. Ciri kedua ialah pembentukan pemikiran yang jelas. Bentuk pemikiran

haruslah jelas terhadap apa yang sedang dilakukan dan mempunyai keupayaan untuk memproses maklumat dalam merealisasikan jenis pekerjaan yang sedang dilakukan. Motivasi memerlukan individu yang mampu untuk membuat keputusan dan menangguing akibat di sebalik keputusan dan tindakan yang telah diambil. Ciri ketiga ialah pembentukan proses sosial. Motivasi akan lebih berjaya sekiranya individu berjaya mendapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya daripada rakan-rakan sekerja dalam melakukan sesuatu tindakan. Sokongan dan kerjasama yang diperoleh akan mendatangkan kesan yang hebat kepada tahap motivasi seseorang individu. Sosial yang baik dapat menghalau segala bentuk masalah, halangan atau kesukaran semasa menjalankan sesuatu tindakan. Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi kerja seseorang iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman merujuk kepada motivasi dalam diri sendiri. Manakala faktor luaran merupakan semua bentuk dorongan yang ada di sekitar.Kedua-dua faktor tersebut dapat diambil kira dalam pengurusan kerja kerana faktor-faktor tersebut akan menentukan tahap motivasi sseorang individu. tahap motivasi boleh dilihat pada bentuk tingkah laku yang dihasilkan, sama ada dlam bentuk kognitif, afektif ataupun psikomotor. Motivasi pada tahap yang tinggi sekiranya tingkah laku yang ditonjolkan membawa kecemerlangan pada kualiti kerja, seperti cara pemikiran dan membuat keputusan yang baik dalam bidang pekerjaan. Tahap motivasi kerja juga boleh dikenal pasti melalui tahap usaha ke arah mencapai perubahan dalam segala rancangan dan tindakan. Sekiranya individu tersebut mempunyai cukup motivasi, dia sentiasa berusaha untuk mendapat perubahan dan pembaharuan dalam egala aspek yang melibatkan dunia kerjanya. Di samping itu, tahap komitmen yang berterusan juga boleh dianggap sebagai tahap motivasi terutama apabila menghadapi halangan. Motivasi dapat membentukan individu untuk sanggup memberi komitmen dan kesungguhan walaupun ketika terpaksa berhadapan dengan dugaaan dan ujian dalam pekerjaaan. Terdapat beberapa langkah yang berkesan dapat menimbulkan motivasi ke arah kerja yang berkualiti. Langkah pertama ialah menetapkan matlamat yang jelas. Individu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang diharapkan dan lebih bermotivasi untuk bekerja. Langkah kedua ialah individu yang bermotivasi ingin membina kehendak diri yang tinggi. Kesungguhan individu terhadap sesuatu

pekerjaan akan menjadikan individu tersebut lebih bersemangat dan bersedia untuk berfungsi dan lebih cemerlang. Langkah ketiga ialah memantapkan keyakinan diri dalam melakukan setiap tindakan. Dengan menyedari segala potensi dan kekuatan diri, individu akan menjadi lebih yakin dan berkemampuan untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pekerjaan. Langkah keempat ialah meletakkan diri agar sentiasa bergaul dengan orang yang bermotivasi. Individu bergaul dengan rakan-rakan yang juga mempunyai semangat bekerja yang tinggi dan sentiasa bermotivasi dalam hidup dapat memotivasi individu bekerja bersungguh-sungguh. Langkah kelima ialah memberi ganjaran kepada diri sendiri. Perbuatan seperti menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu ganjaran sebagai tanda telah memperoleh kejayaan akan membawa lebih motivasi kepada individu. Kesimpulannya, segala tingkah laku individu dalam mencapai tahap kerja berkualiti dalam sesebuah organisasi adalah berkait rapat dengan tahap motivasi individu tersebut dalam pengurusan kerja. Motivasi merupakan sesuatu proses kognitif yang mempunyai hubungan dengan cara seseorang individu menguruskan matlamat kerja berkualiti sabelum memulakan sesuatu pekerjaan. oleh itu, sebelum seseorang individu mengetahui tahap motivasi kerjanya terlebih dahulu individu tersebut perlu diterapkan dengan matlamat sebenarnya dalam kerja iaitu untuk mencapai kualiti terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Disediakan oleh : Chan Wei Fong ( 196427 )

Posted by UUMotivasi at 9:22 AM 0 comments

Anda mungkin juga menyukai