Dokumen tersebut membahas tentang keseimbangan antara kebutuhan fisik dan spiritual manusia serta tuntutan dunia dan akhirat. Dokumen tersebut juga menjelaskan konsep tawazun dalam Islam yang mendorong pendekatan seimbang dalam memenuhi kebutuhan jasmani, akal, dan ruh seseorang.
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
291 tayangan51 halaman
Dokumen tersebut membahas tentang keseimbangan antara kebutuhan fisik dan spiritual manusia serta tuntutan dunia dan akhirat. Dokumen tersebut juga menjelaskan konsep tawazun dalam Islam yang mendorong pendekatan seimbang dalam memenuhi kebutuhan jasmani, akal, dan ruh seseorang.
Dokumen tersebut membahas tentang keseimbangan antara kebutuhan fisik dan spiritual manusia serta tuntutan dunia dan akhirat. Dokumen tersebut juga menjelaskan konsep tawazun dalam Islam yang mendorong pendekatan seimbang dalam memenuhi kebutuhan jasmani, akal, dan ruh seseorang.
Dokumen tersebut membahas tentang keseimbangan antara kebutuhan fisik dan spiritual manusia serta tuntutan dunia dan akhirat. Dokumen tersebut juga menjelaskan konsep tawazun dalam Islam yang mendorong pendekatan seimbang dalam memenuhi kebutuhan jasmani, akal, dan ruh seseorang.
Unduh sebagai PPTX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 51
- Keperluan Dunia dan Tuntutan Akhirat
- Fizikal dan Kerohanian
PENGERTIAN TAWAZUN Tawazun menurut bahasa bererti keseimbangan atau seimbang. Menurut istilah tawazun merupakan suatu sikap seseorang untuk memilih titik yang seimbang atau adil dalam menghadapi suatu persoalan JASAD/JASMANI Setiap manusia menyedari dan mengetahui cara-cara memenuhi keperluan masing-masing antaranya makan, minum, masa rehat, pakaian, tempat tinggal. Rasulullah saw juga memberi panduan dan cara memenuhi keperluan tersebut, contohnya dalam hal makan dan minum, iaitu Rasulullah saw bersabda “makanlah sebelum lapar dan berhentilah sebelum kenyang”. Badan juga boleh memberi isyarat ketika lapar. AKAL Perkara yang membezakan manusia dengan makhluk- makhluk ciptaan Allah SWT lain adalah manusia dianugerahkan akal. Dengan akal ini manusia seharusnya mampu menilai baik dan buruk sehingga tidak terjerumus ke dalam kancah kehancuran, apabila manusia tidak menggunakan akal sebaik-baiknya, manusia senang sahaja jauh dari pertimbangan yang sebenar. Untuk menjawab persoalan di atas kita hendaklah selalu belajar dan menuntut ilmu yang baik di dunia dan diakhirat, yang penting dilakukan karena lillahi ta’ala . RUH Tidak semua orang menyedari sepenuhnya tentang potensi ini, Apabila seseorang merasa gelisah atau tidak tenteram, itu merupakan salah satu pertanda akan kekurangan ruh, namun kebanyakan orang salah faham. Mengambil jalan mudah dengan melakukan perkara-perkara negatif contohnya minum arak,berjudi dan sebagainya Agama Islam sangat menitik beratkan keperluan rohani ini iaitu dengan cara rajin melaksanakan ibadah terutama yang wajib(rukun) dan juga melakukan perkara-perkara sunah seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an, berdzikir, bermuhasabah, dan sebagainya. Waqi’iyyah (Realiti) Al-Waqi’iyyah boleh didefinisikan sebagai realiti dan kebenaran. Ia melibatkan ajaran Islam yang bersifat praktikal sesuai dijadikan amalan di dalam kehidupan manusia. Sebarang kemusykilan dan permasalahan serta persoalan yang berlaku sepanjang proses kehidupan manusia akan dapat diselesaikan mengikut kaedah Islam bergantung kepada keadaan dan kesesuaian realiti sebenar. Maka Islam itu dilihat sebagai fleksibel dalam menyelesaikan semua kemusykilan yang timbul bergantung kepada keadaan. Jadi para fuqaha’(ahli fikah) dan mufti telah bertanggungjawab memberi jawapan terhadap sebarang kemusykilan agama yang timbul. Dalam hal ini, maka mereka ini seharusnya memahami keadaan realiti berkaitan dengan kehidupan semasa, sebelum memutuskan sebarang keputusan. Pendapat Ibn al-Qayyim Ibn al-Qayyim berpendapat bahawa seseorang faqih merupakan orang yang bijaksana dalam menggabungkan antara “hukum wajib” dan “keadaan semasa”. Beliau juga menegaskan asas mengenali realiti kehidupan adalah sangat penting disebabkan sekirannya mereka ini tidak memahami “realiti kehidupan” secara benar dan tidak memahami ‘pemerintah’ dan ‘larangan agama’, maka usahanya akan menimbulkan lebih banyak kerosakkan daripada kebaikan. Ahmad ibn Hanbal r.a juga menjelaskan bahawa di antara tuntutan yang mesti dipenuhi oleh seorang faqih ataupun mufti iaitu mereka perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan sikap pengasih serta mengenal realiti kehidupan manusia (dipetik dari Yusuf al-Qardhawi, 1992:103). Justeru itu, al-Waqiiyyah ini menitiberatkan kenyataan dan kebenaran dalam aspek realiti kehidupan sebenar tentang apa yang berlaku dalam menyelesaikan semua kemusykilan dengan bersandarkan hukum-hukum Islam untuk menjaga kebaikan secara bersama mengikut kesesuaian realiti semasa selagi ia tidak menyalahi syariat Islam. Prinsip-prinsip Al-Waqi’iyyah dengan Pembangunan Berteraskan Islam 1)ajaran Islam bersifat praktikal a. Islam mengambil kira kenyataan sebenar kehidupan manusia di dunia ini yang dipenuhi dengan unsur- unsur amal makruf nahi mungkar. Dalam masa yang sama juga membuat pertimbangan terhadap kekuatan dan kelemahan manusia secara adil bersandarkan sumber Islam iaitu al-Quran, hadis, Ijmak, qias ulama’. b. Justeru itulah ajaran Islam adalah lebih praktikal dan benar serta sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya kefardhuan ibadah zakat hanya diwajibkan ke atas orang yang mempunyai harta dan kemampuan sahaja. Bagi mereka yang fakir miskin tidak dipaksa mengeluarkan zakat seperti golongan yang berharta. 2) Islam berkemampuan menyelesaikan sebarang persoalan yang bersangkutan dengan kehidupan manusia. Justeru itu, agama Allah s.w.t sahaja yang mampu menyelesaikan masalah dan memberi rukhsah dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai proses persediaan hari akhirat.
Contoh: kandungan rukun Islam yang kedua iaitu
solat merupakan ibadah asas yang wajib dilaksanakan oleh semua muslim. Walau apa cara sekali pun solat adalah wajib dan tidak boleh ditinggalkan kecuali disebabkan uzur syari’e. Maka banyak rukhsah yang telah diberikan oleh Allah s.w.t disebabkan penilaian bersandarkan al- Waqi’iyyah dalam memberi kemudahan kepada manusia untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap Allah.
Contohnya solat dapat dilakukan mengikut
kemampuan muslim secara realiti sama ada secara berdiri, duduk dan berbaring. Manakala mereka yang bermusafir diberi kemudahan oleh Allah melalui solat Qasar dan Jama’. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Allah tiada memberati seseorang itu, melainkan menurut kesanggupannya” (al-Baqarah, 2: 286).
Maksudnya Allah tidak sesekali
membebankan hambanya dengan memaksa mereka melakukan sesuatu yang tiada kuasa. Oleh kerana itulah maka Allah s.w.t tidak memaksa orang sakit untuk solat seperti orang sihat, tetapi dilakukan menurut kemampuan diri (Akhmal Hj.Mohd.Zain, 2007: 278). Maka solat dan zakat sebagai Ibadah asas ini dijadikan sebagai pengkaedahan dalam pembangunan berteraskan Islam dan dijustifikasikan secara signifikan dengan mengaplikasikan unsur al-Waqi’iyyah mengikut kesesuaian dalam beribadah yang menghubungkan manusia dengan Allah s.w.t (habluminallah) 3) Islam memberi ruang kepada perkembangan fikiran yang melahirkan tamadun ilmu. Ia meliputi ajaran Islam yang sentiasa menggalakkan manusia meningkatkan daya fikiran yang tinggi, kreatif dan inovatif bagi melahirkan tamadun yang gemilang. Terdapat ayat al-Quran dan hadis yang menyeru manusia supaya menuntut ilmu. Keadaan ini jelas dan benar menerusi ayat al- Quran yang pertama diturun adalah menuntut manusia membaca. Sehubungan dengan itulah Islam memberi keistimewaan kepada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Maka mereka diangkat darjat kemuliaan di sisi Allah s.w.t.. Kesimpulan Berdasarkan kepada konsep al-Waqi’iyyah ini dapat disimpulkan bahawa justifikasi Islam adalah meluas dan fleksibel dalam melihat realiti dan kebenaran kehidupan semasa. Ia juga dilihat sebagai kaedah pengaplikasian secara praktikal selari dengan tuntutan syarak dan tidak membebankan umat Islam dalam kehidupan. Hal ini secara langsung dapat menyumbang kepada terlaksananya pembangunan berteraskan Islam. INQILABBIYYAH Inqilabiyyah ( )انقلبيةIa bermaksud menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah. Bermakna Islam tidak boleh berkompromi dengan jahiliyah dan kufur. Contohnya, Rasulullah walaupun telah ditawarkan sebagai Raja dan ganjaran yang lumayan oleh pihak kuffar dengan syarat baginda meninggalkan da’wah, baginda menolak tawaran tersebut dan berusaha menghapuskan kemungkaran itu terlebih dahulu. AL-ALAMIYYAH DIPLOMASI DALAM ISLAM Diplomasi adalah perundingan yang dilakukan oleh seorang diplomat yang mewakili sebuah Negara dalam hubungannya dengan Negara lain. Komponen-komponen diplomasi dalam konteks Islam ialah: Perundingan Orang yang bertanggungjawab dan pihak yang bertindak sebagai pengirim pesan dalam proses komunikasi. Orang yang menerima pesan atau berita yang disampaikan oleh komunikator. TOLERANSI DALAM ISLAM Toleransi dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah Tasamuh. Secara bahasa berarti timbang rasa. Secara istilah: Toleransi adalah sikap menghargai dan menghormati perbezaan antara sesama manusia. Allah SWT menciptakan manusia berbeza satu sama lain. Perbezaan tersebut boleh menjadi kekeuatan jika dipandang secara positif dan menjadi konflik jika dipandang negatif. Toleransi terbahagi 2 perkara: 1. Toleransi antara sesama muslim Contoh: Toleransi antara sesama muslim berarti menghargai dan menghormati perbedaan pendapat yang ada dalam ajaran agama Islam. Misalnya, perbedaan pendapat mengenai jumlah rakaat salat tarawih. 2. Toleransi kepada non-muslim. Contoh : menghargai dan menghormati pemeluk agama lain untuk beribadah sesuai agama dan keyakinan masing- masing. SIKAP TOLERANSI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Dalam kehidupan sehari-hari toleransi dapat diwujudkan dengan sikap sikap sebagai berikut. Bergaul dengan semua teman tanpa membezakan agamanya. Menghargai dan menghormati perayaan keagamaan umat. Tidak menghina dan memperolok-olokkan ajaran agama lain. Memberikan kesempatan kepada teman non muslim untuk berdoa sesuai agamanya masing-masing. Memberikan kesempatan untuk melaksana-kan ibadah bagi non muslim. Memberikan rasa selesa kepada umat lain yang sedang beribadah. Tidak memaksa Mengeratkan silaturahim dengan jiran yang berbeza agama. Menolong jiran yang sedang dalam kesusahan. NILAI-NILAI MURNI