Pengenalan Kepada Personaliti

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 78

PENGENALAN

KEPADA
PERSONALITI
CHONG KEE, DARREL
JOYCE LEE CHIU YUI
TIONG ZHUO LIN
APA YANG ADA DALAM BAB INI……
• Konsep Personaliti
• Faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan personaliti
• Penilaian personaliti
– Pendekatan Psikometrik
– Pendekatan Projektif
KONSEP PERSONALITI
Berasal dari
Dari perspektif Imam al-Ghazali
perkataan Latin
Islam – sakhsiah – menerangkan
“persona” yang
atau secara tentang keadaan
bermaksud
umunya akhlak jiwa
topeng muka

Konsep yang
Terhad kepada
tidak asing bagi Sebagai
tingkah laku
kebanyakan perwatakan
seseorang
manusia
Sigmund Frued

• Hasil integrasi struktur-struktur


dalaman

Wright, Taylor & Davies

• Aspek-aspek individu yang secara


relatifnya stabil dan kekal
membezakannya daripada orang lain
Alder (1984)

• Gaya hidup seseorang individu

Allport (1961)

• Organisasi sistem psikologikal yang


dinamik di dalam jiwa individu
tersebut
Mischel (1981)

• Susunan pola-pola tingkah laku


manusia yang diaplikasikan dalam
situasi kehidupan

Crow and Crow (1983)

• Perwatakan fizikal, corak pertuturan,


daya penarik yang dimilikinya
Berliner

• Merangkumi segala aspek tingkah laku


manusia kerana ia merupakan intergrasi trait-
trait, keupayaan, motif, sikap, pendapat,
kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan
ciri-ciri seseorang.

Menniger (1936)

• Apa-apa yang sebenarnya yang


menghuraikan tentang seseorang.
Hans Eysenck (1981)

• Organisasi watak, perangai, intelek, bentuk


badan yang agak stabil dan yang menentukan
penyesuaiannya yang unik terhadap
persekitarannya.

Kagen, J & Segal, J (1988)

• Corak keseluruhan seseorang individu yang


merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia
berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara
berhubung dengan alam sekitarnya.
Watson (1919)

• Teori tingkah laku seseorang dan


behaviorisme
Kesimpulannya
• Personaliti dirumuskan sebagai ciri-ciri
keseluruhan tingkah laku yang tetap pada
seseorang individu, tetapi berlainan dengan
orang lain.
• Ia mewakili perwatakan seseorang individu
dan dapat dilihat dan dinilai melalui tingkah
lakunya di dalam sesuatu situasi
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
PERSONALITI
Klasifikasi personaliti
Ekstrovert

Introvert

Ambivert
Ekstrovert Introvert Ambivert
 Gemar aktiviti luar  Suka  Gabungan
 Aktif berseorangan ekstrovert dan
 Mesra dan  Pasif introvert
peramah  Pemalu
 Inovatif  Sensitif
 Cepat bertindak  Boleh dipercayai
balas  Tenang
 Tidak mudah  Cermat
bimbang
Faktor-faktor yang
mempengaruhi
perkembangan personaliti

Faktor baka/ Faktor


genetik persekitaran
Faktor Baka/ Genetik
• Baka ibu bapa akan mempengaruhi personaliti anak-
anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan,
keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.
• Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang
adalah berkaitan rapat dengan bentuk tubuh
badannya.
• Bentuk badan manusia telah digolongkan kepada tiga
kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf
yang berkaitan dengan ciri-ciri personaliti.
Jenis Bentuk Badan Rupa Bentuk Badan Ciri-ciri Personaliti

Endomorf Bulat, gemuk, lembut Trait Viscerotinia:


Suka bergaul, cepat
mesra, berlega,
mengendur.

Mesomorf Otot-otot kuat, badan ideal, Trait Somatotonia:


berkemahiran psikomotor Tegas, agresif, suka
riadah, sedia menghadapi
cabaran.

Ektomorf Kurus, tinggi Trait Cerebrotonia:


Tidak suka bergaul,
introvert, tidak suka aktiviti
fizikal.
• Keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti lelah(asma),
kencing manis dan sebagainya yang kebanyakkannya
disebabkan oleh faktor genetik, pula mempengaruhi
perkembangan personaliti seseorang.
• Seseorang kanak-kanak yang kerap kali jatuh sakit
dan tidak dapat menyertai segala aktiviti sosial dan
lambat laun akan membantutkan perkembangan
sosialnya.
• Hal ini akan mempengaruhi perkembangan
personalitinya. Kebiasaannya individu ini mempunyai
personaliti introvert dan bersifat pendiam serta
pemalu.
• Kecerdasan seseorang adalah berkait rapat dengan baka
ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan peranan yang
penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti
seseorang.
• Misalnya, individu yang mempunyai darjah kecerdasan
yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang
berkeyakinan, berbudi bicara, berperwatakan bijaksana
dan bersifat berani.
• Di samping itu, kadangkala pelajar yang terlalu cerdas juga
mengalami masalah penyesuaian sosial.
• Ini adalah disebabkan kanak-kanak seperti itu mungkin
berasa bongkak dan dengan itu boleh menjadikannya tidak
popular.
• Emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi
personaliti seseorang.
• Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak
stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif
dan pemarah.
• Manakala seseorang individu yang mempunyai emosi
yang lebih stabil serta dapat mengawal perasaan
kekecewaan merupakan seorang individu yang lebih
popular serta suka dihampiri oleh kanak-kanak yang
lain.
Keluarga

Kebudayaan

Pengaruh Sekolah

Faktor Rakan Sebaya


Persekitaran
Media Massa

Pengalaman Awal

Masyarakat
1. Keluarga
• Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin
suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan
untuk menggalakkan perkembangan personaliti
seseorang individu yang sihat.
• Makanan yang seimbang yang disediakan adalah
penting perkembangan secara menyeluruh bermula
dari peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan
yang seimbang, mungkin akan membantutkan
perkembangan seseorang individu tersebut dan
mengganggu perkembangan personaliti seseorang
itu.
• Taraf sosioekonomi sesebuah keluarga akan
menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh
disediakan untuk anak-anaknya. Dengan adanya segala
kemudahan yang disediakan akan dapat memberikan
pendedahan yang luas terutamanya kepada kanak-
kanak.
• Seseorang individu yang memperoleh pencapaian
akademik yang baik serta boleh bermain pelbagai
permainan dan alat muzik memang mempunyai aras
keyakinan yang tinggi berbanding dengan individu
yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.
2. Kebudayaan
• Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan
nilai yeng berbeza.
• Penekanan terhadap satu-satu nilai dalam sesebuah
kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan
personaliti kanak-kanak juga.
• Kebanyakan kebudayaan banyak menekankan mengenai
nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi,
tolong-menolong dll.
• Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini patut
akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan
menonjolkan personaliti yang seimbang.
3. Pengaruh sekolah
• Jenis kepimpinan dan suasana sekolah amat mempengaruhi
perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada
corak pentadbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua.
• Jika corak pentadbiran menitikberatkan soal disiplin, maka akan
membentuk personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan
mematuhi arahan.
• Jika pengetuanya kurang tegas dalam segala hal, maka pelajar akan
menjadi lebih pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang
inovatif dan takut mendatangkan perubahan.
• Guru berperanan dalam membentuk perkembangan personaliti
pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru adalah sikap yang
positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif yang
ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.
4. Rakan sebaya
• Rakan sebaya adalah orang yang terpenting selain
keluarga bagi remaja.
• Kebanyakkan tindak tanduk seseorang individu akan
dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka.
• Sama ada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah
yang positif ataupun yang negatif.
• Oleh itu, setiap individu seharusnya memilih rakan yang
boleh dipercayai dan berfikiran positif.
5. Media massa
• Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah
penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang
sihat.
• Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan
video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman
dan sebagainya, maka mereka mungkin akan berkelakuan
lebih agresif.
• Sebaliknya jika kanak-kanak lebih didedahkan dengan
tayangan yang bercorak ilmiah seperti sesame street dan
sebagainya akan dapat membantu perkembangan intelek
seseorang pelajar.
6. Pengalaman awal
• Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi
perkembangan personliti sesorang individu.
• Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum kerana
melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil, membuat
kotor dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa
berasa bimbang dan bersalah.
• Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman
prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila
didapati dia tidak tahu menulis angka-angka yang senang ketika
berada di tahun satu.
• Situasi ini akan memberi impak kepada harga diri serta konsep
kendiri positif seseorang kanak-kanak.
7. Masyarakat
• Sebagai contoh, masyarakat kebendaan menegaskan betapa
pentingnya kekayaan dan harta benda.
• Dengan itu, kanak-kanak membesar menjadi individu yang sentiasa
mengejar kekayaan harta benda. Nilai murni-murni mungkin akan
ketinggalan.
• Ini akan melahirkan masyarakat yang sanggup menipu, merompak,
membunuh dan mengamalkan rasuah demi mencapai tujuannya.
• Sebaliknya, jika nilai-nilai dan norma-norma masyrakat adalah sihat,
individu-individu yang membesar dalam suasana itu akan menjadi
anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan
sedia untuk berkorban kerana hendak menolong orang lain.
PENILAIAN PERSONALITI
Pendekatan
Penilaian Psikometrik
Personaliti
Pendekatan Projektif
PENILAIAN PERSONALITI
• Untuk memahami tingkah laku seseorang atau beberapa
orang di dalam satu kumpulan.
• Maklumat yang diperolehi daripada ujian atau inventori
personaliti memberi gambaran penting tentang ciri-ciri
personaliti.
• Keputusan akan dibuat tentang beberapa perkara
seperti pemilihan pekerjaan atau kemasukan ke dalam
institusi atau pengujian hipotesis penyelidikan.
PENDEKATAN
PSIKOMETRIK
Definisi Pendekatan Psikometrik (PPsi)

PSYCHO Kajian tentang


jiwa
METRIC Measure/ Ukur

Mengukur dimensi berkaitan minda atau jiwa seperti


sensitiviti, kecerdasan, aptitud dan personaliti.
Pendekatan Psikometrik
(PPsi)
• PPsi ialah suatu kaedah yang digunakan secara
sistematik untuk mengumpul maklumat yang
menggambarkan tret psikologi.
• Tret psikologi ini diperkenalkan dalam sistem
pendidikan kebangsaan untuk mengukur aptitud dan
personaliti murid.
• Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu
mempertingkatkan pembelajaran murid.
• PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang
tidak berasaskan kurikulum dan proses
pengajaran dan pembelajaran.
• PPsi mengukur kebolehan semula jadi (innate
ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired
ability) daripada pengalaman dan persekitaran.
Tujuan Ujian Psikometrik
• Untuk mengukur kebolehan (Innate Ability & Acquired
Ability):
- Minat
- Sikap
- Personaliti
- Kecenderungan
- Kemahiran Berfikir
- Kemahiran Menyelesaikan Masalah
• Mendapatkan diskripsi yang tepat mengenai diri
individu atau kumpulan.
• Membantu membuat keputusan yang
praktikal/realistik.
• Memahami secara lebih mendalam:
- Keadaan semula jadi & Perbezaan individu
• Memberi pendedahan maklumat kerjaya yang
lebih luas dan tepat:
- Meluaskan aspirasi kerjaya
Sebab Kesukaran Memilih Kerjaya
Menurut Amir Awang (1983), terdapat 3 sebab utama
kesukaran pelajar membuat peilihan kerjaya:
(a) Tidak boleh membuat keputusan kerana minat di
dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas dan tiada
minat langsung.
(b) Pelajar tidak dapat mengagak dengan baik minat,
potensi dan personalitinya.
(c) Kurang pengetahuan dan maklumat.
KOMPONEN PENTAKSIRAN
PSIKOMETRIK (PPsi)
UJIAN PSIKOMETRIK APTITUD
Ujian Aptitud
• Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan,
minat, bakat, kesediaan bagi menyediakan situasi
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan sesuai
dengan keperluan murid.
• Mencungkil dan membantu mengembangkan potensi murid
pada peringkat umur tertentu.
• Memperkenalkan strategi, kaedah dan teknik pengajaran
supaya dapat mewujudkan suasanapembelajaran yang
aktif dan berkesan.
• Membantu guru memahami psikologi murid.
• Membantu murid mengenal potensi diri.
• Meramalkan kejayaan murid dalam alam
pembelajaran dan pekerjaan.
• Memantau tahap kebolehan umum murid dalam
menceburi pelbagai bidang pendidikan, latihan dan
pekerjaan sama ada di peringkat lokal dan global
dengan menggunakan kemudahan yang ada
dipersekitarannya.
• Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan
dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan
individu.
Ujian Aptitud Am
• Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi
untuk belajar atau melakukan sesuatu perkara
tertentu dengan mudah dan cepat.
• Berkaitan dengan kebolehan atau bakat dalaman
yang diwarisi daripada ibu bapa.
Ujian Aptitud Khusus
• Mengenal pasti atau menilai kesediaan, potential,
kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam
pembelajaran seterusnya.
• Memberi gambaran jenis bidang atau aliran yang
sesuai dipelajari murid.
• Menjadi rujukan guru dalam merancang strategi
PdPc yang sesuai mengikut kebolehan murid.
• Mengenal pasti sama ada murid memiliki
kepintaran berikut.
Aptitud Khusus Mengukur Kecerdasan:
• Verbal Linguistik (Pintar Perkataan)
• Visual-Spatial (Pintar Visual dan Ruang)
• Logik Matematik (Pintar Nombor)
• Muzik (Pintar Muzik)
• Naturalis (Pintar Alam Semula Jadi)
• Kinestatik (Pintar Jasmani)
• Interpersonal (Pintar Sosial)
• Intrapersonal (Pintar Kendiri)
• Existential (Pintar Kewujudan)
UJIAN PSIKOMETRIK PERSONALITI
UJIAN PERSONALITI
TRET MINAT KERJAYA
PERSONALITI • Realistik
• Autonomi • Investigatif
• Kreatif
• Agresif • Artistik
• Ekstrovert • Sosial
• Pencapaian • Enterprising
• Kepelbagaian • Konvensional
• Intelektual
• Kepemimpinan
• Struktur
• Resilien
• Menolong
• Analitikal
• Kritik diri
• Wawasan Ketelusan
Ujian Tret Personaliti
• Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti
personaliti murid.
• Membentu murid menyedari potensi kekuatan dan
kelemahan diri.
• Membantu guru merancang proses PdPc.
• Membantu murid merancang hala tuju kerjaya.
Ujian Minat Kerjaya
• Menurut Teori Tipologi Kerjaya Holland.
• Asas yang digunakan dalam teori tersebut ialah:
- Pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personaliti
individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan.
- Minat seseorang itu lahir daripada personalitinya.
- Individu daripada jenis pekerjaan yang sama mempunyai
persamaan dari segi pola personalitinya.
- Keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan
meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan
kepuasan kerja.
PENDEKATAN
PROJEKTIF
Ujian Projektif
• Satu ujian yang direka untuk mendedahkan emosi
tersembunyi dan konflik dalaman melalui tindak balas
individu terhadap rangsangan yang kabur.
• Maksud PROJEKTIF : Satu mekanisme pertahanan
yang melindungi ego dirinya daripada kebimbangan
dengan melahirkan perasaan yang tidak menyenangkan
atau berdasarkan elemen pengalaman.
Ujian Projektif Personaliti
• Tidak mempunyai jawapan yang jelas.
• Menggunakan format “open ended”.
• Memberi rangsangan kabur kepada individu
tersebut dan meminta mereka mentafsirkan apa
yang mereka lihat.
• Tafsiran yang dibuat oleh individu tersebut
dianggap mendedahkan maklumat mengenai
personaliti dirinya.
Jenis Ujian Projektif Personaliti
(a) Rorschach Inkblot Test (RIT)
(b) Thematic Apperception Test (TAT)
(c) Rotter Incomplete Sentences Blank (RISB)
(d) Draw-A-Person (DAP)
(a) Rorschach Inkblot Test (RIT)
• Individu ditunjukkan kad dengan tompok berdakwat
dan bertanya apa yang mereka fikir ia boleh terjadi.
• Maklum balas kepada kad ditafsirkan mengikut
faktor-faktor berikut:
-Lokasi : Respon kepada keseluruhan kad atau
sebahagian daripada kad.
• Penentu : Respon kepada bentuk tertentu, jenis
warna atau tekstur.
• Kandungan : Objek atau ketepatan objek yang
dilihat oleh individu tersebut.
• Borang : Adakah jawapan berdasarkan bentuk
sebenar tompok atau adakah mereka melihat
bentuk yang berbeza sama sekali.
(b) Thematic Apperception Test
(TAT)
• Dicipta pada tahun 1930-an
oleh ahli psikologi Harvard
Henry Murray.
• Melibatkan teknik pentafsiran
gambar.
• Responden mencipta cerita
tentang hubungan atau situasi
sosial yang dicadangkan
dalam gambar berkenaan.
Cerita responden mungkin termasuk:
• Apa yang menyebabkan peristiwa itu berlaku
• Apa yang berlaku pada masa ini
• Apakah perasaan dan fikiran watak-watak yang
terlibat dalam peristiwa itu
• Apakah kesudahan/hasil cerita itu
Setiap cerita dikaji dengan teliti untuk mendedahkan
minda tidak sedar responden, ianya termasuklah
• Tanda-tanda personaliti ditindas
• Motif dan keperluan untuk pencapaian
• Kuasa dan keintiman
• Kebolehan untuk penyelesaian masalah
(c) Rotter Incomplete Sentences
Blank (RISB)
• RISB telah dibangunkan oleh Julian
Rotter dan Benyamin Willerman di
awal 1940-an.
• RISB bertujuan untuk membuat
saringan ke atas sekumpulan besar
anggota tentera untuk menilai
pelarasan dan kecergasan untuk
kembali bertugas dan mendapatkan
maklumat khusus untuk penilaian dan
rawatan.
• Ujian yang melengkapkan ayat.
• Teknik ini memerlukan responden
menyelesaikan/melengkapkan ayat dengan perkataan
pertama diberi atau beberapa perkataan untuk menjadi
suatu ayat yang lengkap.
• Setiap ayat yang lengkap diisi menerima skor penyesuaian
0 (terbaik) sehingga 6 (buruk).
• Jumlah keseluruhan skor dapat menggambarkan individu
itu berada dalam keadaan kesesuaian atau
ketidaksesuaian.
(d) Draw-A-Person (DAP)
• Ujian Draw-A-Person dikemukakan oleh Karen
Machover pada tahun 1949.
• Karen Machover mengemukakan langkah pertama
lukisan figura untuk menilai personaliti individu, iaitu
ujian Draw-A-Person Test.
• Tujuan ujian ialah untuk menilai individu berasaskan ciri-
ciri seorang tokoh yang dilukis kerana ia mencerminkan
sikap, kebimbingan dan traits personaliti yang menjadi
penggerak kepada perlakuan individu.

Anda mungkin juga menyukai