Maqasid Al-Syariah (Dr. Ikhlas)
Maqasid Al-Syariah (Dr. Ikhlas)
Maqasid Al-Syariah (Dr. Ikhlas)
Maslahah Manfaat
HUBUNGAN NAS, MAQASID
DAN MASALAH
Maqasid
+ Nas Maslahah
- Maqasid Masalahah
- Nas
AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
DENGAN MAQASID
Yang di maksudkan maqasid al-Syariah itu adalah merujuk kepada maqasid al-Quran dan
maqasid al-Sunnah pada bermulanya perbincangan sehinggalah pengakhirannya. Oleh itu,
menurut beliau tidak ada maqasid al-Syariah selain maqasid al-Quran dan al-Sunnah.
Jadi al-Sunnah adalah sebagai penguat kepada asas-asas di dalam al-Quran dan satu bentuk
implementasi kepada maqasidnya.
PEMBAHAGIAN MAQASID
Berpandukan kepada Kekuatan Pensabitan daripada Dalil Syarak;
1- Maqāṣid Qaṭᶜiyyah: iaitu objektif syarak yang pasti dan diyakini menjadi tujuan pensyariatan
sesuatu hukum. Ia adalah objektif yang difahami daripada beberapa nas syarak sehingga memberikan
tahap keyakinan yang tinggi kepada mujtahid bahawa ia merupakan tujuan syarak dalam pensyariatan
hukum seperti objektif syariah untuk memudahkan dan tidak menyusahkan.
2- Maqāṣid Ḍhanniyyah: iaitu objektif dan tujuan syarak yang diperoleh daripada bilangan dalil yang
sedikit sehingga ia tidak mencapai tahap yang diyakini seperti tahap yang pertama di atas. Maqāṣid
jenis ini kebanyakannya diperoleh melalui pemerhatian kepada beberapa hukum syarak terhadap
sesuatu permasalahan sehingga memberikan keyakinan kepada mujtahid bahawa ia merupakan objektif
dan tujuan syarak di sebalik pensyariatan hukum-hukum berkaitan permasalahan tersebut
3- Maqāṣid Wahmiyyah: iaitu sesuatu yang disangka sebagai objektif dan tujuan syarak tetapi pada
hakikatnya ia adalah sebaliknya seperti penggunaan arak untuk mendapat keuntungan dan untuk
mendapat kelazatan tubuh badan. Ia adalah suatu yang bercanggah dengan syariat Islam
Berapandukan perkaitannya dengan hukum Syarak
1- Maqāṣid ᶜĀmmah: iaitu objektif dan tujuan syarak dalam sebahagian besar hukum
syarak seperti objektif memudahkan dan tidak menyukarkan, objektif menjaga
sistem kehidupan manusia supaya teratur dan objektif manusia sebagai khalifah di
atas muka bumi ini. Hukum-hukum syarak secara keseluruhannya sama ada secara
langsung atau tidak langsung bertujuan untuk mencapai dan menjaga objektif-
objektif di atas
2- Maqāṣid Khāṣṣah: iaitu objektif syarak yang ingin dicapai oleh sekelompok
hukum secara khusus seperti objektif syarak berkaitan dengan harta, kekeluargaan
atau hukuman. Setiap kelompok hukum tersebut mempunyai objektif dan tujuannya
yang tersendiri
3- Maqāṣid Juz’iyyah: iaitu objektif dan tujuan yang ingin dicapai oleh setiap hukum
syarak secara satu persatu seperti pengharaman arak, judi dan meminang perempuan
yang telah bertunang. Setiap satu hukum ini mempunyai objektif dan tujuan yang
ingin dicapainya. Maqāṣid ini juga dikenali sebagai hikmah, rahsia syarak dan ᶜillah.
Berpandukan kelompok manusia
1- Maqāṣid ᶜĀmmah: iaitu objektif dan tujuan syarak yang memberikan kebaikan
kepada keseluruhan manusia seperti tolong-menolong, keadilan dan kesamarataan
2- Maqāṣid Khāṣṣah: iaitu objektif dan tujuan syarak yang berkaitan dengan
kelompok manusia yang tertentu seperti objektif yang berkaitan dengan hukuman. Ia
hanya memberikan kebaikan kepada golongan yang telah melakukan kesalahan
Berasaskan Keperluan Manusia
1- Maqāṣid Ḍarūriyyah: iaitu perkara yang menjadi keperluan asasi manusia untuk
menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Jika perkara
ini tiada, kehidupan manusia akan menjadi seperti kehidupan binatang yang akhirnya
menuju kepada kerosakan dan kebinasaan. Keperluan asasi yang menjadi objektif
syarak untuk menjaganya ialah agama, nyawa, akal, keturunan dan harta
2- Maqāṣid Ḥājiyyah: iaitu perkara yang menjadi keperluan manusia yang menjadi
objektif syarak dan ketiadaannya menyebabkan manusia melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai khalifah dengan penuh kesukaran dan huru-hara. Di
antara perkara tersebut seperti keharusan jual beli, sewaan, pinjaman dan keringanan
melakukan ibadat ketika sakit atau bermusafir
3- Maqāṣid Taḥsīniyyah: iaitu perkara yang menjadi objektif syarak bagi memudah
dan mengindahkan kehidupan manusia dan ketiadaannya menyebabkan kehidupan
manusia menjadi hambar serta suram. Contoh maqasid ini ialah keharusan memakai
pakaian yang berwarna-warni, kenderaan yang mewah dan keharusan menggunakan
gelaran-gelaran yang baik
Berasaskan sandarannya
1- Maqasid Syari’, iaitu maqasid yang dikehendaki Syarak ketika ia disyariatkan, ia
meliputi menarik kemaslahatan dan menolak kemudaratan
2- Maqasid Mukallaf, iaitu maqasid yang dikehendaki mukallaf pada setiap urusan
mereka, keyakinan, perkataan dan amalan. Ya dibezakan antara sah atau rosaknya
sesuatu perbuatan, bersifat ibadah atau muamalah, antara yang selari dengan
maqasid atau tidak.
TA’LIL AL-AHKAM BI AL-
MAQASID
Oleh kerana maqasid dengan hikmah atau rahsia itu mempunyai perkaitan yang
rapat, maka didapati dalam ilmu memahami illah, sesuatu hikmah itu dilihat
tersembunyi, tidak konsisten dan tidak bersifat muta’addi.
Jika sekiranya, maqasid tersebut memenuhi syarat illah maka ia boleh menjadi illah
kepada hukum dan ijtihad
Jika sekiranya ia tidak memenuhi syarat tersebut, maka para fuqaha
menggali/berijtihad dalam meletakkan satu sifat yang konsisten, zahir dan boleh
dipindah sebagai ganti kepada hikmah dan maqasid.