Charles Vyner Brooke
Sir Charles Vyner deWindt Brooke (30 September 1874 – 9 Mei 1963) ialah Raja Putih ketiga dan terakhir Sarawak.[1]
Charles Vyner Brooke | |
---|---|
Raja Putih Sarawak Terakhir | |
Pemerintahan | 24 Mei 1917 – 1 Julai 1946 |
Didahului oleh | Sir Charles Anthoni Johnson-Brooke |
Diikuti oleh | Monarki terhapus Charles Arden-Clarke Kerajaan Sarawak |
Keputeraan | 30 September 1874 |
Kemangkatan | 9 Mei 1963 London, England | (umur 88)
Pemakaman | Gereja St Leonard, Sheepstor dekat Dartmoor |
Kerabat | Raja Putih Sarawak |
Ayahanda | Sir Charles Johnson-Brooke |
Bonda | Margaret Alice Lili de Windt |
Raja Putih Sarawak (Bekas keberajaan) |
---|
Raja-raja Putih Sarawak
|
Baginda memerintah Kerajaan Sarawak dalam dua fasa - dari kemangkatan Charles Brooke tahun 1917 hingga kemaraan tentera Jepun ke Borneo tahun 1941, dan dari kembalinya baginda di Sarawak pada 15 April 1946 sehinggalah penyerahan kerajaan Sarawak kepada Empayar British pada 1 Julai tahun sama.
Keputeraan
suntingBaginda diputerakan kepada Rajah Charles dan Rani Margaret di London. Baginda meluangkan masa muda baginda di sana mendapat pendidikan di Clevedon, Winchester College dan Magdalene College, Cambridge.[2]
Vyner memasuki pemerintahan awam Sarawak sebagai adikung ayahandanya dari 1897 hingga 1898. Dari sana, beliau dianikkan pangkat sebagai pegawai daerah Simanggang (1898–1901), Residen Mukah dan Oya (1902–1903)serta Divisyen Ketiga (1903–1904) Baginda turut terlibat sebagai Presiden Majlis Mahkamah Negeri (Law Courts) 1904–1911 serta Naib Presiden Majlis-Majlis Agung dan Am Sarawak dari 1904 hingga 1911.
Kerjaya ketenteraan
suntingBeliau ditugaskan sebagai Leftenan Kedua 3rd County of London Yeomanry (Sharpshooters) pada 12 Mei 1911 sebelum meletakkan jawatan dalam Artist's Rifles pada 21 Mei 1913. Beliau semasa Perang Dunia Pertamaberkhidmat secara sulit (incognito) sebagai rating dalam unit senjata antipesawat tentera laut,[3] dan sebagai pemasang di sebuah kilang pesawat Shoreditch, London Timur. Beliau dikurniakan gelaran baharu oleh Raja George V pada 22 Jun 1911.
Di England jugalah baginda berkenalan rapat dengan Sylvia Brett, anak bangsawan Lord Esher,[1] mereka berkahwin pada 21 Februari 1911. Kedua-dua mereka kemudiannya kembali ke Sarawak bersama-sama dengannya.
Pemerintahan
suntingSelepas kematian Raja Putih kedua Sarawak, Charles Brooke, Brooke kemudiannya ditabalkan sebagai Raja Putih Sarawak ketiga pada 24 Mei 1917. Perkembangan Sarawak semasa pemerintahan awal Brooke menyaksikan Sarawak menjadi antara maju kerana pengeluaran getah dan minyak mentah. Hal ini membolehkan Brooke memodenkan institusi-institusi di Sarawak termasuklah perkhidmatan awamnya.
Dasar Brooke menjadikannya popular apabila ada antara dasar tersebut seperti pengharaman mubaligh Kristian disukai ramai. Namun demikian Sarawak menjadi serangan tentera Jepun pada 25 Disember 1941. Brooke melarikan diri bersama-sama keluarganya ke Sydney, Australia di mana dia berada di situ sehinggalah tamatnya peperangan. Brooke kembali ke Sarawak pada 15 April 1946 dan kembali menjadi raja kerajaan tersebut.
Penyerahan kerajaan kepada pihak British
suntingVyner menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British sebagai suatu jajahan makhota iaitu Tanah Jajahan Mahkota Sarawak pada 1 Julai 1946.
Rajah Muda Anthony yang menjadi pengganti pilihan rakyat Sarawak turut melepaskan tuntunan takhta yang berbaki dari pewarisan mamandanya kepada pihak Jajahan Mahkota tahun 1951, Anthony berpindah kemudian ke New Zealand menghabiskan sisa hidupnya di sana.[4]
Senja hidup
suntingVyner meninggal di No. 13, Albion Street, Bayswater, W2 London pada 9 Mei 1963,[1] empat bulan sebelum kemasukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September tahun sama.
Rujukan
sunting- ^ a b c "Person Page". Thepeerage.com. Dicapai pada 30 December 2017.
- ^ "Brooke, Charles Vyner (BRK894CV)". A Cambridge Alumni Database. Universiti Cambridge.
- ^ Templat:Lives of WWI
- ^ "Farewell to the Crown Prince". Theborneopost.com. 21 September 2013. Dicapai pada 30 December 2017.
Didahului oleh Charles Brooke |
Raja Putih 24 Mei 1917-1 Julai 1946 |
Diikuti oleh: Kerajaan dibubar |