Pergi ke kandungan

Upin & Ipin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Kemaskini.
Baris 230: Baris 230:


===Filem===
===Filem===

====''Geng: Pengembaraan Bermula'' (2009)====
{{Main|Geng: Pengembaraan Bermula}}
{{Main|Geng: Pengembaraan Bermula}}


Filem ''Geng'' dilancarkan di sebuah majlis pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek ''Upin & Ipin'' yang berikatan dengan filem berkenaan. Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti [[Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia]] (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, [[Kementerian Pelancongan Malaysia]] turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem ini. Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selama lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi.<ref name="rage">{{cite news |url=http://rage.com.my/writeups/story.asp?file=/2009/2/18/mustread/20090218110354&sec=mustread |title=Daring adventures |author=Yam Phui Yee |work=R.AGE |publisher=[[The Star Online]] |date=18 Februari 2009 |accessdate=21 Februari 2009 |url-status=dead |archiveurl=https://web.archive.org/web/20090219221727/http://rage.com.my/writeups/story.asp?file=%2F2009%2F2%2F18%2Fmustread%2F20090218110354&sec=mustread |archivedate=19 Februari 2009 |language=en }}</ref>
'''''Geng: Pengembaraan Bermula (English Subtitle) untuk pasaran luar negara, asalnya '''''Geng: Misteri Hantu Durian'''''<ref>{{Cite web |url=http://pratonton.com/gengmisteri-hantu-durian/ |title=Pratonton: Geng:Misteri Hantu Durian |access-date=2018-10-11 |archive-date=2010-12-06 |archive-url=https://web.archive.org/web/20101206172329/http://pratonton.com/gengmisteri-hantu-durian/ |url-status=dead }}</ref>) dilaungkan sebagai filem cetera [[animasi 3D]] [[imej janaan komputer|CGI]] pertama yang dihasilkan di [[Malaysia]]. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat [[Sega|Sega Model 3]] ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada [[12 Februari]] [[2009]].


Setelah disiapkan, ''Geng'' mula ditayangkan selama tujuh minggu mulai 12 Februari 2009 di 56 pawagam seluruh negara. Dilaporkan bahawa filem ''Geng'' berjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526 dari hari pembukaan hingga 1 April yang boleh ditafsirkan sebagai sumbangan 813,604 penonton dari sebanyak 55 buah pawagam, sekaligus menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagamnya di Malaysia sepanjang tahun 2009, di samping menghampiri rekod ''[[Lagi Lagi Senario]]'' yang mengutip RM6.33 juta ketika ditayangkan pada tahun 2001 dan filem ke-12 paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia.<ref name="Kutipan">{{cite news|title=Kutipan cecah RM2.3 juta |publisher=[[Harian Metro]] |date=24 Februari 2009|url=http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Rap/20090221100437/Article/index_html |url-status=dead |archiveurl=https://web.archive.org/web/20090224073327/http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Rap/20090221100437/Article/index_html |archivedate=24 Februari 2009 |accessdate=4 November 2013}}</ref>
Filem ''Geng'' dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada [[11 September]] [[2007]] bersama-sama siri animasi pendek ''[[Upin & Ipin]]'' yang berikatan dengan filem berkenaan. Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti [[Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia]] (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, [[Kementerian Pelancongan Malaysia]] turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan [[Malaysia]] melalui filem ini. Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada [[Disember]] [[2005]] dan mengambil masa selama lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.


Ekoran kejayaan besarnya, ''Geng'' dieksport ke beberapa negara, sementara [[DVD]] ''Geng'' dipasarkan di Malaysia mulai September 2009.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/4539471/dvd-upin-dan-ipin-laris|title=DVD Upin dan Ipin laris|publisher=[[Metro Ahad]]|date=20 September 2009|accessdate=4 November 2021}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/4579245/cd-dvd-filem-geng-laris|title=CD, DVD filem Geng laris|author=Rozdan Mazalan|publisher=[[Berita Harian]]|date=28 September 2009|accessdate=4 November 2021}}</ref> Filem ini turut menikmati siaran TV perdana di tiga saluran berlainan ([[Disney Channel]], [[Disney XD]] dan [[TV9]]) pada hari yang sama, iaitu pada 10 Disember 2009; sambutan penonton tidak kurang hebatnya.
Setelah disiapkan, filem ''Geng'' mula ditayangkan selama tujuh minggu mulai 12 Februari 2009 di 56 buah pawagam seluruh negara.<ref name=56pawagam/> Dilaporkan bahawa filem ''Geng'' berjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526 dari hari pembukaan hingga 1 April yang boleh ditafsirkan sebagai sumbangan 813,604 penonton<ref name=akhir/> dari sebanyak 55 buah pawagam, sekaligus menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagamnya di Malaysia sepanjang tahun 2009<ref name=finas09>[http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2009 Tayangan Filem Cereka Tempatan 2009], FINAS, dicapai pada 2 Januari 2010.</ref>, di samping menghampiri rekod ''[[Lagi Lagi Senario]]'' yang mengutip RM6.33 juta ketika ditayangkan pada tahun 2001 dan filem ke-12 paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia.


Susulan filem ''Geng'', Les' Copaque mengumumkan filem seterusnya yang dibintangi oleh Upin & Ipin, iaitu ''Upin & Ipin: Angkasa'' pada pertengahan tahun 2009. Namun, setahun kemudian, filem ''Angkasa'' diumumkan batal dan diganti dengan ''[[Laksamana Upin & Ipin]]'' yang dijanjikan dalam bentuk [[filem 3D]].<ref>{{cite news|url=http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/5/28/mstar_hiburan/20100527195816&sec=mstar_hiburan|title=Tuah Kembar Botak Cetuskan ‘Laksamana Upin & Ipin’|publisher=[[mStar Online]]|date=28 Mei 2010|accessdate=22 Ogos 2010|archive-url=https://web.archive.org/web/20100906111245/http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=%2F2010%2F5%2F28%2Fmstar_hiburan%2F20100527195816&sec=mstar_hiburan |archive-date=6 September 2010}}</ref>
Ekoran kejayaan besar tersebut, filem ''Geng'' dieksport ke beberapa negara, sementara [[DVD]] ''Geng'' dipasarkan di Malaysia mulai September 2009. Filem ''Geng'' turut menikmati siaran TV perdana di tiga saluran berlainan ([[Disney Channel]] , [[Disney XD]] dan [[TV9]]) pada hari yang sama, iaitu 10 Disember 2009; sambutan penonton tidak kurang hebatnya.<ref name="AGBNielsen"/>

====''Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!'' (2016)====
{{main|Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!}}

Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi mengutarakan idea untuk menerbitkan filem aksi langsung berdasarkan watak ''Upin & Ipin'' sejak 2013. Filem itu dirakamkan dan disiapkan pada tahun yang sama tetapi tidak ditayangkan kerana banyak masalah teknikal. Proses penambahbaikan untuk filem ini dijalankan pada Oktober 2014 termasuk penggambaran semula adegan.<ref>{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/upin-ipin-jeng-jeng-jeng-bakal-tembusi-pasaran-luar-1.581984/|title=Upin Ipin Jeng Jeng Jeng bakal tembusi pasaran luar|author=Aqmar Mustaza|publisher=[[Sinar Harian]]|date=5 November 2016|accessdate=1 Disember 2016|archive-url=https://web.archive.org/web/20161202041215/http://www.sinarharian.com.my/hiburan/upin-ipin-jeng-jeng-jeng-bakal-tembusi-pasaran-luar-1.581984|archive-date=2 Disember 2016}}</ref>

''Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!'' ditayangkan pada 24 November 2016 di 121 pawagam di seluruh Malaysia dan meraih kutipan tiket sejumlah RM3 juta pada minggu pertama tayangan.<ref>{{Cite news|title=Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! kutip RM3 juta|url=http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:S9RMeGdB7QYJ:www.bharian.com.my/node/218305+&cd=1&hl=en&ct=clnk|date=30 November 2016|accessdate=6 Disember 2016|publisher=[[Berita Harian]]}}</ref> Ini termasuk RM500,000 pada hari pertama sendiri.<ref>{{Cite news|url=http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:5WPsTAMI-60J:www.nst.com.my/news/2016/11/191923/jeng-jeng-jeng-new-upin-ipin-film-scores-rm500k-first-day-screening+&cd=1&hl=en&ct=clnk|title=Jeng Jeng Jeng! New Upin & Ipin film scores RM500K on first day of screening [VIDEO]|date=25 November 2016|work=NST Online|publisher=[[New Straits Times]]|accessdate=6 Disember 2016|language=en}}</ref> Filem ini menduduki tangga nombor dua dalam carta kutipan tiket pawagam Malaysia pada minggu pertamanya.

====''Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal'' (2019)====
{{main|Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal}}

Filem ini mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan, selepas Les' Copaque memuktamadkan penerbitan filem ''Jeng Jeng Jeng!'' dan kosnya hampir RM20 juta, menjadikannya filem Malaysia termahal pernah diterbitkan. Penerbit Les' Copaque, Burhanuddin mendedahkan terdapat beberapa babak yang telah disiapkan lebih awal dan ditukar selepas itu memandangkan babak tersebut tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Salah satu contoh ialah menukar adegan yang sama sebanyak 80 kali sehingga seseorang daripada 200 orang pasukan penerbitan hampir meletak jawatan. Mereka telah mencabar diri mereka sendiri untuk menonjolkan cerita rakyat dan budaya Melayu dalam filem itu, mengambil ''[[Star Wars]]'' sebagai contoh yang baik untuk meletakkan sesuatu yang khayalan dalam filem.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/434553/upin-ipin-kian-hebat|title=Upin & Ipin kian hebat|author=Amirul Haswendy Ashari|publisher=[[Harian Metro]]|date=17 Mac 2019|accessdate=26 Julai 2019}}</ref> Proses alih suara bahasa Inggeris dijalankan di Los Angeles untuk pasaran antarabangsa.<ref>{{cite news|url=https://www.star2.com/entertainment/2019/01/21/upin-ipin-keris-siamang-tunggal/|title=New ‘Upin & Ipin’ movie is most expensive Malaysian film ever|author=Mumtaj Begum|work=Star2|publisher=[[The Star Online]]|date=21 Januari 2019|accessdate=26 Julai 2019|archive-url=https://web.archive.org/web/20190812001001/https://www.star2.com/entertainment/2019/01/21/upin-ipin-keris-siamang-tunggal/|archive-date=12 Ogos 2019|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2019/03/466836/showbiz-upin-ipin-go-trilingual-newest-adventure|title='Upin & Ipin' go trilingual in newest adventure|author=Dennis Chua|publisher=[[New Straits Times]]|date=7 Mac 2019|accessdate=12 Ogos 2019|language=en}}</ref>

Treler rasmi pertama filem ini dikeluarkan pada 6 September 2018.<ref>{{cite video|url=https://www.youtube.com/watch?v=BBuQqNaNYGo|title=Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal (Trailer 1)|publisher=[[YouTube]]|date=6 September 2018|accessdate=26 Julai 2019}}</ref> Treler rasmi keduanya pula dikeluarkan pada 8 Januari 2019.<ref>{{cite video|url=https://www.youtube.com/watch?v=lD8Z7GpR45U|title=Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Cinema Trailer|publisher=[[YouTube]]|date=8 Januari 2019|accessdate=26 Julai 2019}}</ref> ''Keris Siamang Tunggal'' dikeluarkan di Malaysia, Brunei, dan Singapura pada 21 Mac 2019 dalam versi asal bahasa Melayu. Versi alih suara Vietnam dikeluarkan pada 26 April 2019 di Vietnam, manakala versi Indonesia dikeluarkan pada 9 Mei 2019. Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa filem Malaysia yang boleh menembusi pengendali pawagam terbesar Indonesia, Cinema 21 bersama-sama dengan ''[[Polis EVO 2]]''.<ref>{{cite news|url=https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2019/04/480843/showbiz-mischievous-twins-latest-adventure-proves-winner|title=#Showbiz: Mischievous twins' latest adventure proves a winner|author=Tahir Alhamzah|publisher=[[New Straits Times]]|date=19 April 2019|accessdate=2 Ogos 2019|language=en}}</ref>


===Siri terbitan turunan===
===Siri terbitan turunan===
Sebuah siri terbitan turunan ''Upin & Ipin'', bertajuk ''[[Upin & Ipin Iqra']]'' (tajuk asal ''Upin & Ipin Mengaji'') lebih menjurus kepada pengajian [[al-Quran]]. Bersama guru mereka, Ustaz Sheikh Abdulkarim Omar al-Makki, Upin, Ipin, dan kawan-kawan bersama-sama mendalami ilmu al-Quran dalam siri ini. Ia disiarkan serentak di [[Astro Ceria]] di Malaysia dan MNCTV di Indonesia mulai 4 Januari 2019.
* [[Upin & Ipin]]

**Siri Upin & Ipin yang berpadukan bersama dan kawan-kawannya.
Satu lagi siri terbitan turunan, ''[[Upin & Ipin: The Helping Heroes]]'' menggunakan bahasa Inggeris asas sebagai bahasa siri untuk membantu pembelajaran penonton mengenainya, tetapi tidak mempunyai kisah yang sama dengan siri animasi ''Upin dan Ipin'' dan disasarkan kepada penonton yang kebanyakannya ialah kanak-kanak prasekolah. Ia memulakan tayangan perdana di saluran YouTube Les' Copaque pada 22 Mei 2020.<ref>{{cite news|url=https://www.cinema.com.my/articles/news_details.aspx?search=2020.n_upinnipinheroes_55152|title=Les' Copaque releases new series, "Upin & Ipin: The Helping Heroes"|author=Nisa Irina|publisher=Cinema Online|date=22 Mei 2020|accessdate=5 November 2020|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.sembangfilem.com/2020/06/siri-animasi-upin-ipin-helping-heroes-dilancarkan.html|title=Les' Copaque Melancarkan Siri Animasi Terbaharu Bertajuk Upin & Ipin: The Helping Heroes|publisher=Sembang Filem|date=1 Jun 2020|accessdate=5 November 2020}}</ref> Siri ini juga akan disiarkan di [[Netflix]] mulai 10 November 2023.<ref>{{cite news|url=https://aksiz.com/202389056/|title=Upin & Ipin: The Helping Heroes Akan Ke Netflix 10 November Ini|author=Fahim Zahar|publisher=Aksiz|date=26 Oktober 2023|accessdate=5 November 2023}}</ref>
* [[Upin & Ipin: The Helping Heroes]]
**Siri Upin & Ipin dalam [[Bahasa Inggeris]] dan sebagai media pendidikan. Upin & Ipin menjadi adiwira penolong atau dikenali sebagai ''The Helping Heroes''.
* [[Upin & Ipin Iqra']]
**Siri Upin & Ipin yang islam. Upin & Ipin Mengaji dan diarahkan oleh Hazimin Hamdan.


===Pementasan teater===
===Pementasan teater===

Semakan pada 03:37, 17 November 2023

Upin & Ipin
Logo terkini, digunakan sejak 2018.
Genre
Pencipta
Pengarah
  • Mohd Nazmi Mohd Yatim
  • Mohd Faiz Hanafiah
  • Adam Amiruddin
Pelakon suara
  • Nur Fathiah Diaz (musim 1–3)
  • Asyiela Putri (musim 4–kini)
  • Hj. Burhanuddin Md Radzi
  • Hjh. Ainon Ariff
  • Ida Shaheera Azhar
  • Ida Rahayu Yusoff
  • Mohd Shafiq Mohd Isa
Penggubah lagu tema
  • Yuri Wong (musim 1–4)
  • Azfaren Aznam (musim 5)
Lagu pembukaan
  • "Upin & Ipin" instrumental (musim 1–4; musim 6–8)
  • "Sahabat Selamanya" oleh Padi (musim 5)
  • "Gembira Bermain" (musim 9–kini)
PenggubahAzfaren Aznam
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan musim18
Bilangan episod633 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit
  • Hj. Burhanuddin Md Radzi
  • Hjh. Ainon Arifin
Tempoh siaran
  • 4–5 minit (musim 1–2)
  • 7 minit (musim 3–5)
  • 6–7 minit (musim 6–kini)
Syarikat penerbitan
Les' Copaque Production
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 September 2007 – kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
Geng: Pengembaraan Bermula
Pautan luar
Laman sesawang

Upin & Ipin (Jawi: اوڤين دان ايڤين; juga dikenali sebagai Upin & Ipin dan Kawan-Kawan) ialah siri televisyen animasi komputer Malaysia yang disiarkan sejak 2007. Siri ini dicipta oleh Burhanuddin Md Radzi dan isterinya, Ainon Ariff dan diterbitkan oleh Les' Copaque Production yang beribu pejabat di Shah Alam, Selangor.[1] Ia memulakan tayangan perdana di TV9 sebanyak 11 musim, dengan hak siarannya dibeli oleh Astro, TV2 dan Disney Channel Asia. Siri ini juga disiarkan menerusi MNCTV di Indonesia dan boleh didapati melalui penstriman di Disney+ Hotstar dan Netflix.

Watak Upin dan Ipin disuarakan oleh Nur Fathiah Diaz untuk tiga musim, sebelum beliau digantikan oleh Asyiela Putri bermula musim keempat ke atas.[2] Ia berkisarkan tentang Upin dan Ipin,[3] sepasang adik-beradik kembar yang tinggal bersama kakak sulung mereka, Ros dan nenek mereka, Uda (yang mereka panggil Opah) di sebuah rumah kampung di Kampung Durian Runtuh. Mereka kehilangan ibu bapa mereka semasa mereka masih bayi. Bersama rakan-rakan mereka, adik-beradik kembar ini menjalani kehidupan seharian mereka yang penuh dengan aktiviti menarik dan pengembaraan yang mendebarkan.

Asalnya merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula, Upin & Ipin diterbitkan sebagai siri enam bahagian sempena bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2007 di TV9, dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia. Setakat pada 2023, Upin & Ipin ialah siri animasi Malaysia yang paling lama disiarkan, kini dalam tahun ke-16 penerbitannya, dan kini memasuki musim ke-17. Upin & Ipin telah menerima tontonan yang tinggi secara konsisten di Malaysia baik dalam kedua-dua siaran televisyen dan perkhidmatan video atas permintaan. Ia telah mempengaruhi penghasilan barangan berjenama, penerbitan filem dan persembahan pentas yang menampilkan watak-wataknya. Siri ini telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) sebanyak 3 kali dan memenangi pelbagai anugerah, termasuk Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 bagi Animasi Terbaik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 bagi Watak Animasi Tempatan Paling Popular. Ia telah dipuji oleh pengkritik televisyen kerana menggambarkan kehidupan keluarga seharian moden.[4]

Sinopsis

Upin dan Ipin ialah sepasang dua beradik kembar berusia 5 tahun yang tinggal bersama kakak mereka, Ros, berumur 18 tahun dan nenek mereka, Uda (yang mereka panggil Opah), berusia 68 tahun di Kampung Durian Runtuh. Mereka kehilangan ibu bapa mereka semasa mereka masih bayi. Upin dan Ipin belajar di Tadika Mesra, sebuah tadika kampung bersama rakan sekelas mereka, termasuk Mei Mei, Jarjit Singh, Ehsan, Fizi dan Mail.

Ketua Kampung Durian Runtuh ialah Tok Dalang yang berusia 72 tahun, juara Wayang Kulit. Tok Dalang menanam pokok rambutan bagi tujuan komersial, dan membela seekor ayam jantan bernama Rembo. Antara penduduk terkenal di kampung itu ialah Muthu, pemilik satu-satunya gerai makanan di kampung itu yang tinggal bersama anak lelakinya, Rajoo dan lembu peliharaan mereka, Sapy; Salleh (Sally), seorang transgender yang memiliki perpustakaan bergerak; dan Ah Tong, seorang petani sayur yang bersuara lantang. Selain itu, watak baru diperkenalkan pada musim-musim kemudian: seorang gadis Indonesia bernama Susanti yang berpindah ke Kampung Durian Runtuh bersama keluarganya.

Penerbitan

Konsep

Logo Upin & Ipin, digunakan dari 2007 sehingga 2013.

Upin & Ipin pada asalnya dicipta sebagai watak sampingan untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula, terbitan Les' Copaque Production yang diasaskan oleh Burhanuddin Md Radzi dan isterinya Ainon Ariff pada tahun 2005. Sebelum menubuhkan Les' Copaque, Burhanuddin sebelum ini memulakan kerjayanya dalam industri minyak dan gas selama lebih 20 tahun.[5] Menurut Burhanuddin, isterinya, Ainon memainkan peranan amat penting dalam mencorakkan watak Upin dan Ipin, meskipun tiada kelayakan profesional dalam industri animasi mahupun perfileman. Sewaktu mengutarakan ideanya untuk menerbitkan Upin & Ipin, beliau teringat sesetengah orang meragui tentang idea itu, mengatakan ia tidak akan berjaya. Beliau berkata: "Mereka memberitahu saya, penonton tidak akan menerima idea ini kerana ia berlatarbelakangkan kampung. Saya diketawakan kerana idea 'kampung' saya".[6] Stesen televisyen TV9 membeli siri animasi itu, bukan di Malaysia, tetapi di Perancis. Beliau kemudian membawa klip video Upin & Ipin ke Festival Filem Cannes pada tahun 2006.[5] Selepas pulang ke Malaysia, Burhanuddin dan pasukannya menjalankan proses penyelidikan dan berkata: "Kami mendapati bahawa benua Asia dahagakan animasi yang disesuaikan dengan budaya kita dan akan memberi manfaat kepada kanak-kanak". Penciptaan Upin & Ipin melalui empat proses penting sebelum dipilih atas sebab teknikal.[7]

Ditanya mengenai penampilan Upin dan Ipin yang berkepala botak, Burhanuddin berkata, watak Upin dan Ipin sengaja ditampilkan dengan imej berkepala botak kerana proses mewarnakan rambut agak mahal, manakala nama Upin dan Ipin pula diilhamkan daripada U dan I (awak dan saya), sebelum diputuskan menjadi ‘Upin dan Ipin’.[5] Watak ibu bapa Upin dan Ipin pada mulanya mahu diwujudkan dalam siri ini. Namun, oleh kerana kekangan masa dan tenaga kerja, Les' Copaque memutuskan untuk menjadikan Upin dan Ipin sebagai yatim piatu.[8] Sewaktu menceritakan kisah di sebalik pembikinan Upin & Ipin dalam satu sesi sembang santai pagi yang diadakan di Cyberjaya pada 24 Februari 2022, Burhanuddin mendedahkan bahawa watak ibu bapa Upin dan Ipin tidak dicipta tanpa sengaja kerana terpaksa mengejar tarikh akhir siaran yang begitu pantas pada ketika itu. Beliau turut mengakui pada mulanya Upin dan Ipin tidak dicipta untuk menjadi anak yatim piatu. Katanya: "Namun situasi waktu itu menyebabkan watak orang tua mereka tidak dapat siap dan sebagai ganti, episod berikutnya dimulakan babak ziarah kubur ibu bapa si kembar tersebut".[9]

Untuk siri ini, aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan kampung yang serba santai diketengahkan bagi menarik minat pasaran antarabangsa, mengambil contoh siri animasi Doraemon dari Jepun yang laris di seluruh dunia meskipun berlatarkan budaya setempat dan bukannya budaya antarabangsa.[10] Reputasi Les' Copaque sebagai syarikat animasi terkenal mula dibentuk oleh populariti Upin & Ipin bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain yang mengimport siri ini khususnya Indonesia.[11]

Papan cerita dan animasi

Anak perempuan Burhanuddin, Nur Naquyah, yang merupakan Pengarah Kandungan Kreatif Les’ Copaque Production, menjelaskan dalam satu temu bual bahawa tiada sebab tertentu mengapa pasangan adik-beradik kembar diketengahkan dalam siri animasi pertama mereka. Pada mulanya, Les' Copaque hanya bercadang untuk menghasilkan cerita tentang budak nakal dalam sebuah keluarga dan tiada kawan. Namun sukar untuk menghasilkan certita mengenai seorang budak lelaki akan berkomunikasi sendiri dan sejauh mana seorang budak lelaki boleh menjadi nakal.[11]

Tempoh untuk setiap episod hanya tujuh minit. Daripada proses ini, penulis skrip akan menentukan momentum cerita untuk mewujudkan klimaks dalam setiap episod, yang mana momentum tersebut merupakan sebahagian daripada unsur-unsur yang menjayakan cerita Upin & Ipin selain memastikan jalan cerita mempunyai momentum atau membina klimaks dan resolusi. Dalam setiap episod, ia terdiri daripada tiga bahagian dengan tempoh 7 minit untuk setiap episod. Ini serupa dengan struktur tiga-tindakan; permulaan, pertengahan, akhir, di mana setiap episod mempunyai permulaan, pertengahan dan pengakhiran yang tersendiri sebelum sampai ke episod ketiga yang juga mempunyai struktur tiga babak yang tersendiri.[11]

Proses animasi Upin & Ipin (dan juga filem Geng) menggunakan perisian imej janaan komputer (CGI), Autodesk Maya. Dalam satu sidang media perisian animasi pada tahun 2009, Ketua Pereka Les' Copaque, Fuad Md. Din memberitahu, "Salah satu tujuan kami memilih perisian ini kerana ia mudah. Lagi pun kami sudah berpengalaman menggunakannya sebelum ini."[12]

Pelakon suara

Watak Upin dan Ipin dilakon suara oleh Nur Fathiah Diaz bagi tiga musim pertama. Bermula dari musim keempat ke atas, Asyiela Putri menyumbangkan suaranya untuk watak Upin dan Ipin, bagi menggantikan Nur Fathiah. Watak-watak pembantu dan sampingan dalam siri animasi ini, dilakon suara oleh barisan pelakon suara yang kebanyakannya ialah kakitangan Les' Copaque sepanjang musim. Burhanuddin meminjamkan suaranya untuk watak Tok Dalang, manakala isterinya, Ainon menyumbangkan suaranya untuk watak Opah.[5]

Menurut Burhanuddin, Les' Copaque biasanya akan melakukan uji bakat untuk mencari suara yang sesuai untuk setiap watak. Ini bagi memastikan mereka akan mencari pelakon suara yang tahu membawa watak mereka dan bukan sekadar membaca skrip. Pasukan penerbitan Upin & Ipin juga akan mengutamakan kualiti. Sebelum penerbitan animasi bermula, mereka akan menjalankan sesi rakaman suara terlebih dahulu.[13][14]

Selain itu, Upin & Ipin turut menampilkan penampilan kameo dalam beberapa episod daripada tokoh ternama tanahair, seperti pelakon veteran Aziz Sattar dan Jamali Shadat; pelakon dan selebriti serba boleh, Afdlin Shauki; bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan isteri, Siti Hasmah Mohd Ali, dan kartunis Lat.[1]

Episod

Musim pertama Upin & Ipin diterbitkan khas sempena sambutan Ramadan pada tahun 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia. Sambutan memberangsangkan terhadap siri pendek ini menggalakkan Les' Copaque menerbitkan musim kedua yang mengandungi 12 episod dengan watak-watak baru, sempena Ramadan dan Aidilfitri pada tahun 2008. Selepas dua musim yang bertemakan Ramadan dan keislaman, penerbitan Upin & Ipin beralih kepada penceritaan yang lebih bersifat "sejagat". Ketika ditemu bual dalam rancangan wawancara Internet, The Entrepreneur, pada tahun 2010, Burhanuddin menjelaskan sebab pihaknya berbuat demikian, "kandungan bercirikan Islam sukar untuk dijual ... pasaran Timur Tengah nampak bagus, tetapi sebenarnya tidak; jika dijual kepada penyiar satelit, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak lain, apatah lagi mereka meminta harga yang sangat rendah. Sebab itulah kami mengubah konsep daripada Islam kepada sejagat."[15] Oleh itu, Upin & Ipin disiarkan sepanjang tahun mulai Februari 2009, yang mana episod baru disiarkan pada musim cuti sekolah atau Ramadan dan Aidilfitri, manakala hari-hari persekolahan hanya ada siaran ulangan. Ini berterusan sehingga musim keempat pada tahun 2010. Pada musim Ramadhan dan Aidilfitri 2011, musim terawal Upin & Ipin disiarkan di Astro Ceria. Selepas 11 musim disiarkan di TV9, Upin & Ipin memulakan tayangan perdana di Indonesia menerusi MNCTV yang mana musim ke-12 merupakan musim pertama siri animasi ini disiarkan di sana selepas MNCTV memperoleh hak penyiaran rasmi untuk siri ini.

MusimEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
1614 September 2007 (2007-09-14)13 Oktober 2007 (2007-10-13)TV9
2125 September 2008 (2008-09-05)6 Oktober 2008 (2008-10-06)
3422 Februari 2009 (2009-02-02)30 Disember 2009 (2009-12-30)
44215 Mac 2010 (2010-03-15)29 Disember 2010 (2010-12-29)
54212 Mac 2011 (2011-03-12)31 Disember 2011 (2011-12-31)
64218 Mac 2012 (2012-03-18)30 Disember 2012 (2012-12-30)
7429 Mac 2013 (2013-03-09)28 Disember 2013 (2013-12-28)
84230 Mei 2014 (2014-05-30)25 Disember 2014 (2014-12-25)
94220 Mac 2015 (2015-03-20)1 Januari 2016 (2016-01-01)
10429 April 2016 (2016-04-09)31 Disember 2016 (2016-12-31)
114225 Mac 2017 (2017-03-25)30 Disember 2017 (2017-12-30)
124223 Mei 2018 (2018-05-23)5 Januari 2019 (2019-01-05)MNCTV
Astro Ria
Astro Prima
Astro Ceria
134220 April 2019 (2019-04-20)26 Disember 2019 (2019-12-26)
14421 Mei 2020 (2020-05-01)15 Mac 2021 (2021-03-15)
154213 April 2021 (2021-04-13)29 Mac 2022 (2022-03-29)
16423 April 2022 (2022-04-03)3 April 2023 (2023-04-03)
174217 April 2023 (2023-04-17)sedang bersiaran

Kolaborasi

Pada September 2016, Upin & Ipin berkolaborasi bersama artis antarabangsa seperti Katy Perry, Shakira dan ramai lagi menerusi versi sedunia lagu "Imagine" nyanyian asal John Lennon, bekas vokalis kumpulan The Beatles dengan muzik video iringannya dilancarkan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Sebagai duta kebangsaan UNICEF Malaysia, Upin dan Ipin telah menyumbangkan sebahagian kecil dalam video muzik itu, menyanyikan baris "Imagine all the people..." ("Bayangkan semua...") dalam loghat Manglish mereka yang comel. Turut membuat penampilan dalam video itu ialah will.i.am, Neymar JR, Priyanka Chopra, Idris Elba, David Guetta, Adam Lambert dan penyanyi asal lagu ini, Lennon yang muncul sebanyak dua kali dalam video tersebut.[16][17][18]

Media lain

Filem

Geng: Pengembaraan Bermula (2009)

Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan. Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem ini. Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selama lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi.[19]

Setelah disiapkan, Geng mula ditayangkan selama tujuh minggu mulai 12 Februari 2009 di 56 pawagam seluruh negara. Dilaporkan bahawa filem Geng berjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526 dari hari pembukaan hingga 1 April yang boleh ditafsirkan sebagai sumbangan 813,604 penonton dari sebanyak 55 buah pawagam, sekaligus menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagamnya di Malaysia sepanjang tahun 2009, di samping menghampiri rekod Lagi Lagi Senario yang mengutip RM6.33 juta ketika ditayangkan pada tahun 2001 dan filem ke-12 paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia.[20]

Ekoran kejayaan besarnya, Geng dieksport ke beberapa negara, sementara DVD Geng dipasarkan di Malaysia mulai September 2009.[21][22] Filem ini turut menikmati siaran TV perdana di tiga saluran berlainan (Disney Channel, Disney XD dan TV9) pada hari yang sama, iaitu pada 10 Disember 2009; sambutan penonton tidak kurang hebatnya.

Susulan filem Geng, Les' Copaque mengumumkan filem seterusnya yang dibintangi oleh Upin & Ipin, iaitu Upin & Ipin: Angkasa pada pertengahan tahun 2009. Namun, setahun kemudian, filem Angkasa diumumkan batal dan diganti dengan Laksamana Upin & Ipin yang dijanjikan dalam bentuk filem 3D.[23]

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016)

Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi mengutarakan idea untuk menerbitkan filem aksi langsung berdasarkan watak Upin & Ipin sejak 2013. Filem itu dirakamkan dan disiapkan pada tahun yang sama tetapi tidak ditayangkan kerana banyak masalah teknikal. Proses penambahbaikan untuk filem ini dijalankan pada Oktober 2014 termasuk penggambaran semula adegan.[24]

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! ditayangkan pada 24 November 2016 di 121 pawagam di seluruh Malaysia dan meraih kutipan tiket sejumlah RM3 juta pada minggu pertama tayangan.[25] Ini termasuk RM500,000 pada hari pertama sendiri.[26] Filem ini menduduki tangga nombor dua dalam carta kutipan tiket pawagam Malaysia pada minggu pertamanya.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019)

Filem ini mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan, selepas Les' Copaque memuktamadkan penerbitan filem Jeng Jeng Jeng! dan kosnya hampir RM20 juta, menjadikannya filem Malaysia termahal pernah diterbitkan. Penerbit Les' Copaque, Burhanuddin mendedahkan terdapat beberapa babak yang telah disiapkan lebih awal dan ditukar selepas itu memandangkan babak tersebut tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Salah satu contoh ialah menukar adegan yang sama sebanyak 80 kali sehingga seseorang daripada 200 orang pasukan penerbitan hampir meletak jawatan. Mereka telah mencabar diri mereka sendiri untuk menonjolkan cerita rakyat dan budaya Melayu dalam filem itu, mengambil Star Wars sebagai contoh yang baik untuk meletakkan sesuatu yang khayalan dalam filem.[27] Proses alih suara bahasa Inggeris dijalankan di Los Angeles untuk pasaran antarabangsa.[28][29]

Treler rasmi pertama filem ini dikeluarkan pada 6 September 2018.[30] Treler rasmi keduanya pula dikeluarkan pada 8 Januari 2019.[31] Keris Siamang Tunggal dikeluarkan di Malaysia, Brunei, dan Singapura pada 21 Mac 2019 dalam versi asal bahasa Melayu. Versi alih suara Vietnam dikeluarkan pada 26 April 2019 di Vietnam, manakala versi Indonesia dikeluarkan pada 9 Mei 2019. Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa filem Malaysia yang boleh menembusi pengendali pawagam terbesar Indonesia, Cinema 21 bersama-sama dengan Polis EVO 2.[32]

Siri terbitan turunan

Sebuah siri terbitan turunan Upin & Ipin, bertajuk Upin & Ipin Iqra' (tajuk asal Upin & Ipin Mengaji) lebih menjurus kepada pengajian al-Quran. Bersama guru mereka, Ustaz Sheikh Abdulkarim Omar al-Makki, Upin, Ipin, dan kawan-kawan bersama-sama mendalami ilmu al-Quran dalam siri ini. Ia disiarkan serentak di Astro Ceria di Malaysia dan MNCTV di Indonesia mulai 4 Januari 2019.

Satu lagi siri terbitan turunan, Upin & Ipin: The Helping Heroes menggunakan bahasa Inggeris asas sebagai bahasa siri untuk membantu pembelajaran penonton mengenainya, tetapi tidak mempunyai kisah yang sama dengan siri animasi Upin dan Ipin dan disasarkan kepada penonton yang kebanyakannya ialah kanak-kanak prasekolah. Ia memulakan tayangan perdana di saluran YouTube Les' Copaque pada 22 Mei 2020.[33][34] Siri ini juga akan disiarkan di Netflix mulai 10 November 2023.[35]

Pementasan teater

Pementasan teater Upin & Ipin the Musical yang menggunakan khidmat pelakon hidup dianjurkan buat julung kalinya pada 14 April hingga 6 Mei 2012 di Istana Budaya.[36] Dalam pementasan ini, watak Upin dan Ipin dimainkan oleh dua pasangan pelakon yang berbeza, iaitu Faris Azim Abdul Karim dan Amir Johar Nadim, Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril dan Muhamad Faritz Danial Roshaimi.

Keluaran

Siaran

Negara Saluran Mulai Catatan
 Malaysia TV9 September 2007 Musim pertama hingga Musim ke-11
Astro Ceria Ogos 2011 Musim pertama hingga Musim Ke-17
Disney XD 2015 Musim Pertama hingga Musim Ke-17
Disney Channel Malaysia November 2009 Mulai musim ke-3 hingga Musim Ke-17
Astro Prima Januari 2019 Mulai musim 12 hingga Musim Ke-17
Catatan

↑a  Sehingga Mac 2010. Mulai April 2010, Disney Channel Hong Kong mengganti Disney Channel Asia.
↑b  Sehingga 30 Jun 2011. Mulai 1 Julai 2011, Disney Channel Korea mengganti Disney Channel Asia.

Keluaran media rumah

Selain di TV, episod-episod Upin & Ipin boleh juga ditonton melalui DVD dan khidmat penstriman video yang sah di sisi undang-undang, iaitu di akaun rasmi lescopaque di YouTube dan juga Tonton.com.my.

Sambutan

Pengaruh dan legasi

Pasukan UNICEF Malaysia bersama Upin & Ipin.

Siri dan francais Karenah Jenis Upin & Ipin nyata berpengaruh di rantau Nusantara, khususnya di Malaysia dan Indonesia. Musim pertamanya yang diperkenalkan kepada umum sempena musim Ramadan 2007 bukan sahaja disambut hangat oleh penonton, bahkan juga mengurniakan anugerah pertamanya sebagai "Animasi Terbaik" di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianjurkan pada tahun yang sama.[37]

Ketika musim keduanya disiarkan pada musim Ramadan 2008, dilaporkan sejumlah 1.5 juta penonton menonton siri animasi ini di TV9[38], menjadikannya siri kartun kedua teramai penonton di televisyen Malaysia, mengekori Doraemon (1.6 juta orang), tetapi di hadapan SpongeBob SquarePants (800,000 orang).[39] Kelarisan jenama Upin & Ipin juga dipercayai menjadi pemangkin kepada kejayaan filem animasi CGI pertama Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula (2009) yang juga diterbitkan oleh Les' Copaque dan menampilkan watak Upin dan Ipin yang mencapai hasil kutipan yang cemerlang iaitu RM 6.31 juta selama tujuh minggu di pawagam, menjadikannya antara filem tempatan yang paling lumayan dalam sejarah perfileman Malaysia.[39]

Ketika musim ketiga disiarkan dengan pada musim cuti sekolah akhir tahun 2009, pihak TV9 melaporkan bahawa siri Upin & Ipin mencatat 1.6 juta penonton, menjadikannya rancangan kedua teramai penonton di saluran tersebut, mengekori tidak lain tidak bukan filem Geng yang menikmati tayangan perdana di TV percuma dengan 2.45 juta penonton (TVR 12.8).[40]

Nyata sekali, Indonesia menjadi pasaran eksport utama untuk francais Upin & Ipin. Pada tahun 2009, pihak TPI selaku penyiarnya di republik itu melaporkan TVR sebanyak 10.5 peratus.[41] Penangan Upin & Ipin di seberang ditandai oleh puji-pujian daripada pengarang kolum akhbar di Indonesia, misalnya Fadil Abidin untuk akhbar Analisa yang mengulas bahawa siri ini kaya dengan pendidikan serta unsur Islam, seperti menghormati sesama kawan yang berbeza kaum dan agama sehingga watak-wataknya bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu, Cina dan Tamil, bahkan juga orang Indonesia.[42]

Sempena sambutan perayaan Hindu Nyepi di Bali pada Mac 2010, tersiarnya gambar patung ogoh-ogoh yang dilaporkan amat menyerupai Upin & Ipin. Pembuatan ogoh-ogoh berupa Upin dan Ipin ini dilaporkan menelan belanja 4 juta rupiah[43] (kira-kira RM 1,500).

Facebook mengumumkan dalam hasil kajian Memology bahawa halaman Upin & Ipin merupakan halaman watak cereka yang paling popular di Facebook seluruh dunia sepanjang tahun 2011.[44] Pada tahun 2012, Upin & Ipin merupakan kata kunci carian yang paling kerap ditaipkan oleh pengguna Google Malaysia dalam kategori Rancangan TV menurut Google Zeitgeist.[45] Setakat tahun 2013, halaman rasmi Upin & Ipin di Facebook telah mencecah paras tujuh juga peminat (likes).

Pada 7 Mac 2013, UNICEF cawangan Malaysia memilih watak Upin dan Ipin sebagai Duta UNICEF Malaysia dengan harapan "boleh membantu memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak".[46]

Anugerah dan pencalonan

Francais

Cenderamata

Selain DVD, jenama Upin & Ipin juga terjual dalam bentuk barangan cenderamata,[49] termasuk pakaian, kelengkapan sekolah, sampul duit raya, anak patung dan juga bantal kusyen di bawah jenama "U & I Boutique". Namun begitu, barangan-barangan Upin & Ipin tidak terlepas daripada gejala cetak rompak dan barangan tiruan;[50] tetapi kini dipantau dan dibendung melalui penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui rampasan barangan-barangan tersebut.[51]

Acara luar

Sempena meraikan sambutan peminat-peminat, pihak penerbitan Upin & Ipin mengambil ikhtiar untuk mengadakan Karnival Upin & Ipin yang terdiri daripada penampilan maskot watak-watak Upin & Ipin dengan pelbagai aktiviti menghiburkan. Mulai musim cuti sekolah akhir tahun 2010 di Melaka Wonderland dan SACC Mall Shah Alam, Karnival Upin & Ipin kini merupakan acara tahunan yang menjelajah dari tempat ke tempat di seluruh negara.

Selain Karnival Upin & Ipin, maskot Upin dan Ipin dan kawan-kawan juga membuat penampilan di acara-acara anjuran pihak lain sebagai tetamu mahupun duta produk.

Kelab Upin & Ipin

Walaupun aktif sejak tahun 2009, namun Kelab Upin & Ipin hanya dirasmikan di acara "Hari Kelab Upin & Ipin" di Zoo Negara pada 12 Jun 2010.[52] Ahli kelab menikmati peluang menyertai semua aktiviti kelab sepanjang tahun, dan juga harga istimewa untuk barang dagangan berjenama Upin & Ipin di kedai U & I Boutique dan Geng's Corner. Di samping itu, rancangan televisyen kanak-kanak Kelab Upin & Ipin disiarkan mulai 4 Jun 2011 di TV9.

Kedai Makan Upin & Ipin

Jenama Upin & Ipin dimantapkan lagi dengan pembukaan jaringan restoran Kedai Makan Upin & Ipin yang khusus dalam hidangan masakan tempatan. Dimulai dengan pembukaan cawangan pertama di Seksyen 7, Shah Alam pada Julai 2012, Kedai Makan Upin & Ipin terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia.

Rakaman muzik

Pada tahun 2011, Les' Copaque dan syarikat rakaman Nova Music menerbitkan album lagu Aidilfitri Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin yang menampilkan nyanyian Asyiela Putri sebagai pelakon suara Upin dan Ipin.[53] Pada pertengahan tahun 2012, Asyiela berduet bersama Najwa Latif untuk merakam lagu "Terima Kasih Cikgu" sempena sambutan Hari Guru dan episod "Terima Kasih Cikgu".

Majalah

Mulai Disember 2009, Majalah Komik Upin & Ipin diterbitkan sekali sebulan untuk pasaran seluruh Malaysia, terbitan Nyla Sdn Bhd.[54] Isi kandungan majalah ini terdiri daripada komik hasil tangkapan skrin siri Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula, profil pelakon suara dan kru di sebalik siri Upin & Ipin, halaman pembelajaran dan aktiviti, dan sebagainya.

Permainan video dan aplikasi mudah alih

Les' Copaque Production membuka sebuah bahagian pembangunan permainan, LC Game Develpment Inc. Sdn Bhd untuk mengeluarkan permainan video elektronik Upin & Ipin. LC Game Development Inc. telah menghasilkan dua permainan mini untuk pengguna iOS, iaitu Pocket Ipin (2010), Pocket Upin (2012) dan Upin & Ipin Dash (2012) untuk pengguna Android.

Rujukan

  1. ^ a b Ida Latif (10 Mac 2016). "10 Sebab Kenapa Upin & Ipin Kekal Menjadi Animasi Popular Di Malaysia". The Vocket. Dicapai pada 4 November 2021.
  2. ^ "Tuah Asyiela datang bergolek". Metro Ahad. 18 Oktober 2015. Dicapai pada 4 November 2021.
  3. ^ "The cheer of childhood" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 15 Julai 2015. Dicapai pada 4 November 2021.
  4. ^ Muhammad Ridhwan Roslan (23 Mac 2022). "The Adorable Twins - Upin & Ipin". Astro Gempak. Dicapai pada 15 November 2022.
  5. ^ a b c d Zeanaaima Mohd Yusof (18 September 2022). "Les' Copaque atau 'Last Kopek', pencipta Upin dan Ipin dedah rahsia nama syarikat". Free Malaysia Today. Dicapai pada 10 November 2022.
  6. ^ Angelin Yeoh (14 November 2016). "Upin and Ipin, tiny boys with a huge audience" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 15 November 2021.
  7. ^ "IP Successes in the ASEAN Region" (dalam bahasa Inggeris). Geneva, Switzerland: Pertubuhan Harta Intelek Sedunia. 8 Ogos 2014. m/s. 26–37. Dicapai pada 13 November 2021.
  8. ^ Wafa Awla (20 Januari 2022). "Alasan Upin Ipin Botak, Tak Ada Mak Ayah". Getaran. Dicapai pada 11 November 2022.
  9. ^ Amree Ahmad (25 Februari 2022). "Rahsia watak Upin dan Ipin jadi anak yatim dibongkar penciptanya". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 November 2022.
  10. ^ Steven Patrick (12 Jun 2008). "Animating Malaysia for the world" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2008. Dicapai pada 9 Januari 2010.
  11. ^ a b c "Malaysian Animated TV Series: Upin & Ipin through Piaget's Cognitive Development" (dalam bahasa Inggeris). IBIMA Publishing. 13 Jun 2019. Dicapai pada 13 November 2019.
  12. ^ Aqmar Alladad (14 Oktober 2009). "Autodesk pelengkap animasi". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2009. Dicapai pada 9 Januari 2010.
  13. ^ "Tinggal kesan positif". Harian Metro. 20 Oktober 2015. Dicapai pada 13 November 2018.
  14. ^ "Les' Copaque proud of "Upin & Ipin"" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. 21 Oktober 2015. Dicapai pada 13 November 2020.
  15. ^ The Entrepreneur Media EXpose - Tuan Hj Burhanuddin Md Radzi Part 2 (dalam bahasa Inggeris). The Entrepreneur. 24 Jun 2010. Peritiwa berlaku pada 3:00. Dicapai pada 16 Disember 2010.
  16. ^ "UNICEF's "Imagine" video features Upin & Ipin" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. 27 September 2016. Dicapai pada 6 November 2021.
  17. ^ "#IMAGINE: Upin & Ipin Featured In Unicef Video Alongside John Lennon, Choi Siwon, Neymar Jr., & More" (dalam bahasa Inggeris). Hype.my. 27 September 2016. Dicapai pada 6 November 2021.
  18. ^ "Upin and Ipin appear in Unicef's Imagine video" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 24 September 2016. Dicapai pada 6 November 2021.
  19. ^ Yam Phui Yee (18 Februari 2009). "Daring adventures". R.AGE (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2009. Dicapai pada 21 Februari 2009.
  20. ^ "Kutipan cecah RM2.3 juta". Harian Metro. 24 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2009. Dicapai pada 4 November 2013.
  21. ^ "DVD Upin dan Ipin laris". Metro Ahad. 20 September 2009. Dicapai pada 4 November 2021.
  22. ^ Rozdan Mazalan (28 September 2009). "CD, DVD filem Geng laris". Berita Harian. Dicapai pada 4 November 2021.
  23. ^ "Tuah Kembar Botak Cetuskan 'Laksamana Upin & Ipin'". mStar Online. 28 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2010. Dicapai pada 22 Ogos 2010.
  24. ^ Aqmar Mustaza (5 November 2016). "Upin Ipin Jeng Jeng Jeng bakal tembusi pasaran luar". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2016. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  25. ^ "Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! kutip RM3 juta". Berita Harian. 30 November 2016. Dicapai pada 6 Disember 2016.
  26. ^ "Jeng Jeng Jeng! New Upin & Ipin film scores RM500K on first day of screening [VIDEO]". NST Online (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 25 November 2016. Dicapai pada 6 Disember 2016.
  27. ^ Amirul Haswendy Ashari (17 Mac 2019). "Upin & Ipin kian hebat". Harian Metro. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  28. ^ Mumtaj Begum (21 Januari 2019). "New 'Upin & Ipin' movie is most expensive Malaysian film ever". Star2 (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2019. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  29. ^ Dennis Chua (7 Mac 2019). "'Upin & Ipin' go trilingual in newest adventure" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 12 Ogos 2019.
  30. ^ Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal (Trailer 1). YouTube. 6 September 2018. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  31. ^ Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Cinema Trailer. YouTube. 8 Januari 2019. Dicapai pada 26 Julai 2019.
  32. ^ Tahir Alhamzah (19 April 2019). "#Showbiz: Mischievous twins' latest adventure proves a winner" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 2 Ogos 2019.
  33. ^ Nisa Irina (22 Mei 2020). "Les' Copaque releases new series, "Upin & Ipin: The Helping Heroes"" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 5 November 2020.
  34. ^ "Les' Copaque Melancarkan Siri Animasi Terbaharu Bertajuk Upin & Ipin: The Helping Heroes". Sembang Filem. 1 Jun 2020. Dicapai pada 5 November 2020.
  35. ^ Fahim Zahar (26 Oktober 2023). "Upin & Ipin: The Helping Heroes Akan Ke Netflix 10 November Ini". Aksiz. Dicapai pada 5 November 2023.
  36. ^ Upin and Ipin in first musical, New Straits Times, 2 Mac 2012. Dicapai pada 17 Mac 2012.
  37. ^ a b Budiey Isma (3 Disember 2007). "Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  38. ^ Sy Mussaddad Mahdi (8 Februari 2009). "Apabila Upin dan Ipin masuk pawagam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-14. Dicapai pada 16 Mac 2010.
  39. ^ a b Lee Wei Lian (15 November 2009). "Jobless four years ago, three young filmmakers shake up box office". The Malaysian Insider. Dicapai pada 9 Januari 2010.[pautan mati kekal]
  40. ^ SYABAS LES' COPAQUE ([1.jpg poster]), LCP Blog!, 24 Dis 2009. Dicapai pada 16 Mac 2010.
  41. ^ Rating Upin & Ipin di Indonesia, LCP Blog!, 2 Sep 2009. Dicapai pada 16 Mac 2010. Pihak LCP tersilap melaporkannya sebagai 10.5 juta penonton.
  42. ^ Fadil Abidin. "Upin dan Ipin vs Acara Anak di Televisi Kita". Analisa. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-06. Dicapai pada 16 Mac 2010. sangat baik ditonton karena sarat edukasi dengan nuansa yang Islami, menghormati teman-teman lain yang berbeda suku dan agama sehingga tokoh-tokoh di dalamnya ada orang Melayu, China dan Tamil bahkan orang Indonesia.
  43. ^ Arry Anggadha (7 Mac 2010). "Upin dan Ipin Ramaikan Perayaan Nyepi". VIVAnews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-17. Dicapai pada 16 Mac 2010.
  44. ^ Halaman Facebook Upin & Ipin Merupakan Salah Satu Halaman Popular Sepanjang 2011, Amanz, 8 Disember 2011. Dicapai pada 9 Disember 2011.
  45. ^ 2012 Search Trends Malaysia – Most Searched TV Shows
  46. ^ Majlis Sidang Media - Pelantikan Upin & Ipin Duta UNICEF Malaysia, Upin & Ipin @ Facebook, 8 Mac 2013.
  47. ^ Shamala Velu (21 Julai 2009). "Shout to the top". The Star. Dicapai pada 1 Mac 2010.
  48. ^ Upin & Ipin "The Most Successful Animation" di Malaysia Book of Records, LCP Production Blog, 13 Januari 2011. Dicapai pada 15 Januari 2011.
  49. ^ "U&I Original Merchandise". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-21. Dicapai pada 2010-01-08.
  50. ^ Upin & Ipin Palsu?, Les Copaque, 4 April 2009. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  51. ^ "3,000 Baju Tiruan Upin & Ipin Dirampas". Bernama. 22 Mei 2009. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  52. ^ Kemeriahan Hari Kelab Upin & Ipin di Zoo Negara (Bahagian 1), LCP Production Blog, 14 Jun 2010. Dicapai pada 17 Oktober 2010.
  53. ^ Album 'Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin' Dilancar Diarkibkan 2013-12-14 di Wayback Machine, mStar Online, 28 Julai 2011. Dicapai pada 20 Ogos 2011.
  54. ^ Upin & Ipin: Majalah Komik Upin & Ipin dipasaran. Dicapai pada 27 Mac 2010.

Pautan luar