Pergi ke kandungan

Pengguna:Fandi89/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 52: Baris 52:
Pada Januari 2010, selepas enam bulan berehat, Ziana kembali kepada umum sebagai tetamu kejutan dalam perhimpunan tahunan kedua portal web, murai.com.my untuk meraikan pelancaran segmen fesyen baru, Stailista, dalam portal web.<ref>{{cite news |url=http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=5393&c=1&s=1 |title=Ziana Meriahkan Pelancaran Stailista |author=Hasbullah Thani |date=15 Januari 2010 |publisher=Murai.com.my |accessdate=29 Januari 2010}}</ref> Dalam perhimpunan itu, Ziana mengumumkan bahawa beliau akan mengeluarkan dua single baru dari album tanpa tajuk yang akan datang beliau. Dua singlenya, "Pawana" dan "Dirimu Satu", dikeluarkan pada Jun 2010.<ref>{{cite news |url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm |title=Ariel dan Kaseh si kembar Ziana |author=Faizal Saharuni |date=29 Januari 2010 |publisher=[[Kosmo!]]|accessdate=29 Januari 2010}}</ref>
Pada Januari 2010, selepas enam bulan berehat, Ziana kembali kepada umum sebagai tetamu kejutan dalam perhimpunan tahunan kedua portal web, murai.com.my untuk meraikan pelancaran segmen fesyen baru, Stailista, dalam portal web.<ref>{{cite news |url=http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=5393&c=1&s=1 |title=Ziana Meriahkan Pelancaran Stailista |author=Hasbullah Thani |date=15 Januari 2010 |publisher=Murai.com.my |accessdate=29 Januari 2010}}</ref> Dalam perhimpunan itu, Ziana mengumumkan bahawa beliau akan mengeluarkan dua single baru dari album tanpa tajuk yang akan datang beliau. Dua singlenya, "Pawana" dan "Dirimu Satu", dikeluarkan pada Jun 2010.<ref>{{cite news |url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm |title=Ariel dan Kaseh si kembar Ziana |author=Faizal Saharuni |date=29 Januari 2010 |publisher=[[Kosmo!]]|accessdate=29 Januari 2010}}</ref>


Dari 26 sehingga 28 Februari 2010, Ziana menjayakan pembikinan pementasan muzikal ''Antara''. Teater yang berkisar mengenai perjalan hidup Nabi Adam A.S. dan Hawa itu telah dipentaskan di Panggung Sari, [[Istana Budaya]]. Dalam pementasan tersebut, Ziana telah menyanyikan 3 buah lagu iaitu "Tahajjud Cinta", "Andai Ku Tahu", dan "Pintu Rindu". Ziana menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini. Malah alas kepala seakan serban yang digayakan Ziana ketika pementasan itu berlangsung terus menjadi hangat malah pereka fesyen terkenal tersebut turut menggelarkannya "Turban Ziana".<ref>[http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=5795&c=30&s=152 Turban Ziana Cetusan Rizman Ruzaini], murai.com.my. 11 Mac 2010.</ref>
Dari 26 sehingga 28 Februari 2010, Ziana menjayakan pembikinan pementasan muzikal ''Antara''. Teater yang berkisar mengenai perjalan hidup Nabi Adam A.S. dan Hawa itu telah dipentaskan di Panggung Sari, [[Istana Budaya]]. Dalam pementasan tersebut, Ziana telah menyanyikan 3 buah lagu iaitu "Tahajjud Cinta", "Andai Ku Tahu", dan "Pintu Rindu". Ziana menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini. Malah alas kepala seakan serban yang digayakan Ziana ketika pementasan itu berlangsung terus menjadi hangat malah pereka fesyen terkenal tersebut turut menggelarkannya "Turban Ziana".<ref>{{cite news|url=http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=5795&c=30&s=152|title=Turban Ziana Cetusan Rizman Ruzaini|publisher=Murai.com.my|date=11 Mac 2010|accessdate=21 Jun 2019}}</ref>


Pada 12 hingga 22 Mac 2010, Ziana sekali lagi terlibat dalam pementasan teater muzikal "Gamat 2" ini di pentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).<ref>{{cite news |url=http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=5576&c=1&s=1 |title=Geli Gamat Tarik Minat Misha, Ziana |last=Thani |first=Hasbullah |date=17 February 2010 |work=Murai |accessdate=18 February 2010}}</ref> Kali ini Ziana bakal bergandingan dengan 2 rakan artis yang lain iaitu [[Misha Omar]] dan [[Amy Mastura]]. Ziana memegang watak sebagai ketua Obor-Obor yang jahat.<ref>[http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/3/18/mstar_hiburan/20100317180201&sec=mstar_hiburan Teater Gamat 2 Lebih Memukau dan Kelakar], mStar Online, 18 Mac 2010.</ref>
Pada 12 hingga 22 Mac 2010, Ziana sekali lagi terlibat dalam pementasan teater muzikal "Gamat 2" ini di pentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).<ref>{{cite news |url=http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=5576&c=1&s=1 |title=Geli Gamat Tarik Minat Misha, Ziana |author=Hasbullah Thani|date=17 Februari 2010 |publisher=Murai.com.my |accessdate=18 Februari 2010}}</ref> Kali ini Ziana bergandingan dengan 2 rakan artis yang lain iaitu [[Misha Omar]] dan [[Amy Mastura]]. Ziana memegang watak sebagai ketua Obor-Obor yang jahat.<ref>{{cite news|url=http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/3/18/mstar_hiburan/20100317180201&sec=mstar_hiburan|title=Teater Gamat 2 Lebih Memukau dan Kelakar|publisher=[[mStar Online]]|date=18 Mac 2010|accessdate=21 Jun 2019}}</ref>


Ziana turut berkecimpung dalam bidang pengacaraan. Pada 2 April 2010, beliau menjadi pengacara untuk Parti Hip TV bersama pelakon, [[Iqram Dinzly]]. Seterusnya, beliau diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ''Hip TV'' sebanyak 13 episod.
Ziana turut berkecimpung dalam bidang pengacaraan. Pada 2 April 2010, beliau menjadi pengacara untuk Parti Hip TV bersama pelakon, [[Iqram Dinzly]]. Seterusnya, beliau diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ''Hip TV'' sebanyak 13 episod.


Ziana juga menjadi mentor untuk program realiti ''[[Mentor 4]]'' yang berlangsung mulai 11 April 2010. Pada mulanya, Ziana memilih Ketty Natalia Rasul (Thalia) dari sesi ujibakat sebagai protege, tetapi tiba-tiba menggugurkan Thalia atas sebab kekurangan persediaan mental dan fizikal serta tidak fokus, lalu menggantinya dengan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd)<ref>[http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ZianagugurTalia/Article Ziana gugur Talia] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20100520024515/http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ZianagugurTalia/Article |date=2010-05-20 }}, Harian Metro, 17 Mei 2010.</ref> Akhirnya, pada 4 Julai 2010, Mohd dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim itu, satu lagi kejayaan untuk Ziana Zain sebagai pembimbing artis baru.<ref>{{cite news |url=http://www.budiey.com/mohd-ziana-zain-juara-mentor-musim-4/ |title=Ziana Zain dan Mohd juara Mentor 4 |author=Budiey |date=5 Julai 2010 |work=Sensasi Selebriti |accessdate=5 Julai 2010}}</ref><ref>{{cite news |url=http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tugasangilagilamentor-protege/Article |title=Tugasan 'gila-gila' mentor-protege! |last=Rahman |first=Ridzuan |date=12 August 2010 |work=Harian Metro |accessdate=12 August 2010 |archiveurl=https://web.archive.org/web/20100814125206/http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tugasangilagilamentor-protege/Article |archivedate=14 August 2010}}</ref>
Ziana juga menjadi mentor untuk program realiti ''[[Mentor 4]]'' yang berlangsung mulai 11 April 2010. Pada mulanya, Ziana memilih Ketty Natalia Rasul (Thalia) dari sesi ujibakat sebagai protege, tetapi tiba-tiba menggugurkan Thalia atas sebab kekurangan persediaan mental dan fizikal serta tidak fokus, lalu menggantinya dengan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd)<ref>{{cite news|url=http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ZianagugurTalia/Article|title=Ziana gugur Talia|publisher=[[Harian Metro]]|date=17 Mei 2010|accessdate=21 Jun 2019|archive-url=https://web.archive.org/web/20100520024515/http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ZianagugurTalia/Article |archive-date=20 Mei 2010}}</ref> Pada 4 Julai 2010, Mohd dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim itu, satu lagi kejayaan untuk Ziana Zain sebagai pembimbing artis baru.<ref>{{cite news |url=http://www.budiey.com/mohd-ziana-zain-juara-mentor-musim-4/ |title=Ziana Zain dan Mohd juara Mentor 4 |author=Budiey |date=5 Julai 2010 |publisher=Sensasi Selebriti |accessdate=5 Julai 2010}}</ref><ref>{{cite news |url=http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tugasangilagilamentor-protege/Article |title=Tugasan 'gila-gila' mentor-protege|author=Ridzuan Abdul Rahman|date=12 Ogos 2010 |publisher=[[Harian Metro]] |accessdate=12 Ogos 2010 |archiveurl=https://web.archive.org/web/20100814125206/http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tugasangilagilamentor-protege/Article |archivedate=14 Ogos 2010}}</ref>


Pada 18 Januari 2011, Ziana berkongsi pentas dengan [[Sharifah Aini]] dan [[Siti Nurhaliza]] di [[Anugerah Juara Lagu ke-25]]. Pada acara penutup anugerah berprestij ini, beliau telah menyanyikan dua lagu hitnya iaitu "Anggapanmu" dan "Madah Berhelah". Persembahan Ziana yang memukau itu telah melonjakkan namanya bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia kerana namanya tersenarai di dalam 10 tangga teratas ''New World Trendy'' di laman [[Twitter]]. Pujian bukan sahaja datang dari peminatnya sahaja, malah rakan-rakan artis turut kagum dengan persembahan beliau pada malam itu.
Pada 18 Januari 2011, Ziana berkongsi pentas dengan [[Sharifah Aini]] dan [[Siti Nurhaliza]] di [[Anugerah Juara Lagu ke-25]]. Pada acara penutup anugerah berprestij ini, beliau telah menyanyikan dua lagu hitnya iaitu "Anggapanmu" dan "Madah Berhelah". Persembahan Ziana yang memukau itu telah melonjakkan namanya bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia kerana namanya tersenarai di dalam 10 tangga teratas ''New World Trendy'' di laman [[Twitter]]. Pujian bukan sahaja datang dari peminatnya sahaja, malah rakan-rakan artis turut kagum dengan persembahan beliau pada malam itu.


Ziana membuat beberapa kenyataan kontroversi terhadap persatuan-persatuan artis Malaysia di mana beliau berkata penyertaan selebriti Malaysia di persatuan ini hanya membuang masa. Menurut beliau, persatuan seperti [[Persatuan Seniman Malaysia]] (Seniman), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Papita hanya menjaga kepentingan beberapa tempat terpilih dan oleh itu perlu dibubarkan.<ref>{{cite news |url=http://www.mohdrohaizad.com/2011/07/ziana-zain-kutuk-persatuan-seni-hiburan.html |title=Ziana Zain Kutuk Persatuan Seni Hiburan Malaysia |work=mohdrohaizad.com |accessdate=8 July 2011}}</ref>
Ziana membuat beberapa kenyataan kontroversi terhadap persatuan-persatuan artis Malaysia di mana beliau berkata penyertaan selebriti Malaysia di persatuan ini hanya membuang masa. Menurut beliau, persatuan seperti [[Persatuan Seniman Malaysia]] (Seniman), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Papita hanya menjaga kepentingan beberapa tempat terpilih dan oleh itu perlu dibubarkan.<ref>{{cite news |url=http://www.mohdrohaizad.com/2011/07/ziana-zain-kutuk-persatuan-seni-hiburan.html |title=Ziana Zain Kutuk Persatuan Seni Hiburan Malaysia |work=mohdrohaizad.com |accessdate=8 July 2011}}</ref>

Pada April 2015, bersempena dengan Minggu Setiausaha, Ziana berkongsi pentas bersama [[Noryn Aziz]] dan [[Ning Baizura]] dalam persembahan khas diberi nama Diva Malaysia Live Queen of the City.<ref>https://www.klik.com.my/item/story/5622068/pesona-tiga-diva</ref><ref>https://www.klik.com.my/item/story/5638835/3-diva-bergabung-di-pentas</ref>


===2020-an: Kejayaan berterusan dan penglibatan dalam konsert===
===2020-an: Kejayaan berterusan dan penglibatan dalam konsert===

Semakan pada 03:09, 21 Jun 2024

Siti Roziana Zain (lahir 2 Mei 1968) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Dilahirkan di Merlimau, Melaka, bakatnya dalam bidang muzik dikesan oleh seorang penerbit muzik yang tertarik dengan kelunakan suaranya, kemudian mempelawa beliau menghadiri ujibakat, kemudian menerima kontrak rakaman pada 1990. Ziana menandatangani kontrak rakaman bersama BMG Music dan muncul bersama album sulungnya Madah Berhelah (1991) dengan lagu berjudul sama dikeluarkan sebagai single, sekaligus menjulangnya sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Malaysia[3] di Asia Tenggara.[4][5] Ini kemudian diikuti dengan lima album berikut yang dikeluarkan setiap dua tahun.

Sebagai pelakon, beliau telah membintangi beberapa filem dan drama televisyen. Antara filem-filem lakonannya ialah Sembilu (1994), Maria Mariana (1996), Merah (1996), Pontianak Menjerit (2005) dan Magika (2010). Beliau juga telah membintangi drama TV termasuk Mak Cun 4 (2018), Janda Kosmopolitan (2020) dan Histeria The Series (2022). Antara pencapaian peribadi dalam kerjaya beliau ialah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus menjadikan beliau menerima pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records; menerima undangan membuat persembahan di stesen penyiaran Jepun, NHK dan meraih Anugerah Melodi Emas di Festival Muzik Jepun.[6][7]

Sepanjang kerjayanya, Ziana telah memenangi pelbagai anugerah di dalam kerjaya muzik, televisyen dan filem termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Juara Lagu. Adiknya, Anuar Zain turut berkecimpung dalam bidang muzik. Beliau dikenali dengan vokalnya yang "lantang" dan "nyaring".[8][9][10] Selain itu, Ziana juga ialah antara artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi suatu undangan nyanyian.[a]

Kehidupan awal

Beliau dlahirkan pada 2 Mei 1968 di Merlimau, Melaka[11] kepada pesara polis Zain Abdullah dan Robiah Abdul, dan merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik.[12][13] Salah seorang daripadanya ialah Anuar Zain, yang turut berkecimpung dalam bidang muzik. Beliau mesra dengan panggilan "Rozi", tetapi ada juga kalangan saudara dan kenalan yang memanggilnya "Ogee", "Adik" ataupun "Siti". Ziana dibesarkan di Shah Alam, Selangor mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Shah Alam dan seterusnya Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah.[14] Ziana seorang yang berperwatakan lasak. Sewaktu zaman kanak-kanaknya, beliau lebih gemar bermain dengan budak lelaki dan pernah digelar tomboy.

Selepas tamat persekolahan, Ziana telah menceburi pelbagai pekerjaan bagi mendapatkan pengalaman. Pada awalnya, beliau memulakan kerjaya sebagai tukang masak di kantin sekolah. Selepas beberapa bulan, Ziana berhenti dan bekerja seorang operator di kilang JVC di Shah Alam. Selepas tujuh bulan bekerja dalam bidang pembuatan, Ziana menerima tawaran pekerjaan sebagai seorang pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS).[14][13] Selepas tamat latihan, Ziana diterima bekerja secara tetap dengan Penerbangan Malaysia selama lebih kurang 3 tahun.[15][16] Pada awalnya Ziana sering mengikuti bapanya, Zain Abdullah untuk menyanyi bersama-sama kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM).[12][17][18][19] Bermula situ, penerbit album terkenal, Rahim Othman mengesan bakat Ziana dan percaya bahawa beliau mampu pergi lebih jauh dalam dunia seni. Ini dikuatkan lagi apabila Ziana memenangi pertandingan Bintang Selangor pada tahun 1984, dan selepas pertandingan itu, beliau dilamar sebagai penyanyi rakaman.[20]

Kerjaya muzik

1990-an: Permulaan kerjaya, Madah Berhelah dan kejayaan awal

Sebelum merakamkan sebarang album atau single, Ziana diberi kepercayaan untuk merakamkan salah satu lagu tema Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-15 menerusi lagu "Lukisan Wajah Kasih".[12] Kekuatan dan kelunakkan vokal beliau menerusi lagu itu telah menarik perhatian pemuzik handalan Jepun, George Kagi.

Ziana menandatangani kontrak rakaman bersama BMG Music pada tahun 1990 secara kebetulan. Album pertamanya, Madah Berhelah dikeluarkan pada 25 Disember 1991.[21][22] Lagunya yang berjudul sama telah memikat peminat muzik sekaligus melonjakkan kerjaya Ziana sebagai penyanyi. Lagu tersebut juga telah menjadi juara hampir keseluruhan stesen radio di Malaysia.[23] Pada saat namanya mula mencanak populariti, terdapat segelintir pihak yang meragui dengan kebolehan beliau. Ramai yang mengatakan Ziana bukannya menyanyi tetapi menjerit malah ada yang mengatakan Ziana tiada identiti apabila suaranya dikatakan mirip kepada penyanyi Juliza Adzlizan. Kulit album pertama beliau juga dikatakan menyerupai kulit album penyanyi, Sheila Majid. Namun Ziana tabah menghadapi semua dugaan tersebut memandangkan beliau masih baru di dalam industri.[24][25] Berkat kesabaran beliau, dua lagi lagu dalam Madah Berhelah, "Sebelum Terlewat Waktu" dan "Riwayat Cinta" berjaya menawan carta muzik seluruh Malaysia. Malah lebih membanggakan Ziana lagi apabila lagu "Madah Berhelah" berjaya melepasi peringkat akhir Anugerah Juara Lagu.[26] Selain daripada itu, album ini juga telah berjaya terjual sebanyak 43,000 unit dan diberi pengiktirafan pingat emas oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).[12][15][21][27] Ini sekaligus meletakkan Ziana sebagi artis baru paling berjaya ketika itu.[28][29]

Beliau bersama kumpulan rap 4U2C mengadakan persembahan bersama di konsert amal anjuran Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (Peteh) dan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) di hadapan 5,000 penonton yang memenuhi Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, pada 3 April 1993.[30][31] Pada 22 Ogos, Ziana bersama penyanyi, Nash Elias muncul dalam satu persembahan istimewa menerusi Konsert 22 Ogos yang diadakan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.[32]

Ziana juga telah dipilih untuk merakamkan 2 lagu Inggeris di dalam album Colors of Love. Album ini merupakan usaha BMG untuk memperkenalkan bakat-bakat Asia ke peringkat antarabangsa. Selain Ziana, terdapat 4 penyanyi Asia yang terlibat dalam album tersebut.[33][34][35][36] Selepas berjaya dengan 2 album antarabangsa, beliau telah diberi kepercayaan untuk menyertai Festival Ratu Pop Asia pada 28 September 1993.[37][38] Rancangan berbentuk hiburan muzikal ini juga telah disertai oleh nama-nama besar seperti Hetty Koes Endang dari Indonesia dan kumpulan remaja Filipina, Smokey Mountain. Ziana telah menyampaikan 3 lagu di dalam program tersebut dan antara lagu yang dinyanyikan beliau ialah "Anggapanmu", "Ku Cinta PadaMu" dan sebuah lagu Jepun "Chitose Bashi". Vokal beliau yang bertenaga telah memukau hadirin yang menonton.

Ziana merakamkan album keduanya,[39][40][41][42] yang mengambil namamya sebagai tajuk album, ditangani lebih kemas oleh komposer terkenal dan berbakat besar bernama Zuriani.[15] Dikeluarkan pada November 1993, album ini menampilkan banyak lagu popular seperti "Kasih Ku Pertahankan", "Anggapanmu" dan "Putus Terpaksa".[43] Album tersebut juga julung-julung kalinya menampilkan satu lagu popular Jepun yang dinyanyikan semula Ziana berjudul "Chitose Bashi"[15][21] nyanyian asal Mieko Nishijima yang sebelum ini pernah dimuatkan dalam album Asian Voices. Selain itu, album keduanya juga mengandungi sebuah lagu Rom yang dialih bahasa berjudul "Hadirmu" yang dinyanyikan Ziana bersama seorang penyanyi baru, Izzaka.[44][45] Kejayaan demi kejayaan Ziana raih untuk album kedua beliau sehinggakan album tersebut terjual lebih 60,000 unit[15] sekaligus menerima pensijilan platinum.[46] Pada Jun 1994, Ziana mengadakan konsert live pertamanya berjudul Konsert Mega Rahim Maarof & Ziana Zain bersama penyanyi Rahim Maarof di Stadium Negara, Kuala Lumpur.[47]

Pada 24 Julai 1995, Ziana mengeluarkan album ketiganya berjudul Setia Ku Di Sini.[48][49] Album ini telah terjual lebih 180,000 unit sekaligus menjulang kerjaya Ziana ke puncak kemasyhuran.[50] Album ini bukan sahaja telah terjual di Malaysia, tetapi telah berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. Album yang menampilkan banyak lagu hit seperti "Setia Ku Di Sini, "Bersama Akhirnya", "Kemelut Di Muara Kasih", dan "Sangkar Cinta" ini telah mengangkat Ziana sebagai pemenang Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) di dalam Anugerah Industri Muzik 1996. Malah RIM juga telah memberikan 3x platinum untuk jualan yang membanggakan itu.[20][28][51] Lebih manis lagi, banyak lagu dalam album tersebut berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu dan lagu "Kemelut di Muara Kasih" berjaya sampai keperingkat akhir pertandingan tersebut.[29] Lagu "Bersama Jua Akhirnya" pula telah memenangi persembahan terbaik (solo) dalam pertandingan "Nescafe Pujaan 10". Selain itu Ziana juga telah diangkat menjadi Artis Paling Popular di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Malah beliau juga telah memenangi dua kategori lain dalam anugerah tersebut iaitu pelakon pembantu wanita popular dan penghibur TV popular.

Pada tahun yang sama, beliau telah memenangi hadiah utama di pertandingan Voice of Asia yang diadakan di Almathy, Kazakhstan.[20][29] Ziana telah berjaya mengetepikan 20 penyanyi dari 24 negara Asia lain untuk muncul sebagai juara pertandingan tersebut. Kejayaan ini juga telah mengukir nama Ziana di dalam The Malaysia Book of Records sebagai Artis Wanita Pertama yang Memenangi Pertandingan Antarabangsa. Sejak dari itu, pengembaraan antarabangsa beliau kian memuncak.[52][53] Ini dibuktikan apabila pada 10 Mei 1995, beliau telah di undang untuk membuat persembahan di konsert Asia Live, dan dipancarkan secara langsung melalui stesen TV satelit Jepun, NHK Saluran Dua.[54][55]

Pada tahun 1996, Ziana telah melancarkan konsert solonya yang pertama. Konsert yang diberi nama Ziana Zain's Unplugged Concert diadakan di Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Kira-kira 2,500 peminatnya telah membanjiri lokasi yang kini digelar KL Live itu untuk melihat diva ini beraksi.[56][57] Dalam konsert ini juga, Ziana turut mengundang seniman tersohor Indonesia, Broery Marantika untuk menyanyikan satu lagu duet yang berjudul "Dekat Tapi Jauh".[58] Disebabkan sambutan yang luar biasa, konsert itu juga telah diabadikan di dalam bentuk album yang menggunakan tajuk yang sama. Lebih membanggakan, album tersebut telah terjual lebih 80,000 unit dan diberikan 2x platinum oleh RIM.[56] Malah Ziana juga melah memenangi anugerah Persembahan Solo Terbaik di dalam pertandingan Pujaan 10 Nescafe menerusi album tersebut.[59] Lagu "Korban Cinta", salah satu lagu dalam album tersebut, telah dipilih sebagai Lagu Paling Popular dalam Anugerah Muzik Singapura 1996. Ziana juga telah dianugerahkan Bintang Perkhidmatan Cemerlang oleh Sultan Selangor pada tahun tersebut.

Beliau sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih Anugerah Melodi Emas di dalam Festival Muzik Jepun. menerusi lagu "Anggapanmu". Selain itu, pada 19 April 1996, Ziana Zain telah di beri penghormatan untuk merakamkan lagu-lagu tema Disney di dalam album A Musical Salute for Disney.[60] Di dalam album tersebut, Ziana telah merakamkan lagu "Beauty and the Beast" dan "A Whole New World" berduet dengan Jatt. Album tersebut telah dipasarkan ke seluruh Asia dan Eropah dan telah terjual sebanyak 100,000 unit. Pada Ogos 1996, Ziana Zain telah diundang ke Singapura untuk menjayakan sebuah konsert yang diberi nama The Big Show.[61]

Pada awal 1997, beliau berpadu suara dengan Nora, Ning Baizura dan penyanyi Indonesia, Dessy Fitri menerusi lagu "Di Akhir Garisan" hasil ciptaan komposer Australia, Paul Begaud. Lagu ini dimuatkan dalam album kompilasi Jelita.[62] Kejayaan Ziana tidak terhenti disitu, pada 28 Mei tahun yang sama, beliau mengeluarkan album keempat beliau. Album yang berjudul Puncak Kasih mendapat sentuhan ramai komposer popular dan telah terjual lebih 150,000 unit seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.[20][56][63] Selain itu, Ziana sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama yang melancarkan album di dalam kapal pelayaran mewah. Sebahagian peminat bertuah dan wartawan hiburan telah diundang untuk bersama-sama meraikan majlis yang penuh gilang-gemilang itu. Album ini juga telah mencatatkan banyak kenangan manis seperti telah dipilih sebagai album terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik 1998, Lagu "Puncak Kasih" pula telah menduduki tangga #1 di carta Muzik Muzik selama lebih 15 minggu, sekaligus menjadi lagu paling lama bertahan di kedudukan teratas carta. Malah lagu tersebut juga telah dipilih sebagai Juara lagu kategori balada dalam Anugerah Juara Lagu 1998, dan muzik video Puncak Kasih telah memenangi Muzik video terbaik dalam Anugerah Video Muzik Malaysia. Pada tahun tersebut juga, Ziana telah melancarkan konsert bergeraknya yand di beri nama Ziana Zain Mega Tour Concert ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Konsert yang mendapat tajaan jenama Salem dan Peter Stuyvesant ini mendapat sambutan yang menakjubkan. Malah tiket-tiket konsert juga sudah habis terjual tiga minggu sebelum konsert bermula.[64][65]

Ziana terus mengorak langkah membina nama di persada antarabangsa. Ini dibuktikan apabila pada tahun 1997, beliau telah diundang bersama 15 selebriti Asia dan Antarabagsa ke Omega International Celebrity Club yang terletak di Crans Montana, sebuah resort ski dan golf ekslusif di Switzerland.[66][67][68][69] Pada tahun itu juga Ziana telah terpilih untuk menjayakan program hiburan Asian Music Scene bersama-sama Hetty Koes Endang dari Indonesia, Kelly Chan dari China dan Shinji dari Jepun.[70][71][72] Kejayaan demi kejayaan digapai Ziana. lantas tidak hairanlah pada tahun 1998, Ziana Zain sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk merakamkan salah satu lagu tema Sukan Komanwel 1998 iaitu "Strive for the Best".[73][74][75] Lagu tersebut telah diputarkan keseluruh dunia malah Ziana Zain juga telah di undang untuk membuat persembahan pembukaan sukan tersebut yang julung-julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur.

Pada 9 Mac 1999, setahun selepas perkahwinannya, Ziana kembali menghangatkan arena seni negara dengan kehadiran album solo kelimanya. Album yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul memuatkan 10 lagu dari pelbagai komposer terkenal Malaysia.[76] Antara lagu yang popular di dalam album tersebut antaranya "Syurga di Hati Kita", "Kesuma Hati", "Ada Suara Ada Cinta" dan "Penawar Semalu". Lagu "Syurga di Hati Kita" pula telah terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1999.[77][78] Untuk mepromosikan album kelimanya ini, Ziana telah mengadakan konsert yang mendapat tajaan jenama syampu, Head & Shoulders. Konsert yang diberi nama Konsert Zon Perlindungan Ziana Zain telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC; kini Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur). Peminat yang bertuah telah diberi penghormatan untuk mendapat autograf dan bergambar secara ekskusif bersama Ziana Zain. Dalam konsert tersebut, Ziana telah menyampaikan 10 lagu dan sebahagian besarnya dipetik dari album terbarunya.[79][80][81][82]

2000-an: Aku Cintakanmu, pasca-kejayaan dan Dingin

Tahun 2000 menyaksikan Ziana berehat seketika dari arena seni suara apabila melahirkan cahaya mata yang pertama. Namun pada tahun 2001, Ziana kembali dengan album solo keenamnya berjudul Aku Cintakan Mu. Album ini telah terjual lebih 45,000 unit,[28][83] satu jualan yang dikira sangat memberangsangkan tatkala dunia menghadapi krisis ekonomi. "Menadah Gerimis", salah satu lagu dalam album ini, telah menerima pencalonan lagu terbaik dalam Anugerah Planet Muzik 2002, anugerah yang menggabungkan negara-negara Asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Malah lagu tersebut juga telah menjadi Juara bagi kategori Balada dalam Anugerah Juara Lagu 2002. Selain itu juga, Lagu tersebut telah menduduki tempat pertama dalam carta Muzik-Muzik selama 15 minggu. Pada tahun ini juga, Ziana sekali lagi telah melancarkan konsertnya yang diberi nama Ziana Zain... In The Park Concert, yang diadakan selama dua hari di PWTC.[84][85] Ramai selebriti terkenal tanah air seperti Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Sheila Majid, dan Nora telah hadir untuk memberikan sokongan. Lebih manis lagi, konsert ini juga telah dibawa ke Jerudong Park Amphitheatre, Brunei. Peminat-peminat Ziana Zain di Brunei terpukau dengan keunggulan vokal Ziana yang mengalunkan 22 lagu secara langsung.[86][87]

Pada tahun 2003, Ziana telah mengeluarkan sebuah album secara langsung yang menghimpunkan persembahan-persembahan hebat beliau sewaktu menjayakan konsert. Antara persembahan yang diabadikan dalam album ini adalah persembahan dari Ziana Zain... In the Park Concert dan Ziana Zain Unplugged Concert, Brunei. Album yang bertajuk Ziana Zain No. 1's Live ini juga menampilkan 2 buah lagu baru iaitu lagu "Bukan" dan "Lembah Asmara".[88][89][90][91] Lagu "Bukan" merupakan lagu pertama ciptaan Ziana bersama Greg Henderson. Kedua - dua lagu ini telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila telah berjaya memenangi lagu pop pilihan di Anugerah Era 2003 dan Anugerah Era 2004. Malah lagu bukan juga telah menjadi juara carta Muzik-muzik selama 17 minggu dan lagu "Lembah Asmara" pula telah menjadi Juara di Stesen Radio Singapura untuk beberapa minggu. Selain itu, Lagu-lagu ini juga telah berjaya menempah tiket ke peringkat separuh akhri Anugerah Juara Lagu pada tahun tersebut. Album ini telah diterbitkan dibawah syarikat rakaman Ziana yang baru iaitu EMI.[92]

Pada tahun yang sama juga, syarikat rakaman terdahulu Ziana, BMG juga telah mengeluarkan album kompilasi beliau berjudul Ratu - Satu Penghargaan sebagai penghargaan buat Ziana di atas kejayaannya selama 12 tahun berada dalam industri muzik di bawah BMG.[93][94][95][96][97] Setelah menghasilkan beberapa album, Ziana mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia seni. Ini kerana pada waktu itu juga Ziana tengah sarat mengandung anak kedua. Oleh itu, beliau tidak mahu kandungannya mengalami masalah memandangkan beliau pernah keguguran sebelum ini. Dalam pada mengurangkan aktiviti seni, Ziana sempat juga merakamkan sebuah lagu tema filem Sembilu 2005 lakonannya berjudul "Sembilu Kasih". Syarikat rakaman BMG juga turut mengeluarkan album kompilasi CD dan VCD karaoke Ziana yang berjudul Keunggulan Ziana Zain.[98][99]

Pada tahun 2008, Ziana kembali merakam sebuah album mini yang berjudul Dingin.[100][101][102][103] Walaupun hanya memuatkan empat lagu, namun single utamanya "Dingin" disambut hangat lalu dicalonkan untuk anugerah Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-16.[104] Ia juga layak ke peringkat akhir Juara Lagu pada malam pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik bagi kategori Pop Rock.[105][106]

Pada 18 Oktober tahun sama, Ziana dijemput sebagai VIP ke pertunjukan fesyen Fendi yang diadakan di Tembok Besar China.[107]

2010-an: Kemunculan semula, Mentor 4 dan projek lain

Pada Januari 2010, selepas enam bulan berehat, Ziana kembali kepada umum sebagai tetamu kejutan dalam perhimpunan tahunan kedua portal web, murai.com.my untuk meraikan pelancaran segmen fesyen baru, Stailista, dalam portal web.[108] Dalam perhimpunan itu, Ziana mengumumkan bahawa beliau akan mengeluarkan dua single baru dari album tanpa tajuk yang akan datang beliau. Dua singlenya, "Pawana" dan "Dirimu Satu", dikeluarkan pada Jun 2010.[109]

Dari 26 sehingga 28 Februari 2010, Ziana menjayakan pembikinan pementasan muzikal Antara. Teater yang berkisar mengenai perjalan hidup Nabi Adam A.S. dan Hawa itu telah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Dalam pementasan tersebut, Ziana telah menyanyikan 3 buah lagu iaitu "Tahajjud Cinta", "Andai Ku Tahu", dan "Pintu Rindu". Ziana menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini. Malah alas kepala seakan serban yang digayakan Ziana ketika pementasan itu berlangsung terus menjadi hangat malah pereka fesyen terkenal tersebut turut menggelarkannya "Turban Ziana".[110]

Pada 12 hingga 22 Mac 2010, Ziana sekali lagi terlibat dalam pementasan teater muzikal "Gamat 2" ini di pentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).[111] Kali ini Ziana bergandingan dengan 2 rakan artis yang lain iaitu Misha Omar dan Amy Mastura. Ziana memegang watak sebagai ketua Obor-Obor yang jahat.[112]

Ziana turut berkecimpung dalam bidang pengacaraan. Pada 2 April 2010, beliau menjadi pengacara untuk Parti Hip TV bersama pelakon, Iqram Dinzly. Seterusnya, beliau diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Hip TV sebanyak 13 episod.

Ziana juga menjadi mentor untuk program realiti Mentor 4 yang berlangsung mulai 11 April 2010. Pada mulanya, Ziana memilih Ketty Natalia Rasul (Thalia) dari sesi ujibakat sebagai protege, tetapi tiba-tiba menggugurkan Thalia atas sebab kekurangan persediaan mental dan fizikal serta tidak fokus, lalu menggantinya dengan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd)[113] Pada 4 Julai 2010, Mohd dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim itu, satu lagi kejayaan untuk Ziana Zain sebagai pembimbing artis baru.[114][115]

Pada 18 Januari 2011, Ziana berkongsi pentas dengan Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu ke-25. Pada acara penutup anugerah berprestij ini, beliau telah menyanyikan dua lagu hitnya iaitu "Anggapanmu" dan "Madah Berhelah". Persembahan Ziana yang memukau itu telah melonjakkan namanya bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia kerana namanya tersenarai di dalam 10 tangga teratas New World Trendy di laman Twitter. Pujian bukan sahaja datang dari peminatnya sahaja, malah rakan-rakan artis turut kagum dengan persembahan beliau pada malam itu.

Ziana membuat beberapa kenyataan kontroversi terhadap persatuan-persatuan artis Malaysia di mana beliau berkata penyertaan selebriti Malaysia di persatuan ini hanya membuang masa. Menurut beliau, persatuan seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Papita hanya menjaga kepentingan beberapa tempat terpilih dan oleh itu perlu dibubarkan.[116]

Pada April 2015, bersempena dengan Minggu Setiausaha, Ziana berkongsi pentas bersama Noryn Aziz dan Ning Baizura dalam persembahan khas diberi nama Diva Malaysia Live Queen of the City.[117][118]

2020-an: Kejayaan berterusan dan penglibatan dalam konsert

Kerjaya lakonan

Kerjaya lakonan Ziana bermula apabila beliau menerima tawaran untuk muncul dalam watak utama bersama-sama dengan Awie dan Erra Fazira dalam filem Sembilu arahan Datuk Yusof Haslam.[119][120] Ditayangkan pada 18 Ogos 1994, filem ini mencapai kutipan pecah panggung sekaligus melonjakkan nama Erra sebagai pelakon wanita paling popular sebaris dengan pelakon wanita pada zaman itu seperti Ogy Ahmad Daud, Erma Fatima, Sofia Jane dan Tiara Jacquelina.[121][122]

Filem terbaru lakonan beliau, Magika juga akan menjengah pawagam sekitar bulan September 2010.[123] Drama lakonan beliau yang berjudul "Kasih di Jabal Rahmah" juga bakal ditayangkan sempena Hari Raya Qurban ini.

Cabang lain

Setelah hampir 2 dekad dalam bidang seni, sebanyak 11 produk tempatan dan antarabangsa telah melantik Ziana sebagai duta produk mereka. Malah Ziana juga telah disenaraikan antara selebriti yang paling banyak menjadi duta produk setaraf dengan bintang paling popular 2007 Mawi. Berikut merupakan produk-produk yang menggunakan Ziana Zain sebagai duta mereka.[124][125][126]

Pada tahun 2005, Ziana Zain telah melancarkan minyak wanginya sendiri yang diberi nama Truly sekaligus menjadikan beliau artis Malaysia pertama mempunyai minyak wangi jenama sendiri.[141][142] Selain itu, Ziana juga mencipta sejarah apabila menjadi duta untuk produk antarabangsa VONO Mattress selama 10 tahun, satu jangka masa yang tidak dicapai oleh mana-mana artis di Malaysia.[143]

Kehidupan peribadi

Pada 9 Mei 1998, Ziana zain menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati yang dikenali beliau sewaktu sama-sama bekerja di MAS. Jejaka bertuah tersebut, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang merupakan ketua pramugara di Malaysia Airlines System. Perkahwinan tersebut telah berwalikan bapa Ziana sendiri, Zain Abdullah. Lebih 10,000 peminat telah membanjiri perkarangan rumah Ziana di Shah Alam semata-mata ingin melihat diva ini secara dekat. Malah bapa Ziana terpaksa memesan makanan tambahan untuk hadirin yang hadir. Sehari sebelum menjelang hari bahagianya, Ziana masih sempat menghadiahkan peminatnya dengan sebuah konsert yang dipancarkan secara langsung dari PWTC. Ramai tokoh-tokoh kehormat hadir pada konsert tersebut untuk mengucapkan tahniah pada Ziana Zain. Perkahwinan Ziana juga mendapat liputan rancangan hiburan paling popular, Melodi TV3 dan beberapa rancangan hiburan lain.

Pada Februari 2009, disahkan bahawa Ziana mengandung bayi kembar.[144][145] Beliau melahirkan kembar lelaki dan perempuan pada 23 Julai 2009 di Shah Alam.[146]

Ziana juga telah dikurniakan sepasang kembar yang diberi nama Muhammad Airil dan Siti NurQaseh selepas dua lagi anaknya, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.[147] Pendedahan itu sekaligus menamatkan penantian selama lebih kurang 8 bulan oleh pihak wartawan dan media.[148]

Pada Mei 2018, suaminya Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, pada 6 Mac, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, pada 25 Februari.[149] Perkahwinan mereka selama 20 tahun secara rasminya berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.[150][151][152][153]

Pada tahun 2014, Ziana tampil berhijab. Meskipun berhijab, minat Ziana dalam fesyen tetap diteruskan dengan penampilan yang anggun dan bergaya di dalam beberapa sesi fotografi majalah.

Diskografi

Album studio

Konsert dan jelajah

  • 1996: Konsert Unplugged Ziana Zain (Life Centre, Kuala Lumpur)
  • 1998: Konsert Mega Ziana Zain, Peter Stuyvesant (Malaysia, Singapura dan Brunei)[154][155][156]
  • 1999: Ziana Zain: Konsert Zon Perlindungan Head & Shoulders (PWTC, Kuala Lumpur)[157][158][159]
  • 2001: Ziana Zain Live in the Park (PWTC, Kuala Lumpur)[160]
  • 2002: Ziana Zain Unplugged Concert (Jerudong Park Amphitheatre, Brunei)[161][162][163][164]
  • 2011: Pesta Raya Ziana dan Anuar Zain (Esplanade Concert Hall, Singapura)
  • 2013: Konsert Nusantara (Istana Budaya, Kuala Lumpur)
  • 2014: Konsert Teaterikal Suara Kita (Istana Budaya, Kuala Lumpur)
  • 2016: Konsert High Note 2016 (Istana Budaya, Kuala Lumpur)
  • 2019: Konsert Ratu 2.0 (Auditorium Perdana Angkasapuri)

Anugerah dan pencalonan

Catatan

  1. ^ Selain Ziana, artis lain yang menerima bayaran tertinggi ialah Sharifah Aini, Anita Sarawak, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Ella, Erra Fazira, Ning Baizura dan Siti Nurhaliza.

Rujukan

  1. ^ Norhadiani Baharom (5 April 2008). "Ziana tak hilang 'trademark'". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  2. ^ Zul Husni Abdul Hamid (12 Januari 2009). "Tak kejar populariti". Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  3. ^ "23 gambar nostalgia Ziana Zain". MyArtis. 23 Oktober 2011. Dicapai pada 17 Februari 2013.
  4. ^ "Return of the Voice". The Malay Mail. 12 Mac 2007. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  5. ^ "Amazed by Anis". The Malay Mail. 20 Ogos 2005. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  6. ^ "Ziana balas budi". Berita Minggu. 29 Mac 1998. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  7. ^ Marina Abdul Ghani (17 November 1998). "Ziana Zain basks in pop success". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  8. ^ Zulkefli Ali (5 Februari 1993). "Ziana yakin Putus Terpaksa lebih hebat". Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  9. ^ Rosidi Daud (9 April 1993). "Hitting high notes with Ziana". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  10. ^ Farihad Shalla Mahmud (21 April 2007). "'Saya sudah sedia terima kritikan'". Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  11. ^ Roslen Fadzil (13 April 1998). "Ziana tetap merendah diri". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  12. ^ a b c d Hanim Mohd Salleh (23 Mei 1993). "Rahsia 'menarik' Ziana". Berita Harian Singapura. m/s. 10. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  13. ^ a b "ZIANA ZAIN". Berita Harian Singapura. 1 September 1996. m/s. 15. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  14. ^ a b Azzhar (Januari 2009). "Truly Diva - D'only Ziana Zain". Dicapai pada 8 Jun 2009.
  15. ^ a b c d e Anuar Othman (20 Mei 1993). "Ziana opts for showbiz". The Straits Times. m/s. 17. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  16. ^ "Ziana Zain hadapi dilema pilih kerjaya". Berita Harian Singapura. 6 September 1992. m/s. 12. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  17. ^ "Ziana Zain tersangkut di bidang seni". Berita Minggu. 5 Januari 1992. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  18. ^ Zubir Ali (19 April 1992). "Mencari identiti Ziana Zain". Berita Minggu. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  19. ^ Azwani Abdul Ghani (27 Mac 1993). "Ziana bukan baru muncul". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  20. ^ a b c d lady, awin (1 November 2005). "Ziana Zain's Award". Ziana tripod. Dicapai pada 2009-06-08.
  21. ^ a b c "High notes get Ziana down". The New Paper. 15 April 1993. m/s. 26. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  22. ^ Anuar Othman (15 Jun 1992). "Ziana Zain gets the best of both worlds". The Straits Times. m/s. 13. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  23. ^ Roslen Fadzil (28 Januari 1992). "Lagu bercorak pop komersil". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  24. ^ Azman Ahmad (13 Ogos 1992). "Ziana proves the critics wrong". New Straits Times. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  25. ^ "Dilema bagi Ziana Zain". Harian Metro. 16 September 1992. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  26. ^ "Peserta beri saingan hebat". Harian Metro. 23 November 1992. Dicapai pada 9 Jun 2019.
  27. ^ Seri Intan Emas (21 September 1992). "Ziana terima Cakera Emas". Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2019.
  28. ^ a b c "Bintang Seorang Ratu". Xfresh.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-18. Dicapai pada 2009-06-08.
  29. ^ a b c d e "Guapedia Ziana Zain". Gua.com.my. Dicapai pada 2009-06-08.
  30. ^ "Ziana Zain, 4U2C di konsert amal". Berita Harian. 19 Mac 1993. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  31. ^ Tengku Fauziah Ngah (11 April 1993). "4U2C, Ziana Zain memukau penonton". Berita Minggu. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  32. ^ "Ziana, Nash di Konsert 22 Ogos". Berita Harian. 17 Ogos 1993. Dicapai pada 9 Jun 2019.
  33. ^ https://www.klik.com.my/item/story/1018514/asean-projects-love-with-album
  34. ^ https://www.klik.com.my/item/story/623351/ziana-in-a-dilemma
  35. ^ https://www.klik.com.my/item/story/286145/artis-asean-bergabung
  36. ^ https://www.klik.com.my/item/story/778768/the-colours-of-love---various-artistes
  37. ^ "Ziana sayang peminat". Harian Metro. 10 Disember 2007. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  38. ^ https://www.klik.com.my/item/story/346742/ziana-dipilih-wakili-negara
  39. ^ "Ziana rakam album kedua". Berita Harian. 10 November 1992. Dicapai pada 9 Jun 2019.
  40. ^ Roslen Fadzil (9 November 1992). "Ziana berkelah dalam studio..." Harian Metro. Dicapai pada 9 Jun 2019.
  41. ^ https://www.klik.com.my/item/story/934504/ziana-set-to-rock-the-scene-again
  42. ^ https://www.klik.com.my/item/story/934504/ziana-set-to-rock-the-scene-again
  43. ^ https://www.klik.com.my/item/story/294273/ziana-yakinkan-empat-penerbit
  44. ^ https://www.klik.com.my/item/story/294305/izzaka-tidak-mahu-tumpang-tuah
  45. ^ https://www.klik.com.my/item/story/280951/ziana-izzaka-dapat-sambutan-hangat-di-johor
  46. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2443081/ziana-gembira-terima-anugerah-platinum
  47. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3040739/rahim-tidak-terkilan-
  48. ^ https://www.klik.com.my/item/story/639305/ziana-goes-for-new-image
  49. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4702252/setiaku-di-sini-lonjak-nama-ziana-zain
  50. ^ "Ziana nafi jadi anak emas BMG". Berita Harian Singapura. 9 Februari 1996. m/s. 6. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  51. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2453828/ziana-dapat-anugerah-platinum
  52. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3728449/ziana-s-triumph
  53. ^ https://www.klik.com.my/item/story/1239707/ziana-back-after-winning-voice-of-asia-contest
  54. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3164533/asia-live-malam-esok
  55. ^ https://www.klik.com.my/item/story/1260926/catch-delayed-telecast-of-nhk-segment-featuring-local-artistes
  56. ^ a b c "Ziana's Achievement". Fortune City.
  57. ^ "Ziana Zain pukau penonton". Berita Harian Singapura. 29 September 1996. m/s. 10. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  58. ^ "Ziana akan berpadu suara dengan Broery". Berita Harian. 16 Mei 1996. m/s. 6. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  59. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3018629/pujaan-10-pentas-uji-populariti
  60. ^ https://www.klik.com.my/item/story/645261/local-flavour-to-musical-salute-to-disney-album
  61. ^ https://www.klik.com.my/item/story/710282/live-telecast-of-musical-tomorrow
  62. ^ Hartati Hassan Basri (13 Februari 1997). "Berpadu Di Akhir Garisan". Berita Harian. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  63. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3016025/formula-mantap
  64. ^ https://www.klik.com.my/item/story/646814/ziana-hits-the-road
  65. ^ https://www.klik.com.my/item/story/664728/ziana-starts-her-mega-tour
  66. ^ "Ziana Zain to play celebrity golf in Switzerland". MM-WTM. 28 August 1997.
  67. ^ "Mingling with the stars in Switzerland". New Straits Times. 20 September 1997.
  68. ^ "Highland Swings". New Straits Times. 20 September 1997.
  69. ^ "Puncak kasih di Crans Montana". Berita Harian. 12 September 1998.
  70. ^ "Delightful two-hours potpourri". Mingguan Malaysia. 14 October 1997. Dicapai pada 28 November 2007.
  71. ^ "Ziana Zain, KRU antara artis terbaik". Berita Harian. 11 October 1997. Dicapai pada 28 November 2007.
  72. ^ "Star Performers at Musical Show". Minguan Malaysia. 11 October 1997. Dicapai pada 28 November 2007.
  73. ^ Sukan Komanwel 1998. Diperoleh pada 13 Ogos 2010
  74. ^ "A 'hot', enjoyable outing". NST. 7 February 2002. Dicapai pada 28 November 2007.
  75. ^ "Down the slopes of St Moritz". NST. 7 February 2002. Dicapai pada 28 November 2007.
  76. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2385603/ziana-mampu-hidupkan-mood-lagu
  77. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3316737/syurga-di-hati-kita-hebat
  78. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2390643/syarikat-tangguh-edaran-album-terbaru-ziana
  79. ^ https://www.klik.com.my/item/story/587690/konsert-ziana-dalam-vcd
  80. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3310348/ziana-masih-bertahan
  81. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2389765/ziana-ajak-peminat-hapus-cetak-rompak
  82. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2435012/ziana-makin-bergaya
  83. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3551366/ziana-kian-panas
  84. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3561375/ziana-in-the-park
  85. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4149723/limp-comeback
  86. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3548677/21-lagu-dendangan-ziana-di-brunei
  87. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2097148/ziana-jumpa-orang-brunei-pula
  88. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3965059/can-t-wait-for-ziana
  89. ^ https://www.klik.com.my/item/story/594816/peminat-tunggu-album-ziana
  90. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2440140/ziana-makan-hati-
  91. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2332018/ziana-makin-yakin-hasil-album-sendiri
  92. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3969750/ziana-takes-control
  93. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3969519/sweet-memories
  94. ^ https://www.klik.com.my/item/story/1938929/a-bonus-for-fans-of-ziana-zain
  95. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3367038/ratu-ziana-berbaloi-dimiliki
  96. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2332526/penghormatan-buat-ziana
  97. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2440115/ziana-zain-tetap-ratu-peminat
  98. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2203115/ziana-tetap-ampuh
  99. ^ https://www.klik.com.my/item/story/1951308/pure-quality-from-ziana-zain
  100. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4259090/lagu-kita-masih-bagus
  101. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4357194/ziana-beats-down-a-new-path
  102. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4258341/-empat-tahun-menyepi-tiada-
  103. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4289579/pop-merintih-ziana
  104. ^ Rosli, Manah (27 Mac 2009). "AIM 16 cermin masalah industri muzik". Mangga Online. Dicapai pada 2009-06-08.
  105. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4432658/kejutan-ziana-zain
  106. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4403195/terkejut-dingin-ke-final-ajl
  107. ^ Wanda Idris (25 Mei 2009). "Terbangnya masih tinggi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2010-02-01.
  108. ^ Hasbullah Thani (15 Januari 2010). "Ziana Meriahkan Pelancaran Stailista". Murai.com.my. Dicapai pada 29 Januari 2010.
  109. ^ Faizal Saharuni (29 Januari 2010). "Ariel dan Kaseh si kembar Ziana". Kosmo!. Dicapai pada 29 Januari 2010.
  110. ^ "Turban Ziana Cetusan Rizman Ruzaini". Murai.com.my. 11 Mac 2010. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  111. ^ Hasbullah Thani (17 Februari 2010). "Geli Gamat Tarik Minat Misha, Ziana". Murai.com.my. Dicapai pada 18 Februari 2010.
  112. ^ "Teater Gamat 2 Lebih Memukau dan Kelakar". mStar Online. 18 Mac 2010. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  113. ^ "Ziana gugur Talia". Harian Metro. 17 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2010. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  114. ^ Budiey (5 Julai 2010). "Ziana Zain dan Mohd juara Mentor 4". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 Julai 2010.
  115. ^ Ridzuan Abdul Rahman (12 Ogos 2010). "Tugasan 'gila-gila' mentor-protege". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2010. Dicapai pada 12 Ogos 2010.
  116. ^ "Ziana Zain Kutuk Persatuan Seni Hiburan Malaysia". mohdrohaizad.com. Dicapai pada 8 July 2011.
  117. ^ https://www.klik.com.my/item/story/5622068/pesona-tiga-diva
  118. ^ https://www.klik.com.my/item/story/5638835/3-diva-bergabung-di-pentas
  119. ^ Zainuri Misfar (25 September 1993). "Erra, Awie puas dengan Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  120. ^ Zainuri Misfar (17 September 1993). "Erra, Awie bintang utama Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  121. ^ "Kutipan Sembilu atasi filem Barat". Berita Harian. 20 Ogos 1994. Dicapai pada 4 Julai 2019.
  122. ^ "Sembilu 'meletup' kutip RM1 juta". Harian Metro. 26 September 2019. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  123. ^ Nor Aida, Ismail (17 January 2009). "Ziana has returned". Gua.com.my. Dicapai pada 29 January 2010.
  124. ^ "Ziana Zain appointed Antabax Ambassador". Malaysianmirror. 28 July 2010. Dicapai pada 6 August 2010.
  125. ^ "Ziana Zain Miliki Kualiti Sebagai Duta Antabax". Murai.com. 4 August 2010. Dicapai pada 6 August 2010.
  126. ^ "The All New Antabax with Ziana Zain". TimeoutKL. 4 July 2010. Dicapai pada 6 August 2010.
  127. ^ "Launch of new floral fragrance". News Straits Times. 27 Jun 1996. Dicapai pada 2010-08-06.
  128. ^ "Ziana and mom endorse beauty products". Malay Mail. 7 Ogos 1997. Dicapai pada 2010-08-06.
  129. ^ "Won Over by Clean Image". News Straits Times. 4 November 1997. Dicapai pada 2010-02-06.
  130. ^ "Ziana's fragrance". Mstar online. 14 September 2005. Dicapai pada 2010-02-06.
  131. ^ "Ziana nod for mattress". Malay Mail. March 16, 2001. Dicapai pada 2010-08-06.
  132. ^ "Slumberland lancar produk baru". Berita Harian. May 23, 2006. Dicapai pada 2010-08-06.
  133. ^ "Ziana is `diamond ambassador'". Malay Mail. Jan 29, 2003. Dicapai pada 2010-08-06.
  134. ^ "Ziana comes up roses". News Straits Times. Jan 25, 2003. Dicapai pada 2010-08-06.
  135. ^ "Ziana duta berlian Brilliant Rose". Berita Harian. Jan 24, 2003. Dicapai pada 2010-08-06.
  136. ^ "Trim and slim Ziana". Berita Harian. Feb 21, 2005. Dicapai pada 2010-08-06.
  137. ^ "Ziana Zain - tawaran ibarat bulan jatuh ke riba". Berita Harian. Sep 20, 2004. Dicapai pada 2010-08-06.
  138. ^ "Ziana Zain appointed Antabax Ambassador". Malaysianmirror. July 28, 2010. Dicapai pada 2010-08-06.
  139. ^ "Ziana Zain Miliki Kualiti Sebagai Duta Antabax". Murai.com. 4 Ogos 2010. Dicapai pada 2010-08-06.
  140. ^ "The All New Antabax with Ziana Zain". TimeoutKL. 4 July 2010. Dicapai pada 2010-08-06.
  141. ^ Zieman (January 11, 2006). "Ziana jelmaan Saloma". Mstar online. Dicapai pada 2010-02-06.
  142. ^ "Ziana's fragrance". News Strits Times. Sep 14, 2005. Dicapai pada 2010-02-06.
  143. ^ "Maya galas tanggungjawab Ziana". News Strits Times. June 14, 2010. Dicapai pada 2010-08-25.
  144. ^ Li, Ee; Kee (February 7, 2009). "Ziana Zain Hamil Bayi Kembar". Gua.com. Dicapai pada 2010-01-29.
  145. ^ Murai, Batu (4 Jun 2009). "Hamil Kembar Lelaki Dan Perempuan?". Murai. Dicapai pada 2010-01-29.
  146. ^ "Bayi kembar Ziana belum diberi nama, masih ditahan di hospital". Mstar online. July 30, 2009. Dicapai pada 2010-01-29.
  147. ^ "Ziana-Armin selamat bernikah", Utusan Malaysia, 9 Mei 1998.
  148. ^ 'Cukuplah kuota 4 anak', Harian Metro, 11 Mac 2010.
  149. ^ Norrasyidah Arshad (6 Mac 2018). "Suami Ziana Zain didakwa cederakan anak". Berita Harian. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  150. ^ "Hubungan Ziana, Armin putus terpaksa". Sinar Harian. 12 Julai 2018.
  151. ^ "Ziana Zain and husband officially divorced". The Star Online. 13 Julai 2018. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  152. ^ "Hubungan Ziana Zain dan Armin putus terpaksa". Astro Awani. 12 Julai 2018. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  153. ^ Mohd. Asron Mustapha (12 Julai 2018). "[VIDEO] Kemelut rumahtangga Ziana selesai". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  154. ^ Rosli Abidin Yahya (22 Mei 2002). "Ziana Zain to Perform in June". BruneiDirect. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2003. Dicapai pada 22 Mei 2002.
  155. ^ Rosli Abidin Yahya (15 April 2002). "Power-Packed Ziana". BruneiDirect. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2003. Dicapai pada 22 Mei 2002.
  156. ^ Rosli Abidin Yahya (6 Jun 2002). "$30,000 decor at Ziana Zain concert". BruneiDirect. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2003. Dicapai pada 6 Jun 2002.
  157. ^ "Konsert Ziana di PWTC Sabtu ini". Utusan Malaysia. 31 Mac 1999. Dicapai pada 28 Disember 2010.
  158. ^ "Ziana Zain... lancar album bersama ribuan peminat". Utusan Malaysia. 6 April 1999. Dicapai pada 28 Disember 2010.
  159. ^ "Ziana berusaha buat perubahan". Utusan Malaysia. 16 Mac 1999. Dicapai pada 28 Disember 2010.
  160. ^ "Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik". Rotikaya. 15 April 2014. Dicapai pada 6 Mac 2014.
  161. ^ Rosli Abidin Yahya (9 Jun 2002). "Ziana has Brunei fans spell-bound". BruneiDirect. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2003. Dicapai pada 9 Jun 2002.
  162. ^ Rosli Abidin Yahya (10 Jun 2002). "Ziana Zain Electrifies Jerudong Park". BruneiDirect. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2011. Dicapai pada 23 April 2010.
  163. ^ Rosli Abidin Yahya (8 Jun 2002). "Fans follow music diva's every move". BruneiDirect. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2011. Dicapai pada 8 Jun 2010.
  164. ^ Rosli Abidin Yahya (16 April 2002). "Diva Ziana Zain wows crowd". BruneiDirect. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2011. Dicapai pada 16 April 2010.