Pergi ke kandungan

Pengguna:Fandi89/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 79: Baris 79:


====Rakan artis====
====Rakan artis====
Pemergian Sharifah Aini ke Rahmatullah disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air. Penyanyi, [[Hattan]] dinyatakan berkata: "Kehebatannya tiada pengganti. Hanya arwah yang boleh menyanyi dengan sebutan yang jelas dan nyanyiannya cukup merdu [...] Bukan itu sahaja, ketegasan arwah membuatkan tidak ada yang berani cuba mengambil kesempatan terhadap beliau". [[Herman Tino]] yang pernah berduet dengan beliau menerusi lagu "Serampang Laut" berkata, beliau dan Sharifah sempat berbual dan bergurau senda meskipun beliau dalam keadaan nazak: "Sebenarnya Kak Pah yang meminta saya bertemu dengannya pada Jumaat lalu. Tak sangka pula ketika itu dia sedang sakit tenat. Tetapi walaupun berkeadaan begitu, dia sempat juga bergurau ketika saya mengurut bahunya [...] Gurauannya itu juga mengingatkan saya ketika awal-awal berduet dengannya untuk lagu "Serampang Laut". Pada mulanya dia tidak percaya yang saya boleh berduet dengannya. Tetapi sejak lagu itu popular, barulah dia yakin bahawa kami serasi untuk bekerjasama".
Pemergian Sharifah Aini ke Rahmatullah disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air. Penyanyi, [[Hattan]] dinyatakan berkata: "Kehebatannya tiada pengganti. Hanya arwah yang boleh menyanyi dengan sebutan yang jelas dan nyanyiannya cukup merdu [...] Bukan itu sahaja, ketegasan arwah membuatkan tidak ada yang berani cuba mengambil kesempatan terhadap beliau".<ref name="Satu Kehilangan Besar">{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2014/07/06/kehilangan-sharifah-aini|title=Kematian Sharifah Aini Satu Kehilangan Besar|author=Feride Hikmet Atak|publisher=[[mStar Online]]|date=6 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014}}</ref> [[Herman Tino]] yang pernah berduet dengan beliau menerusi lagu "Serampang Laut" berkata, beliau dan Sharifah sempat berbual dan bergurau senda meskipun beliau dalam keadaan nazak: "Sebenarnya Kak Pah yang meminta saya bertemu dengannya pada Jumaat lalu. Tak sangka pula ketika itu dia sedang sakit tenat. Tetapi walaupun berkeadaan begitu, dia sempat juga bergurau ketika saya mengurut bahunya [...] Gurauannya itu juga mengingatkan saya ketika awal-awal berduet dengannya untuk lagu "Serampang Laut". Pada mulanya dia tidak percaya yang saya boleh berduet dengannya. Tetapi sejak lagu itu popular, barulah dia yakin bahawa kami serasi untuk bekerjasama".<ref name="Satu Kehilangan Besar"/>


====Wartawan dan pengamal media====
====Wartawan dan pengamal media====

Semakan pada 06:18, 7 Julai 2024


Sharifah Aini

شريفة عيني
Sharifah Aini pada 2011.
Kelahiran
Sharifah Aini binti Syed Jaafar

(1953-07-02)2 Julai 1953
Meninggal dunia5 Julai 2014(2014-07-05) (umur 61)
Pusat Perubatan Pakar Damansara, Selangor, Malaysia
Sebab kematianFibrosis paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Nama lainKak Pah
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • penulis Lagu
  • pengacara
  • ahli perniagaan
  • dermawan
  • qariah
PasanganAli Bakar (k. 1981–1982)
Anak-anakAliff Omar Ali
Kerjaya muzik
Genre
  • Pop
  • balada
  • R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif1968–2014
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
Pengkarya berkait
Broery Marantika, Herman Tino, Sudirman, Too Phat

Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar (2 Julai 1953 – 5 Julai 2014) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau disifatkan sebagai antara penyanyi dan pemuzik Malaysia terbaik sepanjang zaman.

Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, beliau yang lebih dikenali sebagai Kak Pah, mula menunjukkan minat terhadap bidang muzik pada usia awal. Beliau memulakan kerjaya muzik secara profesional apabila beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu "Tiga Malam". Selepas memenangi pertandingan itu, beliau menandatangi kontrak bersama EMI Music Malaysia dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam pada tahun 1970 pada usia 17 tahun. Sepanjang 40 tahun bersama EMI, beliau telah merakamkan dan melancarkan sebanyak lebih 100 album, menjadikan beliau antara satu-satunya penyanyi yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman, sekaligus menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records. Beliau turut berkecimpung dalam bidang lakonan dengan membintangi filem pertamanya, Hapuslah Air Matamu (1976) bersama Latif Ibrahim dan penyanyi Indonesia, Broery Marantika. Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai 2014, tiga hari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-61, selepas sekian lama menderitai penyakit fibrosis paru-paru.

Dikenali dengan vokalnya yang merdu, bakat beliau banyak diasah oleh komposer, Ahmad Nawab, yang menerbitkan albumnya dari 1974 sehingga 1978. Selain mampu mempersembahkan pelbagai genre lagu, suara beliau serta-merta dapat dikenali setiap kali salah satu lagunya dimainkan di radio atau televisyen tempatan. Pada permulaan tahun 2000, beliau banyak membuat persembahan tertutup untuk menyara badan-badan amal. Pada tahun 2003, beliau dikurniakan anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Syed Sirajuddin Putra Jamalulail. Beliau telah menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat, iaitu pada tahun 2004 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Pada tahun 2006, beliau dikurniakan gelaran Biduanita Negara selepas Saloma atas sumbangannya kepada industri muzik.

Beliau turut bergiat aktif dalam aktiviti amal dan kedermawanan kerana kejujuran dan keikhlasannya yang sentiasa membantu golongan yang kurang bernasib baik selain turut membuat 2,518 persembahan amal tanpa menerima sebarang bentuk bayaran. Selain itu, Sharifah Aini merupakan antara artis yang menerima bayaran royalti tertinggi bagi satu penjualan album dan juga ialah antara artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi suatu undangan nyanyian.[a]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 2 Julai 1953 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya.

Selain aktif dalam bidang nyanyian di sekolah, beliau turut membantu neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri di merata tempat di sekitar Johor. Di usia belasan tahun pula, Sharifah mendapat pendidikan menengah Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu. Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut mengundangnya menyanyi ketika mengadakan majlis tertentu di sekolah tersebut. Selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majils anjuran sekolah, Sharifah juga menjadi artis jemputan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis perasmian.

Selepas tamat tingkatan 5 di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain itu, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih bidang muzik kerana merasakan itulah jalan terbaik baginya untuk meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.

Kerjaya

1960-an dan 1970-an

1980-an dan 1990-an

2000-an dan 2010-an

Bakat

Kontroversi

Pertelingkahan dengan ibu

Tuduhan memfitnah Siti Nurhaliza

Kehidupan peribadi

Perkahwinan

Kediaman

Sakit dan kematian

Pada tahun 2012, Sharifah Aini disahkan menghidap fibrosis paru-paru, keadaan jarang berlaku yang menyebabkan paru-paru mengeras dan berparut, yang mengganggu keupayaan seseorang untuk bernafas secara normal.[1]

Pada Mei 2014, beliau dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau kemudian menjalani rawatan intensif dan dipantau oleh doktor peribadinya sejak jangkitan kuman menyerang semula paru-parunya. Keadaan kesihatannya juga tidak menentu sejak diserang virus Influenza A (H1N1) pada Januari.[2] Beliau kemudian telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 1 Julai 2014, yang mana beliau mengalami kesukaran bernafas dan keadaan kesihatannya juga bertambah merosot.[3] Beliau sempat meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-61 pada 2 Julai, tiga hari sebelum kematiannya.[4]

Beliau meninggal dunia pada jam 1.26 pagi Sabtu, 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, akibat fibrosis paru-paru pada usia 61 tahun.[5][1] Rakan karib beliau, Aishah Ali mengesahkan kematiannya. Jenazah beliau telah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail selepas solat Subuh untuk dimandikan dan disembahyangkan sebanyak tiga kali dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara kira-kira jam 12:10 tengah hari, sebelum solat Zohor.[6][7][8] Antara rakan-rakan artis yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau ialah Uji Rashid, Hail Amir, Zaiton Sameon, Ellie Suriaty, Sarimah Ahmad, Siti Nurhaliza dan Aznah Hamid. Turut hadir ialah Habsah Hassan, Chef Wan, Fazli Zainal, Salwa Abdul Rahman, Mak Jah, Rohana Jalil, Hattan dan DJ Dave.[8]

Beliau menerusi satu ciapan yang ditulis di Facebook beberapa minggu sebelum kematiannya, pernah meminta peminat supaya mendoakan kesejahteraan beliau selain meminta mereka sedekahkan Al-Fatihah jika beliau tiada, yang mana status itu menggambarkan bahawa beliau seolah-olah sudah merasakan bakal pergi buat selamanya.[9] Selepas kematiannya, akaun Facebook beliau ditutup oleh anaknya, Aliff Omar Ali. Menurut Aliff, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu segala memori yang dititipkan oleh ibunya dikenang semula.[10]

Reaksi

Keluarga

Rakan artis

Pemergian Sharifah Aini ke Rahmatullah disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air. Penyanyi, Hattan dinyatakan berkata: "Kehebatannya tiada pengganti. Hanya arwah yang boleh menyanyi dengan sebutan yang jelas dan nyanyiannya cukup merdu [...] Bukan itu sahaja, ketegasan arwah membuatkan tidak ada yang berani cuba mengambil kesempatan terhadap beliau".[11] Herman Tino yang pernah berduet dengan beliau menerusi lagu "Serampang Laut" berkata, beliau dan Sharifah sempat berbual dan bergurau senda meskipun beliau dalam keadaan nazak: "Sebenarnya Kak Pah yang meminta saya bertemu dengannya pada Jumaat lalu. Tak sangka pula ketika itu dia sedang sakit tenat. Tetapi walaupun berkeadaan begitu, dia sempat juga bergurau ketika saya mengurut bahunya [...] Gurauannya itu juga mengingatkan saya ketika awal-awal berduet dengannya untuk lagu "Serampang Laut". Pada mulanya dia tidak percaya yang saya boleh berduet dengannya. Tetapi sejak lagu itu popular, barulah dia yakin bahawa kami serasi untuk bekerjasama".[11]

Wartawan dan pengamal media

Diskografi

Filemografi

Anugerah dan penghargaan

Catatan

  1. ^ Selain Kak Pah, artis lain yang menerima bayaran tertinggi ialah Ziana Zain, Anita Sarawak, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Ella, Erra Fazira, Ning Baizura dan Siti Nurhaliza.

Rujukan

  1. ^ a b Hani Shamira (5 Julai 2014). "Datuk Sharifah Aini dies at 61". New Straits Times. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  2. ^ Ashraf Nasser (24 Mei 2014). "Sharifah Aini: Keadaan saya kini 50:50". Yahoo! News. Dicapai pada 7 Julai 2019.
  3. ^ "Sharifah Aini Di ICU Akibat 'Paru-Paru Berparut'". mStar Online. 1 Julai 2014. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  4. ^ "Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Disahkan Meninggal Dunia". Oh Bulan!. 5 Julai 2014. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  5. ^ "Sharifah Aini meninggal dunia". Berita Harian. 5 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2014. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  6. ^ Muzaffar Mustapa (5 Julai 2014). "Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 5 Julai 2014.
  7. ^ "Legendary singer Datuk Sharifah Aini dies". The Borneo Post. 6 Julai 2014. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  8. ^ a b Feride Hilmet Atak (5 Julai 2014). "Jenazah Sharifah Aini Selamat Dikebumikan". mStar Online. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  9. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (5 Julai 2014). "Sharifah Aini Meninggal Dunia". mStar Online. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  10. ^ "Akaun Facebook Sharifah Aini Ditutup". mStar Online. 7 Julai 2014. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  11. ^ a b Feride Hikmet Atak (6 Julai 2014). "Kematian Sharifah Aini Satu Kehilangan Besar". mStar Online. Dicapai pada 7 Julai 2014.

Pautan luar