Pergi ke kandungan

Pengguna:Fandi89/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 63: Baris 63:
Selain mempersembahkan lagu dalam bahasa Melayu, Sharifah Aini turut mempersembahkan lagu berbahasa Inggeris. Beliau juga mampu menyanyikan lagu-lagu dalam pelbagai genre irama keMelayuan/tradisional pelbagai rentak seperti langgam, asli, zapin, inang, keroncong, joget, pop etnik, dangdut dan muzik kontemporari seperti pop jazz, R&B, slow rock dan juga irama nasyid.
Selain mempersembahkan lagu dalam bahasa Melayu, Sharifah Aini turut mempersembahkan lagu berbahasa Inggeris. Beliau juga mampu menyanyikan lagu-lagu dalam pelbagai genre irama keMelayuan/tradisional pelbagai rentak seperti langgam, asli, zapin, inang, keroncong, joget, pop etnik, dangdut dan muzik kontemporari seperti pop jazz, R&B, slow rock dan juga irama nasyid.


Syanty Octavia Amry, menulis untuk ''[[Harian Metro]]'' berkata: "Kemerduan suara serta kekuatan jati diri Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini sebagai penghibur meletakkan beliau sebagai salah seorang penyanyi tanah air yang bertahan lebih empat dekad dan kekal hingga ke akhir hayatnya".<ref>https://api.hmetro.com.my/node/17991</ref>
Syanty Octavia Amry, menulis untuk ''[[Harian Metro]]'' berkata: "Kemerduan suara serta kekuatan jati diri Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini sebagai penghibur meletakkan beliau sebagai salah seorang penyanyi tanah air yang bertahan lebih empat dekad dan kekal hingga ke akhir hayatnya".<ref>{{cite news|url=https://api.hmetro.com.my/node/17991|title=Buah tangan terakhir|author=Syanty Octavia Amry|publisher=[[Harian Metro]]|date=22 Disember 2014|accessdate=8 Julai 2019}}</ref>


==Kontroversi==
==Kontroversi==
Baris 80: Baris 80:


==Sakit dan kematian==
==Sakit dan kematian==
Pada tahun 2012, Sharifah Aini disahkan menghidap fibrosis paru-paru, keadaan jarang berlaku yang menyebabkan paru-paru mengeras dan berparut, yang mengganggu keupayaan seseorang untuk bernafas secara normal.<ref name="At 61">{{cite news|url=https://api.nst.com.my/news/2015/09/datuk-sharifah-aini-dies-61|title=Datuk Sharifah Aini dies at 61|author=Hani Shamira|publisher=[[New Straits Times]]|date=5 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014}}</ref>
Pada Mei 2012, Sharifah Aini dikejarkan ke Hospital Pakar Damansara selepas mengadu diserang demam panas dan disahkan menghidap fibrosis paru-paru, keadaan jarang berlaku yang menyebabkan paru-paru mengeras dan berparut, yang mengganggu keupayaan seseorang untuk bernafas secara normal.<ref name="At 61">{{cite news|url=https://api.nst.com.my/news/2015/09/datuk-sharifah-aini-dies-61|title=Datuk Sharifah Aini dies at 61|author=Hani Shamira|publisher=[[New Straits Times]]|date=5 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014}}</ref> Keadaan beliau dilaporkan stabil tetapi tidak dibenarkan menerima pelawat bagi mengelakkan keadaan menjadi serius, menurut rakannya, Khalilah Talha.<ref>{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2012/05/23/terkena-jangkitan-virus-keadaan-kak-pah-makin-stabil|title=Terkena Jangkitan Virus, Keadaan Kak Pah Makin Stabil|publisher=[[mStar Online]]|date=23 Mei 2012|accessdate=8 Julai 2019}}</ref>


Pada Mei 2014, beliau dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau kemudian menjalani rawatan intensif dan dipantau oleh doktor peribadinya sejak jangkitan kuman menyerang semula paru-parunya. Keadaan kesihatannya juga tidak menentu sejak diserang [[Virus influenza A subjenis H1N1|virus Influenza A (H1N1)]] pada Januari.<ref>{{cite news|url=https://malaysia.news.yahoo.com/sharifah-aini-keadaan-saya-kini-50-50-014900325.html|title=Sharifah Aini: Keadaan saya kini 50:50|author=Ashraf Nasser|publisher=[[Yahoo! News]]|date=24 Mei 2014|accessdate=7 Julai 2019}}</ref> Beliau kemudian telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 1 Julai 2014, yang mana beliau mengalami kesukaran bernafas dan keadaan kesihatannya juga bertambah merosot.<ref>{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2014/07/01/sharifah-aini-di-icu|title=Sharifah Aini Di ICU Akibat 'Paru-Paru Berparut'|publisher=[[mStar Online]]|date=1 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014}}</ref><ref name="Hospitalised">{{cite news|url=https://www.malaymail.com/news/showbiz/2014/07/01/sharifah-aini-hospitalised-for-lung-infection/698361|title=Sharifah Aini hospitalised for lung infection|publisher=[[The Malay Mail]]|date=1 Julai 2014|accessdate=8 Julai 2014}}</ref> Beliau sempat meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-61 pada 2 Julai, tiga hari sebelum kematiannya.<ref>{{cite news|url=https://ohbulan.com/breaking-news-biduanita-negara-datuk-sharifah-aini-disahkan-meninggal-dunia/|title=Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Disahkan Meninggal Dunia|publisher=Oh Bulan!|date=5 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014}}</ref><ref name="Hospitalised"/>
Pada Mei 2014, beliau dimasukkan ke hospital sama akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau kemudian menjalani rawatan intensif dan dipantau oleh doktor peribadinya sejak jangkitan kuman menyerang semula paru-parunya. Keadaan kesihatannya juga tidak menentu sejak diserang [[Virus influenza A subjenis H1N1|virus Influenza A (H1N1)]] pada Januari.<ref>{{cite news|url=https://malaysia.news.yahoo.com/sharifah-aini-keadaan-saya-kini-50-50-014900325.html|title=Sharifah Aini: Keadaan saya kini 50:50|author=Ashraf Nasser|publisher=[[Yahoo! News]]|date=24 Mei 2014|accessdate=7 Julai 2019}}</ref> Beliau kemudian telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 1 Julai 2014, yang mana beliau mengalami kesukaran bernafas dan keadaan kesihatannya juga bertambah merosot.<ref>{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2014/07/01/sharifah-aini-di-icu|title=Sharifah Aini Di ICU Akibat 'Paru-Paru Berparut'|publisher=[[mStar Online]]|date=1 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014}}</ref><ref name="Hospitalised">{{cite news|url=https://www.malaymail.com/news/showbiz/2014/07/01/sharifah-aini-hospitalised-for-lung-infection/698361|title=Sharifah Aini hospitalised for lung infection|publisher=[[The Malay Mail]]|date=1 Julai 2014|accessdate=8 Julai 2014}}</ref> Beliau sempat meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-61 pada 2 Julai, tiga hari sebelum kematiannya.<ref>{{cite news|url=https://ohbulan.com/breaking-news-biduanita-negara-datuk-sharifah-aini-disahkan-meninggal-dunia/|title=Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Disahkan Meninggal Dunia|publisher=Oh Bulan!|date=5 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014}}</ref><ref name="Hospitalised"/>


Beliau meninggal dunia pada jam 1.26 pagi Sabtu, 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, akibat fibrosis paru-paru pada usia 61 tahun.<ref>{{cite news|url=http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SharifahAinimeninggaldunia/Article/?mutakhir=1|title=Sharifah Aini meninggal dunia|publisher=[[Berita Harian]]|date=5 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014|archive-url=https://web.archive.org/web/20140714133240/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SharifahAinimeninggaldunia/Article/?mutakhir=1Sharifah|archive-date=14 Julai 2014}}</ref><ref name="At 61"/> Rakan karib beliau, Aishah Ali mengesahkan kematiannya. Jenazah beliau telah dibawa ke [[Masjid At-Taqwa, Taman Tun Doktor Ismail|Masjid At-Taqwa]], [[Taman Tun Dr. Ismail]] selepas [[solat Subuh]] untuk dimandikan dan disembahyangkan sebanyak tiga kali dan dikebumikan di [[Tanah Perkuburan Bukit Kiara]] kira-kira jam 12:10 tengah hari, sebelum [[solat Zohor]].<ref>{{cite news|url=http://www.astroawani.com/news/show/biduanita-negara-datuk-sharifah-aini-meninggal-dunia-39083|title=Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia|author=Muzaffar Mustapa|publisher=[[Astro Awani]]|date=5 Julai 2014|accessdate=5 Julai 2014}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.theborneopost.com/2014/07/06/legendary-singer-datuk-sharifah-aini-dies/|title=Legendary singer Datuk Sharifah Aini dies|publisher=[[The Borneo Post]]|date=6 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014}}</ref><ref name="Jenazah">{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2014/07/05/sharifah-aini-dikebumikan|title=Jenazah Sharifah Aini Selamat Dikebumikan|author=Feride Hilmet Atak|publisher=[[mStar Online]]|date=5 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014}}</ref> Antara rakan-rakan artis yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau ialah [[Uji Rashid]], [[Hail Amir]], [[Zaiton Sameon]], [[Ellie Suriaty]], [[Sarimah Ahmad]], [[Siti Nurhaliza]] dan [[Aznah Hamid]]. Turut hadir ialah [[Habsah Hassan]], [[Chef Wan]], [[Fazli Zainal]], [[Salwa Abdul Rahman]], [[Mak Jah]], [[Rohana Jalil]], [[Hattan]] dan [[DJ Dave]].<ref name="Jenazah"/>
Beliau meninggal dunia pada jam 1.26 pagi Sabtu, 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, akibat fibrosis paru-paru pada usia 61 tahun.<ref>{{cite news|url=http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SharifahAinimeninggaldunia/Article/?mutakhir=1|title=Sharifah Aini meninggal dunia|publisher=[[Berita Harian]]|date=5 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014|archive-url=https://web.archive.org/web/20140714133240/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SharifahAinimeninggaldunia/Article/?mutakhir=1Sharifah|archive-date=14 Julai 2014}}</ref><ref name="At 61"/> Rakan karib beliau, Aishah Ali mengesahkan kematiannya. Jenazah beliau telah dibawa ke [[Masjid At-Taqwa, Taman Tun Doktor Ismail|Masjid At-Taqwa]], [[Taman Tun Dr. Ismail]] selepas [[solat Subuh]] untuk dimandikan dan disembahyangkan sebanyak tiga kali dan dikebumikan di [[Tanah Perkuburan Bukit Kiara]] kira-kira jam 12:10 tengah hari, sebelum [[solat Zohor]].<ref>{{cite news|url=http://www.astroawani.com/news/show/biduanita-negara-datuk-sharifah-aini-meninggal-dunia-39083|title=Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia|author=Muzaffar Mustapa|publisher=[[Astro Awani]]|date=5 Julai 2014|accessdate=5 Julai 2014}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.theborneopost.com/2014/07/06/legendary-singer-datuk-sharifah-aini-dies/|title=Legendary singer Datuk Sharifah Aini dies|publisher=[[The Borneo Post]]|date=6 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014}}</ref><ref name="Jenazah">{{cite news|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2014/07/05/sharifah-aini-dikebumikan|title=Jenazah Sharifah Aini Selamat Dikebumikan|author=Feride Hilmet Atak|publisher=[[mStar Online]]|date=5 Julai 2014|accessdate=7 Julai 2014}}</ref> Antara rakan-rakan artis yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau ialah [[Uji Rashid]], [[Hail Amir]], [[Zaiton Sameon]], [[Ellie Suriaty]], [[Sarimah Ahmad]], [[Siti Nurhaliza]] dan [[Aznah Hamid]]. Turut hadir ialah [[Habsah Hassan]], [[Chef Wan]], [[Fazli Zainal]], [[Salwa Abdul Rahman]], [[Mak Jah]], [[Rohana Jalil]], [[Hattan]] dan [[DJ Dave]].<ref name="Jenazah"/>

Semakan pada 06:11, 8 Julai 2024


Sharifah Aini

شريفة عيني
Sharifah Aini pada 2011.
Kelahiran
Sharifah Aini binti Syed Jaafar

(1953-07-02)2 Julai 1953
Meninggal dunia5 Julai 2014(2014-07-05) (umur 61)
Pusat Perubatan Pakar Damansara, Selangor, Malaysia
Sebab kematianFibrosis paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Nama lainKak Pah
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • penulis Lagu
  • pengacara
  • ahli perniagaan
  • dermawan
  • qariah
PasanganAli Bakar (k. 1981–1982)
Anak-anakAliff Omar Ali
SaudaraSyed Tahir Syed Jaafar (adik)
Kerjaya muzik
Genre
  • Pop
  • balada
  • R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif1968–2014
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
Pengkarya berkait
Broery Marantika, Herman Tino, Sudirman, Too Phat

Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar (2 Julai 1953 – 5 Julai 2014) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau disifatkan sebagai antara penyanyi dan pemuzik Malaysia terbaik sepanjang zaman.

Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, beliau yang lebih dikenali sebagai Kak Pah, mula menunjukkan minat terhadap bidang muzik pada usia awal. Beliau memulakan kerjaya muzik secara profesional apabila beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu "Tiga Malam". Selepas memenangi pertandingan itu, beliau menandatangi kontrak bersama EMI Music Malaysia dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam pada tahun 1970 pada usia 17 tahun. Sepanjang 40 tahun bersama EMI, beliau telah merakamkan dan melancarkan sebanyak lebih 100 album, menjadikan beliau antara satu-satunya penyanyi yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman, sekaligus menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records. Beliau turut berkecimpung dalam bidang lakonan dengan membintangi filem pertamanya, Hapuslah Air Matamu (1976) bersama Latif Ibrahim dan penyanyi Indonesia, Broery Marantika. Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai 2014, tiga hari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-61, selepas sekian lama menderitai penyakit fibrosis paru-paru.

Dikenali dengan vokalnya yang merdu, bakat beliau banyak diasah oleh komposer, Ahmad Nawab, yang menerbitkan albumnya dari 1974 sehingga 1978. Selain mampu mempersembahkan pelbagai genre lagu, suara beliau serta-merta dapat dikenali setiap kali salah satu lagunya dimainkan di radio atau televisyen tempatan. Pada permulaan tahun 2000, beliau banyak membuat persembahan tertutup untuk menyara badan-badan amal. Pada tahun 2003, beliau dikurniakan anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Syed Sirajuddin Putra Jamalulail. Beliau telah menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat, iaitu pada tahun 2004 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Pada tahun 2006, beliau dikurniakan gelaran Biduanita Negara selepas Saloma atas sumbangannya kepada industri muzik.

Beliau turut bergiat aktif dalam aktiviti amal dan kedermawanan kerana kejujuran dan keikhlasannya yang sentiasa membantu golongan yang kurang bernasib baik selain turut membuat 2,518 persembahan amal tanpa menerima sebarang bentuk bayaran. Selain itu, Sharifah Aini merupakan antara artis yang menerima bayaran royalti tertinggi bagi satu penjualan album dan juga ialah antara artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi suatu undangan nyanyian.[a]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 2 Julai 1953 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor,[b] dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau ialah anak kepada pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab.[2] Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya.

Selain aktif dalam bidang nyanyian di sekolah, beliau turut membantu neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri di merata tempat di sekitar Johor. Di usia belasan tahun pula, Sharifah mendapat pendidikan menengah Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu. Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut mengundangnya menyanyi ketika mengadakan majlis tertentu di sekolah tersebut. Selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majils anjuran sekolah, Sharifah juga menjadi artis jemputan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis perasmian.

Selepas tamat tingkatan 5 di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain itu, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih bidang muzik kerana merasakan itulah jalan terbaik baginya untuk meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.

Kerjaya

1968–1969: Penglibatan awal

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968.[3] Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.

1970-an

1980-an

1990-an

2000-an

2010–2014: Penghujung kerjaya

Menjelang akhir hayatnya, Sharifah membuat penampilan khas dalam filem Penanggal arahan sulung pelakon, Ellie Suriaty yang mana beliau memegang watak sebagai Sharifah Aminah. Filem ini ditayangkan pada 28 November 2013.[4]

Bakat dan imej umum

Selain mempersembahkan lagu dalam bahasa Melayu, Sharifah Aini turut mempersembahkan lagu berbahasa Inggeris. Beliau juga mampu menyanyikan lagu-lagu dalam pelbagai genre irama keMelayuan/tradisional pelbagai rentak seperti langgam, asli, zapin, inang, keroncong, joget, pop etnik, dangdut dan muzik kontemporari seperti pop jazz, R&B, slow rock dan juga irama nasyid.

Syanty Octavia Amry, menulis untuk Harian Metro berkata: "Kemerduan suara serta kekuatan jati diri Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini sebagai penghibur meletakkan beliau sebagai salah seorang penyanyi tanah air yang bertahan lebih empat dekad dan kekal hingga ke akhir hayatnya".[5]

Kontroversi

Pertelingkahan dengan ibu

Tuduhan memfitnah Siti Nurhaliza

Kehidupan peribadi

Perkahwinan

Kediaman

Kedermawanan

Sakit dan kematian

Pada Mei 2012, Sharifah Aini dikejarkan ke Hospital Pakar Damansara selepas mengadu diserang demam panas dan disahkan menghidap fibrosis paru-paru, keadaan jarang berlaku yang menyebabkan paru-paru mengeras dan berparut, yang mengganggu keupayaan seseorang untuk bernafas secara normal.[6] Keadaan beliau dilaporkan stabil tetapi tidak dibenarkan menerima pelawat bagi mengelakkan keadaan menjadi serius, menurut rakannya, Khalilah Talha.[7]

Pada Mei 2014, beliau dimasukkan ke hospital sama akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau kemudian menjalani rawatan intensif dan dipantau oleh doktor peribadinya sejak jangkitan kuman menyerang semula paru-parunya. Keadaan kesihatannya juga tidak menentu sejak diserang virus Influenza A (H1N1) pada Januari.[8] Beliau kemudian telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 1 Julai 2014, yang mana beliau mengalami kesukaran bernafas dan keadaan kesihatannya juga bertambah merosot.[9][10] Beliau sempat meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-61 pada 2 Julai, tiga hari sebelum kematiannya.[11][10]

Beliau meninggal dunia pada jam 1.26 pagi Sabtu, 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, akibat fibrosis paru-paru pada usia 61 tahun.[12][6] Rakan karib beliau, Aishah Ali mengesahkan kematiannya. Jenazah beliau telah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail selepas solat Subuh untuk dimandikan dan disembahyangkan sebanyak tiga kali dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara kira-kira jam 12:10 tengah hari, sebelum solat Zohor.[13][14][15] Antara rakan-rakan artis yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau ialah Uji Rashid, Hail Amir, Zaiton Sameon, Ellie Suriaty, Sarimah Ahmad, Siti Nurhaliza dan Aznah Hamid. Turut hadir ialah Habsah Hassan, Chef Wan, Fazli Zainal, Salwa Abdul Rahman, Mak Jah, Rohana Jalil, Hattan dan DJ Dave.[15]

Beliau menerusi satu ciapan yang ditulis di Facebook beberapa minggu sebelum kematiannya, pernah meminta peminat supaya mendoakan kesejahteraan beliau selain meminta mereka sedekahkan Al-Fatihah jika beliau tiada, yang mana status itu menggambarkan bahawa beliau seolah-olah sudah merasakan bakal pergi buat selamanya.[16] Selepas kematiannya, akaun Facebook beliau ditutup oleh anaknya, Aliff Omar Ali. Menurut Aliff, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu segala memori yang dititipkan oleh ibunya dikenang semula.[17]

Reaksi

Rakan artis

Pemergian Sharifah Aini ke Rahmatullah disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air. Penyanyi, Hattan dinyatakan berkata: "Kehebatannya tiada pengganti. Hanya arwah yang boleh menyanyi dengan sebutan yang jelas dan nyanyiannya cukup merdu [...] Bukan itu sahaja, ketegasan arwah membuatkan tidak ada yang berani cuba mengambil kesempatan terhadap beliau".[1] Herman Tino yang pernah berduet dengan beliau menerusi lagu "Serampang Laut" berkata, beliau dan Sharifah sempat berbual dan bergurau senda meskipun beliau dalam keadaan nazak: "Sebenarnya Kak Pah yang meminta saya bertemu dengannya pada Jumaat lalu. Tak sangka pula ketika itu dia sedang sakit tenat. Tetapi walaupun berkeadaan begitu, dia sempat juga bergurau ketika saya mengurut bahunya [...] Gurauannya itu juga mengingatkan saya ketika awal-awal berduet dengannya untuk lagu "Serampang Laut". Pada mulanya dia tidak percaya yang saya boleh berduet dengannya. Tetapi sejak lagu itu popular, barulah dia yakin bahawa kami serasi untuk bekerjasama".[1] Khatijah Ibrahim pula berkata: "Bukan senang untuk negara kita memiliki biduanita yang hebat sepertinya".[1]

Wartawan dan pengamal media

Ahli politik

Berita kematian beliau juga mendapat perhatian sebilangan ahli politik dan menteri. Perdana Menteri (kini bekas), Najib Razak menerusi ciapan di akaun Twitternya berkata: "Saya sedih atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. Semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah".[18] Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin dan isteri, Norainee Abdul Rahman menerusi kiriman SMS berkata: "Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah".[19] Menteri Pertahanan ketika itu, Hishamuddin Hussein menerusi ciapan di Twitter berkata: "Salam takziah buat keluarga Biduanita Negara Kak Pah. Jasa besar dalam dunia seni tanah air. Al-Fatihah".[19] Menteri Komunikasi dan Multmedia ketika itu, Ahmad Shabery Cheek pula berkata: "Tiada tahu siapa yang boleh menggantikan Allahyarhamah Sharifah Aini sebagai legenda negara dalam bidang nyanyian, persembahan serta seni. Banyak keistimewaan yang dimiliki beliau selaku biduanita negara selain daripada Allahyarhamah Saloma, beliau mempunyai cara tersendiri".[20]

Turut mengucapkan takziah di atas pemergian beliau ialah Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan[21] dan Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan.[2] Menteri Besar Johor ketika itu, Mohamed Khaled Nordin yang turut mengucapkan takziah di atas pemergian Sharifah Aini, berkata kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan dan usaha beliau dalam mempromosikan muzik ghazal yang merupakan warisan negeri Johor.[2]

Diskografi

Filemografi

Peranan filem
Tahun Tajuk Watak Catatan
1976 Hapuslah Air Matamu Aini
1979 Sumber IIhamku Linda
1981 Bintang Pujaan Rina
2006 Diva Popular Dirinya sendiri Penampilan istimewa
2013 Penanggal Sharifah Aminah

Anugerah dan penghargaan

Catatan

  1. ^ Selain Kak Pah, artis lain yang menerima bayaran tertinggi ialah Ziana Zain, Anita Sarawak, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Ella, Erra Fazira, Ning Baizura dan Siti Nurhaliza.
  2. ^ Terdapat sumber lain yang menyatakan beliau dilahirkan di Nee Soon, Singapura.[1][2]

Rujukan

  1. ^ a b c d Feride Hikmet Atak (6 Julai 2014). "Kematian Sharifah Aini Satu Kehilangan Besar". mStar Online. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  2. ^ a b c d Aliza Shahand; Ben Tan (6 Julai 2014). "Nation pays tribute to Kak Pah". New Straits Times. Dicapai pada 8 Julai 2014.
  3. ^ (TERKINI 5 A.M) Kak Pah Dan Hilangnya Permata Negara…
  4. ^ Florey DM (3 November 2014). "Ellie Suriaty thankful to Sharifah Aini". Cinema Online. Dicapai pada 8 Julai 2019.
  5. ^ Syanty Octavia Amry (22 Disember 2014). "Buah tangan terakhir". Harian Metro. Dicapai pada 8 Julai 2019.
  6. ^ a b Hani Shamira (5 Julai 2014). "Datuk Sharifah Aini dies at 61". New Straits Times. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  7. ^ "Terkena Jangkitan Virus, Keadaan Kak Pah Makin Stabil". mStar Online. 23 Mei 2012. Dicapai pada 8 Julai 2019.
  8. ^ Ashraf Nasser (24 Mei 2014). "Sharifah Aini: Keadaan saya kini 50:50". Yahoo! News. Dicapai pada 7 Julai 2019.
  9. ^ "Sharifah Aini Di ICU Akibat 'Paru-Paru Berparut'". mStar Online. 1 Julai 2014. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  10. ^ a b "Sharifah Aini hospitalised for lung infection". The Malay Mail. 1 Julai 2014. Dicapai pada 8 Julai 2014.
  11. ^ "Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Disahkan Meninggal Dunia". Oh Bulan!. 5 Julai 2014. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  12. ^ "Sharifah Aini meninggal dunia". Berita Harian. 5 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2014. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  13. ^ Muzaffar Mustapa (5 Julai 2014). "Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 5 Julai 2014.
  14. ^ "Legendary singer Datuk Sharifah Aini dies". The Borneo Post. 6 Julai 2014. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  15. ^ a b Feride Hilmet Atak (5 Julai 2014). "Jenazah Sharifah Aini Selamat Dikebumikan". mStar Online. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  16. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (5 Julai 2014). "Sharifah Aini Meninggal Dunia". mStar Online. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  17. ^ "Akaun Facebook Sharifah Aini Ditutup". mStar Online. 7 Julai 2014. Dicapai pada 7 Julai 2014.
  18. ^ "Najib Sedih Pemergian Sharifah Aini". mStar Online. 5 Julai 2014. Dicapai pada 8 Julai 2014.
  19. ^ a b "Muhyiddin Ucap takziah Buat Keluarga Sharifah Aini". mStar Online. 5 Julai 2014. Dicapai pada 8 Julai 2014.
  20. ^ "Sukar Cari Pengganti Biduanita Negara - Ahmad Shabery". mStar Online. 5 Julai 2014. Dicapai pada 8 Julai 2014.
  21. ^ "Condolences continue to pour in for Datuk Sharifah Aini". New Straits Times. 5 Julai 2014. Dicapai pada 8 Julai 2014.

Pautan luar