Ramly Abu Bakar: Perbezaan antara semakan
Rencana baru. |
(Tiada perbezaan)
|
Semakan pada 06:05, 2 September 2024
Mohd Ramly Abu Bakar (1945 – 23 April 2023) merupakan seorang penyampai suara latar, pelakon dan penyampai berita Malaysia, yang terkenal sebagai hasil kerjanya sebagai penyampai suara latar untuk banyak iklan radio dan televisyen.[1][2]
Kerjaya
Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada awal 1970-an. Dikenali dengan suara emasnya, Ramly terkenal dengan hasil kerjanya sebagai pelantun suara untuk banyak iklan di radio dan TV, terutamanya iklan rokok Dunhill. Suaranya juga digunakan dalam mempromosikan rancangan TV.[1]
Selain di TV dan radio, beliau juga aktif sebagai pengacara majlis dan pernah mengacarakan perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 1975.[3]
Ramly juga pernah berlakon bersama Seniman Agung, P. Ramlee menerusi filem Gagak Hitam sebagai watak pembaca berita, selain membintangi filem Menanti Hari Esok arahan dan lakonan Jins Shamsudin pada 1977.[1]
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 23 April 2023 pada usia 78 tahun.[1]
Rujukan
- ^ a b c d "Pelantun suara iklan era 1980-an, Ramly Abu Bakar meninggal dunia". Berita Harian. 23 April 2023. Dicapai pada 2 September 2023.
- ^ "'Man with a golden voice' Ramly Abu Bakar dies". Free Malaysia Today. 23 April 2023. Dicapai pada 2 September 2023.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (23 April 2023). "Pelakon suara latar iklan meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 2 September 2023.