Pergi ke kandungan

The Secret (drama): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rencana baru.
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 06:04, 8 September 2024

The Secret
GenreMisteri, jenayah
PenciptaJasmine Zaidi
Ditulis oleh
  • Nik Naemah Nik Mahir
  • Syamila Bakar
  • Danial Arif Hussin
  • Honey Ahmad
  • Jasmine Zaidi
  • Azhar Amirulhisyam
PengarahJason Chong
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Rahsia Jiwa" oleh Dina Nadzir
Lagu penutup"Rahsia Jiwa" oleh Dina Nadzir
PenggubahFarique Nadzir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Zainir Aminullah[a]
  • Kingsley Warner[b]
  • Imillya Irwani Roslan[b]
  • Steven Lim Tze Siang[b]
Penerbit
  • Joanna Lee
  • Angie Choo
  • Hazim Hisham
LokasiLembah Klang, Selangor
SinematografiMadnor Kassim
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran45–50 minit
Syarikat penerbitan
Revolution Media
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal22 Ogos 2024 – kini
Pautan luar
Laman sesawang

The Secret ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2024 arahan Jason Chong dengan skrip oleh Nik Naemah Nik Mahir dan idea asal oleh Jasmine Zaidi. Dibintangi oleh Remy Ishak, Siti Saleha, Ellyza Azizi, Ucop Hashim dan Sara Mack Lubis, siri ini memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu bermula 22 Ogos 2024 dengan dua episod baharu ditayangkan setiap Khamis.[1][2][3]

Sinopsis

Liya, seorang pelajar universiti terkemuka ditemui mati oleh pasukan polis. Pihak berkuasa mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri. Johanna, pensyarah Liya merupakan satu-satunya individu yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang lebih buruk telah terjadi apabila dia menemui sepucuk surat ugutan di bilik asrama Liya.

Dengan bantuan sahabat baik Liya, Nini, siasatan mereka membawa kepada tuduhan merogol. Tetapi tanpa sebarang bahan bukti yang kukuh, andaian mereka berdua sukar untuk didengari, apatah lagi untuk dipandang serius. Johanna yang dibelenggu oleh trauma yang berpanjangan, berazam untuk membawa suspek ke muka pengadilan. Namun begitu, keadaan menjadi sukar apabila mendapati bahawa ada pihak lain yang cuba untuk melakukan apa sahaja, untuk melenyapkan kebenaran.

Pelakon

Pelakon undangan
  • Farid Amirul sebagai Tan Sri Zain
  • Aminah Rhapor sebagai Zainab

Penerbitan

The Secret ialah drama Viu Originals Malaysia ke-27 dan merupakan idea asal oleh Jasmine Zaidi.[5]

Menurut Jason Chong, The Secret ialah drama bergenre misteri dan jenayah serta sarat dengan pelbagai isu sosial termasuk bunuh diri, buli siber dan gangguan seksual.[5]

Penggambaran dijalankan selama 48 hari di Lembah Klang, Selangor dari Januari sehingga Februari 2024.[6] Ini merupakan drama Viu Originals Malaysia kedua yang dibintangi oleh Ellyza Azizi selepas Hilang (2022).

Keluaran

The Secret memulakan tayangan perdana di Viu bermula 22 Ogos 2024 dengan dua episod baharu disiarkan setiap Khamis.[1]

Catatan

  1. ^ Untuk Revolution Media.
  2. ^ a b c Untuk Viu.

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i j k "The Secret (Viu Malaysia)". My Infotaip. 25 Ogos 2024. Dicapai pada 8 September 2024.
  2. ^ Budiey (24 Ogos 2024). "Viu Malaysia Lancar Drama Viu Original Terbaharu Berjudul 'The Secret'". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 September 2024.
  3. ^ Nur Emira Saizali (6 September 2024). "The Secret, apabila penonton menjadi penyiasat!". Kosmo!. Dicapai pada 8 September 2024.
  4. ^ Amin Hazlan (21 Ogos 2024). "Tampil imej bertindik hidung, Remy Ishak tak peduli jika dikecam… "Ini cuma sekadar fesyen"". mStar Online. Dicapai pada 8 September 2024.
  5. ^ a b Amin Hazlan (28 Ogos 2024). "Setiap watak ada motif tersendiri, Viu Original The Secret buat penonton berteka-teki - "Ia sangat twisty"". mStar Online. Dicapai pada 8 September 2024.
  6. ^ Dennis Chua (31 Ogos 2024). "#SHOWBIZ: 'The Secret' highlights more than a murder mystery". New Straits Times. Dicapai pada 8 September 2024.

Pautan luar