Pergi ke kandungan

Pilihan raya negeri Pahang 2022 di Tioman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
rencana asas
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:18, 27 September 2024

Pilihan raya negeri
Pahang 2022

di Tioman

← 2018 7 Disember 2022
 
Calon Mohd Johari Hussain Nor Idayu Hashim Sulaiman Bakar
Parti UMNO PAS Bebas
Gabungan Barisan Nasional Perikatan Nasional
Undian popular 8,080 7,507 79

 
Calon Mohd Fadzli Mohd Ramly Osman Bakar
Parti Amanah Parti Pejuang Tanah Air
Gabungan Pakatan Harapan Gerakan Tanah Air
Undian popular 784 58

ADUN Tioman sebelum pilihan raya

Mohd Johari Hussain
Barisan Nasional

ADUN Tioman

Mohd Johari Hussain
Barisan Nasional

Pilihan raya negeri Pahang 2022 di Tioman ialah pilihan raya bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Tioman pada 2022. Hari pengundian diadakan pada 7 Disember 2022.[1]

Perkembangan

Tioman ialah salah satu kawasan pilihan raya negeri di Pahang. Bagi penggal 2018-2023, ia telah dibubarkan serentak dengan seluruh negeri Pahang pada 14 Oktober 2022 bagi menjalankan pilihan raya negeri.[2] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan hari penamaan calon berlangsung pada 5 November, manakala hari mengundi pada 19 November 2022.[3]

Pada awalnya, pilihan raya bagi memilih ADN Tioman ini dijadualkan berlangsung serentak dengan kawasan pilihan raya negeri Pahang yang lain. Lima orang calon telah mengemukakan pencalonan pada hari penamaan calon.[4]

Berikut ialah calon mengikut nombor kertas undi:[4]

No. Calon Parti
Parti bertanding Parti calon
1 Sulaiman Bakar Bebas
2 Osman A. Bakar Parti Pejuang Tanah Air
3 Md Yunus Ramli Perikatan Nasional PAS
4 Mohd Fadzli Mohd Ramly Pakatan Harapan AMANAH
5 Datuk Seri Mohd Johari Hussain Barisan Nasional UMNO

Walau bagaimanapun, calon dari Perikatan Nasional telah meninggal dunia pada 3.30 pagi, hari mengundi 19 November 2022 di Hospital Rompin, Pahang akibat komplikasi jantung.[5]

SPR telah menangguhkan proses pengundian bagi Tioman yang sepatutnya berlangsung pada hari tersebut.[6] Selepas bermesyuarat, SPR menetapkan hari baharu bagi penamaan calon ialah pada 24 November, dan hari mengundi pada 7 Disember 2022.[7]

Pada hari penamaan calon, lima orang disahkan bertanding dengan calon dari Perikatan Nasional mengemukakan pencalonan baharu. Calon dari Barisan Nasional, Pejuang dan Bebas, serta wakil calon dari Pakatan Harapan turut hadir pada hari penamaan calon untuk membuat undian bagi menentukan susunan nama pada kertas undi.[8]

Berikut ialah calon mengikut nombor kertas undi:[9]

No. Nama pada kertas undi Parti
Parti bertanding Parti calon
1 Idayu Hashim Perikatan Nasional PAS
2 Cikgu Osman Bakar Parti Pejuang Tanah Air
3 Mohd Fadzli bin Mohd Ramly Pakatan Harapan AMANAH
4 Dato’ Sri Haji Mohd Johari Barisan Nasional UMNO
5 Sulaiman bin Bakar Bebas

Keputusan

Pilihan raya negeri Pahang 2022 di Tioman telah menyaksikan kemenangan penyandang dari Barisan Nasional dengan majoriti 573 undi. Mohd Johari Hussain menang dengan perolehan 8,080 undi, menewaskan Nor Idayu Hashim dari Perikatan Nasional memperolehi 7,507 undi, Mohd Fadzli Mohd Ramly dari Pakatan Harapan memperoleh 784 undi, Osman Bakar dari Parti Pejuang mendapat 79 undi, dan Sulaiman Bakar, calon Bebas mendapat 58 undi.[10]

Pilihan raya kecil negeri Pahang 7 Disember 2022: Tioman
Susulan kematian calon, Md Yunus Ramli
Parti Calon Undian %
BN Mohd Johari Hussain 8,080 48.95
PN Nor Idayu Hashim 7,507 45.47
PH Mohd Fadzli Mohd Ramly 784 4.75
PEJUANG Osman Bakar 79 0.48
Bebas Sulaiman Bakar 58 0.35
Jumlah undi sah 16,508 100.00
Kertas undi ditolak 91
Kertas undi tidak dikembalikan 22
Keluar mengundi 16,621 58.39
Pengundi berdaftar 28,465
Majoriti 573
BN kekal Peralihan
Sumber

Rujukan

  1. ^ Roslan, Suraya (2022-11-19). "PRU-15 Dun Tioman ditetapkan 7 Disember - SPR". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-27.
  2. ^ ZULKIFLI, NORHAFIZAN (2022-10-14). "Pahang bubar DUN". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-09-27.
  3. ^ Salleh, Syahirah (2022-10-20). "PRU15: Mengundi 19 Nov, penamaan calon 5 Nov". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-27.
  4. ^ a b "SENARAI CALON DUN PRU15". BH. 5 November 2022.
  5. ^ "Al-fatihah… Calon PN DUN Tioman meninggal dunia - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-19. Dicapai pada 2024-09-27.
  6. ^ Haque, Ekhwan Haque Fazlul (2022-11-19). "PRU-15: Pengundian Dun Tioman ditangguhkan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-27.
  7. ^ "Tioman polling on Dec 7, nomination on Nov 24". MalaysiaNow (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-19. Dicapai pada 2024-09-27.
  8. ^ "Perlawanan lima penjuru di kerusi DUN Tioman | Suara Merdeka" (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-24. Dicapai pada 2024-09-27.
  9. ^ "Kenyataan Media Urusan Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai dan Dewan Negeri N.42 Tioman, Pahang" (PDF). SPR. 24 November 2022.
  10. ^ Editor, Post Oleh : Jr. "BN menang tipis 573 undi di DUN Tioman, sebagai penyadang kerusi ini bukan berita baik". 1Media.My. Dicapai pada 2024-09-27.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  11. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan - Keputusan Pilihan Raya Yang Dipertandingkan Dan Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya Negeri Bagi Pahang" (PDF). Jabatan Peguam Negara. 2022-12-14. Dicapai pada 2024-05-13.CS1 maint: date and year (link)