Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Che090572: Perbezaan antara semakan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Md. Farhan (bincang | sumb.)
Che090572 (bincang | sumb.)
Baris 318: Baris 318:


'''che090572, saya sangat kagum dengan kesungguhan che090572 terhadap artikel fifa ni..kemaruk bola..hebatnya..mesti saudara seorang yang kaya raya kan..sbb tidak perlu bekerja dan hanya tumpukan pada minat ini..fahami saudara che..chejannah sedang mengumpul data untuk semester baru dan bantuan saudara che090572 adalah wajib untuk kategori ni, chefaisal tercari cari artikel yang sesuai..tempoh diberikan sehingga sabtu ini juga..cheharon juga telah menyunting bersama che khadijah mengenai sejarah polis di malaysia....jika perlu chehairul akan meminta bantuan ayahandamertua beliau untuk sama menyumbang kepada artikel kepolisan ini.che090572 tolong juga sunting artikel mengenai kekeluargaan yang amat kurang sekali diberi perhatian.mengikut chejannah sumbangan che090572 memang diperlukan tapi tempohnya sangat terhad. saya juga akan menyunting artikel kepolisan selewatnya hari sabtu petang (bergantung kepada tindakan suntingan che090572) atau suntingan artikel kehilangan kereta 751. artikel pekerjaan amat susah sekali untuk diperolehi apalagi bila umur sudah meningkat. chejannah amat prihatin skali'''
'''che090572, saya sangat kagum dengan kesungguhan che090572 terhadap artikel fifa ni..kemaruk bola..hebatnya..mesti saudara seorang yang kaya raya kan..sbb tidak perlu bekerja dan hanya tumpukan pada minat ini..fahami saudara che..chejannah sedang mengumpul data untuk semester baru dan bantuan saudara che090572 adalah wajib untuk kategori ni, chefaisal tercari cari artikel yang sesuai..tempoh diberikan sehingga sabtu ini juga..cheharon juga telah menyunting bersama che khadijah mengenai sejarah polis di malaysia....jika perlu chehairul akan meminta bantuan ayahandamertua beliau untuk sama menyumbang kepada artikel kepolisan ini.che090572 tolong juga sunting artikel mengenai kekeluargaan yang amat kurang sekali diberi perhatian.mengikut chejannah sumbangan che090572 memang diperlukan tapi tempohnya sangat terhad. saya juga akan menyunting artikel kepolisan selewatnya hari sabtu petang (bergantung kepada tindakan suntingan che090572) atau suntingan artikel kehilangan kereta 751. artikel pekerjaan amat susah sekali untuk diperolehi apalagi bila umur sudah meningkat. chejannah amat prihatin skali'''

== Salam ==
Hai Che090572,<br>
Nampaknya anda begitu rajin mengemaskini rencana mengenai FIFA. Kini, saya pula yang mengurangkan pembabitan saya di sini untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, terutama anak-anak. Syabas di atas sumbangan anda. P.S. jangan lupa bawak anak-anak keluar hujung minggu, nanti mereka merajuk pulak dengan bapanya. Heee... heee... heee... [[Pengguna:Yosri|Yosri]] ([[Perbincangan Pengguna:Yosri|bincang]]) 18:17, 10 Julai 2010 (UTC)

:Ciptalah rencana baru banyak2 hingga 100,000.--[[Pengguna:Md. Farhan|Md. Farhan]] ([[Perbincangan Pengguna:Md. Farhan|bincang]]) 10:16, 15 Julai 2010 (UTC)

Semakan pada 00:21, 20 April 2011

Pesanan
Archive Arkib
  1. Feb-April 2006
  2. Mei-Julai 2006
  3. Ogos-Disember 2006
  4. Jan 2007-Dis 2008


Perletakan jawatan sebagai penyelia

Anda perlu letak jawatan di Meta-Wiki. Lebih baik anda umumkan di Kedai Kopi. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 05:48, 6 Januari 2009 (UTC)[balas]

Birokrat tidak mempunyai kuasa untuk memecat penyelia (SYSOP). Anda perlu letakkan kenyataan anda ingin mengundur diri di laman anda sendiri dan buat permohonan di http://meta.wikimedia.org/wiki/Requests_for_permissions . Kesal anda terpaksa mengundur diri. Selamat maju jaya. Yosri (bincang) 10:27, 6 Januari 2009 (UTC)[balas]

Ini pautannya, pastikan anda telah log masuk dalam Meta-Wiki sebelum anda letak jawatan di sana, ikut arahan yang diberikan, dan nyatakan di sini dengan pautan ke sana supaya membuktikan bahawa anda memang orang itu. Anyway, wish you good luck --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 11:12, 6 Januari 2009 (UTC)[balas]


Hai Che090572,
Jangan anda terlalu susah hati. Wikipedia bahasa Melayu adalah laman sukarela dan tiada paksaan untuk sesiapa untuk terpaksa menyumbang. Wikipedia bahasa Melayu bermatlamat mengembangkan ilmu dalam bahasa Melayu, menyatukan mereka yang ikhlas untuk mengembangkan bahasa Melayu tanpa mengharap bayaran. Sekiranya anda berasa penat atau tertekan, bercutilah dari Wikipedia dan kembali menyumbang selepas anda sudah bertenang. Saya sendiri sebenarnya memilih untuk menumpu kepada menyumbang rencana, dan kurang menyentuh mengenai pentakbiran Wikipedia itu sendiri. Anda bebas memilih bidang mana yang anda lebih minat, selagi anda merasakan sumbangan anda dapat membantu meningkatkan Wikipedia bahasa Melayu. Sumbangan anda kekal milik anda untuk anda gunakan pada laman persendirian anda, pengguna lain sekadar menumpang lesen sahaja. Mereka yang lain boleh memberi pendapat, tetapi keputusan kekal di tangan anda. Yosri (bincang) 00:55, 20 Januari 2009 (UTC)[balas]
Selamat aktif kembali, semoga kekal dapat menyumbang rencana yang berguna secara berterusan. Yosri (bincang) 04:10, 30 Mac 2009 (UTC)[balas]

Semoga anda terus menyumbang di sini ;-) --Elijah 以利亞 אליהו (Eliyahu) إلياس (Ilyas) 08:24, 30 Mac 2009 (UTC)[balas]

Halo Che090572, bisa luangkan waktu untuk ikut Voting di sini dan di sini? Terima Kasih. Mikhailov Kusserow (bincang) 04:08, 22 April 2009 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana mencipta rencana di wikipedia. Sumbangan amat diperlukan...ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 02:47, 3 Jun 2009 (UTC)[balas]

Tentang kedalaman Wikipedia (Depth)

Hai, maaf banyak2 kerana kembali sekali dan janji untuk tidak lagi menyunting tidak kesampaian. serta atas kesalahan besar yang lalu. Tapi saya ada cadangan untuk kemukakan sebelum saya pergi sekali lagi. Saya lihat kedalaman Wikipedia Bahasa Melayu semakin berkurangan, dulu kedalaman (depth) wiki ms 32, sekarang 24 balik. kalau tak percaya lihat gambar ini:

Kalau nak kedalaman (depth) Wikipedia Bahasa Melayu tinggi adalah seperti berikut:

A) Rencana kena panjang, terperinci dan perlu diupdate secara kerap.
B) Kategori kena banyak pada pada setiap dan/atau kebanyakan rencana.
C) Pastikan kedalaman wiki ms ditambah bagi menunjukkan mutu rencana wiki ms tinggi.

Jadi kalau boleh, tolonglah sangat sangat sangat sangat sangat, supaya kalian dengar dan ikut apa yang hendak saya katakan ini. Saya hanya mahu membantu Wikipedia Bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya, selamat tinggal... Emrrans (bincang) 09:11, 30 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Sila lihat pautan list of wikipedia's. Emrrans (bincang) 09:52, 30 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Hai

Hai Che Det, sebenarnya ada udang di sebalik batu, hehehe. Mungkin ada projek penterjemahan buku tentang biodegradasi. Oleh itu, kena tajamkan pisau sedikit, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 07:22, 5 September 2009 (UTC)[balas]


Hai Che Det, terima kasih atas jemputan anda. Teh tarik warung ke? Itu saya belanja. Saya tajamkan pisau dulu, you belanja errr.... kena ketuk u betul, betul. Tapi entah bila lagi saya akan ke KL. Bagi saya, pergi KL seakan-akan orang Islam naik haji, sekali dua sepanjang hayat, LOL. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 21:01, 5 September 2009 (UTC)[balas]

Progres semasa

Hai Che Det, saya dah siap 20 buah rencana. Empat buah rencana tambahan masih dalam proses. Apabila keempat-empat rencana ini telah siap, saya akan blah. Baru dapat enam ekor udang. Bukan tiada udang di sini tetapi batu terlalu berat nak pindah, hehehehe. Biodegradasi memang merupakan satu topik yang sangat boring. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 14:20, 10 September 2009 (UTC)[balas]

Teh tarik kuat-kuat ke? Nantilah kalau saya ke KL. KL nampaknya sangat jauh dari sini. Baru hari itu, saya tujukan teleskop sinar kosmos ke utara dari tingkat tertinggi City Square (tingkat apa ye?) tetapi tak nampak KL pun.
Saya akan pulang dari semasa ke semasa. Tak perlu ada projek baru datang kerana saya mendapati udang di sebalik batu bukan senang nak dapat. Batu terlalu besar dan berat, hehehe. Sotong lagi sedap. Sebagaimana yang anda tahu, saya ikut angin. Saya sekarang kelihatan terkandas kerana angin monsun timur laut telah meninggalkan saya. Nak terjemahkan sebilangan rencana agama Buddha dulu untuk mengingatkan semula sesetengah falsafahnya tapi nampaknya, angin akan bertiup semula tak lama lagi, berdasarkan badai yang berulang-ulang melanda pantai. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 01:47, 11 September 2009 (UTC)[balas]

Nak berangkat

frames
frames

Hai Che Det, saya nak berangkat... oppphs, nanti kena belasah sampai mayatlah yang diangkat. La Nina sudah penat. Kini angin kedengaran merdu dan menggeser-geser bulu ketiakku <-- pemuisi baharu hehehe. Tongkang di sebelah kanan nak bertolak. Saya nak ikut tongkang itu balik Tong San.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 16:42, 18 September 2009 (UTC)[balas]

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hai Che Det, anda juga baru bangun untuk menjalankan second syif ke? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 18:22, 23 September 2009 (UTC)[balas]

Mengapa anda simpan komputer anda di dalam bilik kebal bank? Saya cuma letakkannya di sudut barat daya ibu rumah. Kan senang tiap-tiap hari boleh tengok? Tengok kan? Tak payah bukak komputer pun boleh tengok, hehehe. —Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang)

Nanti kalau saya ke KL, saya kontak anda. Tapi buat sekarang, masih tiada perancangan. Entah nak menghala ke mana. Banyak yang saya fikir. Nak terjemahkan buku ke nak belajar bahasa Cina. Nak apply menjadi pensyarah sampingan di kolej di sebelah belakang rumah saya pun malas. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 18:53, 23 September 2009 (UTC)[balas]

Universal Disk Format

Che Det, adakah ayat ini betul daripada segi tatabahasa: "Universal Disk Format atau UDF merupakan satu spesifikasi format sistem fail untuk menyimpan fail-fail di atas media optik." Tanggapan yang diberikan adalah bahawa media optik itu seolah-olah meja, hehehe. Bagi saya, "di atas" perlu digantikan dengan "di dalam", seolah-olah laci meja. Di samping itu, "bahantara optik" lebih tepat, walaupun "media optik" tidaklah salah.

Bahasa Melayu kini mengalami perubahan yang pesat dan amat berbeza bentuknya daripada bentuk 1960-an sehingga khalayak Melayu susah nak menerimanya. Misalnya "daripada segi" kan janggal bunyinya, berbanding dengan "dari segi"? Lebih-lebih lagi, bahasa Melayu kini menyerap banyak istilah bahasa Inggeris walaupun terdapat perkataan Melayu asli (misalnya mengaplikasi dan sebagainya), malahan gayanya. Misalnya, apa salahnya kalau kita tulis "klorida natrium"? Kan gaya Melayu tentang penempatan kata sifat dapat dikekalkan? Serupa juga "Perdana Menteri" yang patut ditulis sebagai "Menteri Perdana". Mungkin ia membayangkan menteri itu tak betul kerana orang tak pernah tulis Besar Menteri atau Pendidikan Menteri, hehehe.

Saya banyak meneliti tatabahasa kerana saya tahu akan kelemahan saya. Maka marilah kita belajar bersama-sama. Pergandaan perkataan untuk membayangkan kata jamak kini tidak lagi berfesyen, kecuali ia menimbulkan kekeliruan. Justera, ayat yang saya rasa lebih baik ialah "Universal Disk Format atau UDF ialah spesifikasi format sistem fail untuk menyimpan fail di dalam bahantara optik." Terdapat sedikit perbezaan antara "ialah" dan "merupakan". "Ialah" ialah "is" dan merupakan ialah "is like". So anda nak mengatakan "UDF is a specification", atau "UDF is like a specification"?

Selain itu, ayat bahasa Melayu sebenar ialah "UDF spesifikasi format sistem fail untuk menyimpan fail di dalam bahantara optik." "Ialah" disingkirkan, buang masuk ke dalam tong sampah. Tetapi itu merupakan suatu gaya yang ditiru daripada bahasa Inggeris yang menggunakan "is". Para ahli bahasa Melayu mengamuk melihat perkembangan ini tetapi tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menerimanya. Tetapi mereka masih tidak boleh menerima "UDF ialah satu spesifikasi..." atau "UDF ialah sebuah spesifikasi...", namun baiklah kita menulis "Subjek ialah objek" tanpa menggunakan "satu" atau "sebuah". — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 22:43, 12 Oktober 2009 (UTC)[balas]


Che Det, saya mengesyorkan Tatabahasa Dewan yang berharga RM40 tapi Popular kasi 10% diskaun. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa saya membuat lompatan kuantum (mengikut ukuran peribadi yang tidaklah ambitius) menerusi Kursus Terjemahan ITNM. Banyak latihan dan ujian dalam tempoh dua minggu. Yang penting, kursus itu melahirkan keyakinan yang tidak dapat dihasilkan daripada pembacaan sendiri sahaja. Tapi lubang kocek pun besar bagi saya. Kursusnya hanya RM1,200 tetapi saya menganggar bahawa saya habiskan sekitar RM5,000 kerana peperiksaan ditangguhkan, akibat pilihan raya Mac 2008, dan saya kena ke KL dua kali. Itulah alasan sebenar mengapa saya takut pergi ke KL.

Tetapi jangan segan kalau anda menghadapi masalah dalam tatabahasa. Banyak buku tidak menepati tatabahasa. Apakah bezanya antara "memberi" dan "memberikan"? Kalau anda baca Tatabahasa Dewan, ia memberikan peraturan yang jelas, tetapi dua ayat selepas penjelasan itu, ia sendiri membuat kesilapan, hehehe. Bukan bohong sebab mereka dah biasa menggunakan perkataan mengikut telinga. Bagi saya, saya pekak tuli, maka jangan tanya saya adakah ayat itu janggal. Kalau janggal, semuanya janggal kepada saya, kalau tidak, semuanya juga tidak.

Buku yang sedang saya baca, iaitu "Bahasa Malaysia Saintifik" juga mengandungi banyak "kesilapan" yang dibuat oleh Dr. Asmah Haji Omar, ahli linguistik negara, kerana bukunya ditulis pada tahun 1987. Saya banyak membaca buku tatabahasa kerana nak menguasainya. Tapi terus terang cakap, bahasa Melayu tidak dapat saya kuasai. Saya pengsan apabila membaca buku "Biru Warna" oleh Awang Salleh. Macam mana saya nak mencapai penguasaan sebegitu? Memang sedap bahasanya, misalnya "Warna senja memenuhi langit. Angin bertiup kencang masih." "Masih" main belakang pulak. Apa lagi dengan pantun dan sajak. Bagaimanakah saya nak mencipta irama? Yang cuma saya tahu, "Amput, amput, seribu amput," hehehe.

Banyak orang keliru tentang "di dalam" dan "dalam", "dari" dan "daripada", "ke" dan "kepada", dan sebagainya. Jika anda boleh tangkap apa yang dimaksudkan itu merupakan objek fizikal atau objek abstrak, maka masalah itu lesap ke dalam udara nipis, hehehe. Buku ialah objek fizikal, so di dalam buku, cakera ialah objek fizikal, so di dalam cakera, walaupun sebenarnya ia tidak menembusi permukaan masuk ke dalam.

Apabila anda mengalami masalah tentang mana-mana satu ayat dalam terjemahan anda, kita boleh diskus dan mengobrol serta belajar bersama-sama. Berpuluh-puluh buku tatabahasa yang saya beli tapi tamak, yang dibaca adalah buku daripada perpustakaan, bukan buku yang saya beli. Walaupun demikian, masih ada sesetengah keadaan yang saya keliru. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 05:46, 13 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Adalah

Hai Che Det, nampaknya anda masih tidak dapat menjauhi diri daripada perkataan "adalah" dalam rencana Shazni Munir Mohd Ithnin:

"Beliau adalah mahasiswa Tahap Pertengahan Sarjana Muda Pengajian Islam & Sains (Bioteknologi), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya."

Serupa juga dengan penulis asalnya, Malekhanif: "Shazni Munir Mohd Ithnin merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM).

Bagi saya, kedua-dua lebih tepat, jika digantikan dengan "ialah". Tetapi dalam sesetengah keadaan, saya masih menggaru-garu kepala. Misalnya, penggunaan "boleh" dan "dapat". "Boleh" membayangkan "keizinan", dengan "dapat" membayangkan keupayaan. Misalnya:

  • "Dia tidak boleh pergi ke Kuala Lumpur" bererti dia tidak mendapat kebenaran untuk pergi ke KL.
  • "Dia tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur" bererti dia tidak berupaya pergi, mungkin tak ada wang macam saya, hehehe.

Sebenarnya, saya boleh pergi ke Kuala Lumpur kerana saya tidak perlu kebenaran daripada sesiapa pun, tetapi saya tidak dapat pergi. Kan senang bezanya penggunaan "boleh" dan "dapat"? Tapi lihat ayat ini dalam rencana terbaharu saya, Pengkritik:

"Bagaimanapun, ketegangan masih boleh wujud dalam sokongan yang ramah dan kritikan yang berguna."

Tatabahasa yang tepat ialah:

"Bagaimanapun, ketegangan masih dapat wujud dalam sokongan yang ramah dan kritikan yang berguna."

Entah mengapa, tapi "dapat" bunyinya tak syiok, walaupun saya memang pekak tuli. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:23, 19 Oktober 2009 (UTC)[balas]


Bagi saya, kedua-dua pola ayat sama sahaja, iaitu "Subjek ialah objek." Bagaimanapun, terpulanglah... Wikipedia ini bukannya ujian tatabahasa, dengan banyak orang lain tidak mengendahkan peraturan Dewan Bahasa, termasuk juga penulis Dewan Bahasa sendiri, hehehe.

Peraturan baharu memang berbunyi janggal tetapi arus aliran semasa di DBP adalah untuk membezakan sinonim yang biasanya dapat saling bertukar, serta juga penggunaan perkataan untuk objek fizikal dan objek abstrak. Cadangan daripada banyak ahli bahasa seperti Adibah Amin dan Ainon Muhammad ialah "janggal, biarlah jangkal". Kan Menteri Perdana janggal juga? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:44, 19 Oktober 2009 (UTC)[balas]


  1. Saya baca semula rujukan yang anda berikan dan masih keliru kerana ia kelihatan langsung tidak kena-mengena dengan perkara yang sedang kita bincangkan. Pada pendapat saya, tujuan penulis itu (Muhammed Salehudin Aman) terangkum dalam ayat terakhirnya, iaitu: "Sesungguhnya amat digalakkan, kita menggunakan kata dalam bahasa Melayu yang sama maksudnya dengan kata aktif serta kata-kata terbitan daripadanya." Dengan kata yang lain, jika perkataan Melayu sudah sedia ada, mengapa nak menggunakan kata pinjaman bahasa Inggeris? Bagaimanapun, adakah pendirian itu betul atau salah sebenarnya bergantung kepada konteks. Misalnya, jika kita menulis rencana teknikal, kita perlu menepati laras bahasa dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, jika kita menulis rencana dalam bidang prinsip moral, kita tidak boleh pakai perkataan "akhlak" sebagai ganti untuk "tingkah laku moral".

  2. Saya juga keliru tentang ayat ini: "Saya setuju pada ayat yang pertama tetapi ia tidak sesuai pada ayat yang kedua." Adakah ayat kedua ini: "Serupa juga dengan penulis asalnya, Malekhanif: "Shazni Munir Mohd Ithnin merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)." Apakah kesilapannya jika kita menulis: ""Shazni Munir Mohd Ithnin ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)"? Bagi saya, ayat pertama setiap rencana Wikipedia paling baik bermula dengan "A ialah...," "B ialah...", iaitu rencana bermula dengan takrif. Perkataan "merupakan" baik digunakan hanya jika "A" dan "B" tidak mempunyai takrif yang tertentu, iaitu ia seolah-olah ini dan seolah-olah itu tetapi apa yang sebenarnya tidak dapat diungkapkan secara langsung. Bagaimanapun, "merupakan" bolehlah digunakan dalam ayat yang berikut untuk memanfaatkan kepelbagaiaan bahasa, berbanding dengan sentiasa menggunakan "ialah ini" dan "ialah itu". Inilah kerana terdapat tindahan yang besar antara perkataan "ialah" dan "merupakan". Sebaliknya, "ialah" dan "adalah" kini langsung tidak berkait kerana "ialah" hanya digunakan di depan kata nama dan "adalah" di depan kata yang lain. Tetapi saya masih keliru... jika saya menulis "Kata golongan ialah sebilangan perkataan....", perkataan "sebilangan" itu bukan kata nama. Tetapi buku tatabahasa masih menggunakan "ialah", maka saya mempercayai bahawa apa yang dimaksudkan ialah konsep, bukan perkataan semata-matanya.

Pesanan ini hanya untuk mengutarakan pendapat, bukan nak mengajar anda atau apa... Jika saya tidak menganggap anda sebagai kawan, baik saya pergi tidur, hehehe.

Jika DBP ada kursus untuk "creative writing", saya amat sangat minat menyertainya. Entah anda minat tak? Ini bukan satu percanggahan tentang apa yang saya katakan tiada duit tadi. Sebaliknya ia merupakan satu nyahpercanggahan kerana saya kena pinjam wang daripada Ah Long tetapi saya masih berasa berbaloi walau jika mati bersama-sama dengan kemahiran itu, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 14:27, 19 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Mungkin rencana kata pemeri dapat membantu? ...Aurora... (b) 16:12, 22 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Kurang Kemelayuan

Hai Che Det, saya salah faham tentang apa yang anda maksudkan dengan ayat kedua.

Mengapa anda bosan dengan menggunakan 'ialah' dan 'adalah'? Bagi saya, perkataan itu memang canggih kerana amat sangat sederhana... ahhhh! perkataan sederhana ini memang mengelirukan apabila digunakan untuk bermakna simple kerana ianya juga bermaksud medium atau average. Saya rasa "mudah" lebih baik tapi apa boleh buat? DBP kini dah menyarankan 'sederhana' untuk simple.

'Dapat' dan 'boleh' juga mengakibatkan saya selalu makan Panadol. Ya, memang tak sedap bunyinya, apa lagi, kebanyakan buku perpustakaan yang lama selalu menggunakan "boleh", termasuk juga buku bukan tatabahasa yang baharu yang saya beli.

Penggunaan "ia" tu dah lama merupakan suatu pertikaian yang hebat dalam kalangan ahli bahasa DBP. Ahhhh, "dalam kalangan" tu bukan bahasa Melayu, kan? Akhirnya, "ia" sebagai padanan untuk "it" diterima dalam Kamus Dewan. Bagi saya, masalah itu simple. Mengapa nak dua perkataan untuk bermaksud "dia", sedangkan tiadanya istilah untuk "it"? Awwww, "bermaksud" itu tak boleh digunakan lagi dalam ayat itu. "Bermaksud" membayangkan "intention", bukan "meaning something". Pada suatu ketika, "bermaksud" sama sahaja dengan "bermakna" tetapi tidak lagi. Ouchhh, "suatu ketika"? Ahli bahasa masih bertanya, apa itu "suatu ketika"? Apa itu "suatu"? "Satu ketika" tak boleh ke?" Mereka tertanya-tanya.

"Ianya" juga mantap penggunaannya. Dulu ketika saya masih bersekolah, memang kita tak pernah pakai "ia". "Ia" terlalu singkat, macam tiba-tiba tergendala bunyinya. Tapi sekarang mana ada? Sebaliknya, apabila saya lihat Yosri pakai "ianya", saya tahu, "Ohhhh, itu orang lama," hehehe.... orang lama tu betul, "orang tua" tak sedap bunyinya, hehehe. Mungkin "orang tua-tua" lebih tepat.

Menyertai kursus ada satu kelebihan... ianya memberikan suatu keyakinan yang tidak dapat dihasilkan oleh swapembacaan... opphhhs, swapembacaan? Memberi atau memberikan? Sebenarnya, ahli bahasa masih keliru tentang perkataan semudah "memberi". Mengikut Dewan, "memberi" serupa polanya dengan "menasihati" dan "memberikan" serupa dengan "menasihatkan". Mengikut DBP, "memberi" sebenarnya ialah "memberi + i" yang disingkatkan pula menjadi "memberi". Tapi "kan" dalam "memberikan" juga membawa pengertian "untuk", namun "memberikan Ali" bermakna "memberi untuk Ali". Serupa juga "membeli", dua perkataan bahasa Melayu yang paling umum penggunaannya masih tidak dapat diselesaikan buat masa ini. Atau lebih tepat lagi, telah diselesaikan tetapi tidak dapat diterima oleh khalayak.

Dah menyimpang pulak. Ya, saya nak mengatakan bahawa menyertai kursus ada satu kelebihan yang memberikan suatu keyakinan yang tidak dapat dihasilkan oleh pembacaan sendiri. Misalnya, baru-baru ini, Izzam menegur saya tentang terjemahan saya yang lebih bersifat bahasa Indonesia. Kalau saya tidak menyertai kursus ITNM, keyakinan saya memang akan menggelincir. Tetapi apabila saya mencatat markah penuh untuk ujian tatabahasa, termasuk latihan di dalam kursus, opphs, latihan dalam kursus, saya tidak sangsi lagi tentang terjemahan saya. Maklumlah saya membeli satu set buku kerja dari Darjah 1 hingga SPM untuk melatih diri, hehehe. Tetapi kesilapan masih dilakukan, baik kerana kecuaian ataupun kerana menghadapi masalah penterjemahan yang tidak dapat diatasi.

Saya memang memulakan penguasaan bahasa Melayu di Wikipedia ini. Dulu di sekolah, guru bahasa Melayu cakap bahasa Melayu tak perlu belajar sebab dapat 100% pun dapat P7 sahaja, iaitu sama sahaja dengan mendapat markah 46, jika kami mengambil kertas BM1 (lain halnya jika kami mengambil BM2). Lagipun, bahasa Melayu tidak penting, asalkan lulus, cukup. Dulu "sebab" boleh pakai, kini kena pakai "kerana".

Anda berkata: "...bila dah tua ni...barulah tahu penulisan ini sebenarnya satu seni nak menggambarkan sesuatu perkara. Saya pun serupa. Sejak kecil lagi, guru besar selalu berkata, "Apa gunanya sastera. Malaysia ni negara baharu. Kita perlu sains, sastera tak boleh isi perut." Alaaaa, makan udang kenyang, makan roti prata pun kenyang juga. Oppphs, roti prata tu kini dipanggil "roti canai".

Entah mengapa, tetapi saya kini ketagih bahasa, khususnya bahasa Melayu. Kekurangan istilah menyebabkan kenaikan daya cipta orang Melayu. Banyak perkataan yang aneh, misalnya "hijau laut" untuk mengatakan warna biru. "Biru" tu perkataan Melayu yang agak baru. Oppphhhs, agak baharu. Saya mengesyaki perkataan "biru" berasal daripada perkataan Inggeris, "blue".

Banyak lagi nak cerita. Tapi pesanan itu muat menjadi rencana. Biar saya akhirkan di sini saja. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 23:46, 19 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Mabuk

Tahap penguasaan bahasa kini:
Langit berwarna kekuning-kuningan. Angin masih bertiup dengan kencang. Mahmud berasa gelisah kerana menunggu. Dia berjalan perlahan-perlahan ke hujung kampung lalu balik ke tangga. Kemudian, dia pergi melihat pokok bunga yang segar di sebelah kiri dan sebelah kanan tangga rumahnya. Susulan itu, dia menggembar tanah dengan sebatang kayu. Hanya kini baru ada masa untuk menanam bunga.
Tahap penguasaan bahasa 5 tahun kemudian:
Warna senja memenuhi langit. Angin bertiup kencang masih. Gelisah Mahmud menanti. Berjalan dia perlahan-perlahan ke hujung kampung. Berbalik pula dia ke tangga. Pergi pula dia melihat-lihat pokok bunga yang segar di kiri kanan tangga rumah. Digembur-gemburnya tanah dengan sebilah kayu. Hanya kini baru ada kesempatan untuk menaman bunga.

Hai Che Det, apabila dah melompat ke tahap main belakang, baru anda tahu apa itu ketagih! Ooophs, lompat dia ke tahap main belakang... — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 12:36, 20 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Peluru dapat-boleh

Piaaanngggggggg! "Apabila ada masa yang lebih atau jika seseorang hendak menegaskan sebilangan kata kunci, dia boleh mencipta alat mnemonik atau perkaitan kata." "Boleh" atau "dapat"? "Boleh" kan? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 14:03, 21 Oktober 2009 (UTC)[balas]


Hai Che Det, saya memproses semula soalan saya tadi dan mendapati bahawa kedua-dua boleh, oppphs, kedua-dua dapat... maksud saya, kedua-dua boleh dapat, tapi tak dapat boleh, hehehehe.

Jika anda tukarkan soalan anda menjadi: "Bolehkah anda berikan saya sepuluh sen?", maka soalan itu lebih mudah untuk saya menerangkan.

Saya ada satu bilion ringgit tapi bolehkah saya memberikan anda sepuluh sen? Tak boleh, satu sen pun tak boleh! Bukan saya dapat bagi, tapi saya tak mahu bagi, hehehe.

Berbalik kepada soalan anda: "Bolehkah anda beri masa kepada saya sepuluh minit?" Carilah orang yang muda-muda. Saya dah tua... setiap minit itu seolah-olah satu kilogram emas. Selepas saya bagi anda sepuluh minit, saya kurang sepuluh minit pulak! — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 15:09, 21 Oktober 2009 (UTC) — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 15:09, 21 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Peluru terhadap-kepada

Che Det, mengikut peraturan DBP, "kepada" hanya digunakan untuk merujuk kepada orang. Oleh itu, manakah satu ayat yang berikut ini betul:

"Oleh sebab sesetengah mikroorganisma berupaya mengikat nitrogen, ia juga merupakan sebahagian yang penting kepada kitar nitrogen." ATAU
"Oleh sebab sesetengah mikroorganisma berupaya mengikat nitrogen, ia juga merupakan sebahagian yang penting terhadap kitar nitrogen."

Ayat kedua lebih tepat tetapi ayat pertama lebih sedap. Nak sedap ke nak tepat?


Che Det, sebenarnya saya nak menyenaraikan peraturan tatabahasa Melayu dalam bahasa Inggeris untuk laman yang sudah saya cipta beberapa bulan dahulu tetapi masih belum diisi. Setiap hari, saya membaca buku tatabahasa atau buku Melayu, tetapi otak pemproses Intel 8088 ini bukan yang dapat menyerap kesemuanya. Maka perlulah membuat catatan untuk mengingat semula. Mungkin saya boleh... eerrrr, lapat menterjemahkan sesetengahnya. Tetapi kena tunggu monsun mali... malangnya, kapal saya tak berswakuasa. Ke mananya Alistaire yang dikatakan mempunyai enjin swakuasa berpuluh-puluh kuasa kerbau? Ingat dia dah kembali. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 05:34, 22 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Kata nama khas terjemahan

Hai Che Det, sebenarnya bahasa Melayu masih mengandungi banyak masalah, dengan ahli bahasa mencipta jalan buntu sendiri. Bagaimanapun, ini ialah pemerhatian peribadi, bukannya satu pandangan yang berwibawa kerana saya bukan pakar bahasa tetapi bakar bahasa.

Keputusan untuk mengekalkan kata nama khas bahasa Inggeris langsung tidak masuk akal. Sejauh yang saya tahu, keputusan itu dibuat, susulan permintaan Mao Zedong kepada Tun Abdul Razak untuk mengekalkan nama China sebagai "China" dan bukan "Cina", sebagaimana digunakan pada tahun 1974.

Semasa saya menterjemahkan rencana Beijing, saya selalu tertanya-tanya. Tak kan kita kena mengekalkan nama "Peking University", sedangkan itu bukannya nama asli universiti. Tapi kalau kita menterjemahkannya menjadi "Universiti Peking", itu akan dianggap sebagai satu kesilapan dalam ujian ITNM. Masuk akal? Bagi saya, langsung tidak.

Bahasa Melayu ialah satu-satunya bahasa fonetik. Itulah satu ciri yang amat sangat baik, kalau dilihat daripada segi bahawa bahasa ialah satu alat untuk memudahkan komunikasi. Mengapakah ahli bahasa Melayu tidak hendak berpegang teguh pada prinsip yang paling asas ini? Apabila saya tanya, mereka tanya saya pulak, "Tak kan kamu nak menterjemahkan nama John menjadi Johan atau Ah Kow menjadi "Si Anjing"? Kan nama orang berbeza dengan kata nama khas yang lain?

Sesetengah nama pertubuhan, khususnya yang panjang, jika tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, langsung tidak bermakna kepada mereka yang langsung tidak memahami bahasa Inggeris, misalnya Norwegian Parliamentary Intelligence Oversight Committee. Apa salahnya jika kita menterjemahkan nama jawatankuasa itu menjadi "Jawatankuasa Penyemak Risikan Parlimen Norway"? Setidak-tidaknya, gunakanlah ejaan fonetik sebagai "Norwegian Parliamentari Inteligens Obersit Komiti" atau lebih tepat lagi, "Komiti Obersit Inteligens Parlimentari Norwegian", hehehe.

Manyak lagi... nanti ada ilham, saya muntah lagi. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 07:15, 22 Oktober 2009 (UTC)[balas]


Ramalan saya, pada suatu hari kemudian, sistem yang buruk ini yang diakibatkan oleh campur tangan politik akan ditukar. Kan dulu sebelum campur tangan politik, masalah itu tidak wujud? Italy dipanggil Itali, China dipanggil negeri Cina, United States of Amerika dipanggil Amerika Syarikat (mengapa bukan Negeri Bersatu Amerika, ya?), France dipanggil Perancis. Kita kini selalu kena ingat, adakah negara itu pernah diberikan nama sebelum 1974? Kalau tidak, kita menggunakan nama bahasa Inggeris. Memang tak masuk akal. Tahun yang menjadi titik rujukan!

Anda lihat mana bahasa di dunia ini ada mengikut sistem seperti ini? Bahasa Inggeris pada dirinya juga menterjemahkan nama khas bahasa asal, bukan mengekalkan ejaannya. Bahasa Cina, walaupun bukan bahasa fonetik, juga susah-susah menterjemahkan nama "Abdullah Badawi" menjadi "Ah Too Lah Bah Tah Wee", dan "Mahathir" menjadi "Mah Har Tee". Mana ada kata, "Ohhh, itu kata nama khas, kita kena tulisnya dalam huruf Rumi, hehehe.

Ya, saya selalu buat kesilapan yang berikut:

Left bank = Tebing kanan
Right bank = Tebing kiri

Dari segi ini, bahasa Inggeris pula yang aneh. Orangnya akan mengikut sungai ke hulu, lalu menghadap ke pantai dan cakap, left bank, right bank, manakala orang Melayu lebih berlogik. Dari muara, mereka lihat ke hulu dan cakap, tebing kiri, tebing kanan.

Satu kesilapan yang saya buat dalam ujian ITNM:

malam Sabtu = Friday night
Sabtu malam = Saturday night

atau sebaliknya. Masih konfused. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:58, 22 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Burung Pekaka Api

Hai Che Det, bacalah rencana yang bersifat lebih kreatif di laman perbincangan pengguna Yosri.

Saya akan menggubah puisi erotika berbahasa untuk anda kelak. Kini, Google telah menyediakan atur cara untuk menterjemahkan rencana daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Saya baru menyedarinya dan telah mencuba. Didapati bahawa penterjemahan saya jauh lebih mudah sekarang, tanpa sakit pelahiran, berbanding dengan penggunaan CitCat yang tidak saya endahkan dahulu kerana buang lebih banyak masa. Daya penterjemahan saya kini meningkat sekurang-kurang 30%. Tetapi jangan gembira dahulu.

Berbeza dengan Citcat yang cuma menggantikan satu perkataan untuk satu perkataan, Google meningkatkan keupayaannya dengan menterjemahkan frasa. Pada suatu hari yang cepat akan datang, mereka akan menterjemahkan ayat demi ayat! Apabila masa itu datang, kita boleh bungkus dan mengikut burung dodo dalam kepupusan.

Maka dengan itu, kita kena bersikap prokreatif, opphhhs, proaktif. Maka, kita perlu beralih daripada penterjemahan menjadi penulis rencana asal. Yang saya pilih ialah karya erotika, bukan karya pornografi. Pornografi tidaklah sangat jauh daripada menukarkan dua perkataan daripada rencana kejuruteraan enjin pembakaran dalam. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:16, 24 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Hai Che Det, satu lagi perkembangan DBP yang tidak begitu baharu, tetapi masih mengelirukan:

  • Member: Anggota
  • Expert: Ahli.

Dulu, "ahli" digunakan untuk bermakna "member" tetapi kini, "ahli" bermakna "expert"; misalnya "ahli ekonomi", "ahli olahraga".

Tetapi apa itu ahli parlimen? Expert in Parliament atau Member of Parliament? Tahulah DBP takut nak tukar nama itu. Serupa juga nama "Menteri Perdana" untuk Prime Minister negara yang lain, tetapi "Perdana Menteri" untuk Prime Minister of Malaysia.

(P/S: Che Det, jika anda ada masa, tolong semak satu dua perenggan terjemahan saya dan tengok bagaimana memelayukan sesetengah ayat.) — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 18:10, 25 Oktober 2009 (UTC)[balas]

So the English word kena tukar daripada "Member of Parliment" menjadi "Expert in Parliment"? Tapi daripada segi yang lain, "ahli parlimen" masih betul kerana ia merupakan padanan untuk "parliamentarian". — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 06:45, 26 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Cadangan untuk pemodenan Wikipedia bahasa Melayu

Hai Che Det, saya rasa Wikipedia bahasa Melayu ini amat sangat memerlukan pembaharuan dan pemodenan yang ekstensif. Membaca rencana Wikipedia yang bersifat akademik ini sangat boring bagi kebanyakan orang, bak kembali ke sekolah. Namun demikian, saya mencadangkan bahawa gaya penulisan rencana dalam portal ini dirombak mahupun dirompak supaya memperoleh bentuk yang sekreatif petikan contoh yang berikut:

Pada suatu hari yang halus, di bawah angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, Tunku Abdul Rahman (selepas ini diigelar TAR) diputerakan. Walaupun diputerakan dia di dalam istana, ditangis dia sekuat-kuatnya sebaik sahaja tiba di destinasinya di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, mungkin kerana diketahui dia, dia dilahirkan mendahului Steve Jobs berpuluh-puluh tahun dan justera, tiada permainan komputer pada zaman itu, serta mungkin juga kerana tidak tahu dia, dia ditakdirkan menjadi Menteri Perdana Songsang Malaysia yang pertama.
TAR bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Tanpa permainan komputer, terpaksalah dia bermain gasing dan guli di atas lantai atau ada kalanya, geguli di dalam saku. Sebagai budak kecil yang nakal, kadang-kadang juga buah cempedak di luar pagar, diambil dia galah menjolok-jolokkan................. Namun durian akhirnya runtuh ke atas kepalanya apabila pada Ogos 1951, Datuk Onn bin Jaafar pasang kaki sendiri lalu jatuh terhempas mengemikkan hidung dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai presiden parti UMNO.......

Kan? Kan? Lebih ramah pembaca kan? Semua tokok tambah harus terbatas dalam ruang lingkup apa yang dapat masuk akal, bukan sewenang-wenangnya. — Syarikat Pemodenan Rencana (bincang) 12:50, 27 Oktober 2009 (UTC)[balas]


Semua karya terbahagi kepada dua jenis, iaitu rencana ilmiah dan rencana kreatif. Kalau tidak bersifat rencana ilmiah, ia memang akan bersifat cerpen dan serupa. Mungkin saya kena beralih daripada cerpen (cerita pendek) kepada filpen (filem pendek) yang berteknologi lebih tinggi.

So macam mana? Belum lihat anda membantu memelayukan rencana yang saya terjemahkan. Saya rasa kekurangannya yang ketara ialah penggunaan "lah". Saya bisa menggunakannya dalam ayat bahasa Inggeris, misalnya:

  • Don't like thatlah;
  • Whatlah you!
  • This fellow always like thatlah;

dan sebagainya. Apabila nak masukkan "lah" dalam rencana terjemahan saya, didapati pula kesemua peruntukan "lah" saya telah habis digunakan. Dengan kata yang lain, tak pasti nak taruh pada akhir perkataan Melayu yang mana, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 09:32, 28 Oktober 2009 (UTC)[balas]

Satu lagi percubaan pemodenan

Hai Che Det, nampaknya cadangan pemodenan saya itu tidak menyenangkan hati anda. Namun, saya berasa bahawa sebarang perubahan harus dibuat langkah demi langkah. Mungkin pada masa ini, kita cuma mengubah ayat dengan perkataan yang tidak basi, tanpa sebarang tokok tambah. Misalnya:

  1. The Irish film industry has grown somewhat in recent years, thanks partly to the promotion of the sector by The Irish Film Board and the introduction of heavy tax breaks.
    • Kaku: Industri perfileman Ireland telah berkembang pada tahun-tahun kebelakangan ini, disebabkan sebahagiannya oleh promosi sektor itu yang dilakukan oleh The Film Board Ireland serta juga pengenalan pelepasan cukai yang amat besar.
    • Pemodenan: Industri perfileman Iris telah menjadi kembang pada tahun-tahun yang resen ini, terima kasih separuhnya kepada naik pangkat sektor yang direkomen oleh Papan Filem Ireland dan pengenalan patah cukai yang parah.
  2. Incomplete applications will not be entertained and no further correspondence will be made in this regard.
    • Kaku: Permohonan tidak lengkap tidak akan dilayan dan perutusan lanjut tidak akan dibuat terhadap perkara ini.
    • Pemodenan: Permohonan malas tidak akan dihiburkan dan padanan lanjut tidak akan dibuat sebagai penghormatan kepada permohonan anda itu.
  3. In late 18th Century, scientists made important progress in replicating naturally carbonated mineral waters.
    • Kaku: Pada akhir abad ke-18, ahli sains mencapai suatu kemajuan yang penting dalam mereplikakan air mineral berkarbonat semula jadi.
    • Pemodenan: Dalam mendiang abad ke-18, saintis membuat kemajuan penting dalam menyalin semula air mineral berkarbonat yang hidup secara semula jadi.

Hmmmm... satu nafas angin segar! Kan lebih canggih? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 15:01, 28 Oktober 2009 (UTC)[balas]


UNDILAH SAYA

السلام عليكم 平和があなたがたに

Assalamualaykum, Salam Sejahtera dan Salam Wikipedia,

Kehadapan Saudara Che090572, saya merupakan pengguna Wikipedia Smim90 sedang mengadakan kempen kutipan suara melalui undian. Tujuan saya mengadakan kutipan suara ini adalah untuk mencari sokongan ahli Wikipedia bahasa Melayu yang budiman untuk memilih saya sebagai salah seorang PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU. Saudara, tujuan saya memohon jawatan sebagai penyelia ini adalah untuk membuat suatu transformasi pembaharuan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Namun saya berpendapat keinginan saya mungkin tidak dapat dilunaskan sekiranya saya tidak mendapat sokongan yang kuat daripada anda. Saya seringkali sentiasa berusaha bersama para pengguna Wikipedia bahasa Melayu yang lain dalam mengecapi suatu matlamat yang sama bagi menyediakan rencana dan juga pelbagai pengisian yang bermanfaat dalam Wikipedia, namun saya tidaklah mahu sesuatu sumbangan itu boleh dikatakan "serumpun" sahaja kerana apa yang penting adalah kepelbagaian dan usaha kita yang tidak terhad, kerana itu juga saya amat menaruh harapan kepada anda SAHABAT, sebagai rakan seperjuangan yang sentiasa mencari adunan yang cukup sebati dalam mencipta resipi ilmu yang tidak akan dilupakan selama-lamanya .Inilah rencah kencana kehidupan.

Jika saudara mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri saya untuk menjadi PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, saudara bolehlah memasuki pautan Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Smim90 sebagai penyelia 09 Mei 2010 untuk mengundi saya.

Saudara boleh mengundi saya dengan dengan hanya memasukkan * SETUJU dan seterusnya diikuti tanda (~ sebanyak 4 kali) sebagai tandatangan saudara di dalam ruangan SOKONGAN. Kemudian tekan kotak simpan, undian saudara akan disimpan secara otomatik.

Jika saudara merasakan saya tidak layak menyandang jawatan sebagai penyelia dalam Wikipedia ini, saudara boleh memasukkan tanda * TIDAK SETUJU dan seterusnya diikuti tanda (~ sebanyak 4 kali) sebagai tandatangan saudara di dalam ruangan BANTAHAN. Kemudian tekan kotak simpan. undian saudara akan disimpan secara otomatik. Sebaik-baiknya saya amat mengesyorkan saudara untuk memberi sedikit komen dalam ruangan catatan sekiranya saudara tidak menyokong saya untuk memegang jawatan penyelia.

Saya juga sudi menerima sebarang persoalan yang ditujukan kepada saya sepanjang tempoh berkempen dan mencari undian. Jika tidak keberatan saya akan menjawab semua pertanyaan itu dengan hati yang ikhlas dan terbuka, InsyaAllah.

Akhirnya kata, undilah saya sebagai PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, mudah-mudahan segala usaha saya dan saudara akan terus dapat dipertingkatkan untuk kebaikan bersama. Kearah melahirkan umat berilmu, berwawasan dan bertanggungjawab. Smim90 (bincang) 03:31, 9 Mei 2010 (UTC). Sekian, Wassallam dan Terima Kasih.[balas]

Terima kasih

Salam sejahtera, saudara/i Che090572, ya saya berumur 20 tahun, terima kasih diatas sokongan anda, saya mengharapkan yang terbaik buat anda dan Wikipedia, undilah saya ya! terima kasih sekali lagi. Smim90 (bincang) 07:35, 9 Mei 2010 (UTC)[balas]

PENJELASAN

Salam pengguna Che090572, mengapa anda tidak menterjemahkan rencana anda walaupun sedikit seperti yang berlaku dalam rencana2 terbitan anda berjudul FIFA? SILA BALAS SEGERA --Smim90 (bincang) 14:38, 20 Jun 2010 (UTC)[balas]

Kawan, jangan la macam ni. Rencana ciptaan anda seperti stadium tidak memiliki walau satu baris ayat pengenalan. Janganlah terlalu mengejar kuantiti sehingga kualiti diabaikan. Zamwan (bincang) 02:09, 1 Julai 2010 (UTC)[balas]

Baik, saya harap anda dapat menterjemahkan rencana-rencana tersebut secepat yang mungkin agar kualiti rencana Wikipedia akan terus terjaga dan tidak mudah untuk dirosakkan sewenang-wenangnya. Terima kasih atas perhatian anda. --Smim90 (bincang) 14:44, 20 Jun 2010 (UTC)[balas]

Insyaalah...hari ni saye tak ade masa jadi lain kali ye.--Smim90 (bincang) 14:48, 20 Jun 2010 (UTC)[balas]

nampaknya sotong dah kalah..

che090572, saya sangat kagum dengan kesungguhan che090572 terhadap artikel fifa ni..kemaruk bola..hebatnya..mesti saudara seorang yang kaya raya kan..sbb tidak perlu bekerja dan hanya tumpukan pada minat ini..fahami saudara che..chejannah sedang mengumpul data untuk semester baru dan bantuan saudara che090572 adalah wajib untuk kategori ni, chefaisal tercari cari artikel yang sesuai..tempoh diberikan sehingga sabtu ini juga..cheharon juga telah menyunting bersama che khadijah mengenai sejarah polis di malaysia....jika perlu chehairul akan meminta bantuan ayahandamertua beliau untuk sama menyumbang kepada artikel kepolisan ini.che090572 tolong juga sunting artikel mengenai kekeluargaan yang amat kurang sekali diberi perhatian.mengikut chejannah sumbangan che090572 memang diperlukan tapi tempohnya sangat terhad. saya juga akan menyunting artikel kepolisan selewatnya hari sabtu petang (bergantung kepada tindakan suntingan che090572) atau suntingan artikel kehilangan kereta 751. artikel pekerjaan amat susah sekali untuk diperolehi apalagi bila umur sudah meningkat. chejannah amat prihatin skali