Pergi ke kandungan

Angkatan Pertahanan Israel: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Prokurator11 (bincang | sumb.)
k Membatalkan semakan 2009698 oleh 94.159.245.175 cross-wiki self-promotion
Luckas-bot (bincang | sumb.)
Baris 83: Baris 83:
[[fr:Armée de défense d'Israël]]
[[fr:Armée de défense d'Israël]]
[[ko:이스라엘 방위군]]
[[ko:이스라엘 방위군]]
[[hy:Իսրայելի պաշտպանության բանակ]]
[[hr:Cahal]]
[[hr:Cahal]]
[[io:Defensa armeo di Israel]]
[[io:Defensa armeo di Israel]]

Semakan pada 08:06, 1 April 2012

Angkatan Bersenjata Israel
Fail:Israel army flag.gif
Bendera tentera Israel dan logo Pasukan Pertahanan Israel
Umur ketenteraan 18
Kerahan Tenaga 18
Sumber bagi
perkhidmatan tentera
1,499,186 lelaki, tahun 17-49 (2000 ang.),
1,462,063 females, age 17-49 (2000 ang.)
Sesuai bagibr/>perkhidmatan tentera 1,226,903 males, age 17-49 (2000 ang.),
1,192,319 females, age 17-49 (2000 ang.)
Mencapai tahap umur
kerahan tentera tahunan
50,348 males (2000 ang.),
47,996 perempuan (2000 ang.)
Kakitangan aktif 177,000[1] (ranked 30th)
Perbelanjaan
Belanjawan $18.7 billion (FY99)
Peratus GDP 9.4% (FY99)

Pasukan Pertahanan Israel atau di dalam bahasa Inggerisnya, Israel Defense Forces (nama singkatan:IDF) (Bahasa Ibrani: צְבָא הַהֲגָנָה לְיִשְׂרָאֵל‎, Mengenai audio iniTzva HaHagana LeYisra'el , lit. Defense Army for Israel), biasanya dikenali oleh masyarakat Israel dengan bahasa Hebrew akronim Tzahal (צה"ל‎), adalah merupakan pasukan ketenteraan Israel, yang mengandungi angkatan tentera darat, tentera udara dan tentera laut. Ia merupakan sayap ketenteraan tunggal Pasukan Keselamatan Israel, dan tidak mempunyai undang-undang awam di dalam Israel. IDF diketuai oleh Ketua Turus Angkatan Tentera, subordinasi kepada menteri Pertahanan Israel; Ketua Turus Angkatan Tentera, semenjak 2007, adalah Leftenan Jeneral Gabi Ashkenazi.

Pasukan Pertahanan Israel secara rasminya dibentuk dari Haganah di bawah arahan Menteri Pertahanan, David Ben-Gurion pada 26 Mei 1948, sebagai satu tentera kerahan, dan menyatukan tiga organisasi bawah tanah — Kumpulan Haganah (termasuklahPalmach), Irgun dan Lehi. Ia berkhidmat sebagai anngkatan tentera Israel di dalam kesemua peperangan negara tersebut — Perang Arab–Israel 1948, Peperangan Sinai 1956, Perang Enam Hari 1967 , Peperangan Atrisi, Peperangan Yom Kippur 1973 , Perang Lebanon 1982 dan Perang Lubnan 2006.

Pasukan Pertahanan Israel berbeza daripada kebanyakan angkatan tentera di dunia di dalam banyak perkara, termasuklah kerahan tenaga wanita, struktur, dengan hubungan rapat di antara tentera darat, laut dan udara. Semenjak penubuhannya, IDF telah berusaha untuk menjadi satu pasukan tentera yang unik bersesuaian dengan keperluan khusus Israel, dan sudah membangunkan banyak teknologi tempatan, seperti kereta kebal utama jenis Merkava, submesingan Uzi, dan senapang serangan jenis Galil dan Tavor. Ia juga mempunyai hubungan ketenteraan dengan Amerika Syarikat yang rapat,[2] termasuklah bantuan kewangan daripada AS, yang juga memelihara kerjasama pembangunan, seperti jet F-15I , sistem pertahanan laser jenis THEL, sistem pertahanan Arrow missile dan sebagainya.

Sejarah

The Ink Flag, satu simbol bagi kemenangan IDF di dalam peperangan Arab–Israel 1948

IDF menyusur-galur akar umbinya daripada organisasi separa tentera Yahudi di dalam Yishuv Baru, bermula dengan Aliyah Kedua. Organisasi seperti itu pada permulaannya adalah Bar-Giora, ditubuhkan pada bulan September 1907. Ia telah ditukarkan kepada Hashomer pada April 1909, yang beroperasi sehingga Mandat British mengenai Palestin telah datang kepada kewujudannya dalam tahun 1920. Hashomer telah merupakan sebuah organisasi elit dengan ruang lingkup yang sempit, dan ia telah diwujudkan sebab utamanya adalah untuk melindungi harta daripada dicuri oleh kumpulan penjenayah. Selepas rusuhan Arab terhadap Yahudi dalam bulan April 1920, kepimpinan Yishuv telah nampak akan keperluan untuk mewujudkan satu organisasi pertahanan seluruh negara, dan Haganah telah ditubuhkan pada bulan June di dalam tahun yang sama. Haganah telah menjadi satu pertahanan berskala penuh selepas Pemberontakan Arab di Palestin 1936–1939 dengan satu struktur yang tersusun, mengandungi tiga unit yang utama - Kor Pertempuran, Kor Pengawal dan Palmach.

Etimologi

Nama Pasukan Pertahanan Israel (Bahasa Ibrani: צְבָא הַהֲגָנָה לְיִשְׂרָאֵל‎‎, Tzva HaHagana LeYisra'el, harfiahnya "Tentera Pertahanan Bagi Israel") telah diratifikasikan oleh kabinet Israel pada 26 Mei, 1948, hari di mana arahan penubuhan angkatan tentera tersebut telah diterbitkan oleh David Ben-Gurion. Alternatif utama yang dicadangkan adalah Tentera Israel (Bahasa Ibrani: צְבָא יִשְׂרָאֵל‎‎, Tzva Yisra'el), manakala yang lain termasuklah Tentera Yahudi dan Askar Negara. Nama tersebut telah dipilih kerana dua alasan: kerana ia telah menekankan bahawa peranannya hanya untuk pertahanan sahaja, dan kerana ia menyatukan namanya yang asas iaitu Haganah, organisasi separa tentera.[3]

Organisasi

Rujukan dan notakaki

  1. ^ The Institute for National Security Studies", chapter Israel, March 23, 2008.
  2. ^ Mahler, Gregory S. (1990). Israel After Begin. SUNY Press. m/s. 45. ISBN 079140367X.
  3. ^ Zahava Ostfeld (1994). ed. Shoshana Shiftel (penyunting). An Army is Born. Israel Ministry of Defense. m/s. 113–116. ISBN 965-05-0695-0.CS1 maint: extra text: editors list (link) (Ibrani)

Bacaan lanjut

  • Rosenthal, Donna (2003). The Israelis. Free Press. ISBN 0-7432-7035-5.
  • Ostfeld, Zahava (1994). ed. Shiptel, Shoshana (penyunting). An Army is Born. Israel Ministry of Defense. ISBN 965-05-0695-0.CS1 maint: extra text: editors list (link) (Ibrani)
  • Gelber, Yoav (1986). Nucleus for a Standing Army. Yad Ben Tzvi. (Ibrani)
  • Yehuda Shif, penyunting (1982). IDF in Its Corps: Army and Security Encyclopedia (18 volumes). Revivim Publishing. (Ibrani)

Pautan luar