Timo Glock
Lahir | 18 Mac 1982 |
---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | Jerman |
Tahun aktif | 2004, 2008–2012 |
Teams | Jordan, Toyota, Virgin, Marussia |
Entri | 95 (91 permulaan) |
Kejuaraan | 0 |
Kemenangan | 0 |
Podium | 3 |
Mata kerjaya | 51 |
Petak pertama | 0 |
Pusingan terpantas | 1 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Kanada 2004 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Brazil 2012 |
Kedudukan 2012 | Ke-20 (0 mata) |
Timo Glock (lahir 18 Mac 1982) ialah seorang pemandu kereta lumba dari negara Jerman, yang dahulunya berlumba dalam Formula Satu untuk pasukan Jordan, Toyota, Virgin Racing dan Marussia. Di Grand Prix Kanada pada tahun 2004, Glock mengantikan Giorgio Pantano, yang mempunyai pertikaian kontrak dengan Jordan Grand Prix dan mendapat mata pertama kerjayanya pada perlumbaan Formula Satu sulungnya.
Formula Satu
Jordan (2004)
Glock menyertai Jordan Grand Prix sebagai pemandu ujian pada tahun 2004. Beliau membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu di Grand Prix Kanada, dengan mengantikan Giorgio Pantano untuk satu perlumbaan. Beliau mendapat tempat kesebelas, namun dikelaskan di tempat ketujuh selepas kedua-dua pasukan Williams dan Toyota disingkirkan dari perlumbaan, lalu Glock mendapat dua mata pada perlumbaan sulungnya. Beliau menamatkan musim ini bersama Jordan, dan mengantikan Pantano untuk tiga perlumbaan terakhir. Penaja Glock, bersama Deutsche Post, membantu membawa DHL kembali ke Jordan.[1]
Kembali ke Formula Satu
Toyota (2008–2009)
Selepas memenangi kejuaraan GP2 Series pada tahun 2007, Glock dikaitkan dengan beberapa pasukan Formula Satu. Beliau menandatangani kontrak dengan Toyota F1, walaupun masih di bawah kontrak bersama BMW sebagai pemandu ujian, yang menyebabkan pertikaian itu dibawa ke hadapan Lembaga Pengiktirafan Kontrak. Pada bulan November, CRB memutuskan bahawa Glock bebas untuk memandu untuk Toyota bagi musim 2008.[2] Glock menandatangani kontrak selama tiga tahun bagi menggantikan Ralf Schumacher, yang bersara dari Formula Satu. Beliau mendapat mata pertamanya bagi musim 2008 di Grand Prix Kanada, dengan mendapat tempat keempat. Di Hungary, Glock berjaya mendapat podium pertamanya dengan mendapat tempat kedua. Di Grand Prix Singapura, Glock mendapat tempat keempat, dan ia merupakan salah satu keputusan terbaiknya pada musim tersebut.
Pada perlumbaan terakhir musim 2008, iaitu Grand Prix Brazil, Glock berada di tempat ketujuh dengan baki beberapa pusingan dan terus memilih untuk menggunakan tayar cuaca kering, manakala kebanyakan pemandu lain memilih untuk ke pit bagi mengantikan tayar cuaca kering mereka dengan tayar hujan kerana hujan lebat mula turun.[3] Pada pusingan terakhir, Glock berada di tempat keempat, tetapi beliau telah dipotong oleh pemandu Toro Rosso, Sebastian Vettel, dan pemandu McLaren, Lewis Hamilton, pada selekoh terakhir perlumbaan. Selepas Hamilton memotong Glock, ia sudah memadai bagi beliau untuk memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia 2008.[4] Glock menamatkan perlumbaan di tempat keenam dan kesepuluh dalam kejuaraan pemandu, dengan 25 mata, di belakang rakan sepasukan Jarno Trulli.[5]
Musim 2009 bermula dengan baik untuk Glock. Glock mendapat tempat keempat di Australia dan mendapat tempat ketiga di Grand Prix Malaysia. Glock mendapat podium terakhirnya bagi Toyota di Singapura dengan mendapat tempat kedua. Glock menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh di China dan Bahrain. Glock mendapat podium terakhirnya untuk Toyota dengan mendapat tempat kedua, di belakang Lewis Hamilton di Grand Prix Singapura selepas bermula dari tempat keenam. Glock memulakan perlumbaan dengan baik selepas memotong Alonso.
Pada pusingan kelayakan bagi perlumbaan seterusnya, Glock terhempas dan mengalami kecederaan dan tidak dapat berlumba pada hari berikutnya. Jarno Trulli sahajalah yang mewakili Toyota bagi perlumbaan tersebut. Pada 11 Oktober 2009, Toyota mengesahkan bahawa Kamui Kobayashi, pemandu ujian Toyota, akan mengantikan Glock. Toyota menarik diri dari Formula Satu pada akhir tahun 2009, dan meninggalkan Glock dengan masa depan yang tidak menentu.
Virgin (2010–2011)
Masa depan Glock kelihatan tidak menentu, tetapi pada 17 November, pasukan baru, Manor Grand Prix mengumumkan bahawa beliau telah menandatangani kontrak bersama mereka dan akan menjadi pemandu pertama mereka untuk itu musim 2010 dan 2011.[6] Manor Grand Prix menjadi Virgin Racing pada bulan November 2009 dan bahawa bekas pesaing GP2nya, Lucas di Grassi menjadi rakan sepasukannya.
Glock memulakan musim 2010 dengan tiga persaraan berturut-turut di Bahrain, Australia dan Malaysia. Di samping itu, beliau gagal untuk memulakan Grand Prix China kerana kegagalan enjin. Di Grand Prix Sepanyol, beliau mendapat tempat ke-18. Di Jepun, Glock mendapat keputusan terbaiknya pada musim ini dan untuk pasukannya dengan mendapat tempat ke-14.
Pada tahun 2011, Jérôme d'Ambrosio menyertai Glock di pasukan Virgin Racing, di mana beliau gagal untuk memulakan Grand Prix Turki.
Pada 24 Julai 2011, ia telah diumumkan bahawa Glock telah menandatangani lanjutan kontrak selama tiga tahun bersama Virgin sehingga musim 2014. Pasukan itu telah dinamakan semula sebagai Marussia F1 bagi musim 2012.[7]
Marussia (2012)
Pasukan tersebut dinamakan semula sebagai Marussia F1 bagi musim 2012, dan Glock menjadi rakan sepasukan kepada pemandu baru dari Perancis, Charles Pic, Marussia terpaksa menarik diri daripada ujian pra-musim selepas gagal dalam ujian kemalangan untuk impak belakang, tetapi akhirnya mereka lulus dan membenarkan Glock untuk bersaing.
Glock memulakan musim 2012 dengan kukuh dengan mendapat tempat ke-14 di Australia. Glock mendapat tempat ke-17 di Malaysia, dan kemudian mendapat tempat ke-19 berturut-turut di China dan Bahrain. Beliau mendapat tempat ke-18 di Grand Prix Sepanyol, dan mendapat tempat ke-14 sekali lagi di Monaco, dan bersara daripada perlumbaan Grand Prix Kanada kerana kerosakan brek. Glock menarik diri dari Grand Prix Eropah selepas mengalami sakit perut.[8] Walau bagaimanapun, beliau kembali untuk berlumba di Grand Prix British, di mana beliau mendapat tempat ke-18, dan diikuti dengan tempat ke-22 di Grand Prix Jerman. Ia dilaporkan di Grand Prix Hungary, bahawa terdapat persengketaan antara Glock dan rakan sepasukan, Pic, selepas Pic menghalang Glock semasa pusingan kelayakan.[9] Glock menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 selepas bertarung dengan Michael Schumacher dan Pedro de la Rosa. Glock mendapat tempat ke-15 di Spa selepas berlanggar dengan Pastor Maldonado. Kereta beliau tidak mengalami sebarang kerosakan dan beliau menamatkan perlumbaan di hadapan Pic selepas berjaya memotongnya pada saat-saat akhir perlumbaan. Di Monza, beliau mendapat tempat ke-17 setelah mengalami kerosakan sayap depan selepas berlanggar dengan Vitaly Petrov di selekoh kedua pada pusingan pertama. Bagaimanapun di Singapura, Glock mendapat keputusan yang terbaik untuk Marussia, dengan mendapat tempat ke-12. Di Jepun, Glock naik sehingga ke tempat kesebelas pada pusingan kedua selepas beberapa buah kereta lain terlibat dalam insiden pada selekoh pertama, namun beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke-16. Di Korea, beliau mendapat tempat ke-18, dan di India, beliau mendapat tempat ke-20 selepas bersaing dengan Michael Schumacher. Di São Paulo, Glock beraksi dengan cemerlang dan berada di hadapan kedua-dua pemandu kereta Caterham, namun dilanggar oleh Jean-Éric Vergne. Beliau mendakwa ini telah 'memusnahkan perlumbaannya' dengan Petrov akhirnya memintas Charles Pic untuk mengambil tempat kesepuluh bagi Caterham dalam kejuaraan.[10] Glock menamatkan musim di tangga ke-20 dalam Kejuaraan Pemandu, iaitu keputusan terbaiknya untuk pasukan Virgin/Marussia.
Bagi musim 2013, Glock sepatutnya dikekalkan oleh Marussia dan menjadi rakan sepasukan Max Chilton, iaitu rakan sepasukan keempatnya dalam masa empat tahun bersama mereka. Walau bagaimanapun, pada 21 Januari 2013, ia telah disahkan bahawa Glock telah meninggalkan Marussia dengan persetujuan bersama.[11]
DTM (2013–)
Glock bertanding dalam DTM pada tahun 2013 selepas menandatangani kontrak bersama BMW.[12]
Kehidupan peribadi
Glock menetap di Switzerland bersama teman wanitanya, Isabell Reis. Mereka berjiran dan berkawan rapat dengan pemandu Caterham F1, Heikki Kovalainen dan teman wanitanya, Catherine Hyde.
Rekod perlumbaan
Ringkasan kerjaya
Musim | Siri | Musim | Perlumbaan | Kemenangan | P/Pertama | P/Terpantas | Podium | Mata | Kedudukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2000 | ADAC Formula Junior Cup | 19 | 11 | 6 | ? | 15 | 285.5 | Pertama | |
2001 | Formula BMW ADAC | BMW Formel ADAC Rookie Team | 20 | 8 | 3 | ? | 13 | 268 | Pertama |
2002 | German Formula 3 | Opel Team KMS | 18 | 3 | 2 | 3 | 6 | 52 | Ke-3 |
2003 | Formula 3 Euroseries | Opel Team KMS | 20 | 3 | 0 | 1 | 6 | 55 | Ke-5 |
Masters of Formula 3 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | Ke-30 | ||
2004 | Porsche Supercup | Porsche AG VIP Team | 1 | 0 | 0 | ? | 0 | 0 | NC† |
Formula Satu | Jordan Ford | 4 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | Ke-19 | |
2005 | Champ Car World Series | Rocketsports Racing | 13 | 0 | 0 | 1 | 1 | 202 | Ke-8 |
2006 | GP2 Series | BCN Competicion | 20 | 2 | 0 | 0 | 5 | 60 | Ke-4 |
iSport International | |||||||||
2007 | GP2 Series | iSport International | 20 | 5 | 4 | 5 | 10 | 88 | Pertama |
Formula Satu | BMW Sauber F1 Team | Pemandu ujian | |||||||
2008 | Formula Satu | Panasonic Toyota Racing | 18 | 0 | 0 | 0 | 1 | 25 | Ke-10 |
2009 | Formula Satu | Panasonic Toyota Racing | 14 | 0 | 0 | 1 | 2 | 24 | Ke-10 |
2010 | Formula Satu | Virgin Racing | 19 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | Ke-25 |
2011 | Formula Satu | Marussia Virgin Racing | 19 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | Ke-25 |
2012 | Formula Satu | Marussia F1 | 29 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | Ke-20 |
† Sebagai pemandu jemputan, Glock tidak boleh mendapat mata.
Keputusan lengkap Formula Three Series
(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2003 | Opel Team KMS | Dallara F303/009 | Spiess-Opel | HOC 1 6 |
HOC 2 7 |
ADR 1 1 |
ADR 2 13 |
PAU 1 3 |
PAU 2 Ret |
NOR 1 2 |
NOR 2 3 |
LMS 1 18 |
LMS 2 25 |
NÜR 1 14 |
NÜR 2 12 |
A1R 1 12 |
A1R 2 9 |
ZAN 1 15 |
ZAN 2 14 |
HOC 1 1 |
HOC 2 22 |
MAG 1 13 |
MAG 2 1 |
Ke-5 | 55 |
Keputusan lengkap Formula Satu
(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - Pusingan terpantas
Tahun | Kemasukan | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | WDC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Jordan Ford | Jordan EJ14 | Ford RS2 3.0 V10 | AUS TD |
MAL TD |
BHR TD |
SMR TD |
ESP TD |
MON TD |
EUR TD |
CAN 7 |
USA TD |
FRA TD |
GBR TD |
GER TD |
HUN TD |
BEL TD |
ITA TD |
CHN 15 |
JPN 15 |
BRA 15 |
Ke-19 | 2 | ||
2008 | Panasonic Toyota Racing | Toyota TF108 | Toyota RVX-08 2.4 V8 | AUS Ret |
MAL Ret |
BHR 9 |
ESP 11 |
TUR 13 |
MON 12 |
CAN 4 |
FRA 11 |
GBR 12 |
GER Ret |
HUN 2 |
EUR 7 |
BEL 9 |
ITA 11 |
SIN 4 |
JPN Ret |
CHN 7 |
BRA 6 |
Ke-10 | 25 | ||
2009 | Panasonic Toyota Racing | Toyota TF109 | Toyota RVX-09 2.4 V8 | AUS 4 |
MAL 3‡ |
CHN 7 |
BHR 7 |
ESP 10 |
MON 10 |
TUR 8 |
GBR 9 |
GER 9 |
HUN 6 |
EUR 14 |
BEL 10 |
ITA 11 |
SIN 2 |
JPN DNS |
BRA | ABU | Ke-10 | 24 | |||
2010 | Virgin Racing | Virgin VR-01 | Cosworth CA2010 2.4 V8 | BHR Ret |
AUS Ret |
MAL Ret |
CHN DNS |
ESP 18 |
MON Ret |
TUR 18 |
CAN Ret |
EUR 19 |
GBR 18 |
GER 18 |
HUN 16 |
BEL 18 |
ITA 17 |
SIN Ret |
JPN 14 |
KOR Ret |
BRA 20 |
ABU Ret |
Ke-25 | 0 | |
2011 | Marussia Virgin Racing | Virgin MVR-02 | Cosworth CA2011 2.4 V8 | AUS NC |
MAL 16 |
CHN 21 |
TUR DNS |
ESP 19 |
MON Ret |
CAN 15 |
EUR 21 |
GBR 16 |
GER 17 |
HUN 17 |
BEL 18 |
ITA 15 |
SIN Ret |
JPN 20 |
KOR 18 |
IND Ret |
ABU 19 |
BRA Ret |
Ke-25 | 0 | |
2012 | Marussia F1 Team | Marussia MR01 | Cosworth CA2012 V8 | AUS 14 |
MAL 17 |
CHN 19 |
BHR 19 |
ESP 18 |
MON 14 |
CAN Ret |
EUR DNS |
GBR 18 |
GER 22 |
HUN 21 |
BEL 15 |
ITA 17 |
SIN 12 |
JPN 16 |
KOR 18 |
IND 20 |
ABU 14 |
USA 19 |
BRA 16 |
Ke-20 | 0 |
‡ Separuh mata diberikan di Grand Prix Malaysia 2009 kerana kurang daripada 75% jarak perlumbaan dilengkapkan.
Keputusan lengkap Champ Car Series
Tebal - Petak pertama
Condong - Pusingan terpantas
Tahun | Pasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | Kedudukan | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2005 | Rocketsports | LBH 6 |
MTY 11 |
MIL 9 |
POR 10 |
CLE 10 |
TOR 7 |
EDM 13 |
SJO 6 |
DEN 13 |
MTL 2 |
LVG 8 |
SRF 6 |
MXC 5 |
Ke-8 | 202 |
Keputusan lengkap GP2 Series
(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2006 | BCN Competicion | VAL FEA 16 |
VAL SPR 8 |
SMR FEA 7 |
SMR SPR 4 |
EUR FEA 17 |
EUR SPR Ret |
ESP FEA 11 |
ESP SPR 10 |
MON FEA Ret |
Ke-4 | 58 | ||||||||||||
iSport International | GBR FEA 2 |
GBR SPR 6 |
FRA FEA 1 |
FRA SPR 4 |
GER FEA 3 |
GER SPR 1 |
HUN FEA 2 |
HUN SPR 5 |
TUR FEA 4 |
TUR SPR 4 |
ITA FEA Ret |
ITA SPR DNS | ||||||||||||
2007 | iSport International | BHR FEA 2 |
BHR SPR 2 |
ESP FEA 2 |
ESP SPR 1 |
MON FEA 3 |
FRA FEA Ret |
FRA SPR Ret |
GBR FEA Ret |
GBR SPR Ret |
EUR FEA 1 |
EUR SPR 5 |
HUN FEA 10 |
HUN SPR Ret |
TUR FEA 4 |
TUR SPR 1 |
ITA FEA 3 |
ITA SPR 1 |
BEL FEA 17 |
BEL SPR DNS |
VAL FEA 7 |
VAL SPR 1 |
Pertama | 88 |
Keputusan lengkap DTM
(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Pasukan | Kereta | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Ked | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | BMW Team MTEK | BMW M3 DTM | HOC1 Ret |
BRH 13 |
SPL 3 |
LAU 14 |
NOR |
MOS |
NÜR |
OSC |
ZAN |
HOC2 |
Ke-11* | 15* |
* Musim sedang dijalankan.
Rujukan
- ^ Deutsche Post World Net | Speed Academy
- ^ "CRB berkata Glock bebas memandu untuk Toyota". autosport.com. 2007-11-16. Dicapai pada 2007-11-16.
- ^ Benson, Andrew (2008-11-02). "Grand Prix Brazil". BBC Sports.
- ^ "Pemandu McLaren, Hamilton menjadi juara dunia F1 termuda". tsn.ca. 2008-11-02.
- ^ "Kedudukan 2008". tsn.ca. Dicapai pada 2008-11-02.
- ^ "Glock: Manor F1". BBC Sport. BBC. 2009-11-17. Dicapai pada 2010-04-05.
- ^ http://www.formula1.com/news/headlines/2011/7/12345.html
- ^ "Glock tidak akan berlumba di Valencia kerana masalah kesihatan". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 24 Jun 2012. Dicapai pada 24 Julai 2012.
- ^ Rakan sepasukan bersaing di Marussia inautonews FC
- ^ "Glock: Vergne memusnahkan perlumbaan saya". Crash.net. Dicapai pada 21 Disember 2012.
- ^ "Joint statement from the Marussia F1 Team and Timo Glock". Laman sesawang Marussia F1 Team. Marussia F1. Dicapai pada 21 Januari 2013.
- ^ O'Leary, Jamie (25 Januari 2013). "BMW confirms Timo Glock for 2013 DTM season". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 18 Februari 2013.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Timo Glock. |
- Tapak web rasmi (Jerman)
- Timo Glock di Twitter
Kedudukan sukan | ||
---|---|---|
Didahului oleh A. J. Allmendinger |
Champ Car Rookie of the Year 2005 |
Diikuti oleh: Will Power |
Didahului oleh Lewis Hamilton |
Juara Pemandu GP2 Series 2007 |
Diikuti oleh: Giorgio Pantano |