Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3509235 pada 01:24, 7 November 2014 oleh Joanna20 (bincang | sumb.)
Sekolah Menengah (Sains) Kuala Terengganu
Lokasi
 Malaysia Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096311402
Kod sekolahTEA3122
Faks6096266729


Sekolah Menengah (Sains) Kuala Terengganu atau nama ringkasnya SM (Sains) Kuala Terengganu, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah (Sains) Kuala Terengganu memiliki 46 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 146 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009

Sejarah

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu atau SESTER merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang baru dibuka pada tahun 2000 dengan menenempatkan pelajar tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6. Sebelum sekolah ini dibuka, kawasan sekolah ialah sebenarnya bekas Maktab Perguruan Pasir Panjang (MPPP). Bangunan sekolah ini telah dibina pada tahun 1964. Pada tahun 2000, Maktab Perguruan Pasir Panjang telah dipindahkan ke daerah Besut, Terengganu dengan nama baru iaitu Maktab Perguruan Sultan Mizan. setelah itu, Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan untuk membuka sebuah lagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Kuala Terengganu dan memilih bekas maktab ini dengan menamakan sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu atau singkatannya SESTER. SESTER hanya didiami oleh pelajar tingkatan 4 dan 5 dan menjadikannya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terkecil di Malaysia.

Pencapaian

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu merupakan sebuah sekolah yang hebat. Sekolahini hanya menduduki Sijil Palajaran Malaysia (SPM). Sejak dari penubuhan sekolah ini, SESTER sering menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan. SESTER kekal sebagai sekolah terbaik negeri Terengganu selama 10 tahun berturut-turut sejak penubuhannya. SESTER juga tergolong antara 10 buah SBP terbaik negara berdasarkan keputusan SPM dan pernah menduduki tempat kedua pada tahun 2003. SESTER tidak pernah terkeluar dalam 10 sekolah SBP terbaik sejak penubuhannya. SESTER juga telah berjaya mengatasi sekolah-sekolah hebat yang lain seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Sekolah Seri Puteri (SSP) dan lain-lain. Visi SESTER adalah untuk menumbangkan sekolah terbaik negara iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban. Pencapaian terbaik SESTER adalah pada tahun 2010 dengan mendapat Gred Purata Keseluruhan (GPK) 1.37 dan merangkul tempat ke-7 negara.

Alamat

Sekolah Menengah (Sains) Kuala Terengganu
Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096311402
Fax = 6096266729

Pautan luar