Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4615546 pada 01:23, 1 Ogos 2019 oleh Jefftacra (bincang | sumb.) (masukkan lagu sekolah)
Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
Lokasi
Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, SBP, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoMENJANA KECERMERLANGAN JATI DIRI
Ditubuhkan2000 (umur 23–24)
Nombor sekolah6096311402
Kod sekolahTEA3122[1]
Pengerusi PIBGDr. Azmi bin Omar
PengetuaEncik Mohamad Rafi bin Omar
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Amir bin Ya
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Md. Almeida bin Mohd
Penolong Kanan KokurikulumEncik Zainudin bin Abdullah
Faks6096266729


Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu atau nama ringkasnya SESTER, merupakan sebuah Sekolah Menengah Berasrama Penuh yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia.

SM Sains Kuala Terengganu mempunyai tenaga pengajar seramai 36 orang sahaja pada tahun 2019. Pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 2000, SESTER hanya mengambil pelajar tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6 sahaja tetapi mulai tahun 2016, SESTER mula menerima kemasukan pelajar tingkatan 1 sebanyak dua kelas. Kini (2019), SESTER telah mempunyai kelas bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan jumlah keseluruhan kelas sebanyak 10 kelas dengan kapasiti pelajar seramai 230 orang.

Sejarah

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu atau SESTER merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dibuka pada tahun 2000 dengan menempatkan pelajar tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6. Sebelum sekolah ini dibuka, kawasan sekolah sebenarnya ialah bekas Maktab Perguruan Pasir Panjang (MPPP). Bangunan sekolah ini telah dibina pada tahun 1964. Pada tahun 2000, Maktab Perguruan Pasir Panjang telah dipindahkan ke daerah Besut, Terengganu dengan nama baru iaitu Maktab Perguruan Sultan Mizan Zainal Abidin. Setelah itu, bahagian Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan untuk membuka sebuah lagi Sekolah Berasrama Penuh yang ke-39 di Kuala Terengganu dan memilih bekas maktab ini dengan menamakan sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu atau singkatannya SESTER.

Kini, SESTER didiami oleh pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dan keluasan kawasan menjadikannya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terkecil di Malaysia.

Pencapaian

Sekolah ini hanya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sejak penubuhan sekolah ini, SESTER kekal sebagai sekolah terbaik negeri Terengganu selama 10 tahun berturut-turut. SESTER juga tergolong antara 10 buah SBP terbaik negara berdasarkan keputusan SPM dan pernah menduduki tempat kedua pada tahun 2003. SESTER juga pernah mengatasi sekolah-sekolah hebat yang lain seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar, (MCKK) Sekolah Seri Puteri (SSP) dan lain-lain. Bermula tahun 2018 merupakan kali pertama SESTER mempunyai pelajar yang mengambil PT3.


Pengurusan Sekolah

Pengetua: En. Mohamad Rafi bin Omar

Penolong Kanan Pentadbiran: En. Amir bin Ya

Penolong Kanan HEM: En. Md Almeida bin Mohd

Penolong Kanan Koko: En. Zainudin bin Abdullah

Guru Kanan Mata Pelajaran Sains: Pn. Noraidah binti Abdul Rahman

Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa: Pn. Salwani Azlina binti Jaafar

Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional: Pn. Wan Manisah binti Wan Ngah

Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan: En. Azri bin Ali

Lagu Sekolah

SAINS KUALA TERENGGANU

BERJUANG MEMANFAATKAN ILMU

JATI DIRI BERDIKARI

BUDAYA ILMU TERAS AKAL BUDI


SAINS KUALA TERENGGANU

IMAN AMAL JADIKAN PANDUAN

BERJASA TIADA SEMPADAN

BERMUAFAKAT DAN KEIKHLASAN

SAINS KUALA TERENGGANU

SENTIASA DI HADAPAN


MENJANA KECEMERLANGAN JATI DIRI

SAINS KUALA TERENGGANU

HARUM NAMAMU DI PERSADA DUNIA

KEDAULATAN MARUAH KECEMERLANGAN ILMU

MARTABAT BANGSA KETERAMPILAN DIRI

BERJASA DEMI KEREDAAN ILAHI

Alamat

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096311402
Faks = 6096266729

Rujukan

Pautan luar