Kapten Jeneral
Kapten Jeneral (dan persamaan literalnya didalam beberapa bahasa) ialah sejenis pangkat tentera gred jeneral yang tinggi, dan sejenis gelaran pemerintah wilayah.
Sejarah
Istilah "Kapten Jeneral" mula muncul pada abad ke-14, dengan maksud Panglima sesebuah tentera darat (atau armada) di medan pertempuran, barangkali penggunaan pertama istilah Jeneral dalam aturan tentera. Sejenis istilah yang popular dalam abad ke-16 dan ke-17, tetapi dengan pelbagai maksud bergantung pada negara, ia bertambah kurang penggunaannya dalam abad ke-18, biasanya digantikan dengan, hanya, Jeneral atau Fil Marsyal; dan selepas berakhirnya Perang Napoleon ia semakin hilang di kebanyakan negara Eropah, kecuali Sepanyol dan bekas jajahan. Lihat juga Feldhauptmann ("kapten medan"). Lain-lain pangkat pegawai jeneral, yang berbeza daripada pegawai medan, mempunyai akhiran "jeneral"; sebagai contoh Mejar Jeneral, Leftenan Jeneral, Brigedier Jeneral, Kolonel Jeneral.
Great Britain
Dari 30 Jun hingga 22 Oktober 1513, Catherine dari Aragon memegang gelaran Gabenor Kerajaan dan Kapten Jeneral Angkatan Tentera Raja selaku Pemangku raja England.[1] Ia mula-mula di perakui sah pada tahun 1520-an sebagai gelaran untuk Panglima Tertinggi Angkatan Tentera tetap. Walaupun gelaran itu biasa digunakan pada abad ke-17; dalam abad ke-18, jawatan itu telah disandang oleh Duke Marlborough (tahun 1702 hingga 1711, dan sekali lagi tahun 1714 hingga 1717), dan oleh Duke Ormonde, tahun 1711 hingga 1714, dan oleh Duke Cumberland tahun 1745.
Pangkat tersebut kekal didalam Kompeni Pemanah Diraja Scotland.
Gelaran ini didapati, seperti dalam beberapa negara lain, dikaitkan dengan ketua negara mengikut jawatan tenteranya. Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II ialah Kapten Jeneral Kompeni Kehormat Artileri dan juga Rejimen Artileri Diraja, iaitu jawatan yang serupa dengan Kolonel Yang DiPertua didalam rejimen-rejimen yang lain.
Sepanyol
Tentera Darat
Pada lewat abad ke-15, pangkat tersebut, disamping maksud biasa panglima tertinggi di medan pertempuran, juga bersangkut paut dengan pemerintah tertinggi cawangan khusus tentera (artileri, pengawal diraja, dll.), biasanya menandakan kebebasan kor-kor tertentu.
Tidak lewat daripada kejatuhan Granada (1492) gelaran itu juga dianugerahkan kepada para pegawai yang mempunyai bidang kuasa penuh setiap orang yang tertakluk kepada fuero militar (kewajipan tentera) dalam sesebuah wilayah. Pegawai-pegawai itu juga biasanya bertindak sebagai panglima pasukan tentera dan pangkalan tentera di kawasan mereka dan, masa berlalu, tugas-tugas tersebut (dan gelaran itu) telah digabungkan dalam pihak berkuasa tertinggi awam di kawasan itu. Jawatan tentera kapten jeneral sebagai panglima tertinggi wilayah berakhir di Sepanyol hingga awal tahun 1980an.
Pada lewat abad ke-17 atau seawal abad ke-18, satu pangkat peribadi kapten jeneral telah diwujudkan dalam Tentera Darat Sepanyol (dan Tentera Laut) sebagai pangkat tertinggi dalam hierarki ketenteraan, tidak seperti Marechal de France. Semasa memakai pakaian seragam, raja-raja menggunakan insignia kapten jeneral. Valeriano Weyler, Gabenor Jeneral Cuba pada tahun 1896–97 semasa tempoh sebelum Perang Sepanyol–Amerika, memegang pangkat itu. Dimansuhkan sekejap oleh Republik Sepanyol Kedua, ia telah dikembalikan semula semasa pemerintahan Francisco Franco pada tahun 1938; Franco sendiri merupakan satu-satunya pegawai yang memegang pangkat ini. Kemudian Raja Juan Carlos I (1975), Agustín Muñoz Grandes (1956) dan Camilo Alonso Vega (1972) telah dinaikkan pangkat semasa bertugas aktif; beberapa kenaikkan pangkat selepas mati dan kenaikkan pangkat pegawai bersara ke pangkat ini juga dibuat. Pada tahun 1999, pangkat tersebut dikhaskan untuk raja yang memerintah.
Tentera Laut
Evolusi gelaran itu didalam Tentera Laut Sepanyol adalah selari dengan tentera darat.
Sewaktu abad ke-16 dan ke-17, dua jawatan utama kapten jeneral tentera laut ialah Capitán-General de la Armada de la Mar Oceana dan Capitán-General de Galeras, iaitu Panglima Tertinggi bagi Atlantik dan Mediterranean.
Penggunaan pelik istilah kapten jeneral muncul dalam tentera laut Sepanyol pada abad ke-16. Kapitán-general telah dilantik oleh raja sebagai pemimpin sesebuah armada (meskipun istilah 'skuadron' lebih sesuai, kerana kebanyakan armada geliung (sejenis kapal layar Sepanyol) kurang terdiri daripada sedozen kapal, tidak termasuk kapal dagang pengiring), dengan bidang kuasa penuh. Pemerintah kedua armada ialah 'almirante' (laksamana), seorang pegawai yang dilantik oleh capitan-general dan bertanggungjawab bagi keselamatan skuadron belayar.[2] Seorang kapten jeneral yang belayar dibawah panji-panji Sepanyol yang kini terkenal ialah Ferdinand Magellan, pemimpin armada pertama yang belayar ke seluruh dunia.
Dibawah rejim Nasionalis tahun 1939–1975, satu-satunya pemegang pangkat capitán general de la armada ialah Caudillo, Generalisimo Francisco Franco.
Tentera Udara
Pangkat kapten jeneral Tentera Udara hanya dipegang oleh Yang Maha Mulia Raja Felipe VI.
Rujukan
- ^ Catherine of Aragon Timeline
- ^ "Spanish Galleon: 1530–1690" by Angus Konstam, copyright 2004 Osprey Publishing, Ltd.
Lihat juga
- Kolonel Yang DiPertua
- Kapten Mejar
- Kekaptenan/Kekapitanan, sebuah wilayah pentadbiran dalam empayar jajahan Sepanyol dan Portugis, ditadbir oleh seorang kapten jeneral.
- Jeneral, satu huraian pelbagai pangkat pegawai jeneral, termasuk jeneral penuh yang merupakan pengganti kepada kapten jeneral
- Kaptensi Jeneral
- Jawatan kehormat tentera Raja-Raja Malaysia