Nana Sheme
Nana Sheme | |
---|---|
Nama lahir | Nur Nabilah binti Hashimi |
Juga dikenali sebagai | Nanasheme |
Kelahiran | Kuching, Sarawak, Malaysia | 20 Mei 1995
Genre | Pop, R&B |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2015–2016, 2020–kini |
Nur Nabilah Hashimi atau lebih dikenali sebagai Nana Sheme (kadangkala dieja Nanasheme; lahir 20 Mei 1995) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Malaysia, beliau terkenal dengan lagu hitsnya "Hantu Atau Buaya".[1][2] Pada tahun 2020, Nana merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.[3]
Kerjaya
Nana Sheme mula berkecimpung dalam bidang muzik sewaktu menuntut di peringkat diploma. Namanya mula meraih perhatian peminat selepas lagu "Hantu Atau Buaya" nyanyiannya berjaya menduduki carta 10 lagu popular di pusat karaoke Red Box sepanjang 2015. Nana memutuskan untuk memperlahankan kerjaya muzik pada 2016 bagi memberi tumpuan kepada pelajaran.
Big Stage Musim 3
Nana Sheme menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria. Berikut ialah senarai lagu persembahan beliau dalam konsert mingguan:
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Starter Pack | "Hantu Atau Buaya" dan "Boleh Blah" | Dirinya sendiri | SELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | "Mata" | Ayda Jebat | SELAMAT |
Kehidupan peribadi
Nana Sheme dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Ibunya, Nur Aisyah Abdullah meninggal dunia pada 2010 akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman dalam darah. Beliau merupakan lulusan dalam Pengajian Pengurusan dan Pembinaan dari Fakulti Senibina dan Ukur Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Diskografi
Single
- "Permintaan Hati" (2014)
- "Hantu Atau Buaya" (2015)
- "Ragu-Ragu" (2015)
- "Boleh Bla" (2015)
Anugerah
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
Rujukan
- ^ Rozaimi Zubaidi (17 Mei 2015). Nana Sheme tidak menyangka Hantu Atau Buaya menjadi perhatian mStar Online. Dicapai pada 20 Ogos 2015.
- ^ Zaini RA (5 Mei 2015). Hantu Atau Buaya popularkan nama Nana Sheme Agenda Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2015.
- ^ "Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020". Mstar Online. 4 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.