Pergi ke kandungan

Nana Sheme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5159712 pada 14:33, 19 Julai 2021 oleh Fandi89 (bincang | sumb.) (Kemaskini.)
Nana Sheme
Nama lahirNur Nabilah binti Hashimi
Juga dikenali sebagai
Nanasheme
Kelahiran (1995-05-20) 20 Mei 1995 (umur 29)
Kuching, Sarawak, Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif
  • 2014–2016
  • 2020–kini
Syarikat rakaman
LIFE Records, XENO Production

Nur Nabilah Hashimi atau lebih dikenali sebagai Nana Sheme (kadangkala dieja Nanasheme; lahir 20 Mei 1995) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia, beliau terkenal dengan lagu hitsnya "Hantu Atau Buaya".[1][2] Pada tahun 2020, Nana merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.[3]

Kerjaya

Nana Sheme mula berkecimpung dalam bidang muzik sewaktu menuntut di peringkat diploma. Namanya mula meraih perhatian peminat selepas lagu "Hantu Atau Buaya" nyanyiannya berjaya menduduki carta 10 lagu popular di pusat karaoke Red Box sepanjang 2015. Nana memutuskan untuk memperlahankan kerjaya muzik pada 2016 untuk memberi tumpuan pada pelajaran.[4] Namun beliau sempat melancarkan single "Boleh Blah" dan album pertamanya pada Mac.[5]

Beliau kembali dengan single terbarunya, "Ragu-Ragu" yang dikeluarkan pada Mac 2020.[4][6][7] Nana turut mengambil bahagian dalam projek kolaborasi muzik Make It Through yang turut disertai oleh Zee Avi dan Ayda Jebat.[4]

Big Stage (musim 3)

Nana Sheme menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria, namun beliau tersingkir bersama-sama dengan Hafiz Zainal di konsert minggu keenam, sekaligus gagal mara di konsert minggu seterusnya.[8][9] Berikut ialah senarai lagu persembahan beliau dalam konsert mingguan:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack "Hantu Atau Buaya" dan "Boleh Blah" Dirinya sendiri SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Mata" Ayda Jebat SELAMAT
Minggu 3 Duominasi "Setia" (duet bersama Adzrin) Elizabeth Tan & Faizal Tahir SELAMAT
Minggu 4 Baby Bash "Don't Speak" No Doubt SELAMAT
Minggu 5 #SandraDalamKenangan
Minggu 6 Rotasi 36T "Budak Ngam" Sophia Liana dan Budak Ngam TERSINGKIR

Kehidupan peribadi

Nana Sheme dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Ibunya, Suriana Bt Mohd Butler meninggal dunia pada 2010 akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman dalam darah. Beliau merupakan lulusan dalam Pengajian Pengurusan dan Pembinaan dari Fakulti Senibina dan Ukur Universiti Teknologi MARA (UiTM).[10][11][12]

Diskografi

Album

  • Nana Sheme (2016)

Single

  • "Permintaan Hati" (2014)
  • "Hantu Atau Buaya" (2015)
  • "Boleh Bla" (2015)
  • "Santai" (ft. Eyza Bahra) (2016)
  • "Jom Coffee-Coffee" (2018)
  • "Ragu-Ragu" (2020)

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Baru Wanita Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ Rozaimi Zubaidi (17 Mei 2015). Nana Sheme tidak menyangka Hantu Atau Buaya menjadi perhatian mStar Online. Dicapai pada 20 Ogos 2015.
  2. ^ Zaini RA (5 Mei 2015). Hantu Atau Buaya popularkan nama Nana Sheme Agenda Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2015.
  3. ^ "Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020". Mstar Online. 4 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  4. ^ a b c S. Indra Sathiabalan (20 Mei 2020). The songstress returns The Sun Daily. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  5. ^ Ifqdar Rahman (26 Mei 2016). "Kritiklah, saya tidak kisah!". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2018. Dicapai pada 25 Januari 2018.
  6. ^ Kamaruddin Razal (8 April 2020). Nana Sheme pertaruhkan single terbaru berjudul Ragu-Ragu Astro Gempak. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  7. ^ Nana Sheme kembali dengan single Ragu-Ragu, pilih komposer Indonesia Hot FM. 12 Jun 2020. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  8. ^ Asyraf Roslan (21 September 2020). Big Stage: Sangkaan meleset, Nana Sheme dan Hafiz Zainal gagal ke separuh akhir Astro Awani. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
  9. ^ Qarami Hashim (21 September 2020). Nana Sheme tak sedih tersingkir, dapat banyak ilmu di Big Stage 2020 - "Dulu menyanyi statik, sekarang dah lain" mStar Online. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  10. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Ogos 2020) Pegang amanah ibu Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2020.
  11. ^ Arina Che Azlan (17 Ogos 2020). Nana Sheme atasi kebimbangan Kosmo!. Dicapai pada 11 September 2020.
  12. ^ Aimi Ashikin Hanib (26 Mac 2019). "Nana Sheme cemerlang akademik, nyanyian". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019.

Pautan luar