Pergi ke kandungan

Shinsegae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5202743 pada 01:47, 12 Ogos 2021 oleh InternetArchiveBot (bincang | sumb.) (Rescuing 2 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Shinsegae Inc.
Nama asli주식회사 신세계
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiKSE: 004170
ISINKR7004170007 Sunting ini di Wikidata
IndustriPeruncitan
PendahuluKedai Mitsukoshi Keijō (Gyeongseong)
Ditubuhkan1955; 69 tahun yang lalu (1955)
PengasasLee Byung-chul
Ibu pejabat63 Sogong-ro, Jung-gu, Seoul, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatanKorea Selatan
Tokoh pentingLee Myung-hee
(Pengerusi)
Chung Yong-jin
(Naib Pengerusi)
Kim Eun Myeong
(CEO)
HasilKRW 1,430,6 bilion (2011)[1]
Pendapatan kendalianKRW 213,9 bilion (2011)[1]
Pendapatan bersihKRW 3,381,9 bilion (2011) [1]
Jumlah asetKRW 370 bilion (2011) [1]
Jumlah ekuitiKRW 1,910,2 bilion (2011)[1]
PemilikLee Myung-hee (18.22%)
Syarikat indukSamsung (1955-1997)
Bebas (1997-kini)
Anak syarikatE-mart
Tapak weben.shinsegae.cn
Twitter: shinsegaedf Instagram: only_shinsegae Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Shinsegae (Bahasa Korea: 신세계, KRX: 004170) ialah francais kedai serbaneka Korea Selatan, bersama dengan beberapa perniagaan lain, yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan. Nama Shinsegae secara harfiah bermaksud "Dunia Baru" dalam bahasa Korea. Kedai utamanya di Centum City, Busan, ialah pusat beli-belah terbesar di dunia dengan luas 3,163,000 kaki persegi (293,900 m2), melepasi Herald Square di Macy's di New York City pada tahun 2009.[2][3]

Shinsegae pada awalnya merupakan sebahagian dari chaebol Samsung Group, yang dipisahkan dari Samsung Group pada dekad 1990-an bersama dengan CJ Group (makanan/kimia/hiburan), Saehan Group (Media Elektronik/Pakaian/Tekstil), dan Hansol Group (kertas dan telekomunikasi). Pengerusi Lee Myung-hee ialah anak perempuan pengasas Samsung, Lee Byung-chull dan adik bongsu pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee.

Kumpulan ini memiliki jenama Shinsegae dan E-mart, dan bersaing secara langsung dengan Lotte Shopping dan Hyundai Department Store Group. Pada masa ini ia merupakan peruncit terbesar di Korea Selatan.[4]

Shinsegae juga terkenal dengan sejarahnya yang panjang. Cawangan utama Shinsegae ialah gedung membeli-belah tertua di Korea. Bangunan utama kedai dibuka pada tahun 1930 sebagai cawangan Gyeongseong Mitsukoshi, sebuah francais kedai serbaneka Jepun; Korea dijajah oleh Pemerintah Jepun pada masa itu. Kedai itu diperoleh pada tahun 1945 oleh pengasas Samsung Group, Lee Byung-chull, dan dinamakan semula Donghwa Department Store. Selepas Perang Korea (1950-1953) bermula, perang itu digunakan selama beberapa tahun sebagai pertukaran pos oleh tentera Amerika. Pada tahun 1963, kedai itu diberi nama Shinsegae.[5] Bangunan lama kini dijadikan pusat membeli-belah mewah.

Shinsegae ialah syarikat kad kredit pertama di Korea Selatan. Mereka mengeluarkan kad caj mereka sendiri dari tahun 1967 hingga 2000. Pada tahun 2000, Shinsegae menjual bahagian kad kredit mereka kepada KorAm Bank, yang kemudiannya diambil alih oleh Citibank Korea.

Pusat beli-belah utama di Seoul

Cawangan yang sedia ada

[sunting | sunting sumber]

Shinsegae juga memiliki gerai kecil di Bandar Udara Internasional Incheon, dan sebuah supermarket di Dogok-dong, Gangnam-gu, Seoul.

Pada tahun 2010, Shinsegae meluncurkan Shinsegae Style Market, sebuah pusat perbelanjaan kecil yang ditujukan untuk para pemuda. Cawangan ini dikelola oleh anak usaha Shinsegae, E-Mart.

  • Seongnam Style Market di E-Mart cabang Taepyeong, Seongnam, Gyeonggi-do
  • Daejeon Style Market di E-Mart cabang Kompleks Terminal Daejeon, Dong-gu, Daejeon
  • Pusat perbelanjaan Starfield Hanam, dibuka pada tanggal 9 September 2016 sebagai sebuah pusat perbelanjaan bertema. Merupakan pusat perbelanjaan terbesar ketujuh di dunia. Pusat perbelanjaan ini berisi bioskop Megabox, toko buku Yeongpoong, department store Shinsegae, Zara, H&M, Daiz, top10, Hansem, eletromart, emart traders (gaya gudang), kolam renang dalam ruangan, dan pujasera etopia. Sejumlah merek mewah seperti Louis Vuitton, Prada, Gucci, Genesis, BMW, dan Ioniq EV juga dapat dijumpai di pusat perbelanjaan ini.

Cawangan akan datang

[sunting | sunting sumber]
  • Sebuah pusat perbelanjaan untuk para pemuda di Mesa, sebuah pusat perbelanjaan terbengkalai yang terletak di samping gerai utama Shinsegae di Jung-gu, Seoul
  • Pusat perbelanjaan di Samsung Town yang sedang dalam proses pembinaan.
  • Boots UK

Terdahulu

[sunting | sunting sumber]
  • Cawangan Daegu (대구점) di Jung-gu, Daegu (dibuka pada tahun 1973 dan ditutup pada bulan Desember 1976)
  • Cawangan Banpo (신세계 스토어 반포) di Gangnam-gu, Seoul (dibuka pada tahun 1974 dan ditutup beberapa tahun kemudian)
  • Cawangan Bomun Gyeongju (경주보문점) di Gyeongju, Gyeongsangbuk-do (dibuka pada tahun 1979 dan ditutup beberapa tahun kemudian)
  • Cawangan Dongbang Plaza (동방플라자) di Jung-gu, Seoul (dibuka pada tahun 1982 dan ditutup pada tahun 1996)
  • Cawangan Cheonho (천호점) di Gangdong-gu, Seoul (ditutup pada tahun 2000, dan diubah menjadi E-Mart Cawangan Cheonho)
  • Cawangan Mia (미아점) di Seongbuk-gu, Seoul (ditutup pada tahun 2007, dan diubah menjadi E-Mart Cawangan Mia)

Cawangan diskaun

[sunting | sunting sumber]

E-Mart (이마트) ialah anak syarikat Shinsegae yang merupakan rantaian kedai diskaun besar di Korea Selatan, serta memiliki kedai di China dan Mongolia. Di Korea Selatan, E-Mart merupakan rantaian kedai terbesar, di atas Home Plus dan Lotte Mart.

Pada akhir Mei 2006, Shinsegae mengumumkan rancangannya untuk membeli semua gerai Wal-Mart di Korea.[8] Pada Oktober 2006, semua kedai Wal-Mart di Korea telah bertukar nama kepada E-Mart.

Shinsegae memisahkan E-Mart menjadi syarikat bebas (KSE: 139480) pada tahun 2012.

Anak syarikat

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e Department, 신세계백화점, Shinsegae. "Financial Reporting - shinsegae Department". department.shinsegae.com.
  2. ^ "Guinness World Records: Department Store".
  3. ^ Farfan, Barbara (28 December 2018). "What Is the World's Largest Retail Store?". Small Business. Dicapai pada 17 April 2019.
  4. ^ "E-Land in talk to sell stores to Tesco South Korea unit". Reuters. 2008-05-14.
  5. ^ "Elegance rules in Shinsegae's new temple of earthly joy". Korea JoongAng Daily.
  6. ^ "New Largest Department Store". Guinness World Records. Dicapai pada 2009-06-29.
  7. ^ "Busan Mall Gets Guinness Listing as World's Biggest". The Chosun Ilbo. Dicapai pada 2009-06-28.
  8. ^ "Shinsegae to Take Over Wal-Mart Korea". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-03. Dicapai pada 2019-10-12.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]