Pergi ke kandungan

Rusuhan Haymarket

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5273844 pada 08:26, 4 September 2021 oleh InternetArchiveBot (bincang | sumb.) (Rescuing 3 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Haymarket affair
Ukiran terkenal 1886 ini menunjukkan Fielden berceramah, bom meletup dan rusuhan bermula. Ketiga-tiga peristiwa ini berlaku secara berturut-turut.[1]
Tarikh4 Mei 1886
Lokasi
41°53′5.64″N 87°38′38.76″W / 41.8849000°N 87.6441000°W / 41.8849000; -87.6441000Koordinat: 41°53′5.64″N 87°38′38.76″W / 41.8849000°N 87.6441000°W / 41.8849000; -87.6441000
MatlamatLapan jam sehari
KaedahMogok, Bantahan, Tunjuk perasaan
Pihak terlibat
Tokoh dan pemimpin utama
August Spies;
Albert Parsons;
Samuel Fielden
Carter Harrison, Sr.;
John Bonfield
Korban
Mati: 4
Cedera: 70+
Ditahan: 100+
Mati: 7
Cedera: 60

Rusuhan Haymarket, juga Mogok Haymarket, pada 4 Mei 1886, merujuk pada kejadian yang berlaku selepas suatu pengeboman tunjuk perasaan buruh di Medan Haymarket, Chicago, Illinois, A.S.[2] Ia bermula sebagai suatu perhimpunan aman pekerja yang mogok mahukan kerja lapan jam sehari dan terhadap pembunuhan beberapa buruh oleh polis hari sebelumnya. Seseorang yang tidak diketahui membaling bom dinamit kepada polis semasa mereka mahu menyuraikan perhimpunan awam itu. Letupan bom dan tembakan yang menyusul menyebabkan kematian tujuh anggota polis dan sekurang-kurangnya empat orang awam; ramai lagi yang cedera.

Dalam tindakan undang-undang yang menyusul, lapan orang penganut anarki disabitkan berkomplot. Buktinya salah seorang defendan mungkin membuat bom tersebut, namun tiada siapa yang dibicarakan membalingnya.[3][4][5][6] Tujuh dijatuhkan hukuman mati manakala seorang lagi dihukum 15 tahun pernjara. Hukuman mati dua defendan diringankan Gabenor Illinois Richard J. Oglesby kepada penjara seumur hidup, dan seorang membunuh diri dalam penjara sebelum digantung. Empat yang lain digantung pada 11 November 1887. Pada 1893, gabenor baru Illinois John Peter Altgeld mengampunkan defendan yang masih hidup dan mengkritik perbicaraan tersebut.

Rusuhan ini dianggap penting sebagai asal-usul sambutan Hari Buruh Antarabangsa (May Day) bagi golongan pekerja.[7][8] Tapak kejadian ini ditetapkan sebagai sebuah mercu tanda Chicago pada 1992,[9] dan satu arca awam didedikasikan pada 2004. Manakala Haymarket Martyrs' Monument di tapak pengebumian defendan di Forest Park berhampiran ditetapkan sebagai Mercu Tanda Sejarah Kebangsaan pada 1997.[10]

  1. ^ Act II: Let Your Tragedy Be Enacted Here, Moment of Truth Diarkibkan 2008-03-15 di Wayback Machine, 2000, The Dramas of Haymarket, Chicago Historical Society, "The details are factually incorrect, because by all accounts Fielden ended his speech before the bomb was thrown, and because the riot did not begin until after the explosion. In [this] depiction, the speech, the explosion, and the riot all take place at once."
  2. ^ "Originally at the corner of Des Plaines and Randolph". Cityofchicago.org. Dicapai pada 18 Mac 2012.
  3. ^ Timothy Messer-Kruse, The Haymarket Conspiracy: Transatlantic Anarchist Networks (2012)
  4. ^ Smith, Carl. "Act III: Toils of the Law". The Dramas of Haymarket. Chicago Historical Society and Northwestern University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-04. Dicapai pada 14 Jun 2012.
  5. ^ Lihat umumnya, Gilmer, Harry L. (28 Julai 1886). "Testimony of Harry L. Gilmer, Illinois vs. August Spies et al". Haymarket Affair Digital Collection. Chicago Historical Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-15. Dicapai pada 19 Januari 2008.
  6. ^ Lihat umumnya, Thompson, Malvern M. (27 Julai 1886). "Testimony of Malvern M. Thompson, Illinois vs. August Spies et al". Haymarket Affair Digital Collection. Chicago Historical Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-15. Dicapai pada 19 Januari 2008.
  7. ^ Trachtenberg, Alexander (Mac 2002) [1932]. The History of May Day. Marxists.org. Dicapai pada 19 Januari 2008.
  8. ^ Foner, "The First May Day and the Haymarket Affair", May Day, m/s. 27–39.
  9. ^ "Site of the Haymarket Tragedy". City of Chicago Department of Planning and Development, Landmarks Division. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-14. Dicapai pada 19 Januari 2008.
  10. ^ "Lists of National Historic Landmarks". National Historic Landmarks Program. National Park Service. Mac 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-09. Dicapai pada 19 Januari 2008.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]