Pergi ke kandungan

Portal:Oman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5929784 pada 14:59, 3 Ogos 2023 oleh 180.241.169.173 (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Portal Oman
بوابة سلطنة عمان

Bendera Oman
Bendera Oman
Jata negara Oman
Jata negara Oman
Peta Oman dalam Asia.

Oman ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Arab atau Jazirah Arab di bahagian tenggara, Asia bahagian barat daya. Oman bersempadan dengan Emiriah Arab Bersatu yang terletak di sebelah barat laut, Arab Saudi di barat, dan Yaman di barat daya. Ibu negaranya adalah Masqat.

Sekitar 98.8% penduduk Oman adalah beragama Islam. Oman ialah sebuah negara kesultanan mutlak, dengan Sultan Oman terkini ialah Haitham bin Tariq yang menggantikan mamandanya Qaboos bin Said al Said yang mangkat pada 10 Januari 2020. Luas wilayah Oman adalah lebih kurang separuh keluasan Pulau Sumatera, Indonesia.


Rencana pilihan

Masqat atau Maskat (Arab: مَسْقَط, rumi: Masqaṭ, bahasa Inggeris: Muscat) merupakan ibu negara sekaligus bandar terbesar Oman. Penduduknya berjumlah 67,400 orang pada tahun 2004. Jumlah penduduk Masqat mencecah 1.56 juta berdasarkan maklumat pada September 2015. Area metropolitan terbentang sekitar 3,500 km2 dan terdiri dari enam buah provinsi.

(Lebih mengenai...)

Biografi pilihan

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sayyed Qaboos bin Sa’id Al ‘Bu Sa’id (Arab: قابوس بن سعيد آل سعيد, IPA: [qaː.buːs bin sa.ʕiːd ʔaːl sa.ʕiːd], ditransliterasikan sebagai Qābūs bin Sa’īd Āl Bu Sa’īd; 18 November 1940 – 10 Januari 2020) merupakan mantan Sultan Oman sejak tahun 1970 sehingga kematian baginda pada tahun 2020. Baginda mendapat kuasa setelah menggulingkan ayahandanya sendiri, Sa’id ibn Taimur, pada tahun 1970.

Kategori

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data