Anjing Landseer
Nama lain | Landseer Anjing Newfoundland Landseer | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Kanada | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Nama lain | Landseer (jenis benua Eropah) Jenis benua Eropah | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Landseer atau hanya landseer[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari Kanada. Ia merupakan keragaman hitam dan putih bagi anjing Newfoundland yang diiktiraf sebagai baka tersendiri di Benua Eropah (Tanah Besar Eropah).
Sejarah
Anjing Landseer jenis benua Eropah diturunkan daripada anjing yang digunakan oleh para nelayan di rantau Newfoundland dan Labrador di Kanada. Anjing-anjing ini dipercayai diturunkan daripada anjing air dan anjing penjaga haiwan ternakan yang diimport dengan kapal nelayan Portugis dan Basque.[1][2] Pada Zaman Victoria, anjing Newfoundland hitam dan putih lebih popular daripada anjing dengan pewarnaan hitam legam dan menjadi subjek bagi sebilangan seniman abad ke-19 termasuk Sydenham Edwards, Philip Reinagle, Samuel Jones, dan paling terkenal Edwin Landseer, yang namanya digunakan untuk menggambarkan anjing Newfoundland hitam dan putih seawal tahun 1896.[1][2][3]
Pada abad ke-20, pewarnaan hitam legam menjadi lebih popular dan menggantikan haiwan dwiwarna, sehinggakan pada tahun 1930-an, terdapat usaha bersepadu untuk menghasilkan anjing yang terlihat dalam lukisan-lukisan Landseer semula. Usaha para pembiak baka ini menghasilkan baka anjing Landseer.[1][2] Di Great Britain dan di Amerika Utara, anjing berwarna Landseer dianggap sebagai keragaman bagi baka anjing Newfoundland. Pada tahun 1960, sebuah kelab baka terpisah untuk anjing berwarna Landseer diwujudkan di Jerman dengan menyilangkan anjing penjaga haiwan ternakan dengan anjing Newfoundland berwarna Landseer. Kelab-kelab serupa tidak lama kemudian menyusul di Belgium dan di Belanda. Walaupun American Kennel Club tidak mengiktiraf anjing Landseer jenis benua Eropah sebagai baka terpisah, sesetengah orang menganggapnya berbeza daripada anjing Newfoundland.
Genetik
Pewarnaan hitam dan putih pada anjing Landseer timbul daripada alel warna piebald resesif yang terdapat pada anjing Newfoundland; pewarnaan piebald ialah trait resesif, jadi satu perinduk tunggal dapat mempunyai anak anjing berwarna Landseer dan berwarna padu, bergantung pada genotip induk-induk.[4] Dengan perpisahan dalam pengiktirafan, perbezaan beransur-ansur dalam penampilan mula muncul antara kedua-dua bentuk: bentuk Eropah adalah lebih tinggi dengan tungkai lebih panjang dan kurang berisi dan kepalanya lebih panjang, lebih tirus – lapis bulunya dikatakan lebih keriting manakala lapis bulu anjing Newfoundland dikatakan lebih beralun.[2]
Sebuah kajian pada tahun 2015 menemukan gen khas pada anjing Landseer dengan distrofi otot, yang dipanggil COL6A1. Anjing terjejas mewakili model haiwan lebih dekat untuk distrofi otot kongenital Ullrich pada manusia berbanding dengan yang sebelumnya terhasil pada tikus.[5]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ لندسير; لندسير ; bahasa Inggeris: Landseer dog; landseer
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing Landseer. |
- ^ a b c Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 345. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
- ^ a b c d Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 669. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ Walsh, John Henry; Armatage, George (1896). The Dog: Its Varieties and Management in Health [Anjing: Keragaman dan Pengurusan Kesihatannya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Frederick Warne & Co. m/s. 57. OCLC 1370756.
- ^ Schmutz, Sheila M.; Berryere, Tom G. (30 November 2007). "Genes affecting coat colour and pattern in domestic dogs: a review" [Gen-gen yang mempengaruhi warna dan corak lapis bulu pada anjing bela jinak: semakan]. Animal Genetics (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 38 (6): 539–549. CiteSeerX 10.1.1.596.9572. doi:10.1111/j.1365-2052.2007.01664.x. ISSN 1365-2052. PMID 18052939. S2CID 28968274.
- ^ Steffen, Frank; Bilzer, Thomas; Brands, Jan; Golini, Lorenzo; Jagannathan, Vidhya; Wiedmer, Michaela; Drögemüller, Michaela; Drögemüller, Cord; Leeb, Tosso (1 Disember 2015). "A Nonsense Variant in COL6A1 in Landseer Dogs with Muscular Dystrophy" [Varian Tidak Bererti pada COL6A1 pada Anjing Landseer dengan Distrofi Otot]. G3: Genes, Genomes, Genetics (dalam bahasa Inggeris). Genetics Society of America. 5 (12): 2611–2617. doi:10.1534/g3.115.021923. ISSN 2160-1836. PMC 4683634. PMID 26438297. S2CID 17419070.