SeOfis
SeOfis ialah sebuah drama televisyen web Malaysia 2024 arahan Faizul Jais terbitan Parallax Pictures Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Siti Saleha, Nadiya Nisaa dan Nadia Aqilah. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton dari 18 Januari hingga 22 Februari 2024.
SeOfis | |
---|---|
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Faizul Jais |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Mula - De Fam |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 12 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Winston Khor |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Parallax Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | Tonton |
Tayangan ulang di | TV3 (Slot Samarinda) 24 Julai 2024 — 1 Ogos 2024 |
Siaran asal | 18 Januari 2024 | – 22 Februari 2024
Kronologi | |
Mengikuti | Nur (Ulangan) |
Diikuti oleh | Lelaki Melayu Terakhir |
Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran TV3 di bawah Slot Samarinda pada 24 Julai hingga 1 Ogos 2024 bagi menggantikan siri drama ulangan Nur (2018) dan digantikan oleh siri drama Lelaki Melayu Terakhir.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Pertembungan tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota.
Samirah atau Sam (Siti Saleha) ialah seorang pereka hiasan dalaman yang bercita-cita tinggi untuk tersenarai di dalam senarai Forbes 40 Under 40. Oleh itu, Sam sentiasa melakukan yang terbaik untuk mencapai hasrat tersebut. Muhaini atau Aini (Nadiya Nisaa) ialah seorang usahawan yang baru saja memulakan perniagaan menjual hasil kerja kayu ayahnya iaitu perabot yang dibuat sendiri. Aini memperkenalkan Yana kepada Sam. Liyana atau Yana (Nadia Aqilah) ialah seorang ejen hartanah yang berpengalaman, berwawasan dan sentiasa mengikuti trend semasa.
Permulaan yang agak sukar bagi tiga wanita yang berbeza personaliti untuk bekerja di ruang kerja yang sama. Aini cepat terpengaruh dengan personaliti Sam yang sangat lantang tetapi Yana menyimpan rasa curiga terhadap Sam.
Selain berhadapan dengan pelbagai kerenah klien, trio ini tidak melupakan cita-cita yang perlu dicapai. Sam inginkan satu pengiktirafan dan mengimpikan untuk memenangi sebuah anugerah. Aini impikan calon suami yang menyamai figura ayahnya manakala Yana mahu mencapai sasaran duit simpanan sebelum usia bersara sebelum dia meneruskan cita-cita asalnya untuk bergelar seorang penyanyi!
Apabila mereka bertiga sedar bahawa mereka mempunyai musuh yang sama iaitu Faris (Fahrin Ahmad), seorang arkitek yang sombong dan sanggup melakukan apa saja demi kejayaan sendiri. Jadi, Sam, Yana dan Aini telah bergabung untuk menjatuhkan Faris. Adakah pertemuan ini juga bakal membawakan ketegangan dalam soal cinta?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Siti Saleha sebagai Sam (Samirah)
- Nadiya Nisaa sebagai Aini (Muhaini)
- Nadia Aqilah sebagai Yana (Liyana)
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Fahrin Ahmad sebagai Faris
- Hafizul Kamal sebagai Hadi
- Hafidzuddin Fazil sebagai Encik Yusoff
- Josiah Hogan sebagai Arman
- Akmal Azwar sebagai Haikal
- Munir Kharuddin sebagai Shaihan
- Ikhwan Lein sebagai Dato Ashburn
- Syahir Shafie sebagai Norman
- Anas Ridzuan sebagai Dato Sufian
- Malia Baby sebagai Natasha
- Ariel Izz sebagai Abang Jie
- Arianna Yusof sebagai Natalia
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Mula" - De Fam
- "Dalam Keraguan" - Nadia Aqilah
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | SeOfis | Berikutnya |
Nur (Ulangan) | Lelaki Melayu Terakhir |