ATOK
ATOK | |
---|---|
Pembangun | JustSystems |
Pelancaran pertama | 1983 |
Versi terkini/stabil | ATOK for Windows (Tech Ver.31) |
Sistem pengendalian | Microsoft Windows, macOS, iOS, and Android |
Pelantar | Microsoft Windows |
Jenis | Japanese input method |
Genre | editor kaedah input |
Lesen | Trialware |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
ATOK (エイトック /ˈeitokku/ atau /ˈeɪtɔːk/) ialah sebuah sistem editor kaedah input Jepun (IME) yang dihasilkan oleh syarikat JustSystems, sebuah syarikat perisian di Jepun. Sistem Editor Kaedah Input ialah kebolehan untuk menulis perkataan di dalam bahasa Jepun menggunakan ejaan fonetik dalam mana-mana papan kekunci.
ATOK ialah IME yang mempunyai pengaruh daripada sistem KTIS ( Sistem Input Pemindahan Kana - Kanji ) yang disertakan sekali dengan perisian JS-WORD, sebuah perisian pemproses perkataan bahasa Jepun untuk komputer model PC-100 pada tahun 1983, [1] tetapi ia kini menyokong pelbagai platform termasuk macOS, Windows, Android dan iOS .
Pada suatu ketika, ATOK merupakan akronim yang bermaksud Automatic Transfer Of Kana-kanji. Sekarang, ia bermakna Advanced Technology Of Kana-kanji Transfer . Ia kadangkala diambil untuk mewakili <b id="mwJQ">A</b>wa - TOKushima, yang merupakan tapak ibu pejabat JustSystems, atau Alphabet TO Kanji. [2]
Fungsi
Terdapat beberapa fungsi yang berbeza di antara versi untuk platform yang berbeza, dan senarai berikut adalah senarai yang tidak lengkap.
- Cari kanji daripada input fonetik - kedua-duanya menggunakan papan kekunci romaji dan papan kekunci kana .
- Cari kanji mengikut radikal .
- Pad lukisan untuk pengecaman tulisan tangan.
- Pengambilan balik input fonetik - kedua-duanya kepada kunyomi dan onyomi .
- Templat teks untuk frasa standard, label alamat dan emotikon Jepun .
- Autolengkap masa nyata teks - kedua-dua Jepun dan Inggeris. (Contoh: taip "fun" dan anda serta-merta mendapat senarai perkataan yang bermula dengan "fun": function, fun, fund, funk. . . ).
- Maklumat aksara, kod JIS dan Unicode, sebutan, aksara berkaitan.
- Format tarikh Jepun.
- Palet aksara untuk input simbol khas, beraksen Latin, Rusia, dsb.
- Kekunci input dan pintasan papan kekunci yang boleh disesuaikan untuk fungsi yang berbeza.
Versi
Mulai April tahun 2019, ATOK versi terkini untuk Windows ialah versi 31.1.6; macOS, versi 31.0.3; iOS, versi 1.6.2; dan Android, versi 1.8.15. [3] Sistem ini boleh dicapai oleh pengguna dan pembangun perisian melalui langganan Pasport ATOK dan langganan tahunan yang disertakan dengan Ichitaro . [4] ATOK untuk sistem Linux, OS/2, Palm OS, Pocket PC dan Windows CE tidak lagi diselenggara. [5]
KTIS dan ATOK pada asalnya merupakan komponen perisian pemproses perkataan keluaran syarikat JustSystems: Ichitaro. Ichitaro dikeluarkan pada tahun 1985 membenarkan penggunaan ATOK 4 dalam aplikasi MS-DOS lain bagi platform PC-98 . Sistem ATOK 7 telah digabungkan dengan perisian Ichitaro 4, dan tersedia sebagai produk kendiri pada tahun 1992. [6] Semasa era DOS, sistem ATOK telah tersebar dengan perisian Ichitaro walaupun terdapat saingan dari sistem daripada pesaing seperti VJE, Matsutake, dan beberapa perisian lain. Dalam Windows 3.1, yang merupakan versi runcit yang pertama untuk produk Windows Jepun telah menggabungkan kaedah input Microsoft IME (MS-IME). MS-IME 97 mengandungi peningkatan yang ketara, dan telah digabungkan dengan kotak runcit baharu untuk sistem operasi Windows 95 dan perisian Office 97 . Dengan ini, perbezaan antara sistem ATOK dan MS-IME menjadi lebih kecil. [7]
Pada tahun 2008, syarikat JustSystems memulakan perkhidmatan langganan yang dinamakan ATOK Passport. [8] ATOK 2017 ialah versi yang terakhir yang dijual secara fizikal sebagai perisian kotak. [9] ATOK versi seterusnya menggunakan sistem langganan.
Sun Microsystems menggunakan sistem ATOK sebagai kaedah input mereka apabila dijalankan menggunakan lokal Jepun untuk sistem operasi Solaris 10 dan ke atas. Hal ini meningkatkan lagi sokongan bahasa Jepun untuk syarikat Sun Microsystem yang sudah kukuh pasarannya di Jepun. [10]
Untuk sistem terbenam (untuk kegunaan pembangun perisian), syarikat JustSystems telah membangunkan +ATOK. Sesetengah telefon mudah alih keluaran Jepun, PDA, konsol permainan video ( PSP, PS3 dan Wii ), perakam video digital, sistem navigasi automotif telah disertakan sekali dengan +ATOK.
Lihat juga
- Ichitaro - pemproses perkataan Jepun yang dihasilkan oleh JustSystems. ATOK disertakan dengan ini.
Rujukan
- ^ 国友, 正彦 (1989). "最新日本語入力FP対決 ATOK 7 VS VJE-β Ver.2.1". ASCII (dalam bahasa Japanese). 13 (9): 249–256. ISSN 0386-5428.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "日本語入力システムとは". ATOK.com. 2010-05-27. Dicapai pada 2019-04-22.
- ^ "個人向け製品の新元号への対応状況". JustSystems. 2019-04-19. Dicapai pada 2019-04-22.
- ^ 井上, 翔 (2018-12-04). "ATOK for Windowsに「漢字の絞り込み」と「地名変換」を強化した新バージョン 月額版は2019年2月1日から配信". ITmedia PC USER. Dicapai pada 2019-04-22.
- ^ "サポート製品一覧". JustSystems. 2018-08-23. Dicapai pada 2019-04-22.
- ^ "先進の日本語システム「ATOK」の進化". JustSystems. 1998-10-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 1999-02-02. Dicapai pada 2019-04-22.
- ^ Abe, Keisuke (2002-08-24). "日本語入力プログラムの歴史(MS-DOS~Windows)". Dicapai pada 2019-05-11.
- ^ 三柳, 英樹 (2011-11-08). "「ATOK Passport」提供開始、Windows/Mac/Android向けATOKが月額300円". INTERNET Watch. Dicapai pada 2019-04-22.
- ^ 劉, 尭; 若杉, 紀彦 (2017-12-05). "【速報】新ATOK、パッケージ版廃止で月額制のみに ~新バージョンは2018年2月1日提供開始". PC Watch. Impress Corporation. Dicapai pada 2019-04-21.
- ^ "ATOK for Solaris ユーザーガイド". Documentation. Sun Microsystems. 2006. Dicapai pada 2019-04-22.