Fernand Braudel
Fernand Braudel (24 Ogos 1902 – 27 November 1985) merupakan sejarahwan Perancis selepas era selepas perang dan pemimpin "Annales School". Pengajiannya menumpu kepada tiga projek besar, setiap satu mewakili beberapa dekad kajian teliti: "The Mediterranean" (1923–49, kemudian 1949–66), "Civilization and Capitalism" (1955–79), dan yang tidak siap "Identity of France" (1970–85). Reputasinya sebahagiannya datangnya dari penulisannya, tetapi lebih penting lagi daripada kejayaannya menjadikan Bidang Annales ("Annales School") enjin penyelidikan sejarah penting di Perancis dan kebanyakan bahagian dunia selepas 1950. Sebagai pemimpin berpengaruh dalam pesejarahan bidang Annales ("Annales School") pada 1950-an dan 1960-an, dia memiliki pengaruh besar dalam penulisan sejarah di Perancis dan negara-negara lain.
Braudel dianggap sebagai salah seorang di antara sejarawan moden yang teragung yang menekankan peranan faktor sosial ekonomi besar-besaran dalam membentuk dan mengisahkan sejarah [1] Dia juga boleh di anggap sebagai awalan kepada pendekatan sistem Dunia.
Kehidupan
Braudel dilahirkan di Luméville-en-Ornois (pada 1973, bergabung sebagai sebahagian Gondrecourt-le-Château), dalam Jabatan ("département") Meuse, Perancis, di mana dia pernah tinggal bersama nenek sebelah ibu untuk tempoh yang panjang. Bapanya, yang merupakan ahli methmatik alam ("natural mathematician"), membantunya dalam pendidikannya. Braudel turut belajar Latin dan sedikit Greek. Dia gemar sejarah dan menulis puisi. Braudel mahu menjadi doktor, tetapi bapanya menentang idea itu. Ketika berusia 20 tahun, dia menjadi agrégé dalam sejarah. Ketika mengajar di sekolah menengah di Algeria, 1923–32, dia menjadi tertarik dengan Laut Mediterranean dan semua yang berkaitan dengannya. Dari 1932 hingga 1935 dia mengajar di Paris lycées di Pasteur, Condorcet, dan Henry IV. Dia bertemu dengan Lucien Febvre, pengasas bersama journal Annales yang berpengaruh, yang banyak mempengaruhi kerjanya.
Menjelang 1900, Perancis mengukuhkan pengeruh budaya mereka di Brazil melalui penubuhan Akademi Seni Halus Brazil. Bagaimanapun, São Paulo masih ketiadaan universiti, dan pada 1934 francophile Julio de Mesquita Filho menjemput anthropologist Claude Lévi-Strauss dan Braudel untuk membantu menubuhkan satu universiti. Hasilnya adalah pembentukan universiti São Paulo yang baru. Braudel kemudian menyatakan bahawa tempoh di Brazil merupakan tempoh terbaik dalam hayatnya."[2]
Braudel kembali ke Paris pada 1937. Dia telahpun memulakan penyelidikan arkhival semasa ijazah kedoktorannnya berkenaan Mediterranean apabila dia terpengaruh dengan Annales School sekitar 1938. Juga dalam tempoh ini dia memasuki École Pratique des Hautes Études sebagai pengajar dalam sejarah. Dia bekerja dengan Lucien Febvre, yang kemudian membaca versi awal karya agung magnum opus Braudel dan memberikannya nasihat penyuntingan.
Ketika pecah perang pada 1939, dia dipanggil dan kemudiannya ditahan pada 1940 oleh Jerman. Semasa sebagai tahanan perang dalam kem berhampiran Lübeck di Jerman, Braudel melakar karya agungnya La Méditerranée et le Monde Méditerranéen a l'époque de Philippe II (Mediterranean dan dunai Mediterranean pada Tempoh Philip II), tanpa merujuk kepada buku atau notanya sebaliknya bergantung kepada ingatannya yang luas.
Braudel menjadi pemimpin generasi kedua bagi sejarahwan Annales selepas 1945. Pada tahun 1947, bersama Febvre dan Charles Morazé, Braudel mendapat pembiayaan daripada Yayasan Rockefeller di New York mengasaskan Bahagian Sixième yang terkenal bagi "Ekonomi dan Sains sosial" di Ecole pratique des Hautes Etudes. [3] Pada tahun 1962 dia dan Gaston Berger menggunakan geran dana Ford Foundation dan kerajaan untuk membentuk Yayasan bebas baru, Yayasan Maison des Sciences de l'Homme (FMSH), yang dipimpin oleh Braudel dari 1970 sehingga kematiannya. Ia terletak di bangunan yang digelar "Maison des Sciences de l'Homme". FMSH menumpu aktivitinya pada rangkaian antarabangsa untuk menyebarkan pendekatan Annales ke Eropah dan dunia. Selepas satu bentuk "rampasan kuasa istana" pada tahun 1968 dia perlu berkongsi kuasa, dan pada 1972 dia menyerah semua tanggung jawab penyuntingan jurnal, sungguhpun namanya kekal pada kepala surat.
Pada 1962, dia menulis A History of Civilizations sebagai asas kursus sejarah, tetapi penolakkannya pada penceritaan tradisi berasaskan peristiwa terlalu radikal bagi kementerian pendidikan Perancis, yang seterusnya menolaknya [4]
Satu ciri karya Braudel adalah perihatin beliau kepada penderitaan orang terpinggir.[5] Dia menyatakan yang jelas: bahawa kebanyakan sumber sejarah datangnya dari golongan kaya (atau sekurangnya berpelajaran) — mereka yang samaada kaya atau bercita-cita. Dia memberi penekanan kepentingan kehidupan sementara hamba, petani, suruhan, dan orang miskin bandar, menunjukkan sumbangan mereka kepada kekayaan dan kuasa pemilik dan seterusnya kepada masyarakat. Malah, kelihatannya dia memikirkan bahawa golongan ini membentuk bahan sebenar kepada ketamadunan. Kerjanya sering kali digambarkan dengan gambaran semasa kehidupan seharian, jarang dengan gambar bangsawan atau raja.
Pada 1949 Braudel dilantik ke Collège de France selepas persaraan Febvre. Dia sendiri bersara pada 1968. Pada 1983, dia dilantik ke Académie française.
La Méditerranée
Kapitalism
Braudel mendakwa bahawa terdapat kitaran jangka panjang dalam ekonomi Kapitalis yang dikembangkan di Eropah pada abad ke-12, terutama di bandar, dan kemudiannya negara-bandar, menurut setiap satu dalam turutan sebagai pusat kitaran ini: Venice dan Genoa pada abad ke-13 sehingga ke-15 (1250–1510), Antwerp pada abad ke-16 (1500–1569), Amsterdam pada abad ke-16 sehingga ke-18 (1570–1733), dan London (dan England) pada abad ke-18 dan ke-19 (1733–1896). Dia menggunakan perkataan "struktur" bagi mewakili pelbagai tingkah-laku, atitude, dan kebiasaan tersusun, dan juga struktur sebenar dan struktur asas. Dia menyatakan bahawa struktur yang dibina di Eropah semasa Zaman Pertengahan menyumbang kepada kejayaan budaya berasaskan Eropah masa kini. Dia menyumbang kebanyakannya kepada kebebasan bandar-negara yang telah lama, yang, sungguhpun dikuasai oleh negara geografi lebih besar, tidak dipendam sepenuhnya-kemungkinan disebabkan oleh kegunaan.
Braudel menegaskan bahawa para kapitalis biasanya monopoli dan bukan, sebagimana biasa dianggap, entrepreneur beroperasi dalam pasaran bersaing. Dia menyatakan bahawa para kapitalis tidak mengkhusus dan tidak menggunakan pasaran bebas. Dia dengan itu berpisah dari kedua-dua (pemahaman Adam Smith) dan Marxian liberal. Pada pandangan Braudel, di bawah keadaan kapitalis bertindak sebagai penjamin monopoli dan bukannya sebagai pelindung persaingan sebagaimana yang ditonjolkan.[6]
Sejarah
Menurut Braudel, sebelum pendekatan penulisan Annales sejarah ditumpukan pada courte durée (tempoh pendek), atau pada histoire événementielle (peristiwa bersejarah). Sejarah politik dan diplomatik merupakan contoh utama bagi histoire événementielle, yang dikritiknya sebagai terlalu terhad.
Pengikutnya mengagumi penggunaan pendekatan longue Duréenya bagi memberi penekanan kepada kesan ruang, iklim, dan teknologi keatas tindak tanduk manusia di masa lalu[7] Sejarawan Annales Annales, selepas melalui dua perang dunia dan perubahan politik besar-besaran di Perancis, amat tidak selesa dengan pendapat bahawa perpecahan berganda dan terputus-putus mencipta sejarah. Mereka lebih gemarkan stres inersia stress inertia dan tempoh panjang longue durée, menyatakan bahawa penerusan pada struktur dalam masyarakat merupakan teras kepada sejarah.
Pergolakan dalam institusi atau struktur utama kehidupan masyarakat adalah tidak penting, kerana sejarah menurut mereka, terletak melampaui capaian pelakon sedar, terutamanya kemahuan para revolusi. Mereka menolak pendapat Marxist bahawa sejarah patut digunakan sebagai satu bagi menanam dan membentuk revolusi.[8] Penyokong materialistik sejarah, Braudel menolak materialistik Marxist, menekankan kepentingan bersama bagi infrastruktur dan superstruktur, kedua-duanya mencerminkan realiti masyarakat, ekonomi, dan budaya. Struktur Braudel, pemikiran dan sekeliling, menentukan hala peristiwa jangka panjang dengan tindakan menghad pada, dan oleh, manusia untuk tempoh yang cukup panjang sehinggakan mereka melampaui kesedaran watak-watak yang terbabit.
Karya
- La Méditerranée et le Monde Méditerranéen a l'époque de Philippe II 3 vols. (Pada asalnya diterbitkan pada 1949; disunting beberapa kali)
- * La part du milieu (vol. 1) ISBN 2-253-06168-9
- * Destins collectifs et mouvements d'ensemble (vol. 2) ISBN 2-253-06169-7
- * Les événements, la politique et les hommes (vol. 3) ISBN 2-253-06170-0
- Ecrits sur l'Histoire (1969) ISBN 2-08-081023-5
- Civilisation matérielle, économie et capitalisme, XVe-XVIIIe siècle
- * Les structures du quotidien (vol. 1, 1967) ISBN 2-253-06455-6
- * Les jeux de l'échange (vol. 2, 1979) ISBN 2-253-06456-4
- * Le temps du monde (vol. 3, 1979) ISBN 2-253-06457-2
- Civilization and Capitalism, 15th–18th Centuries, 3 vols. (1979) Terjemahan Inggeris oleh Siân Reynolds
- * The Structures of Everyday Life (vol.1) ISBN 0-06-014845-2
- * The Wheels of Commerce (vol. 2) ISBN 0-06-015091-2
- * The Perspective of the World (vol. 3) ISBN 0-06-015317-2
- On History (1980), English translation of Ecrits sur l'Histoire by Siân Reynolds
- La Dynamique du Capitalisme (1985) ISBN 2-08-081192-4
- L'Identité de la France (1986)
- The Identity of France (1988-1990)
- * History and Environment (vol. 1) ISBN 0-06-016021-7
- * People and Production (vol. 2) ISBN 0-06-016212-0
- Ecrits sur l'Histoire II (1990) ISBN 2-08-081304-8
- Out of Italy, 1450–1650 (1991)
- A History of Civilizations (1995)
- Les mémoires de la Méditerranée (1998)
- The Mediterranean in the Ancient World (UK) and Memories of the Mediterranean (USA): (2001) Terjemahan Inggeris bagi Les mémoires de la Méditerranée by Siân Reynolds
- Personal Testimony Journal of Modern History, vol. 44, no. 4. (Disember 1972)
Rujukan
- Aurell, Jaume. "Autobiographical Texts as Historiographical Sources: Rereading Fernand Braudel and Annie Kriegel." Biography 2006 29(3): 425–445. Issn: 0162-4962 Fulltext: Project Muse
- Burke, Peter. The French Historical Revolution: The Annales School 1929–89, (1990), excerpt and text search
- Carrard, Philippe. "Figuring France: The Numbers and Tropes of Fernand Braudel," Diacritics, Vol. 18, No. 3 (Autumn, 1988), pp. 2–19 in JSTOR
- Carrard, Philippe. Poetics of the New History: French Historical Discourse from Braudel to Chartier, (1992)
- Pierre Daix, Braudel, (Paris: Flammarion, 1995)
- Dosse, Francois. New History in France: The Triumph of the Annales, (1994, first French edition, 1987) excerpt and text search
- Giuliana Gemelli, Fernand Braudel (Paris: Odile Jacob, 1995)
- Harris, Olivia. "Braudel: Historical Time and the Horror of Discontinuity." History Workshop Journal 2004 (57): 161–174. Issn: 1363-3554 Fulltext: OUP
- Hexter, J. H. "Fernand Braudel and the Monde Braudellien," Journal of Modern History, 1972, vol. 44, pp. 480–539 in JSTOR
- Hufton, Olwen. "Fernand Braudel", Past and Present, No. 112. (Aug., 1986), pp. 208–213. in JSTOR
- Hunt, Lynn. "French History in the Last Twenty Years: the Rise and Fall of the Annales Paradigm." Journal of Contemporary History 1986 21(2): 209–224. Issn: 0022-0094 Fulltext: in Jstor
- Kaplan, Steven Laurence. "Long-Run Lamentations: Braudel on France," The Journal of Modern History, Vol. 63, No. 2, A Special Issue on Modern France. (Jun., 1991), pp. 341–353. in JSTOR
- Kinser, Samuel. "Annaliste Paradigm? The Geo-historical Structuralism of Fernand Braudel." American Historical Review 1981 86(1): 63–105. Issn: 0002-8762 Fulltext: in Jstor
- Lai, Cheng-chung. "Braudel's Concepts and Methodology Reconsidered." European Legacy 2000 5(1): 65–86. Issn: 1084-8770 Fulltext: PDF document
- Lai, Cheng-chung. Braudel's Historiography Reconsidered, Maryland: University Press of America, 2004. Book PDF file
- Moon, David. "Fernand Braudel and the Annales School" online edition
- Santamaria, Ulysses, and Bailey, Anne M. "A Note on Braudel's Structure as Duration." History and Theory 1984 23(1): 78–83. Issn: 0018-2656 Fulltext: in Jstor
- Stoianovich, Traian. French Historical Method: The Annales Paradigm, (1976)
- Wallerstein, Immanuel. "Time and Duration: The Unexcluded Middle" (1997) online version Diarkibkan 2000-09-30 di archive.today
Nota
- ^ i.e. Fernand Braudel, "The Mediterranean and the Mediterranean World in the Age of Philip II" (Berkeley: University of California Press, 1996)
- ^ Thomas E. Skidmore, "Levi-Strauss, Braudel and Brazil: a Case of Mutual Influence." Bulletin of Latin American Research 2003 22(3): 340–349. Issn: 0261-3050 Fulltext: Ebsco
- ^ Dia menerima tambahan $1 juta daripada Ford Foundation pada tahun 1960. Francis X. Sutton, "The Ford Foundation's Transatlantic Role and Purposes, 1951–81." Review (Fernand Braudel Center) 2001 24(1): 77–104. Issn: 0147-9032
- ^ Richard Mayne, "Translator's Introduction" in Fernand Braudel, "A History of Civilization," (New York: Penguin Books, 1993), pp. xxvi–xxvii.
- ^ Fernand Braudel, A History of Civilizations, translated by Richard Mayne (New York: Penguin Books, 1993).
- ^ Wallerstein, Immanuel (1991), "Braudel on Capitalism, or Everything Upside Down", Journal of Modern History, The University of Chicago Press, 63 (2): 354–361, ISSN 0022-2801.
- ^ See Wallerstein, "Time and Duration" (1997)
- ^ Olivia Harris, "Braudel: Historical Time and the Horror of Discontinuity." History Workshop Journal (2004) (57): 161–174. Issn: 1363-3554 Fulltext: OUP
Pautan luar
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Fernand Braudel |
- Braudel, Colonialism and the Rise of the West
- Fernand Braudel:Mediterranean studies:Annales school
- Fernand Braudel Center
- Instituto Fernand Braudel de Economia Mundial
- Fernand Braudel and the Annales School by Dr David Moon Diarkibkan 2005-05-25 di Wayback Machine
- Annales School, Fernand Braudel bio Diarkibkan 2007-09-09 di Wayback Machine
- Fernand Braudel di laman Find A Grave