Kereta kabel Singapura
Kereta kabel Singapura menghubungkan Bukit Faber di pulau besar ke Pulau Sentosa, di selatan Singapura. Ia mula beroperasi pada 15 Februari 1974. Ia melintasi Pelabuhan Keppel dan pernah berlaku kemalangan pada 1983. Reka bentuk kereta kabel ini menyamai kereta kabel Awashima Kaijō di Jepun yang dibina pada 1964. Tiket menaikinya SGD 18.90.
Kereta kabel ini dikendalikan oleh Singapore Cable Car, Perbadanan Pembangunan Sentosa dan Lembaga Pelabuhan Singapura.
Sejarah
Kereta kabel ini mula dirancang pada 1968, 3 tahun selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia (1965). Pada 15 Februari 1974 dibuka secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura Dr Goh Keng Swee. Mulanya ada 43 kabin / gondola , kemudian ditambah kepada 51 kabin pada 1976. Filem Hawaii Five-O 1980 mengunakannya sebagai lokasi penggambaran.
Pada 1988, diadakan sambutan 10 juta pengguna kereta kabel . Ia juga sempena Rertandingan Ratu Cantik pada 1989 dan Sukan Asia Tenggara 1990.
Ciri-ciri
Kereta kabel ini menggunakan sistem dua kabel , gondola 4 orang dan mempunyai 3 stesen. Stesen itu ialah Stesen Jewel Box di Mount Faber (300 meter panjang). Stesen HarbourFront di HarbourFront (400 m panjang) dan Stesen Sentosa di Pulau Sentosa (450 m panjang).
Ketinggian 90 m dari aras laut di Stesen Mount Faber. Setiap kabin / gondola boleh membawa 6 orang dewasa. Lajunya 4 meter sesaat. Ia mengambil masa 4 minit dari Mount Faber ke pulau Sentosa termasuk singgah di Jardine Step. Syarkat pengendali ialah Mount Faber Laisure Group.
Kemalangan
Pada 29 Januari 1983 jam 6.00 petang , 7 orang mati selepas 2 kabin jatuh ke dalam laut bersebelahan Pelabuhan Keppel. Kabin atau gondola itu dilanggar oleh kapal gerudi minyak Eniwetok yang berdaftar di Panama. Menara gerudi itu tingginya 55 meter dan menghayun salah satu kabel . Seramai 15 orang terperangkap dalam kabin yang tergantung, terbuai-buai selama 4 jam sebelum diselamatkan . Mangsa mati lemas kerana terperangkap dalam kabin yang tenggelam di dalam laut. Kemalangan ini adalah yang pertama semenjak dibuka pada 1974. Pada 1977 kemalangan kecil pernah berlaku.
Kerja mencari dan menyelamat dilakukan oleh Tentera Laut Singapura terhadap dua kabin yag jatuh dari ketinggian 55 meter berhampiran dermaga Pelabuhan Keppel. Antara penyelamat ketika itu ialah Kolonel Lee Hsien Loong yang kini menjadi Perdana Menteri Singapura.
Sistem kabin ditukar pada 1994 dengan kos 11 juta dengan tambahan 88 kabin baru. Setiap jam 1400 penumpang boleh menggunakannya. Sebelumnya hanya 700 penumpang sahaja. Pada 1997 seramai 25 juta telah menggunakannya.