Masakan Vietnam
Masakan Vietnam (Jawi: ماسقن ۏيتنام ) adalah suatu gaya masakan yang berasal dari negara Vietnam dengan sos ikan, kicap, nasi, herba segar, buah-buahan dan sayur-sayuran semuanya digunakan secara umum. Resipi Vietnam menggunakan beraneka jenis herba, termasuk serai, pudina, daun laksa, daun jeruju gunung dan selasih Thai. Masakan Vietnam tradisional dikagumi secara besar dengan kesegaran ramuan dan untuk gaya makanan sihat.
Daging yang paling umum digunakan dalam masakan Vietnam adalah daging babi, daging ayam, ikan, dan pelbagai jenis makanan laut. Orang Vietnam mempunyai tradisi vegetarian kuat dipengaruhi oleh nilai-nilai agama Buddha.
Variasi serantau
Masakan Vietnam dapat semudahnya dibahagikan ke dalam tiga kategori, setiapnya berkaitan dengan sebuah rantau geografi yang bebeza. Dengan Vietnam Utara menjadi tempat lahirnya tamadun Vietnam, banyak dari hidangna yang terkenal Vietnam seperti phở dan bánh cuốn dapat mengesan sasl-usul mereka di Utara. Masakan Utara adalah lebih tradisional dan kurang pelbagai dalam memilih rempah dan ramuan.
Masakan Vietnam Selatan telah mengikut sejarah dipengaruhi oleh kemasukan ramai para pendatang China selatan, penjajah Perancis dan warga negara lain. Orang Vietnam selatan lebih suka perisa manis dalam banyak hidangan. Sebagai sebuah rantau mungkin lebih kepelbagaian dari segi pengaruh luar, masakan Selatan menggunakan kepelbagaian lebih luas herba.
Masakan Vietnam Tengah adalah agak berbeza dari masakan rantau Utara dan Selatan dalam kegunaan banyak hidangan tepi kecil. Untuk sementara negara ini diperintah dari Hue di Vietnam Tengah, jadi kebanyakan hidangan telah dibuatkan kecil dan didedikasikan pada raja-raja. Dibandingkan dengan rakannya, masakannya adalah lebih pedas.
Makanan lazim keluarga Vietnam
Makanan lazim bagi keluarga Vietnam rata-ratanya termasuk:
- Semangkuk nasi setiap orang
- Daging, ikan atau makanan laut (panggang, rebus, kukus, stew atau goreng dengan sayur-sayuran)
- Sayur-sayuran digoreng kilas, mentah, jeruk atau dikukus
- Canh (sup cair dengan sayur-sayuran dan sering bersama daging atau makanan laut) atau sup lain gaya-Vietnam
- Sos ikan dan/atau kicap untuk mencelup, yang bawang putih, cili, halia atau jus limau kadang kala ditambah mengikut citarasa.
Semua hidangan selain daripada mangkuk nasi setiap orang adalah untuk dikongsi bersama.
Populariti
Di luar negara asalnya, masakan Vietnam banyak terdapat di negara-negara dengan masyarakat pendatang Vietnam yang ramai, seperti Australia, Amerika Syarikat, Kanada, dan Perancis. Masakannya juga popular di Jepun, Korea, Republik Czech, Jerman, Poland, dan Rusia, dan di kawasan yang padat penduduk Asia.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini masakan Vietnam telah menjadi popular di negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Laos, dan Thailand.
Hidangan yang telah menjadi cap dagang masakan Vietnam termasuk phở, gỏi cuốn (popia), bún, dan bánh mì (roti gulung).
Lihat juga
- Senarai hidangan Vietnam
- Wain Vietnam
- Wain beras Rượu đế
Rujukan
Rencana ini adalah sebahagian siri Masakan |
Teknik penyediaan dan perkakas masak |
---|
Perkakas dapur - Teknik Timbang dan ukur |
Ramuan dan jenis makanan |
Makanan |
Makanan wilayah |
Afrika - Asia - Asia Selatan Amerika Latin - Amerika Utara Caribbean - Eropah Tengah Timur Makanan-makanan lain... |
Lihat juga: |
Dapur - Hidangan Tukang masak terkenal Wikibuku: Buku masakan |
Nota kaki
Bacaan lanjut
- Nguyen, Andrea Quynhgiao; Cost, Bruce (FRW); Beisch, Leigh. (2006) Into the Vietnamese kitchen: treasured foodways, modern flavors. Ten Speed Press, ISBN 1-58008-665-9
- Le, Ann; Fay, Julie. (2006) The Little Saigon Cookbook: Vietnamese Cuisine and Culture in Southern California's Little Saigon, Globe Pequot, ISBN 0-7627-3831-6
- Thị Chơi Triệu, Marcel Isaak, (1998) The Food of Vietnam: Authentic Recipes from the Heart of Indochina, Tuttle Publishing, ISBN 962-593-394-8
- McDermott, Nancie; Alpert, Caren (2005) Quick & Easy Vietnamese: 75 Everyday Recipes Chronicle Books, ISBN 0-8118-4434-X
- Chi Nguyen; Judy Monroe, (2002) Cooking the Vietnamese way: revised and expanded to include new low-fat and vegetarian recipes Twenty-First Century Books, ISBN 0-8225-4125-4
- Pauline Nguyen; Luke Nguyen; Mark Jensen (2007), Secrets of the Red Lantern: Stories and Vietnamese Recipes from the Heart Murdoch Books, ISBN 1-74045-904-0
- Trieu Thi Choi, Thị Chơi Triệu, Marcel Isaak, Heinz Von Holzen (2005), Authentic Recipes from Vietnam Tuttle Publishing, ISBN 0-7946-0327-0
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masakan Vietnam |
- Culinary Matters in Vietnam
- Vietnamese recipes collection (Vietnamese)
- Vietnamese Food Diarkibkan 2018-12-03 di Wayback Machine (English)
- Vietnamese Food and Travel Information (English)