Mohd Shafie Ngah
Mohd Shafie Ngah | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Sungai Ramal | |
Menyandang jawatan Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Mazwan Johar |
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 24 November 2014 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Digantikan oleh | Mohd Khairuddin Othman |
Kawasan pilihan raya | Bangi |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Bangi | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Shafie Abu Bakar (PAS) |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sekinchan, Selangor | 21 Ogos 1966
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Anak | 5 (4 lelaki 1 perempuan) |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Laman web | Shafie Ngah |
Mohd Shafie Ngah (lahir 21 Ogos 1966) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor. Di Peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.
Sebelum terlibat secara langsung dalam politik, beliau merupakan seorang pensyarah di beberapa IPT tempatan serta Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & Peguam Cara Syariah) sejak dari Januari 2011.
Kerjaya
Pengalaman Bekerja
Pensyarah UiTM Shah Alam (1990 - 1992)
- Selama 2 tahun bertanggungjawab memberi kuliah dan tutorial bagi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajran ke luar negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom di Pusat Pengajian Persediaan UiTM dalam subjek Akidah, Syariah, Akhlak dan Fiqh Kekeluargaan Islam.
Pensyarah sambilan Universiti Malaya (1992 - 1994)
- Selama 2 tahun bertanggungjawab memberi kuliah dan tutorial bagi pelajar-pelajar Sarjana Syariah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dalam subjek Muamalah, Perniagaan dan Pemikiran Politik Islam.
Peguam Syarie (1995 - 2013)
- Selama 19 tahun berpengalaman mengendalikan urusan Undang-undang Islam, Undang-undang Prosedur dan Undang-undang Pentadbiran di Mahkamah Syariah, urusan kaunseling rumah tangga, penyelesaian pembahagian harta dan lain-lain kes di Mahkamah-mahkamah Syariah di Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu.
Pengalaman Rundingcara
- Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & PeguamCara Syariah) (Januari 2011 - 2013)
- Partner kepada Tetuan A.B.,Sidek & Co (Peguambela & Peguamcara) sebagai Ketua Jabatan Syariah Petaling Jaya (1995 - 2010)
- Consultant untuk Mohd Jamal Awang Agency (MAA Insurance & Takaful) Kuala Lumpur (2006 - 2013)
- Penasihat Syariah untuk Perniagaan Tajeri (Trading & Construction) Kuala Lumpur (2007 - 2008)
- Consultant untuk As-Syafiey Runding (Perunding Wasiat), Kuala Lumpur (2007 - 2008)
Aktiviti Kemasyarakatan
- Ahli Persatuan Peguam Syarie Malaysia (1999 - sekarang)
- Ahli Jawatankuasa Protem, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (1999)
- Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, Jalan 2, Bandar Baru Bangi (2000 - 2005)
- Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (2005 - 2013)
- Pengerusi, Persatuan Penduduk Jalan 7/3 Bandar Baru Bangi (2005 - 2013)
- Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang (2008 - 2013)
Politik
Beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding buat kali pertama pada pilihan raya umum Ke-13 di Kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor N26 Bangi.
YB Ustaz Hj. Mohd Shafie telah berjaya menewaskan calon dari Parti UMNO, Barisan Nasional, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria iaitu rakan sekelasnya di Universiti Malaya dahulu [1] yang juga seorang Peguam Syarie dengan majoriti 11,838 undi.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N26 Bangi | Mohd Shafie Ngah | PAS | 29,200 | Zaidi Zakaria | BN (UMNO) | 17,362 | 11,838 |
2018 | P102 Bangi | Mohd Shafie Ngah | PAS | 33,789 | Ong Kian Ming | PH (DAP) | 102,557 | 68,768 |
Liew Yuen Keong | BN (MCA) | 19,766 | ||||||
Dennis Wan Jinn Woei | PRM | 215 | ||||||
2023 | N26 Sungai Ramal | Mohd Shafie Ngah | PN (PAS) | Mazwan Johar | PH (Amanah) |
Rujukan
- ^ Kami tetap kawan, Harian Metro Dicapai pada 20 April, 2013
Pautan Luar
Facebook:
Laman web:
- ShafieNgah.com Diarkibkan 2013-05-27 di Wayback Machine
Berita: