Pergi ke kandungan

Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Yang Berhormat
Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanHuang Tiong Sii
Didahului oleh
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Setiawangsa
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehAhmad Fauzi Zahari
Ketua Pemuda
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
22 Ogos 2014 – 15 November 2018
Didahului olehShamsul Iskandar Md Akin
Digantikan olehAkmal Nasrullah Mohd Nasir
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pendidikan, Pembangunan Modal Insan,
Sains, Teknologi dan Inovasi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
26 September 2014 – 9 Mei 2018
Menteri BesarMohamed Azmin Ali
Digantikan olehShaharuddin Badaruddin
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Seri Setia
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 Mei 2018
Didahului olehSeripah Noli Syed Hussin
Digantikan olehShaharuddin Badaruddin
Majoriti4,663 (2013)
Timbalan Speaker
Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
21 Jun 2013 – 26 September 2014
Didahului olehHaniza Mohamed Talha
Digantikan olehMohd Shafie Ngah
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor
Dalam jawatan
26 Mac 2008 – 22 Jun 2010
Menteri BesarAbdul Khalid Ibrahim
Didahului olehKarim Mansur
Digantikan olehFaekah Hussin
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
16 Ogos 2010 – 11 September 2013
Didahului olehJonson Chong
Digantikan olehFahmi Fadzil
Maklumat peribadi
Lahir (1982-01-12) 12 Januari 1982 (umur 42)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik PH-PKR
PasanganDr. Imaan Abdul Rahim (k. 2005; c. 2019)[1]
Noor Farah Rahim (k. 2021)[2]
AnakNik Ilhan
Tempat belajarKing's College London
PekerjaanAhli politik
Laman webwww.niknazmi.com

YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (lahir 12 Januari 1982) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia dan Ahli Parlimen Setiawangsa. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Pendidikan

Beliau bersekolah di SRK La Salle Petaling Jaya dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Seterusnya belajar di King’s College, University of London dalam jurusan undang-undang.

Di sekolah aktif sebagai pembahas Bahasa Melayu, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar 1997-1999. Beliau sebahagian daripada pasukan pembahas yang memenangi Piala Dato' Shukor Abdullah dan Piala Perdana Menteri. Pernah menjadi wakil ke Nadwah Kepimpinan Islam, Labu, Negeri Sembilan 1998 . Seterusnya menjadi Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, 2001.

Semasa di luar negara , beliau menjadi Naib Pengerusi. Majlis Tertinggi Pelajar-Pelajar Malaysia United Kingdom (UKEC), London, 2003 . Seterusnya Presiden Persatuan Alumni Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin 2003 . Pernah menjadi AJK Politik Mahasiswa, Federation of Students’ Islamic Societies United Kingdom (FOSIS), London, 2003-2005 dan Perwakilan King’s College London, National Union of Students, London 2005.[3]

Kerjaya

Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kuala Lumpur menerima beliau bekerja di sana sebagai Eksekutif Perundangan dari Ogos 2005-Jun 2006. Kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima resume beliau untuk menjadi Setiausaha Sulit dari Jun 2006 hingga Mac 2008. [4] Beliau menjadi penulis diari merah Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Azmin Ali.[perlu rujukan]

Pengalaman politik dan sosial

Beliau merupakan blogger / penggiat internet yang cukup menarik dalam media Malaysia. Artikel beliau memberi kelainan tersendiri dan dihargai ramai . Webzine / blog beliau ialah di Suaraanum.com Diarkibkan 2013-04-09 di Wayback Machine.

Beliau merupakan Pengarah Eksekutif, Open Dialogue Centre, Kuala Lumpur.

Beliau menjadi pengasas dan koordinator, Pusat Tuisyen UPSR Sukarela Desa Mentari, Kelana Jaya, 2007. Pernah menjadi penyumbang dan pengulas di pelbagai media seperti BBC World Service, Channel News Asia, The Edge & The Sun.

Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan, Bahagian Kelana Jaya, 2006 hingga kini. Beliau merupakan salah seorang daripada AJK Angkatan Muda KeADILan Pusat, Exco & Timbalan Ketua Biro Penggemblengan Belia, Wanita & NGO, 2007-kini.[5]

Nik Nazmi dilantik Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor pada Mac 2008 dan meletak jawatan pada Jun 2010. Beliau dilantik sebagai Pengarah Komunikasi KeADILan pada Ogos 2010 sehingga September 2013, dan kemudiannya digantikan oleh Nurul Izzah Anwar .[6]

Ketua Pemuda PKR

Pada 22 Ogos 2014, Nik Nazmi menang kerusi Ketua Pemuda PKR . Namun 14 daripada 16 ahli exconya bertindak meninggalkan dewan sebaik dia memulakan ucapan sulungnya . Beliau berjaya menewaskan Amirudin Shari dan Mohd Nazree Mohd Yunus dengan undi tipis dalam pengiraan semula undi di kawasan Pensiangan, Sabah. Nik Nazmi mendapat 509 undi sementara Amirudin (Adun Batu Caves) memperolehi 4,259 undi. Nazree, naib ketua Pemuda PKR sebelum ini, hanya hanya meraih 2,213 undi. Kes hampir sama apabila Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai ketua selepas ketua waktu itu Mohamad Ezam Mohd Nor meninggalkan parti. Pemilihan PKR 2014 menyaksikan insiden pergaduhan dan beberapa ahli cedera.[7][8]

Isu

Bebas anjur perhimpunan haram

Pada 6 Mei 2014, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepaskan bekas Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan haram Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada 17 Mei 2013.Hakim Yasmin Abdul Razak menerima permohonan peguam, N. Surendran atas alasan Mahkamah Rayuan telah melepas dan membebaskannya daripada dakwaan sama. [9]

Pada 25 April 2014, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Nik Nazmi didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberikan notis (10 hari lebih awal), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.[10]

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof , Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer sebulat suara melepas dan membebaskan Nik Nazmi (32 tahun) di samping mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ia bercanggah dengan Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 302 Kanun Tatacara Jenayah.[11]

Projek Mentari

Projek Mentari adalah hasil idea Nik Nazmi Nik Ahmad. Ia sepatutnya untuk menggalakkan aktiviti pembelajaran alternatif bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang tinggal di kawasan perumahan kos rendah di Desa Mentari, Petaling Jaya. Desa Mentari dipilih sebagai lokasi penanda aras kerana terdapat kanak-kanak terpaksa berdepan masalah sosial yang melampau, kekangan kewangan kepada isu-isu keselamatan asas dan juga masalah keluarga yang serius. Projek Mentari aktif dan dana program meningkat.[12][13]

Rujukan

  1. ^ Nik Nazmi sah bercerai
  2. ^ Nik Nazmi selamat bernikah gadis pilihan
  3. ^ "Islam Today, Youth & New Media, University of California at Berkeley" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-16.
  4. ^ Eksklusif: Nik Nazmi, Waris Diari Merah
  5. ^ "Biodata YB Nik Nazmi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-28. Dicapai pada 2008-03-22.
  6. ^ Setpol Nurul Izzah Pengarah Komunikasi PKR baru
  7. ^ Exco tinggalkan dewan semasa Ketua Pemuda PKR baru berucap
  8. ^ "Exco tinggalkan dewan semasa Ketua Pemuda PKR baru berucap - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/exco-tinggalkan-dewan-semasa-ketua-pemuda-pkr-baru-berucap#sthash.q9PHcSe1.dpuf". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-24. Dicapai pada 2014-08-22. External link in |title= (bantuan)
  9. ^ Hakim benarkan permohonan peguam Nik Nazmi
  10. ^ Nik Nazmi dibebas daripada tuduhan anjur perhimpunan di Kelana Jaya
  11. ^ Nik Nazmi lepas tanpa bebas
  12. ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=central&file=/2010/4/15/central/6036501
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-30. Dicapai pada 2013-02-26.

Pautan luar