Suki Low Sook Yee
Suki Low 劉淑怡 | |
---|---|
Nama lahir | Low Sook Yee |
Juga dikenali sebagai | Suki |
Kelahiran | 26 Disember 1990 |
Berasal dari | Seremban, Malaysia |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2006–2014, 2021–kini |
Laman sesawang |
Low Sook Yee (Cina Tradisional: 劉淑怡 , Cina Ringkas: 刘淑怡 , pinyin: liú shūyí; lahir 26 Disember 1990) atau lebih dikenali sebagai Suki, ialah juara pertandingan One in a Million musim pertama yang merupakan pertandingan realiti menyanyi pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah sejuta ringgit kepada juaranya.
Pada pertandingan akhir pada 22 September 2006, beliau meraih 39% daripada undian penonton dengan persembahan lagu Berdiri dan Everything, lalu mengalahkan Alif Satar dan Faizal Tahir yang masing-masing meraih 27% dan 34% undian.
Latar belakang
Beliau seorang yang berketurunan Cina dan berasal dari Seremban, ibu Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau berusia 16 tahun ketika kemenangan beliau.
Bekas sekolah menengah beliau ialah SMK Methodist (ACS), Seremban (Tingkatan 1 hingga 3) dan SMK King George V, Seremban (Tingkatan 4 dan 5).
Pada 12 Disember 2012, Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan pengurusnya Jeremy Chong dan telah dikurniakan tiga cahaya mata di mana anak sulungnya, Ethan Chong dilahirkan pada 1 Disember 2014.
Kerjaya
One in a Million
Suki dijadikan calon paling berkemungkinan untuk menang, berkedudukan lebih tinggi berbanding penyanyi profesional Dayang Nurfaizah setelah melalui ujian saringan awal. Beliau tersingkir ketika pusingan penyingkiran pertama namun dikembalikan oleh undian penonton ketika pusingan Second Chance.
Sepanjang pertandingan, Suki menyanyikan:
Konsert | Lagu & Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|
Top 20 | "Mobile" nyanyian Avril Lavigne | Tersingkir |
Second Chance | "I'm With You" nyanyian Avril Lavigne | Terpilih |
Top 12 | "Underneath Your Clothes" nyanyian Shakira | Selamat |
Top 10 | "You Oughtta Know" nyanyian Alanis Morissette | Selamat |
Top 9 | "Behind These Hazel Eyes" nyanyian Kelly Clarkson | Selamat |
Top 8 | "Pasangan Yang Tepat" nyanyian Marshanda | Selamat |
Top 7 | "Inside Your Heaven" nyanyian Carrie Underwood | Selamat |
Top 6 | "When It's Fall Apart" nyanyian The Veronicas | Selamat |
"Pudar" nyanyian Rossa | ||
Top 5 | "Kaulah Segalanya" nyanyian Ruth Sahanaya | Selamat |
"Cepat-Cepat" nyanyian Jaclyn Victor | ||
Top 4 | "Mimpi Pun Sama" nyanyian Siti Sarah | Selamat |
"Permata Permotong Permata" nyanyian Ella (duet bersama Ella) | ||
Top 3 | "Losing Grip" nyanyian Avril Lavigne | Selamat |
"Seindah Biasa" nyanyian Siti Nurhaliza | ||
Grand Finale | "Berdiri" nyanyian Suki (Ciptaan: Audi Mok) |
Juara |
"Everything" nyanyian M2M |
Finally | Akhirnya
Pada 19 Jun 2008, Suki Low melancarkan album sulungnya bertajuk Finally | Akhirnya.[1]
Album ini memuatkan 11 lagu berbahasa Malaysia dan Inggeris, dan dipasarkan dalam bentuk CD, dan muat turun berbayar. Antaranya termasuk lagu Berdiri, Don't, dan Ku Teruskan (versi bahasa Malaysia bagi lagu Cina Against the Light (逆光 ) nyanyian asal Stefanie Sun.)[2]
Camp Rock
Sempena pelancaran filem televisyen Camp Rock di Disney Channel Asia pada tahun 2008, Suki terpilih oleh Universal Records dan Disney untuk menyanyikan versi Bahasa Malaysia untuk lagu This is Me yang terdapat dalam filem tersebut, berjudul Siapa Aku. Versi ini diterbit oleh Kieran Kuek dan liriknya dikarang oleh Nur Fatima.[3]
Project NS
Setelah pernah menangguh pada tahun 2007 untuk memberi perhatian kepada pembikinan albumnya[4], Suki akhirnya menyertai Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2009. Beliau menyertai kem yang sama dengan rakan seperjuangannya di OIAM, iaitu pemenang tempat ketiga Alif Satar, dan pelakon Diana Danielle di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang. Pengalaman ketiga-tiga mereka ketika menjalani kewajipan PLKN dirakam dalam rancangan realiti Project NS yang juga disiarkan di 8TV.
Gegar Vaganza 2021
Suki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Suki membawakan single beliau yang pernah hit 10 tahun lalu iaitu lagu Terlalu Mencintaimu.
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8) | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Laguku Sendiri | Terlalu Mencintaimu | Suki Low | Ke-6 |
Minggu 2 | Masih Aku Terasa | Kisah Cinta Kita | Hafiz Suip | Ke-4 |
Minggu 3 | Segalanya Ku Terima | Badarsila | Dato Sri' Siti Nurhaliza | Ke-4 |
Minggu 4 | Berdiri Bulu Romaku | Jampi | Hael Husaini | Ke-3 |
Minggu 5 | Dulu Lain Sekarang Lain | Dancing Queen | Abba | Ke-4 |
Minggu 6 | Langkah Seiringan | Tiga Malam Tanpa Bintang (Duet Bersama Khai Bahar) | Fiq | Tempat Pertama |
Minggu 7 | Kelentang Kelentong | Mara Bahaya | Pop Shuvit | Ke-3 |
Minggu 8 (Suku Akhir) | Kupetik Bintang-Bintang | You Are My Everything | Gummy | Tempat Pertama |
Minggu 9 (Separuh Akhir) | Lagu Untukmu | Khayalan | Black Dog Bone | Ke-6 |
Tanpa Kekasihku | Agnes Monica | |||
Minggu 10 (Akhir) | Akhirnya Kini Pasti | Titanium | David Guetta ft. Sia | TEMPAT KETIGA |
Jera (Duet bersama Shila Amzah) | Agnes Monica | |||
Gangnam Style (battle Nikki Palikat) | PSY |
All Stars Gegar Vaganza 2023
Suki terpilih menyertai All Stars Gegar Vaganza (2023) melalui Hot Seat All Stars Gegar Vaganza anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Suki membawakan single Ayu Damit iaitu lagu Hanya Di Mercu.
Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza (musim 10) | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Kembali Menyengat | Hanya Di Mercu | Ayu Damit | Ke-12 |
Minggu 2 | Ikut Tekak Sendiri | Tak Ingin Usai | Keisya Levronka | Ke-15 (Tersingkir) |
Diskografi
Album studio
- Finally / Akhirnya (2008)
Single
Tahun | Judul | Album |
---|---|---|
2006 | Berdiri | Finally / Akhirnya |
2008 | Usah (feat Daly) | |
2011 | Siapa Aku | Ost. Disney Camp Rock (versi Melayu) |
Terlalu Mencintaimu | Ost. Drama Naziha | |
2012 | Untuk Kamu | Ost. Drama Seindah Sabarmu |
2022 | Nelangsa | Ost. Filem The Assistant |
Filemografi
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Bintang GV Dikejar Zombie | Suki | Astro Citra |
Anugerah dan pencapaian
- Juara OIAM musim pertama (2006)
- Artis Harapan (2008)
- Tempat Ketiga
Lihat juga
Rujukan
- ^ (Cina) "Suki金发出击 不抗拒走性感路线[[Category:Rencana yang mengandungi teks bahasa Cina]] [[Category:Lang and lang-xx using deprecated ISO 639 codes|zh]]". Nanyang Siang Pau. 2008-06-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-06-22. URL–wikilink conflict (bantuan)
- ^ Mohd Nasif Badruddin (2008-05-08). "Anugerah 'Pemanas' Kembali Aktif". Harian Metro. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ "Suki records Camp Rock song". The Star. 2008-09-05. Dicapai pada 2008-09-25.
- ^ Hairulazim Mahmud dan Jessabell Soo (26 Februari 2009). "'Kami sudah sedia sertai PLKN'". Kosmo!. Dicapai pada 30 Mei 2009.