Pergi ke kandungan

Gunung Telapak Buruk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Telapak Buruk
Massif Telapak Buruk–Berembun, dilihat dari Sikamat. Telapak Buruk (kiri tengah, dengan kompleks menara pemancar di puncak) dan Berembun (paling kanan).
Titik tertinggi
Ketinggian1,193 m (3,914 ka)
Geografi
LokasiDaerah-daerah Jelebu dan Seremban, Negeri Sembilan
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa
Pendakian
Laluan paling mudahBukit Tangga di Laluan Persekutuan 86

Gunung Telapak Buruk (Jawi: ڬونوڠ تلاڤق بوروق), juga dikenali sebagai Telapa Buruk atau Tepalak Buruk, merupakan sebuah gunung yang terletak di antara Kampung Ulu Klawang, Jelebu dan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. Berdiri pada ketinggian setinggi 1,193 meter (3,913 kaki) dari aras laut,[1] ia merupakan puncak ketiga tertinggi di Negeri Sembilan dan puncak tertinggi yang sepenuhnya berada di dalam negeri tersebut.

Gunung Telapak Buruk menjadi tumpuan pendaki gunung untuk mendaki di Negeri Sembilan kerana ia merupakan antara gunung tertinggi di negeri itu.[2]

Gunung ini terletak pada latitud 2°50'28" U dan longitud T102°04'14" T.

Dilihat dari Rahang

Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]

Di atas gunung ini terdapat menara pemancar telekomunikasi milik TM dan CelcomDigi. Pemancar TV dan radio di Gunung Telapak Buruk meliputi kawasan Seremban, Jelebu, Rembau utara, Jempol, Kuala Pilah, dan Port Dickson di Negeri Sembilan, sebahagian kawasan barat Pahang seperti Triang, dan sebahagian selatan Selangor.

Bangkai pesawat

[sunting | sunting sumber]

Sebuah bangkai pesawat pengebom dilaporkan dijumpai di gunung tersebut. Pesawat pengebom RAF B-24 Liberator (KL654R) yang membawa lapan kru berlepas dari Kepulauan Cocos, Australia dalam satu misi pembekalan semula (resupply) pasukan Force 136. Namun pesawat itu dilaporkan tidak tiba di lokasi yang telah ditetapkan dan seminggu kemudian, pesawat itu dilaporkan terhempas pada 23 Ogos 1945 ketika Perang Dunia Kedua.

Sebahagian bangkai pesawat malang itu ditemui pada 1996 di Negeri Sembilan sebelum ‘pencarian rasmi’ dilakukan pada 22 Disember 2006. Tiga tahun kemudian, ekskavasi yang dilakukan pada 29 Ogos 2009 menemui 80 cebisan tulang kru pesawat tersebut. Kesemua cebisan tulang itu telah diserahkan kepada Penasihat Pertahanan Tentera British, Kapten Kenneth Taylor dan disemadikan dengan penuh adat ketenteraan di Tanah Perkuburan Perang Cheras, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012, sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga kru terlibat.[3]


[[pautan mati kekal] Peta Gunung Telapa Buruk]

Jenis hutan

[sunting | sunting sumber]

Profil hutan di gunung ini terdiri daripada Hutan Dipterokarp Bukit dan Hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak tumbuhan di sekitar hutan di gunung ini yang mempunyai nilai-nilai perubatan.

  1. ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam
  2. ^ "Ekspedisi santai dua puncak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-08. Dicapai pada 2017-08-08.
  3. ^ B24 Liberator KL654 berkecai di Langkap

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]