El Cid
Rodrigo Díaz de Vivar (El Cid) | |
---|---|
Putera Valencia | |
Putera Valencia | |
Pemerintahan | 1094 – 1099 |
Kemahkotaan | 1094 |
Diikuti oleh | Jimena Díaz |
Keputeraan | Rodrigo Díaz s. 1048 Vivar, Burgos |
Kemangkatan | 10 Julai 1099 (aged around 56) Valencia |
Pemakaman | Katedral Burgos |
Pasangan | Jimena Díaz |
Anakanda | Diego Rodríguez Cristina Rodríguez María Rodríguez |
Ayahanda | Diego Laínez |
Tandatangan |
Rodrigo Díaz de Vivar (s. 1043 atau 1048[1] – 10 Julai 1099) seorang kesateria dan panglima perang dari Kerajaan Castilla; para orang Moor yang mengenalinya menjoloknya gelaran El Cid yang bermaksud "Tuan" atau "Sayid" (pinjaman bahasa Arab السَّيِّد) manakala orang Kristian memanggilnya El Campeador, "Tuan Medan [Perang]" dalam bahasa Sepanyol Lama.
Beliau disanjung tinggi selepas meninggal dunia sehingga dijadikan pahlawan atau wira negara Sepanyol. Riwayat hdupnya turut diabadikan dalam puisi epik El Cantar de mio Cid - karya sastera Sepanyol Lama tertua yang masih terselamat.[2]
Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Beliau diketahui lahir pada abad ke-19, namun tahun tepat kelahiran beliau pernah berbeza-beza bergantung kepada catatan dikaji para sejarawan sama ada pada 1041 (menurut Menéndez Pidal) atau 1057 (menurut Ubieto Arteta), walaupun ada perkiraan yang lebih menunjukkan kelahiran Rodrigo sekitar dianggarkan antara 1045 dan tahun 1050; Martínez Díez pula menghitung tarikh kelahirannya sekitar tahun 1048.[1]
Tempat kelahirannya pula dikenalpasti secara tradisinya di en Vivar del Cid, sebuah bandar 10 km jauh dari Burgos - butiran ini tidak dapat disahihkan atas kurangnya sumber kontemporari kukuh tapi ia lebih didasarkan kepada penceritaan sajak Cantar de mio Cid yang dinukilkan sekitar 1200;[3] malah sumber pertama yang menyatakan Vivar sebagai tempat lahir beliau ialah pada suatu nukilan abad ke-14 dalam bentuk sajak berjudul Mocedades de Rodrigo.[4]
El Cid mendapat pengajiannya dalam kalangan hakim-hakim tinggi Castile. Beliau turut diperkenalkan Raja Ferdinand I kepada puteranya Sancho II; Rodrigo tidak sahaja menjadi sahabat Sancho,[5] malah juga menjadi setindak orang kanan putera tersebut.
Di bawah khidmat Sancho II
[sunting | sunting sumber]Saat Ferdinand meninggal pada tahun 1065, Sancho II melanjutkan cita-cita ayahandanya memperluas daerah kekuasaannya dengan menaklukkan daerah-daerah Kristian di Zamora dan kota Moor Badajoz. Pada tahun 1067, Rodrigo berkhidmat telah bertarung di sisi Sancho menghadapi benteng Muslim di Zaragoza sehingga berjaya mengalahkan balatentera Ahmad al-Muqtadir sambil amir tersebut dijadikan hamba Sancho.
Pada musim bunga 1063, Rodrigo juga mengikuti peperangan di Peperangan Graus di mana saudara jauh Ferdinand, Ramiro I dari Aragon, telah mengepung kota Graus diduduki kaum Moor yang ditempatkan dalam tanah milik kerajaan Zaragoza.[6][7][8] Tentera kuat Rodrigo di bawah payung Sancho II bertarung para orang-orang Aragon yang dipimpin oleh Ramiro. Ramiro terkorban dalam pertempuran ini namun El Cid meneruskan perjuangan baginda lalu berjaya dalam peperangan tersebut lagi-lagi dengan rasa takutnya pihak Aragon yang berundur hasil penumpasan Ramiro. Salah satu legenda mengatakan bahawa selama pertarungan, El Cid membunuh seorang kesatria Aragon dalam sebuah pertarungan saja, di mana khabar dahsyat tersebut meraihnya gelaran yang sangat terhormat iaitu El Campeador.
Khidmat beliau sangat digemari Raja Sancho II sepanjang zaman pemerintahan baginda sehingga beliau dikurniakan kebenaran berjata sendiri (armiger regis atau armígero real) oleh raja tersebut - pengurniaan jata sebegini pada zaman Raja Sancho dianggap sebagai penaikan taraf kesateria muda kepada palatin yang berkeistimewaan tersendiri.[9][10]
Di bawah khidmat diraja Alfonso VI
[sunting | sunting sumber]Sancho II mati ditikam seorang bangsawan penyokong Urraca de Zamora - adinda Alfonso VI yang menguasai León - tidak lama selepas Pertempuran Golpejera; kuasa-kuasa Castilla dipimpin Sancho, Galicia pimpinan García III dan León pimpinan Alfonso VI saling merebut peluang meluaskan pengaruh mereka di tanah Sepanyol yang turut mendorong peperangan ini. Motif pembunuhan ini dipandang berspekulatif di mana ada pihak yang menyatakan pembunuhan tersebut hasil suatu kesepakatan antara Alfonso dengan Urraca, namun ia sukar dibuktikan sejarawan memandangkan Alfonso dalam buangan pada ketika itu.[11]
Hubungan Alfonso dengan Rodrigo pada ketika ini amat baik,[12] namun Alfonso ada mempunyai rasa tergugat terhadap kedudukan Rodrigo - kurniaan armiger regis Rodrigo dicabut oleh Alfonso dan diberikan kepada pesaing beliau, García Ordóñez. Beberapa saat kemudian dalam tahun yang sama, adik Alfonso, Garcia, kembali ke Galicia dengan berpura-pura akan mengadakan suatu sidang.
Di bawah khidmat Moor
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Penaklukan Valencia
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Senja hidup
[sunting | sunting sumber]Rodrigo dan isterinya Jimena Díaz hidup damai di Valencia selama lima tahun. Pihak Murabitun menyerang kota ini tidak lama selepas itu - beliau meninggal dunia barangkali akibat kebuluran yang dialami berikutan pejarahan ini[13] pada 10 Julai 1099.[13]
Mayatnya kini dikebumikan di suatu makam dalam Katedral Burgos.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b La propuesta de fecha más temprana para el nacimiento de Rodrigo Díaz la planteó Menéndez Pidal situándola alrededor de 1043 (entre 1041 y 1047) en «Año y lugar del nacimiento del Cid» (Boletín de la Real Academia de la Historia, t. 89, 1926, págs. 8-9) y posteriormente en La España del Cid (1929, t. II, págs. 684-685), mientras que la más tardía fue postulada por Antonio Ubieto Arteta en el entorno de 1054 (de 1051 a 1057) en El «Cantar de mio Cid» y algunos problemas históricos (Valencia, [Anubar antes art. en Lizargas, IV, 1972], 1973, pág. 177); aunque en 2011 Montaner Frutos concluyó que lo más adecuado sería situarla entre 1045 y 1049. Fletcher aceptó como más probable la de 1043 de Menéndez Pidal, pero indicando que incluso podría retrasarse hasta 1047; Martínez Diez señaló como más probable el año de 1048, y en todo caso no más tarde de 1050, posición que Peña Pérez considera una razonable postura intermedia. Véase Fletcher (2007:111), Martínez Diez (1999:32), Montaner Frutos (2011b:259-260) y Peña Pérez (2009:45).
- ^ Barton, Simon and Richard Fletcher (2000). The World of El Cid: Chronicles of the Spanish Reconquest. Manchester, UK: Manchester University Press. ISBN 9780719052262.
- ^ Peña Pérez (2009:46-47). Así, en el verso 295 del Cantar de mio Cid, aparece la expresión «mio Cid el de Bivar».
- ^ Montaner Frutos, «Ficción y falsificación en el cartulario cidiano», 2006, pág. 341 y nota 40.
- ^ Voir sur web.jet.es/vliz Diarkibkan 2013-12-22 di Wayback Machine.
- ^ Montaner Frutos (1998:13-20)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMontanerhistoria
- ^ Montaner (2011b:667-670)
- ^ Escobar y Montaner (2001:35-43).
- ^ Peña Pérez (2009:53).
- ^ Martínez Díez 2003, m/s. 44.
- ^ Peña Pérez (2009:61-67).
- ^ a b Perea Rodríguez, Óscar. "Díaz de Vivar, Rodrigo o El Cid (1043–1099)". Dicapai pada 23 April 2012.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- McNair, Alexander J. "El Cid, the Impaler?: Line 1254 of the Poem of the Cid." Essays in Medieval Studies, Jilid 26, 2010, m/s. 45–68
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- «El Cid del Cantar: el héroe literario y el héroe épico» karya Rafael Beltrán (dalam bahasa Sepanyol)