Pergi ke kandungan

Lada hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lada hitam
Pepper plant with immature peppercorns
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. nigrum
Nama binomial
Piper nigrum

Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari keluarga Piperaceae bertaburan asal dari Kerala, subbenua India[2][3] dan tersebar di kawasan-kawasan tropika. Tumbuhan ini ditanam untuk mendapatkan buah pepauhnya yang dijadikan sejenis rempah baik dalam bentuk segar (sama ada yang matang atau belum[4]) mahupun serbuk; rempah ini tidak sahaja penting dalam masakan[5] malah mempengaruhi perdagangan yang penting semenjak dahulu kala lagi.

Pokok lada sejenis tumbuhan saka yang menjalar pada sebarang tiang sokongan sehingga 4 meter. Dedaunnya tumbuh setentang, setiap helai daun berbentuk bulat telur meruncing di hujung[6] dengan lebar 3-5 atau 6-10 sm serta panjang dan 5-10 atau 12-18 sm panjang.[6][7] Akarnya jenis tunjang.[5]

Bunga yang muncul tumbuh dari tangkai mencabang sepangkal dengan sesetengah daun tertentu, bunga yang disenyawakan akan menghasilkan buah sambil memanjang antara 5 hingga 12 sm. Buah yang terbentuk sempurna diukur kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter sebiji, bertukar warna kepada merah gelap apabila matang sepenuhnya. Setiap ranting dapat menghasilkan 20 hingga 30 biji buah setangkai dengan panjang antara 4 hingga 15 sm.[7]

Penghasilan

[sunting | sunting sumber]

Jenis tuaian

[sunting | sunting sumber]
Lada hijau, lada putih dan lada hitam

Buah lada lazimnya dapat dipetik apabila ia masak dalam tempoh 5 hingga 6 bulan.[7] Jenis lada dan serbuk yang dihasilkan darinya boleh diperolehi dalam pelbagai tahap kematangan buah yang hendak dipetik:[4][7]

  • buah lada yang dipetik saat ia belum masak disebutkan sebagai lada hijau
  • buah lada matang masak yang dibiarkan terjemur kering menghasilkan lada hitam
  • lada hitam yang direndam untuk mengeluarkan kulitnya tinggal biji disebutkan sebagai lada putih, lada sulah atau merica.[nota 1]

Pengeluar terbesar lada hitam adalah Brazil, India, Indonesia, Malaysia, dan Vietnam. Di Malaysia, ia dibantu oleh Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH), Lembaga Lada Hitam Malaysia (MPB) 1 Jan 2007.

Lada kering yang dikisar telah digunakan sejak zaman purbakala untuk kedua-dua citarasa dan sebagai ubat. Lada hitam adalah rempah di dunia yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia yang moden ini, sering berpasangan dengan garam.

Ia merupakan sumber pendapatan utama kerajaan Chera terletak di kawasan Kerala moden,[10] ia sering didagangkan di pelabuhan Muziris yang banyak disebutkan dalam sumber-sumber zaman klasik.[11][12][13][14]

  1. ^ "merica"[8] lebih diketahui dalam kawasan-kawasan Sumatera,[9] Bangka dan Riau.
  1. ^ "Piper nigrum information from NPGS/GRIN". www.ars-grin.gov. Dicapai pada 2 Mac 2008.
  2. ^ Sen, Colleen Taylor (2004). Food Culture in India – Food culture around the world. Greenwood Publishing Group. m/s. 58. ISBN 9780313324871. Peppers, called the king of spices, are the dried berries of a tropical vine native to Kerala, which is India's major producer
  3. ^ Hajeski, Nancy J (2016). National Geographic Complete Guide to Herbs and Spices: Remedies, Seasonings, and Ingredients to Improve Your Health and Enhance Your Life. National Geographic Books. m/s. 236. ISBN 9781426215889.
  4. ^ a b Harrison, Paul (27 Januari 2016). "What Are The Different Kinds Of Peppercorns?". Food Republic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 November 2019.
  5. ^ a b T. Sarpian (2003). Pedoman Berkebun Lada dan Analisis Usaha Tani. Yogyakarta: Penerbit Kanisius. m/s. 22–27.
  6. ^ a b Bercocok Tanam Lada. Yogyakarta: Penerbit Kanisius. 2005. m/s. 16.
  7. ^ a b c d "Black Pepper Cultivation and Harvest". Thompson Martinez. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2014. Dicapai pada 14 May 2014.
  8. ^ "merica". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  9. ^ "merica". Kamus Melayu Sumatera Utara-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 150.
  10. ^ J. Innes Miller, The Spice Trade of the Roman Empire (Oxford: Clarendon Press, 1969), p. 80
  11. ^ "Artefacts from the lost Port of Muziris." The Hindu. December 3, 2014.
  12. ^ "Muziris, at last?" R. Krishnakumar, www.frontline.in Frontline, Apr. 10-23 2010.
  13. ^ "Pattanam richest Indo-Roman site on Indian Ocean rim." The Hindu. May 3, 2009.
  14. ^ Prof. George Menachery; Fr. Werner Chakkalakkal, CMI (January 10, 2001). "Cranganore: Past and Present". Kodungallur – The Cradle of Christianity in India. Dicapai pada 11 May 2016.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]