Pergi ke kandungan

Mengenai Penerbangan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nota: bahagian ini ada meklumat mengenai Penerbangan Malaysia.

Malaysia Airlines Berhad merupakan syarikat penerbangan nasional Malaysia, yang memberikan perkhidmatan ke lebih daripada 50 destinasi di seluruh dunia dan mengendalikan lebih daripada 300 penerbangan sehari. Malaysia Airlines mencerminkan kepelbagaian Negara Malaysia yang luar biasa, mempamerkan kekayaan tradisi, budaya, masakan dan layanan mesra dalam penerbangan. Malaysia Airlines merupakan ahli Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG).

Sebagai ahli oneworld®, Malaysia Airlines menawarkan sambungan yang terbaik dengan perjalanan yang lancar ke lebih 1000 destinasi di lebih 150 buah negara dan akses kepada lebih daripada 650 buah ruang istirahat lapangan terbang di seluruh dunia. Ketahui dengan lebih lanjut di sini

www.malaysiaairlines.com/my/en/experience/oneworld.html

.

Destinasi

[sunting | sunting sumber]

Malaysia Airlines mengendalikan penerbangan dari pangkalannya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menawarkan sambungan ke seluruh dunia, termasuk Eropah, Timur Tengah, Australasia, Asia Utara dan Selatan, dan Asia Tenggara.

Armada syarikat penerbangan ini terdiri daripada enam pesawat Airbus A380-800, 15 pesawat Airbus A330-300, dan 54 pesawat Boeing 737-800. Pesawat pertama daripada enam pesawat Airbus A350 XWB yang dipesan akan dihantar menjelang akhir tahun 2017 untuk menggantikan pesawat A380. Pesawat Badan-Ekstra-Lebar akan beroperasi di laluan jarak jauh premium, dengan susun atur tiga kelas yang mewah: Kelas Ekonomi, Perniagaan dan Pertama (satu-satunya kabin Kelas Pertama di dalam A350 yang beroperasi di Asia). Penerbangan ini juga akan menawarkan WIFI dalam penerbangan, iaitu yang pertama untuk syarikat penerbangan ini.

Keistimewahan

[sunting | sunting sumber]

Malaysia Airlines mencerminkan kepelbagaian Malaysia yang luar biasa, mempamerkan kekayaan tradisi, budaya, masakan dan layanan mesra dalam penerbangan. Anak kapal pemenang anugerah yang mencerminkan ciri-ciri ini memakai kebaya sarung tradisional sebagai pakaian seragam mereka. Pakaian seragam ini direka bentuk untuk mencerminkan kebanggaan tradisi dan budaya Malaysia. Motif batik dan elemen reka bentuknya merangkumi bunga tempatan seperti daun bunga cempaka, bunga melur dan daun bunga raya.

Pengalaman dalam kelas kabin kami sangat berbaloi dengan harga yang dibayar, dengan tempat duduk mewah dan luas, perkhidmatan menjamu selera mewah, hiburan dalam penerbangan terbaik, peruntukan bagasi yang banyak dan perkhidmatan daftar masuk premium. Hidangan Sate Istimewa Malaysia Airlines disediakan dengan penuh kasih sayang, anda boleh memilih sate ayam, daging lembu, atau kedua-duanya, disajikan dengan sos kacang berempah dan ramuan hiasan. Penumpang yang terbang dalam Suite Perniagaan atau kelas perniagaan boleh memanfaatkan Perkhidmatan Chef on Call dan makanan pra-tempahan yang menawarkan lebih 20 pilihan makanan lazat, 24 jam sebelum berlepas.

Pengguna penerbangan kerap Malaysia Airlines akan menjadi ahli Enrich yang setia dan memberikan mereka keistimewaan dengan manfaat yang besar untuk menikmati perjalanan ke destinasi yang luar biasa dan ganjaran gaya hidup yang lain. Ganjaran ini termasuk tempahan keutamaan, akses ruang istirahat dan pelbagai perkhidmatan mewah. Mata ganjaran Enrich atau Enrich miles boleh diperoleh apabila anda terbang dengan Malaysia Airlines, syarikat penerbangan yang menjadi ahli oneworld® dan syarikat penerbangan rakan kongsi. Ahli Enrich juga boleh mendapat mata ganjaran melalui penukaran kad kredit, perbelanjaan untuk menyewa kereta, membeli-belah, dan dengan melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi dengan rakan kongsi kami. Mata ganjaran boleh ditebus dengan mudah untuk penerbangan.


www.malaysiaairlines.com/my/en/enrich.html

Liverpool

[sunting | sunting sumber]

Malaysia Airlines merupakan Rakan Kongsi Syarikat Penerbangan Global rasmi untuk Kelab Bola Sepak Liverpool. Kelab Bola Sepak Liverpool merupakan salah satu kelab yang mempunyai paling ramai penyokong di dunia, termasuk sekitar 100 juta penyokong di Asia Tenggara dan 40 juta penyokong di China. Melalui perkongsian ini, kami memberikan pendedahan kepada pemain muda Malaysia melalui klinik bola sepak dan bimbingan profesional. Baru-baru ini, kempen #MHGlobal membawa 20 orang peminat dari seluruh pelosok dunia dalam lawatan yang dibayar sepenuhnya untuk mendapatkan peluang sekali dalam seumur hidup untuk bermain di stadium Anfield bersama LFC Legends Robbie Fowler dan Gary McAllister.

Malaysia Airlines dengan bangganya mengibarkan bendera jalur gemilang tinggi di langit bagi pihak semua rakyat Malaysia. Beberapa kapal terbang akan memaparkan lambang Negaraku dengan pakaian seragam istimewa, yang membawa semangat Negaraku. Majalah dalam penerbangan Going Places dan sistem hiburan kami akan menampilkan Wira Malaysia dan kandungan istimewa dengan mengetengahkan Malaysia sebagai fokus utama.

www.malaysiaairlines.com/my/ms/about-us/our-story.html
www.malaysiaairlines.com/au/en/about-us/our-story.html