Pergi ke kandungan

Bandai Namco Filmworks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Bandai Namco Filmworks Inc.
Nama asli株式会社バンダイナムコフィルムワークス
Nama rumiKabushiki gaisha Bandai Namuko Firumuwākusu
Nama dahuluSunrise Studio Y.K.
有限会社サンライズスタジオ
Nippon Sunrise Inc.
株式会社日本サンライズ
Sunrise Inc.
株式会社サンライズ
Jenis/bentuk sahAnak syarikat (Kabushiki gaisha, dahulunya yūgen gaisha)
IndustriAnimasi dan penerbitan
DitubuhkanSeptember 1972; 52 tahun yang lalu (1972-09)
Ibu pejabatOgikubo, Suginami, Tokyo, Jepun
KeluaranAnime Sunting ini di Wikidata
PemilikBandai Namco Holdings Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan293 (setakat April 2021) [1]
Syarikat indukBandai Namco Holdings
PembahagianSunrise
Bandai Visual
Emotion
Bandai Channel
Anak syarikatBandai Namco Music Live
Bandai Namco Pictures
Sunrise Beyond
Actas
Sotsu
Evolving GUNDAM
Tapak webbnfw.co.jp (BN Filmworks)
sunrise-inc.co.jp (Sunrise)
IMDB: co0917578 Sunting ini di Wikidata
Catatan kaki/rujukan
[2][3]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bandai Namco Filmworks Inc. (Jepun: 株式会社バンダイナムコフィルムワークス, Hepburn: Kabushiki gaisha Bandai Namuko Firumuwākusu), juga masih dikenali dengan nama lamanya Sunrise Inc., merupakan studio animasi Jepun yang ditubuhkan pada September 1972 dan bertapak di Ogikubo, Tokyo.[4] Antara nama-nama dahulu lain termasuk Soeisha, Sunrise Studio dan Nippon Sunrise.[5]

Cawangan utamanya, Sunrise (サンライズ, Sanraizu), terkenal dengan siri-siri anime asli yang popular dan terpuji seperti Gundam, Cowboy Bebop, Space Runaway Ideon, Armored Trooper Votoms, Mashin Hero Wataru, Yoroiden Samurai Troopers, Future GPX Cyber Formula, Crush Gear Turbo, The Vision of Escaflowne, Love Live!, Witch Hunter Robin, My-HiME, My-Otome, Code Geass: Lelouch of the Rebellion, Tiger & Bunny, dan Cross Ange: Rondo of Angel and Dragon, di samping hasil-hasil adaptasi daripada novel ringan tersohor seperti Crest of the Stars, Dirty Pair, Horizon in the Middle of Nowhere dan Accel World, dan manga-manga seperti City Hunter, Inuyasha, Outlaw Star, Yakitate!! Japan, Planetes, Keroro, Gin Tama, dan Kekkaishi.

Kebanyakan karya aslinya dicipta oleh kakitangan kreatif yang bergabung di bawah nama pena kolektif Hajime Yatate. Ia juga pernah mengendalikan studio permainan video Sunrise Interactive yang kini sudah ditutup. Sunrise melancarkan penerbit novel ringan Yatate Bunko Imprint pada 30 September 2016 untuk menerbitkan judul-judul asli serta menyara francais-francais sedia ada dengan bahan-bahan baharu.[6] Antara karya-karya Sunrise yang pernah memenangi anugerah Animage Anime Grand Prix termasuk Mobile Suit Gundam pada tahun 1979 dan separuh pertama 1980, Space Runaway Ideon pada separuh kedua 1980, Crusher Joe (terbitan bersama Studio Nue) pada 1983, Dirty Pair pada 1985, Future GPX Cyber Formula pada 1991, Gundam SEED pada 2002, Gundam SEED Destiny pada 2004 dan 2005, Code Geass: Lelouch of the Rebellion pada 2006 dan 2007, dan Code Geass R2 pada 2008, maka Sunrise merupakan studio yang memenangi anugerah Animage terbanyak.

Logo untuk jenama Sunrise yang digunakan sejak akhir 1996. Juga digunakan sebagai logo korporat hingga 2022.

Menurut wawancara bersama ahli-ahli Sunrise, studionya ditubuhkan oleh bekas-bekas ahli Mushi Production pada 1972 sebagai Sunrise Studio, Limited (有限会社サンライズスタジオ, Yugen-kaisha Sanraizu Sutajio). Daripada berpaksikan seorang pencipta (seperti Mushi yang diketuai oleh Osamu Tezuka), Sunrise memutuskan bahawa penerbit harus diketengahkan dalam penghasilan anime. Pasaran anime arus perdana pada ketika itu (seperti adaptasi manga dan cerita kanak-kanak) sudah didominasi oleh syarikat-syarikat sedia ada, maka Sunrise memutuskan untuk bertumpukan anime robot yang diketahui dengan proses animasi yang sukar tetapi boleh digunakan untuk menjual mainan.[7]

Sunrise telah terlibat dalam pelbagai siri anime yang popular dan tersanjung seperti Mobile Suit Gundam (dan pelbagai siri susulan dan turunannya sejak 1979), Mashin Hero Wataru [en] (1988–1997), siri-siri mecha ''Yusha'' [en] (1990–1997) dan ''Eldran'' [en] (1991–1993) – kedua-duanya diterbitkan bersama syarikat mainan Takara Tomy, dan Crest of the Stars [en] (1999–2001).

Pada 1 April 2022, Bandai Namco Holdings merasmikan logo baharu yang telah didedahkan pada Oktober 2021; dengan itu, berlakunya rombakan besar-besaran dalam syarikat tersebut yang menyaksikan Sunrise menyerap bahagian seni visual dari Bandai Namco Arts yang dibubarkan pada hari itu. Selepas itu, Sunrise memakai logo yang sama dengan syarikat induknya dan bertukar nama menjadi Bandai Namco Filmworks. Bahagian muziknya, Sunrise Music juga menyerap operasi muzik Bandai Namco Arts termasuk Lantis dan bertukar nama kepada Bandai Namco Music Live.[8]

  1. ^ "(株)サンライズのインターンシップ・会社概要 | マイナビ2022".
  2. ^ "Sunrise Official Site" (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 5, 2006. Dicapai pada Februari 6, 2006.
  3. ^ "SUNRISE INTERNATIONAL Information". Dicapai pada 2006-02-06.
  4. ^ "SUNRISE INTERNATIONAL Information [Company Outline]". Sunrise-inc.co.jp. Dicapai pada 2017-02-06.
  5. ^ Animage Editorial Staff (August 1987). "Arata na michi o mosakusuru orijinaru robotto anime no sōhonzan" 新たな道を模索するオリジナルロボットアニメの総本山 [The main office searches for a fresh original robot anime]. Animage (dalam bahasa Jepun). Jil. 110. m/s. 60–65.
  6. ^ "Sunrise Launches "Yatate Bunko" Light Novel Imprint". Crunchyroll. 15 September 2016. Dicapai pada 11 February 2017.
  7. ^ "ANNtv Inside Sunrise". Anime News Network. 17 May 2011. Dicapai pada 5 June 2016.
  8. ^ "サンライズが社名変更 4月から「バンダイナムコフィルムワークス」に". ITmedia NEWS (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2022-02-12.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]